Kelab Greenboc |
- SAH: Bangunan UMNO Bukit Gantang Disita Pagi Tadi
- Pelakon Razak Ahmad Didapati Bersalah Berkhalwat
- Anak Jamaluddin Jarjis Dapat Kontrak RM280 juta Projek Sistem Kawalan Trafik Berbahaya
- [PANAS] Identiti Agen Tawar RM2 juta Beli MP Pakatan Rakyat Didedahkan!
- Peneroka Yang Di"haramjadah"kan Najib Berjaya Dapat Injunksi Halang Bank Proses Pinjaman
- [Video] Kembalinya Ustaz Yahya Othman, Seorang Murabbi Ke Rahmatullah
- Benarkah New York Post Sengaja Besar-besarkan Dakwaan Menipu Menantu Najib?
SAH: Bangunan UMNO Bukit Gantang Disita Pagi Tadi Posted: 15 Jun 2012 12:02 AM PDT Rasmi: Pejabat UMNO Bukit Gantang telah disita sebentar tadi. Bangunan UMNO , di Simpang (dalam DUN Changkat Jering)yang juga menempatkan Pejabat ADUN TRONG, Datuk Rosli Husein . foto: Madzamtoklah. Dengan kedatangan TPM TS Muhyiddin Yassin pada 17 Jun ini, UMNO Bukit Gantang sudah tentu "malu". Rupanya bangunan UMNO yang disita ini, mempunyai banyak perkara yang akan terbongkar. Kini orang UMNO Bukit Gantang saling menyalahkan orang terdahulu yang memegang jawatan. -sisibukit LAPORAN SEBELUM INI: Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong yang dikatakan akan dibina premis untuk tujuan pendidikan orang islam . Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan. Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula hari ini 14 June 2012 sehingga 05 July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi. Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses penyitaan ini akan dilaksanakan esok pagi 15 June 2012. -orangni.blogspot.com |
Pelakon Razak Ahmad Didapati Bersalah Berkhalwat Posted: 14 Jun 2012 11:08 PM PDT Selepas enam tahun naik turun mahkamah berhubung kes khalwat dengan ahli perniagaan berstatus isteri orang, pelakon Razak Ahmad akhirnya didapati bersalah dan didenda RM2,900 atau setahun penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menasihatkan Razak menjaga tingkah laku memandangkan dia adalah artis kerana setiap perbuatan artis yang baik menjadi ikutan kepada masyarakat dan mendapat pahala. "Sesungguhnya perbuatan tertuduh yang berkhalwat bukan saja menjejaskan dirinya malah keluarga, masyarakat dan peminat. "Tertuduh sering diberikan watak baik dan ahli agama dalam lakonan, jadi mahkamah berpendapat dia mengetahui kesalahan khalwat dan patut diberi hukuman tegas," katanya. Bagaimanapun, Wan Mahyuddin berkata, mahkamah memberi peluang kepada tertuduh memperbaiki diri dan mahukan masyarakat menerima dirinya. "Mahkamah berharap hukuman ini memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh tapi kepada masyarakat," katanya. Sementara itu, dalam hujahan meringankan hukuman, peguam Syarie Muhamad Azman Karim yang mewakili Razak merayu mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan anak guamnya insaf dengan perbuatannya. Tambahnya, akibat daripada kes itu, tertuduh kurang mendapat tawaran berlakon selain disenaraihitamkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Kes yang berlanjutan selama enam tahun ini menjadi hukuman kepada tertuduh. Dia hilang tawaran berlakon dan bercerai dengan isterinya. Malah kes ini disebut di kalangan warga media," katanya. Selain itu, Muhamad Azman memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Razak kerana ia memberi kesan kepada kehidupan dan pendapatannya. Pendakwaan kes itu yang dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli. Pada prosiding sebelum ini, pendakwaan memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan manakala hanya Razak tampil sebagai saksi pembelaan. Ketika ditemui media di luar mahkamah, Razak enggan mengulas lanjut. "Saya tak ada apa nak komen. No (tiada) komen. Saya frust (kecewa)," katanya. Razak yang memakai sut hitam dan bersongkok membayar denda itu. Pada 14 September 2006, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 46, tidak mengaku bersalah berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 46, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, jam 2.15 pagi, 1 April 2006. Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding itu mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan (b) bagi wanita mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. -hm |
Anak Jamaluddin Jarjis Dapat Kontrak RM280 juta Projek Sistem Kawalan Trafik Berbahaya Posted: 14 Jun 2012 08:16 PM PDT Kuala Lumpur 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri. Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd. "…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri. "Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi. Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd. Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu. Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar. "Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya. "Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi. Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara. Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. -KD |
[PANAS] Identiti Agen Tawar RM2 juta Beli MP Pakatan Rakyat Didedahkan! Posted: 14 Jun 2012 05:00 PM PDT Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara. Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen. Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita). Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah". Lalu disambut oleh seorang lagi agen yang dinamakan Mr. X berkata "kita punya maksimum is like that...". Kemudian kedengaran Zamil mencelah dengan berkata "kita dapat syiling sahaja...cuma itu Pak Zahrain...". Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr. X berkata "Mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase...tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,". Lalu Zamil mencelah dengan berkata "Directlah!". Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 3 jam. Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. "Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno. "Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Zamil katanya kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah. Sedangkan kata Saifuddin, beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional. "Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya. -HD |
Peneroka Yang Di"haramjadah"kan Najib Berjaya Dapat Injunksi Halang Bank Proses Pinjaman Posted: 14 Jun 2012 08:27 AM PDT Peneroka menang di Kuantan, lebih banyak saman menyusul PETALING JAYA: Lebih ramai peneroka akan memfailkan saman terhadap Felda berikutan kemenangan 147 peneroka menghalang dua bank memproses pinjaman yang ditanda tangani mereka. Dua bank berkenaan ialah CIMB Bank dan Amislamic Bank sebagaimana diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya hari ini. Peneroka dari Pahang dan Negeri Sembilan itu memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka pada 21 Mac lalu. Alasan peneroka ialah mereka tidak memahami isi kandungan dan menandatangi dalam keadaan dan tergesa-gesa. Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang dihubungi hari ini ,berkata sekurang-kurangnya 100 peneroka dari Johor dan Terengganu akan mengemukakan saman sama kepada Felda pada minggu depa. Halang FGV Selepas itu menyusul peneroka-peneroka Felda dari Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang akan mengambil tindakan sama. "ANAK sedang mengumpul maklumat mengenai peneroka di Johor dan Terengganu yang mahu berbuat demikian tetapi menjangkakan paling kurang 100 orang," tambah beliau. "ANAK juga menggesa peneroka yang telah menyerahkan boran pinjaman supaya mengemukan saman untuk kebaikan merka juga. "Kira-kira 80, 000 peneroka dari 112, 635 peneroka telah menyerahkan borang pinjaman untuk membeli saham Felda Global Ventures FGV) Holding Berhad. "ANAK akan melakukan apa sahaja untuk menghalang penyenaraian FGV yang dijadualkan 30 Jun ini," katanya. -FMT Pinjaman FGVH: Mahkamah benar injunksi peneroka |
[Video] Kembalinya Ustaz Yahya Othman, Seorang Murabbi Ke Rahmatullah Posted: 14 Jun 2012 06:34 AM PDT Machang: PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Datuk Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi di kediamannya di sini. Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama' (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama' PAS Pusat. Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun. Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978. Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan. Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi. Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah. PAS sebelum ini menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman. Difahamkan solat jenazah akan diadakan di kediaman beliau jam 9 pagi esok. Ustaz Yahya Othman sangat berjasa - Presiden Ulasan GB GB mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. GB pernah mendapat tarbiyah daripada Allahyarham di sekitar tahun 80-90an di dalam beberapa kursus perkaderan sewaktu zaman muda GB dahulu. Dan kini dengan sebahagian tarbiyah daripadanyalah juga GB menjadi seperti yang GB ada sekarang.... sungguh membekas pada diri untuk terus beristiqamah walau apa pun terjadi... air mata ini belumlagi mahu untuk berhenti mengalir...... perginya tiada pengganti ... Allah menjemputnya pulang ke rahmatNya di malam Jumaat, penghulu segala hari (mafhum hadith). Alfatihah.... |
Benarkah New York Post Sengaja Besar-besarkan Dakwaan Menipu Menantu Najib? Posted: 14 Jun 2012 04:32 AM PDT Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan' Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri. Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. "Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas. Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan. Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta). Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev. Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Cuba gambarkan sanggup menipu & memikat Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat. Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana. Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post. Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran. Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri. Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi. Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. -mk Ulasan GB Dapat bakal menantu yang penipu dan penyangak pun masih kata isu itu dibesar-besarkan? Walaupun ia berlaku di keluarga "sebelah sana" tetapi bukan keluarga disebelah sana itu bakal menjadi besan "sebelah sini"? Ada banyak persamaan sebenarnya diantara sebelah sana dengan sebelah sini. Itu sebab sebelum ini GB petik ungkapan Abdul Wahub di dalam Tiga Abdul... "dah kenah dah... penyangak dengan penyamun..." Birds of the same feather flock together Dan satu lagi hal mengenai penipuan Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, hal tersebut memang ada juga di keluarga sebelah sini. Menantu Rosmah yang bernama (Dr) Fazley Yaakob pernah menggemparkan negara kerana penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan. Baca SINI. Apabila Rosmah satu ketika dikritik hebat oleh rakyat kerana berbelanja besar di Australia, ditambah dengan isu cincin dan beg tangan, Rosmah tiba-tiba mendappat anugerah doktor kehormat dari Universiti Curtin. Satu keluarga nampaknya memiliki ijazah-ijazah beli dan kini tambah seorang lagi dari Kazakhstan yang dapat ijazah dengan penipuan. Hmm... New York Post dikatakan sengaja besar-besar isu penipuan Daniyar. Najib dan isterinya Rosmah memandang isu itu kecil dan ia tidak menjejaskan pertunangan anaknya dengan si penipu itu. Mungkin keluarga Najib sedang menanti isu yang lebih besar yang akan dibongkar barulah beliau akan mengaku dan akur. Kalau begitu kehendak Najib dan Rosmah, kita sama-sama doakan biar ia jadi kenyataan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan