Kelab Greenboc |
- Biar Gambar Ini Menjelaskannya Perbezaan Wasatiyyah 2 Keluarga
- [BONGKAR] SPR Menipu Lagi, 2 Nama Dan Alamat Yang Sama Dikesan
- ROS sengaja Melambatkan Pendaftaran PAKATAN RAKYAT
- Suara Alunan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko
- Bakal Menantu Najib & Ibunya Diburu Interpol
- Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan
- Nazri Sahkan Kerajaan Boleh Tumbang Dengan Garam & Botol
- Siapa Berdusta? Dulu Kata BERSIH 3.0 Haram Sekarang Tidak?
Biar Gambar Ini Menjelaskannya Perbezaan Wasatiyyah 2 Keluarga Posted: 14 Jun 2012 01:24 AM PDT |
[BONGKAR] SPR Menipu Lagi, 2 Nama Dan Alamat Yang Sama Dikesan Posted: 13 Jun 2012 11:18 PM PDT SPR: Pengundi sama nama, alamat bukan 'klon' Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR. Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara (bawah). Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang (bawah). Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584. Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad. -mk Ulasan GB Bila rakyat gelar kamu PENIPU dan PENDUSTA, kamu marah. Tapi yang sebenarnya itulah yang berlaku bahawa SPR memang penipu dan pendusta. Mereka mengakui kesalahan : Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.tetapi enggan untuk mengeluarkan nama tersebut dengan beralasan: Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).. Yang dah mengaku bersalah itu (SPR) sepatutnya dihukum seberat-beratnya kerana mengotorkan daftar pemilih yang kononnya diakui oleh pengerusi SPR diantara yang terbersih di dunia! Semakin hari semakin terdedah tembelang SPR. Apabila rakyat mendesak daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mereka menolak dan menafikan ada salahlaku dan penyelewengan tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak dan dinafikan. Kamu-kamu di SPR akan menerima hukuman dari Allah swt, dan kami tiada tempat lain untuk mengadu selain kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Segala perencanaan dan perancangan jahat kamu akan tetap terbongkar dan akan tetap gagal. Teruskanlah penipuan kamu, kami berdoa agar kamu-kamu bakal dipenjarakan satu hari nanti. Kami yakin Allah swt memperkenankan doa kami. |
ROS sengaja Melambatkan Pendaftaran PAKATAN RAKYAT Posted: 13 Jun 2012 07:27 PM PDT Daftar: Pakatan Rakyat tunggu penjelasan ROS KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru. Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat. "Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi. "Setelah itu senarai baru secara rasmi telah kita kemukakan kepada ROS, selepas itu mereka kata tidak boleh proses kerana nama permohonan terdahulu yang dipengerusikan oleh Zaid masih ada," katanya. Jelasnya lagi, setelah jawapan tersebut sehingga sekarang ROS tidak membuat sebarang keputusan apa tindakan selanjutnya. "Sekarang segala-galanya ada pada ROS mereka perlu jelaskan dan perkara ini perlu disegerakan. "Kita telah penuhi segala kriteria yang telah ditetapkan yang melayakkan untuk diberi kelulusan tetapi ini tidak berlaku," sambungnya lagi. Saifuddin menyatakan perkara itu telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penaja yang baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti maka permohonan baru akan dikemukakan. "Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang. "Inilah tindakan seterusnya yang kita akan lakukan, tetapi sekarang kita menunggu jawapan dari ROS terhadap permohonan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi. -HD Ulasan GB Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya. ROS, salah satu agensi yang diperalatkan selain dari SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang. Namun GB yakin hukum kebenaran dan keadilan tetap berlaku. ROS akan menerima padahnya sama seperti agensi-agensi lain yang khianat di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanahnya secara adil, saksama dan telus kepada rakyat. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau berikanlah pengajaranMu yang sekeras-kerasnya kepada pihak-pihak yang sengaja melakukan kerja-kerja penipuan dan halanglah penipuan-penipuan mereka itu dari terlaksana. GB ulangi, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
Suara Alunan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko Posted: 13 Jun 2012 04:42 PM PDT Firman Allah yang bermaksud; "Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran" Al-Qamar, ayat 17. Demikian firman yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengenai senaskhah Al-Quran untuk diperlajari dan dibaca oleh semua hambanya ketika masih hidup di muka bumi ini. Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran mengandungi seribu satu manfaat kepada manusia. Di sebuah jalan di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki tua yang hanya duduk di sisi jalan begitu asyik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun keadaan di sekelilingnya bising dengan bunyi lagu-lagu dari pub dan disko di sepanjang jalan Hamra. Lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di situ dan hanya tetap dengan mengaji sahaja. Malah, perbuatannya itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di sepanjang jalan Hamra. Jalan Hamra adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan. Namun begitu, jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan. Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat. Tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah S.W.T. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. "Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." Al-Syams, ayat 7-10. -mynewshub |
Bakal Menantu Najib & Ibunya Diburu Interpol Posted: 13 Jun 2012 09:34 AM PDT Bakal menantu Najib yang hebat NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya. Daniya Nazarbayev – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut. Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber. Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu. Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001. Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas. Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010. Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan. Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut. Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan. Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street. Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan. Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas. Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan. Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau. Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang. Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia. Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau. Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama. Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan. -NYP/Terjemahan: HD |
Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan Posted: 13 Jun 2012 06:15 AM PDT Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam. Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi. Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina. Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan. Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan. Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) " Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)". Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh." -abuhikam |
Nazri Sahkan Kerajaan Boleh Tumbang Dengan Garam & Botol Posted: 13 Jun 2012 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral. Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon. "Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor). Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral. "Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah. "Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya. Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah. "BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah. Ulasan GB Macam-macam excuses diberikan bila dha takut dengan bayang-bayang sendiri. Gambar di bawah ini membawa seribu makna. Peserta Himpunan BERSIH yang berbangsa Cina telah memberikan air mineral yang dibawanya kepada Anggota Polis tersebut untuk diminum dan membasuh mukanya bagi menghilangkan kesan akibat terkena Gas Pemedih Mata. |
Siapa Berdusta? Dulu Kata BERSIH 3.0 Haram Sekarang Tidak? Posted: 13 Jun 2012 02:16 AM PDT Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas. "Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya. Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan. Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah. "Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya. Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara. "Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama. "Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya. Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara. Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya. Persidangan Dewan disambung esok - Bernama Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa Demo: Hormati keputusan Majlis Fatwa, kata Jamil Khir Ulasan GB Sekejap kata haram sekejap kata tidak. Bagaimana rakyat hendak menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan? Dan agensi berita nasional, BERNAMA sendiri dahulu melaporkan kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan demo BERSIH 3.0 itu haram, kini agensi berita yang sama menerbitkan kenyataan dari timbalan menteri di JPM menafikan fatwa pengharaman demo BERSIH itu pernah dikeluarkan. GB sudah ulas dahulu di SINI. Petikan: DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah. Hukum kebenaran dan keadilan tetap menang akhirnya. Dan siapa yang pendusta tampak nyata! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan