Jumaat, 1 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tarian Haramjadah: Dah Terhantuk Baru Tengadah

Posted: 01 Jun 2012 12:17 AM PDT

KBS mohon maaf konsert K-Pop

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.

Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. "Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.

Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.

Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.

Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.

"Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.

"Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi," katanya.

Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton. -SH

KBS tubuh panel siasat insiden lumba drag

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag sempena sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia.

"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat untuk kali kedua tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.

Ahmad Shabery berkata, kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.

Ditanya mengenai pampasan yang akan diberikan, beliau berkata soal itu tidak timbul kerana tiada pihak bersalah dalam kejadian itu, bagaimanapun pihaknya serta penganjur perlumbaan akan membantu misalnya untuk kos perubatan serta kos lain yang berkaitan.

Sementara itu, katanya, mulai tahun depan Himpunan Jutaan Belia akan dijenamakan menjadi Festival Belia Putrajaya, bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap baharu.

Berhubung teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penganjuran konsert K-Pop yang disifatkannya sebagai kurang sopan, Ahmad Shabery berkata, pihaknya menerima teguran itu dengan positif dan akan memperbaiki kelemahan di masa akan datang.

"Saya minta maaf sekiranya ada satu dua perkara dirasakan tidak sesuai, dan pada masa sama, saya hendak menjadikan himpunan itu satu festival yang merangkumi semua aspek, bukan sukan dan hiburan sahaja, tetapi modal insan danpembangunan intelektual," katanya.
- Bernama


TERKINI


Menteri: Belanja besar K-Pop bukan isu jika ditaja

Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.

Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.

"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta. Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.
-mk


Ulasan GB

Tarian tu satu hal. Kemudian perbelanjaan yang besar kepada kumpulan tersebut sehingga mencecah lebih RM2 juta itu apa kisah? Belum ada pengesahan atau penafian. Kemudian syarikat StadiumFirst itu siapa punya? Rakyat perlukan penjelasan. Bagaimana tiba-tiba muncul sebuah syarikat yang menuntut jutaan ringgit wang milik rakyat dari kementerian. [JAHANAM] Belanja Hari Belia RM20 juta. "K-Pop" Dibayar RM2.04 juta Apa jaminan wang rakyat tidak diperhabiskan untuk perkara-perkara mungkar ini?

TERKINI: Daripada berita terkini yang tercatat diatas, apa ke jadahnya dah buat aktiviti kemudian baru nak cari penaja? Nak melembukan rakyat, pelbagai alasan diberikan, tak sedar diri sendiri yang lembu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca







SPRM Bebaskan Shahrizat, Azmin Pula Dijerat Semula

Posted: 31 May 2012 11:08 PM PDT

PKR kecewa SPRM buka kes Azmin, bebaskan Shahrizat

SHAH ALAM - Dua pemimpin kanan PKR kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - mengisytiharkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) manakala kes rasuah 17 tahun lalu Azmin Ali mahu dibuka semula.

"Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat SPRM pada hari ini berhubung kes NFC dan penglibatan Shahrizat serta tuduhan terhadap Azmin Ali," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kedua-dua mereka berkata, sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

"Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Shahrizat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.

Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.

Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini.

SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.

Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai. -SH


Ulasan GB

Apa yang GB ramalkan sebelum ini di SINI jadi kenyataan! Petikan:

Sekarang ini semacam wujud satu fenomena baru iaitu mewujudkan isu-isu lapuk untuk memburukkan imej kerajaan PR Selangor seperti siu pasir, isu gambar bogel Elizabeth Wong dan sebagainya menjelang PRU13 di dalam misi UMNO BN Tawan Selangor.

Mereka ketandusan isu, lantas cuba "menggilap" isu lama dengan harapan rakyat terpedaya.

Maka diperalatkan Pengarah Eksekutif NFCorp dan RPK yang sekarang ini tersepit dengan pelbagai skandal dan isu yang melanda mereka berdua.

Mengapa isu pasir dan Ariffahmi ditimbulkan? Kerana untuk memerangkap Pakatan Rakyat: jangan kecoh-kecohkan hal Shahrizat, kami juga boleh buka semula kes pasir dan lain-lain!

Hasilnya nanti ialah: Shahrizat akan diisytiharkan bersih dari penyelewengan, sekali dengan isu pasir dan Ariffahmi!

Hal yang sama pernah berlaku dimana dua kes ditutup serentak oleh SPRM dahulu untuk menyelamatkan Ketua Menteri Melaka dimana kes politik wang membabitkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam disekaliguskan dengan 7 kes lain dan salah satunya ialah kes lembu korban yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun nyata Ali Rustam bersalah dan Tan Sri Khalid tidak berslaah, tetapi ia disekaliguskan untuk pastikan rakyat tidak "menyoal" mengapa Ali Rustam dilepaskan. SPRM akan menjawab: kami juga lepaskan MB Selangor!

Kes-kes lain yang ditutup termasuk siasatan terhadap timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk T Murugiah; kes bekas speaker DUN Perak, V Sivakumar; kes bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; kes dakwaan salahguna kuasa dan peruntukan ADUN Jawi Tan Beng Huat; kes ADUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang didakwa cuba merasuah calon bebas DUN Penanti, Pulau Pinang Aminah Abdullah.

Kesemuanya disekaliguskan untuk menyelamatkan profail-profail BN.

Tetapi SPRM jawab: "Tengok, bukan saja pemimpin BN, tapi pemimpin PR pun dilepaskan sebab tiada kes!"

Demikianlah yang bakal berlaku untuk kes NFC.

Dan sebaik saja SPRM mengumumkan demikian nanti, maka pilihanraya pun dipanggil dengan harapan rakyat tidak lagi bersuara mengenai Shahrizat dan NFC.

Nak bersuara tentang Shahrizat, maka SPRM akan keluarkan sekali isu pasir dan Ariffahmi semula. Begitulah taktiknya, hasil baccan GB, dan sekalian orang yang mahu mengikuti kebenaran dan keadilan.

SPRM bijak bukan? Tapi mereka terlupa bahawa Allah Maha Bijaksana!


Kes pasir ADUN Sri Muda sudah dua kali dibuka dan dua kali ditutup. Tak mustahil akan dibuka semula apabila mereka ketiadaan modal lagi. Itulah yang berlaku ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Skandal yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat terlalu kurang. Kalau ada ada pun kesnya lemah dan tiada bukti kukuh yang mereka ada melakukan penyelewengan. Oleh itu yang boleh dilakukan ialah penyegaransemula dan kitarsemula kes-kes lama.

SPRM sudah lama menjadi alat kepada UMNO BN. Sebelum ini di SINI GB pernah nyatakan, petikan:

Inilah yang dikehendaki sekarang iaitu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

SPRM? Sukar untuk kita letakkan harapan kerana sejarah sudah membuktikan bahawa SPRM itu tidak cekap dan tidak profesyenal contohnya di dalam kes Teoh Beng Hock. Malah mereka cuba melindungi pula perbuatan jahat pegawai-pegawai mereka. Ia akhirnya hanya terbongkar melalaui Suruhanjaya Siasatan DiRaja.


Demikianlah rencana mereka.

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

[BERGAMBAR] Cukup Kartun Betul Bila SPR Larang Kempen Guna Kartun

Posted: 31 May 2012 07:41 PM PDT


Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.

Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.

"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scorpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya. -HD

Kartunis tak akan hiraukan larangan SPR

Kumpulan kartunis tidak mengiktiraf dan tidak akan menghiraukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan karikatur dalam dalam kempen pilihan raya umum akan datang.

Malah, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque hari ini mengumumkan akan mengetuai sekumpulan kartunis untuk bergerak aktif dan membuka bilik gerakan sendiri dalam tempoh berkempen.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen pilihan raya umum," kata Zunar merujuk kepada inisiatiuf Kumpulan Kartunis Independen (KKI) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Zunar berkata, mereka akan memfokuskan karya kepada isu semasa seperti urusniaga pembelian kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis dan isu berkaitan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Katanya, kartun itu kemudiannya akan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk risalah, poster, sepanduk dan video.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mengingatkan parti politik agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur individu dalam pilihan raya umum kerana ia tidak sesuai dan dilihat tidak serius.

Bercanggah dengan undang-undang, lucu

Katanya, SPR akan menggunakan peruntukan bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menurunkan poster atau sepanduk seperti itu untuk menjaga imej calon bertanding, di samping mewujudkan disiplin.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Zunar berkata, tindakan SPR itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah melucukan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam pilihan raya.

"Dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya,"
kata Zulkiflee.

Zulkiflee berkata, SPR patut memberikan perhatian kepada mesej bahan kempen dan bukannya medium.

"Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua bentuk medium perlu diambil tindakan," katanya yang terkenal dengan kartun berbentuk satira politik.

"SPR seharusnya gunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan BERSIH daripada berbicara soal kartun dan karikatur."


PRU13: Kempen dilarang guna karikatur

JOHOR BAHRU - Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.

SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya.
- Bernama















[JAHANAM] Belanja Hari Belia RM20 juta. "K-Pop" Dibayar RM2.04 juta

Posted: 31 May 2012 05:00 PM PDT

Himpunan Belia: Kerajaan belanja RM20 juta?

KUALA LUMPUR 29 Mei: Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

"Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.

"Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut," kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.

Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.

"Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini," katanya.

Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.

Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. -KD


PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.

Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..

Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.

Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.

Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis 'K-Pop' dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..

Dua kumpulan 'K-Pop' yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..

Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..




-darisungaiderhaka


Kerajaan Malaysia "Jual" Rahsia ATM, Kata Peguam Perancis

Posted: 31 May 2012 08:02 AM PDT

Bangkok: Kerajaan Malaysia didakwa "menjual" dokumen rahsia Tentera Laut Malaysia kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis bersabit pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan bahawa syarikat Perancis itu telah membayar sejumlah 36 juta Euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk urusan "kejuruteraan komersial", demikian lapor malaysiakini.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian bersabit pembelian kapal selam yang merupakan laporan sulit," kata Joseph kepada wartawan di Thailand.

Menurut Breham berdasarkan pengalaman di Perancis, tindakan "menjual" dokumen rahsia kepada negara asing dianggap sebagai pelanggaran rahsia pertahanan dan perbuatan khianat.

"Ia adalah pengkhianatan di mana anda menjual maklumat kepada pesaing atau negara asing tentang pandangan anda berkenaan senjata khusus serta pelan untuk menggunakan senjata tertentu.

"Di Perancis, jika anda melepaskan mereka (dokumen-dokumen rahsia), anda boleh dihukum penjara 10 tahun,"
kata beliau apabila ditanya tentang kesalahan undang-undang menjual laporan tersebut.

Semalam Pengarah Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan Mohd Ibrahim Mohd Noor sebagai individu yang mempunyai kaitan rapat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion tahun 2002.

Malah menurutnya polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota yang disampaikan kepada Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai, 1999 yang antaranya menyebut Mohd Ibrahim dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda sebagai rujukan rangkaian politik Malaysia.

Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis, William Bourdon yang ditugaskan mengikuti kes berkenaan ke negara Perancis.

Alasan yang diberikan Menteri Dalam Negeri bahawa Bourdon telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Breham yang dijadualkan melawat Malaysia minggu ini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa berhubung visa kerja yang dimohon beliau.

Justeru beliau mengambil keputusan untuk menemui pihak Suaram di Bangkok.

MP fail usul tergempar isu jualan rahsia negara

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memfailkan usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang berhubung dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.

Menurut Nurul Izzah lagi, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nuruk Izzah.

Dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.
-mk


TG Nik Aziz Jawab Harussani: Istiqamah Lain, Keras Hati Lain

Posted: 31 May 2012 07:13 AM PDT

Saya nak perbetul fahaman Harussani'

KOTA BHARU: "Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal," kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang 'naik angin' dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.

"Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.


"Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm

Nik Aziz: Mufti boleh jadi perantara, tapi bukan serang

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan orang lain.

Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.

"Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.

"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.

"Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam,"
kata beliau.

Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"

"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.

Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti.
-SH


Halang PR Guna Logo: SPR Berniat Jahat Menangkan Umno – Tian Chua

Posted: 31 May 2012 05:05 AM PDT

Tindakan terdesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekalkan kuasa regim Umno BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) dengan menghalang Pakatan Rakyat (PR) menggunakan logo sendiri membuktikan agensi itu berniat jahat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

"Ini membuktikan SPR yang sememangnya milik Umno dan tindakan itu sememangnya berniat jahat.

"Apa lagi saya boleh katakan kalau ini sebenarnya kerja tahap gila SPR mahu jaga 'majikan' mereka," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas pengumuman mengejut oleh SPR bahawa PR tidak dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam PRU 13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Ekoran itu kata Tian, sekali lagi SPR membuktikan bahawa pihaknya tidak berminat membersihkan undi, sebaliknya tidak habis-habis mencari jalan mahu 'melenyapkan' PR.

"Mereka tiada niat untuk membersihkan daftar pemilih dan segala masalah lain bersangkutan, tetapi jelas apa yang dilakukan mereka bertentangan dengan tanggungjawab SPR itu sendiri.

"Kerja SPR sekarang hanya mencari jalan dan berusaha untuk memenangkan BN," ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata, bendera parti-parti komponen PR tidak boleh diletakkan di kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan.

Jelas Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

"Setahu saya, kalau musim PRU, tiada lagi had sempadan untuk meletakkan bendera, contohnya saya di Parlimen Batu, ada bendera KEADILAN.

"Tapi bagaimana kawasan sempadan iaitu Parlimen Titiwangsa, mereka mahu naikkan bendera PAS, begitu juga dengan penyokong mahukan bendera PAS dan KEADILAN," kata Tian lagi. -KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Naib Ketua Umno Hulu Selangor Keluar Parti

Posted: 31 May 2012 02:57 AM PDT

Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.


Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya. -HD





Tiada ulasan: