Selasa, 19 Jun 2012

Era Pasca

Era Pasca


PAS ucap tahniah kepada Ikhwan

Posted: 18 Jun 2012 06:19 PM PDT


Gua dok tunggu Hosjin Mubazak tumbang je.. hehe
(klik gambar untuk tonton video temuramah hosjib Mubazak dengan CNN kehkehkeh)
baca berita,

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir semalam.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Mesir yang memilih calon Ikhwan, sebagai Presiden baru, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin.

Kemenangan itu juga turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya presiden dari Ikhwan memangi pilihanraya itu selepas 83 tahun perjuangannya.

"Saya sendiri akan menunaikan solat sunat syukur dua rekaat tengahari ini dan insyaallah malam nanti saya akan meneruskannya pula di rumah.

"Saya juga berdoa dan berharap semoga umat Islam di seluruh dunia termasuk pejuang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat yang sama bagi melahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu," ujarnya.

Katanya, semoga dengan cara itu akan mempertingkatkan lagi hubungan dan kekuatan kepada perjuangan Islam di dunia ini, termasuk Malaysia.

Katanya, tidak ada orang Islam di muka dunia ini yang tidak gembira dengan kemenangan Ikhwan Muslimin di bawah partinya (Kebebasan dan Keadilan).

Katanya, walaupun selepas 83 tahun Asyahid Hassan Al-Banna meninggal dunia setelah ditembak di siang hari sehingga tidak ada orang yang berani mengangkat mayatnya ketika itu, akhirnya perjuangan itu menang juga.

Kata Tuan Guru, usaha 'juak-juak' sekular seperti CNN, Reuters, bekerja keras untuk menangkan calon mereka akhirnya tewas juga.

Dengan kemenangan Ikhwan, beliau berkeyakinan ianya akan terkesan di Malaysia di mana perjuangan Islam di Negara ini juga akan menemui kemenangan.

"Dengan dunia tanpa sempadan ini manusia dapat melihat secara terus apa yang berlaku tanpa ditapis," jelasnya.

Sambungnya, walaupun perjuangan Islam di Malaysia tidak bebas akibat ditekan dan dikongkong, apa lagi tidak mempunyai media, namun dengan langit tanpa sempadan itu, ianya akan membantu kemenangan PAS di Malaysia.

Tuan Guru berpendapat kemenangan itu sudah tentu pengundi Mesir mendapat hidayah dari Allah selepas rakyat mereka selama ini dibunuh, dikurung dalam penjara.

"Pelbagai seksa di bawah kerajaan Mesir yang terdahulu, Jammal Abdul Nasir, Anwar Saddat, Hosni Mubarak.

"Mereka membuat macam-macam pada pejuang ikhwan ada yang dibakar janggutnya supaya janggut hilang dan kulit melecur," ujarnya.

Katanya, tindakan itu tidak ubah seperti zaman firaun yang melakukan kepada pengikut Nabi Musa.

Sambungnya kekayaan manusia tidak sama dengan kesempurnaan Allah yang memiliki segala-galanya.

Tuan Guru seterusnya berkata, Shah Iran merupakan pemipin yang terkaya dunia zaman pemerintahannya, namun tidak mempunyai zuriat hasil perkahwinan dengan isterinya Surayya.

"Suraya dan Shah Iran tidak mempunyai zuriat walaupun kaya sekalipun kerana tidak mampu membuat zuriat sendiri selain Allah," ujarnya.


Akibatnya, Shah Iran berkahwin lain dengan Farah Debba sehingga mendapat zuriat empat orang anak, tetapi kerajaan Shah diguling kemudiannya oleh Ayotolah Khomeni.

Menurutnya pejuang Islam di seluruh dunia, seperti Ikhwan di Mesir, PAS di Malaysia, Masyumi di Indonesia dan lain-lain lagi pasti akan bertambah kuat dalam memperjuangkan kebenaran Islam walaupun ditentang pelbagai cara di tempat masing-masing.

Malah, katanya bukan itu sahaja kebangkitan Islam di Eropah juga semakin meningkat.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: