Sabtu, 30 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki China Meninggal Dunia Selepas Tonton Euro 2012 Secara Maraton

Posted: 30 Jun 2012 08:34 AM PDT


The Telegraph menyiarkan berita seorang lelaki dari Changsha di selatan China meninggal dunia selepas berjaga malam selama 11 malam berturut-turut untuk menonton perlawanan Euro 2012. Lelaki berusia 26 tahun itu meninggal dunia selepas kekalahan 2-0 Irelands kepada Itali pada 18 Jun lalu.

Menurut laporan Sanxiang Metropolis, peminat fanatik sukan bola sepak itu ditemukan mati oleh ibunya. Berdasarkan perbezaan masa dunia, kebanyakan perlawanan Euro 2012 di China bermula pada pukul 02:45 pagi waktu tempatan.

Menggunakan nama palsu untuk melindungi identiti keluarga mangsa, akhbar itu melaporkan Jiang Xiaoshan yang merupakan ahli pasukan bola sepak universitinya mempunyai tahap kesihatan yang baik sebelum kejohanan itu.

"Kami akan berehat tetapi dia menonton setiap perlawanan tanpa ketinggalan walaupun satu perlawanan," kata rakan si mati kepada Metropolis Sanxiang.

Jiang dilaporkan pulang pada 05:00 pagi Selasa lepas tetapi apabila ibunya cuba untuk mengejutkannya  untuk makan malam, dia mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia.

Menurut Dr Liu Zhiling, "Jiang mempunyai kesihatan yang baik. Namun, jika seseorang berjaga sepanjang malam dan tidak tidur dengan cukup, maka hal itu akan melemahkan sistem imunnya, tambahan pula jika dia mengambil minuman keras dan menghisap rokok sambil menonton bola sepak." -DCM


P/s: Bukan demam bola, tetapi hidup mati demi bola!




Harrie Othman Sertai PAS: "Saya pilih Pas kerana perjuangan bersandarkan al-Quran, Sunnah"

Posted: 30 Jun 2012 07:40 AM PDT


[SH] JOHOR BAHRU – Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu.

Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

"Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi.

"Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia di sini, malam tadi.

Hadir sama, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Pada program berkenaan Hairie turut menyerahkan borang keahliannya kepada Nik Aziz sambil diperhatikan kira-kira 5,000 pengunjung yang hadir sekali.

Hairie yang sudah bergiat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun berkata, penyertaannya dalam Pas bukan bermaksud dia sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon seperti dahulu, malah akuinya, dia kini lebih popular.

"Ada yang dakwa saya sudah jadi pelakon suam-suam kuku, sebab itu saya pilih Pas. Namun, saya begitu terharu dengan kehadiran ramai orang pada malam ini. Saya rasa jadi 'lebih artis' berbanding sebelum ini," katanya.

Hairie berkata, jadual hariannya kini juga padat sejak minggu lalu bagi memenuhi undangan bersama Pas di merata-rata tempat.

"Kali pertama bertemu Tok Guru, beliau bertanya sebab apa saya mahu masuk Pas. Saya jawab saya ingin berubah. Saya pilih Pas, tiada niat apa-apa.

"Saya hanyalah penyokong kepada perjuangan yang berlandaskan Islam dan bukan bersifat perkauman atau bangsa," katanya.
 
 
 P/s: Tahniah!


 

Kerana Takut Dicekup Khalwat dengan Awang Afrika, Wanita Sanggup Mengaku Bukan Islam

Posted: 30 Jun 2012 05:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] PETALING JAYA: Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.

Timbalan Pengerusi surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

"Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

"Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah," katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

"Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur.

"Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan," katanya.




Padah Asmara Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah

Posted: 30 Jun 2012 12:12 AM PDT


[SH] BESUT - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.


Utusan Lapor Saham FGVB Melonjak, Reauters Lapor Saham FGVB Bakal Merundum

Posted: 29 Jun 2012 11:16 PM PDT

 
[AnakSungaiDerhaka] Khamis lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings melonjak ketika ianya mula didagangkan.

Antara yang dilaporkan pihak mereka..

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran. Dan Utusan menjadikannya sebagai tajuk utama mereka..

Dengan itu juga bersoraklah pencacai-pencacai UMNO.. ada yang mengatakan ianya satu berita buruk buat Pakatan Rakyat dan ada juga yang mengatakan Pembangkang terkejut beruk..

Bagi yang sudah biasa berurusan ddengan jual beli saham ini.. pasti tahu bagaimanacaranya untuk menjadikan nilai sesuatu saham itu melonjak..

Tambahan pula penyenaraian ini penting buat Najib kerana jika ianya merudum diawal penyenaraiannya maka masa depan Najib akan turut merudum..

Kalau nak tahu bagaimana cara yang Najib terpaksa gunakan untuk melonjakkan harga saham ini.. sila lihat di ( SINI )

Ramai juga yang menjangkakan ianya akan bertahan sehingga PRU13 ini sahaja.. selepas PRU13 pihak yang diarahkan membeli pasti akan menjualkannya semula..

Perlu diingat kebanyakkan saham yang mana Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri terlibat kebanyakkannya meningkat nilainya pada hari ianya disenaraikan tapi akhirnya ianya jatuh..

Contohnya ialah saham bagi ASNITA.. Harga tawaran ialah RM 1 tapi harga sekarang ialah hanya 55 sen..

Telekom... permulaan di niagakan saham meningkat sehingga RM19.00 seunit.. sekarang berada dibawah RM4.

Sama juga dengan ASN, ASB, ASDI, MAS dan berbagai saham lagi…

Jika media yang dikawal Kerajaan UMNO/BN hanya melaporkan yang indah-indah tentang penyenaraian ini.. media yang tidak boleh dikawal oleh UMNO/BN melaporkan penyenaraian ini berada dibawah jangkaan..

Baca apa yang disiarkan oleh Reuters seperti yang dilaporkan pula oleh Bussines Times di bawah ini..




Bussines Times
 
Ianya mengatakan kajian oleh Firma Macquarie Secuirities menunjukkan harga saham akan menjunam 27% dari harga penyenaraian.

Ini kerana pengeluaran buah Kelapa Sawit oleh Felda Global adalah 15% lebih rendah dari pesaingnya dan lebih dari separuh pokok-pokok Kelapa Sawit di ladang milik Felda Global itu berusia lebih dari 20 tahun..

Sehari selepas ianya disenaraikan iaitu hari Jumaat nilainya telah susut sebanyak 0.4%..

Siapa Macquarie Secuirities? tengok kat bawah ni..




Macquarie Securities
 

 
 

Dibakar Hidup-hidup

Posted: 29 Jun 2012 07:00 PM PDT


KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.

HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.

[HM] KUALA LUMPUR: "Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.

"Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat," kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.

Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.

Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.
 
Berkaitan:

MAYAT Yoga ditutup dengan plastik di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Selangor selepas dibakar malam kelmarin.

[Kosmo] AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.

Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.

Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.

"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.


Pelajar Perempuan Minum Racun Kerana Bakal Dibuang Sekolah?

Posted: 29 Jun 2012 06:41 PM PDT


Dua pelajar belum sedar, seorang stabil

[BH] SEPANG: Tiga pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai, Sepang Putra di Sungai Pelek, dekat sini dimasukkan ke hospital selepas disyaki minum racun.
 
Semua mangsa yang belajar di Tingkatan Empat, dikatakan bertindak demikian selepas mengetahui pihak sekolah mahu mengambil tindakan disiplin terhadap mereka.
 
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata ketiga-tiga mangsa berusia 16 tahun dan dipercayai cuba membunuh diri selepas pihak sekolah dikatakan mahu mengambil tindakan itu.

Beliau berkata, polis dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang apabila ketiga-tiga mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan.

"Tiga pelajar itu didakwa minum racun kerana takut dikenakan tindakan disiplin. Mereka ditemui tidak sedarkan diri dalam kawasan sekolah sebelum dihantar ke hospital. Setakat ini, kita belum tahu jenis racun diminum dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, tetapi akan menyiasatnya secepat mungkin.
 
Di SEREMBAN, dua daripada tiga pelajar terbabit masih belum sedarkan diri dengan seorang daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pelajar yang stabil bagaimanapun menafikan dakwaan dia minum racun rumpai.

Ketika ditemui wartawan, pelajar itu mendakwa tidak tahu mengapa guru mengarahkannya mengikut dua lagi rakannya yang ketika itu tidak sedarkan diri ke hospital.

"Saya akui dua lagi rakan mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mungkin mereka tidak dapat menerima hakikat dibuang sekolah hingga mengambil tindakan sedemikian," katanya yang kesal dengan perbuatan dua rakan karibnya itu. 
 
 
 

Saham Felda FGVH: Isa Samad Tiada Seinci Tanah Pun Dapat 180 Ribu Saham, Siapa Lagi yang Untung Besar?

Posted: 29 Jun 2012 06:00 PM PDT


[BeritaSemasa] Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada "pasaran terbuka" semalam.

Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperoleh dalam kalangan pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?

Saham FGV Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?

Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting di sebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unit saham Felda FGVH walaupun, beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
  1. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
  2. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
  3. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
  4. Dr. Emir – 150,000 unit saham
  5. Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?
Kami teringat dengan kata seorang bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan sebelum ini dalam satu wawancara bagi program 'In Person' di Astro Awani)?
"Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya".

Pulangan Di Sebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :
  1. Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
  2. Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
  3. Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
  4. Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
Hakikatnya,  berdasarkan semakan kami terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andai kata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?
Saham FGVH Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?
P/s: Kasihan orang Felda yang terpedaya dengan janji manis BN!

Siapakah Penyokong Kassim Ahmad yang Mahu "Meludah", "Menggantung", "Memancung" dan "Menempeleng" Anwar Ibrahim?

Posted: 29 Jun 2012 05:13 PM PDT

Berita berkaitan di sini.

Tiada ulasan: