Selasa, 26 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Penyokong England Tayang KEMALUAN Semasa Pasukan Itali Ambil Sepakan Penalti

Posted: 26 Jun 2012 05:00 AM PDT


Menurut beberapa laporan akhbar antarabangsa, seorang penyokong pasukan England telah melondehkan seluar dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk menarik perhatian pemain Itali daripada  menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan suku akhir.

Gambar ini dirakam ketika Alessandro Diamanti sedang mengambil sepakan penalti untuk pasukan Itali.

Seperti yang dilaporkan, England tewas kepada pasukan Itali 4-2 walaupun ada peminatnya sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan pasukan mereka menang.




P/s: Macam-macam!



Gadis Mendakwa Diperkosa Ketika Tidur

Posted: 26 Jun 2012 03:30 AM PDT

 
[HM] KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

"Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja," katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

...Sambung baca di HM versi bercetak...!


P/s: Misteri!

[Gambar] Foto Altantuya di Paris Tersebar

Posted: 26 Jun 2012 01:07 AM PDT

Kredit: AmenoWorld

Gadis Diculik, Dirogol, Dipaksa Kahwin, Kemudian Ditinggalkan di Tepi Jalan

Posted: 25 Jun 2012 11:04 PM PDT


[HM] IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.

Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

"Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu," katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

P/s: Lahanat!


"Dia nak debat ke tak nak?..." - Anwar Ibrahim

Posted: 25 Jun 2012 11:00 PM PDT


[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak.

Anwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau.

"Dia nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat-debat di seluruh sekolah. Hadiah (yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Debat-hadiah-perdana menteri. Di sekolah minta anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa?

"Itu cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan pidato aspresiasi di majlis pelancaran dan diskusi buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat malam tadi.

Majlis pelancaran dan diskusi buku hasil tulisan Datuk Dr Siddiq Fadzil itu juga turut dihadiri  Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jumaat lalu, Najib terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan Anwar  untuk mengadakan debat.

Katanya, debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan perbahasan di Parlimen ada unsur perdebatan, Anwar menafikan perkara tersebut.

"Debat... bila Datuk Najib datang? nak debat atau tidak. Bagi alasan Parlimen ada debat. Tak ada.

"Kedua ini bukan budaya Melayu. Maki orang, pukul orang, bunuh, hina itu budaya Melayu ke? Guna media untuk aibkan orang itu budaya Melayu?" soal Anwar. 


P/s: Usahlah mencabar pengecut!
 
 

Ummi Hafilda KANTOI, Wanita Misteri Nafi Proksi Anwar

Posted: 25 Jun 2012 09:00 PM PDT

 
'Wanita misteri' nafi jadi proksi Anwar


 
[MK] Seorang wanita yang ditampilkan Utusan Malaysia hari ini menafikan menjadi proksi kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Wanita berkenaan, Zaliah Zakaria, 56, menafikan dakwaan tersebut susulan penyiaran gambarnya dalam edisi hujung mingguan Utusan semalam.

Zaliah bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengenali Anwar tetapi mengenali isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik," katanya seperti dipetik akhbar berkenaan hari ini.

Katanya lagi, syarikatnya memberi banyak sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI) ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya lagi, beliau juga pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak pasangan tersebut ketika Anwar berada dalam penjara.

Anggota Umno, Ummi Hafilda (bawah) sebelum ini mendakwa, Anwar sangat mengenali wanita tersebut "yang bukanlah seorang istimewa tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta."

'RM100 juta hasil perniagaan lumba kuda'

Ummi juga mendakwa, Zaliah memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakannya di Pulau Pinang

Zaliah yang mengakui diisytiharkan muflis selepas diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDB) berhubung cukai pendapatan lebih RM50 juta itu meminta Ummi Hafilda mengemukakan bukti berhubung dakwaan pemilikan harta berkenaan.

Jelasnya bahawa beliau memiliki aset wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada satu perniagaan lumba kuda.

Hartanya yang lain termasuk empat buah rumahnya di Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM3.68 juta, menurut laporan Utusan.

Bagaimanapun, harta berkenaan bertukar milik ketika beliau berkunjung ke luar negara pada Januari 2000.

"Seminggu saya berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," katanya seperti dipetik.
 
 
 
 

[Video] Najib Enggan Mohon Maaf & Tarik Semula Kata-kata "HARAM JADAH"

Posted: 25 Jun 2012 08:00 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.

Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.

Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.

"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

"Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.

Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.

"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.

"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.

Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.


P/s: Kalau ada yang masih sanggup mengundi Najib dan partinya, silakan!





[Gambar] Situasi yang MENGGERUNKAN UMNO

Posted: 25 Jun 2012 07:15 PM PDT

Sumber FB


P/s: TERBAIK!

[Gambar] Perbandingan Hasil Pasir Selangor Semasa Pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat

Posted: 25 Jun 2012 06:30 PM PDT

Sumber FB

Kalau Anak Mahiaddin Pandu Kereta "PR", Nizar Pula Tunggang Motor "BN"

Posted: 25 Jun 2012 05:20 PM PDT

Sumber FB

P/s: Datuk Seri Nizar Jamaluddin, TERBAIK!


Ceritanya di sini.



Tiada ulasan: