DUNIACACAMARBA |
- Lelaki Ceroboh Rumah, Samun, Rogol Kemudian Nasihat Mangsa
- Hassan Ali Terus Memfitnah Anwar dan Pakatan Rakyat, Akui Serasi dengan UMNO
- Kakitangan Awam Dakwa Tidak Tahan Diganggu Janda Berahi
- Penjual Karpet Rogol Pekerja Ladang
- Isu WWW1: Nizar SAMAN Utusan dan TV3!
- Bersih Haram Bukan Fatwa Tetapi Nasihat - Mashitah
Lelaki Ceroboh Rumah, Samun, Rogol Kemudian Nasihat Mangsa Posted: 13 Jun 2012 05:00 AM PDT [HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun bukan saja dirogol seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Sungai Pelek, Sepang, malah turut diberikan nasihat oleh suspek supaya mengunci pintu jeriji rumah bagi mengelakkan diceroboh lelaki lain dalam kejadian Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pisau pada mulanya berniat merompak rumah berkenaan, namun mengubah fikiran dengan merogol wanita berkenaan sebanyak dua kali dipercayai selepas terpikat melihat wajah mangsa. Malah, selepas merogol mangsa, suspek yang berusia 20-an turut memaksa wanita itu menyerahkan nombor telefon bimbitnya dengan alasan mahu menghubungi mangsa selain dipercayai akan kembali ke rumah berkenaan. Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur bersendirian dalam bilik di rumahnya sebelum terjaga apabila dikejutkan lelaki tidak dikenali. "Mangsa pada mulanya mahu menjerit, namun diugut lelaki itu supaya berdiam diri jika tidak mahu dicederakan kerana suspek membawa sebilah pisau yang diacukan pada badan mangsa. "Suspek juga dikatakan menutup muka mangsa dengan tudung selain mengikat kedua-dua tangan wanita itu bagi memudahkannya untuk merompak," katanya, semalam. Bagaimanapun, menurut sumber itu, tidak lama kemudian, suspek mengubah fikiran dan memaksa mangsa membuka pakaian sebelum merogolnya sebanyak dua kali. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. P/s: Lahanat! | ||
Hassan Ali Terus Memfitnah Anwar dan Pakatan Rakyat, Akui Serasi dengan UMNO Posted: 12 Jun 2012 10:02 PM PDT Baca: Negara bakal jadi republik [HM] TANAH MERAH: Malaysia yang sebelum ini mengamalkan pemerintahan demokrasi bakal bertukar kepada negara republik jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali berkata, seandainya PR daripada parti Pas, Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), seterusnya menawan Putrajaya, tidak mustahil sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem republik terlaksana. "Itu janji PR yang disuarakan Anwar bersama pemimpin PR lain jika mereka menang pilihan raya. Apabila ini terjadi, secara automatik kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja (IMR) dalam negara (Malaysia) lenyap kerana bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem republik, IMR bukan agenda utama pemerintahan mereka. "Perkara itu yang membimbangkan kita terutama nasib anak cucu pada masa akan datang jika PR berhasrat meneruskan agenda mereka itu walaupun kerajaan sedia ada sentiasa berusaha mempertahankan kedaulatan IMR daripada tergugat," katanya ketika menyampaikan ceramah berhubung Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbang, dekat sini, malam kelmarin. Program anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Membawa Aspirasi Rakyat (Membara) itu dihadiri 20,000 orang yang tertarik dengan isu panas berhubung PR dan Anwar yang disampaikan Dr Hasan. Menurutnya, berhubung perkara itu, sebagai NGO, Jati akan meneruskan agendanya memperjuangkan IMR bagi menyedarkan masyarakat negara ini mengenai PR melalui program ceramah bergerak. "Saya melaksanakan program (ceramah) ini bukan ingin meraih simpati atau merayu undi bagi PRU-13, tetapi ingin menyedarkan orang ramai pentingnya mempertahankan hak institusi raja. "Apa yang saya perhatikan, Pas, DAP dan PKR banyak menentang agenda yang cuba diketengahkan Jati dan hanya parti Umno yang lebih berminat serta boleh menerima konsep kami (Jati)," katanya. P/s: Macam lahanat! Penyebar fitnah! Satu lagi pernyataan dalam berita akhbar di atas yang membuatkan TM mahu termuntah: Program anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Membawa Aspirasi Rakyat (Membara) itu dihadiri 20,000 orang yang tertarik dengan isu panas berhubung PR dan Anwar yang disampaikan Dr Hasan. 20 ribu? Sudahlah!
| ||
Kakitangan Awam Dakwa Tidak Tahan Diganggu Janda Berahi Posted: 12 Jun 2012 08:46 PM PDT [BH] KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan awam berusia 55 tahun membuat aduan polis selepas mendakwa tidak tahan diganggu seorang janda anak tiga yang sering menghantar SMS lucah kepadanya hampir setiap hari. Malah, lelaki itu turut mendakwa difitnah janda berusia 40-an terbabit konon merogolnya sehingga hamil. Lelaki berkenaan mengenali wanita itu pada awal Mei lalu ketika mengajaknya menjadi rakan kongsi perniagaan jualan langsung. Namun, akibat tidak tahan dengan gangguan yang menjatuhkan reputasinya sebagai kakitangan awam, lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, kelmarin. Sumber polis berkata, mangsa menjalankan perniagaan produk kesihatan dan mempelawa janda terbabit menjadi rakan kongsi, namun disalahertikan hingga diganggu melalui SMS, panggilan telefon serta laman sembang sosial sejak awal bulan lalu. Katanya, hampir saban hari mangsa dihujani SMS lucah dan diganggu melalui laman sosial dengan kata-kata berbaur fitnah hingga boleh menjejaskan rumah tangganya. "Mangsa pada mulanya boleh bersabar, namun tidak tahan selepas janda itu menghantar SMS menuduhnya merogol hingga hamil dan perlu bertanggungjawab bagi mengelak tindakan lebih keras daripada wanita terbabit," katanya, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. P/s: Terbalik. Macam-macam! | ||
Penjual Karpet Rogol Pekerja Ladang Posted: 12 Jun 2012 07:15 PM PDT [SH] BENTONG – Seorang pekerja ladang dirogol penjual karpet warga asing dalam semak di Kilometer 24 Jalan Karak-Kuala Pilah, ketika wanita itu sedang berjalan pulang, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin. Mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang berjalan kaki apabila penjual karpet itu, yang menunggang motosikal, menghampiri dan mengheretnya ke kawasan semak, 50 meter dari situ. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya dan mengheret mangsa ke semak berhampiran kira-kira 50 meter dari jalan utama. "Mangsa menjerit meminta tolong, namun lelaki terbabit merogolnya, sebelum melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, orang awam yang nampak motosikal itu di tepi jalan berasa curiga. Mereka pergi ke kawasan itu dan menemui wanita itu. "Polis menahan suspek berusia 25 tahun pada hari yang sama ketika cuba melarikan diri di kawasan ladang berhampiran," katanya. Lelaki itu direman seminggu. | ||
Isu WWW1: Nizar SAMAN Utusan dan TV3! Posted: 12 Jun 2012 06:30 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR 12 Jun: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1. Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1. "Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan. "Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga sedia menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menyatakan perkara sebenar. Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat untuk mohon menghadap ke Istana Johor. "Saya ingin menyatakan seikhlas-ikhlas hati di hadapan semua, saya teringin untuk menghadap, memohon maaf dan menceritakan kepada Baginda hal yang sebenarnya supaya kemelut ini dapat dihentikan," katanya. Dalam pada itu, Nizar turut mempertikai tindakan berat sebelah polis kerana gagal bertindak ke atas laporan Kosmo walaupun terang-terangan mempersenda Sultan Johor dalam isu berkenaan. Hujung bulan lalu, Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam twitternya. Bagaimana dengan laporan di bawah ini? | ||
Bersih Haram Bukan Fatwa Tetapi Nasihat - Mashitah Posted: 12 Jun 2012 05:55 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini. Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat. Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar. Beliau juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya. Pada 6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram. Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan