Rabu, 6 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Siapa Mahu HADIAH MISTERI? Sila Baca!

Posted: 06 Jun 2012 12:54 AM PDT



P/s: TERDESAK sungguh!

[Video-Wajib Tonton] Tuan Mufti: Jangan Tepuk Tangan...Syaitan, Jangan Takbir...Bukan Raya

Posted: 05 Jun 2012 09:12 PM PDT


Anda nilai.

Tetapi sindiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memang TEPAT dan PADAT!


Video Penuh:





[Gambar] Sultan Kelantan Tandatangan Plak Sokong Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas di Bumi Kelantan, Adakah UMNO Akan "Menderhaka" kepada Baginda Sultan?

Posted: 05 Jun 2012 08:15 PM PDT



Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak. - Teks/Foto Kelab GB/FB











P/s: Puak UMNO ini kalau di kaca TV digambarkan seolah-olah seperti orang yang paling taat kepada raja, walaupun hakikatnya sikap mereka terhadap golongan raja jelas digambarkan di sini.

Dalam isu royalti minyak Kelantan, baginda sultan sendiri menurunkan tandatangan menyokong usaha tersebut. Malah, baginda bertitah agar gas didaratkan di bumi Kelantan.

Adakah UMNO akan menderhaka kepada titah baginda?


Ucapan Perasmian Tilawah Al Quran Diselit Ucapan Burukkan Bersih 3.0, Isu Felda Global Ventures Holdings (FGVH), dan gejala LGBT

Posted: 05 Jun 2012 07:43 PM PDT

 
[KD] KUALA LUMPUR 5 Jun: "Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran," kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.

Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.

"Kita merasa hairan dengan segelintir rakyat Malaysia yang sengaja menjadikan Tanah Suci Makkah sebagai tempat meluahkan emosi di bawah telunjuk parti tertentu dengan kononnya membawa mesej berhimpun secara aman, bergambar dengan memakai baju kuning sambil memegang kain rentang 'Bersih 3.0′ dan ditonton oleh seluruh dunia," demikian ucapan Najib.

Antara lain, Presiden Umno itu turut menyentuh isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang kononnya cuba dipelopori oleh setengah pihak bagi menyebarkan fahaman salah kepada masyarakat.

Bagaimanapun, ucapan beliau itu mendapat reaksi negatif daripada hadirin yang meluat dan menggelengkan kepala ketika mendengar tohmahan berbaur politik itu.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Nur menyifatkan tindakan itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno dalam menggunakan segala kesempatan yang ada bagi menarik balik sokongan rakyat.

"Pelbagai propaganda telah mereka (kerajaan) lakukan tapi ternyata rakyat tak termakan umpan kerajaan terutama dalam isu Bersih dan Felda.

"Umno sekarang berada dalam keadaan 'defensive' demi mempertahankan kedudukan mereka kerana sedar rakyat sedang menunggu untuk menukar kerajaan," kata Dr Mohd Nur dihubungi Keadilan Daily.
 
 
 

Remaja 13 Tahun Dirogol Kenalan facebook

Posted: 05 Jun 2012 05:59 PM PDT

PELAJAR Tingkatan Satu dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
Mangsa terpedaya pemberian barang kemas

[BH] IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit.
 
Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.

Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. - Lee, Abang mangsa

Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

"Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu.
 
 "Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

"Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan," katanya.


Wanita Pandu Laju Sambil Acu Pisau di Leher

Posted: 05 Jun 2012 05:15 PM PDT

[Kosmo] GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita memandu kereta dengan laju sambil sebelah tangannya mengacukan pisau ke leher sendiri mencemaskan orang awam dan pemandu kenderaan lain di Jalan Delima 7, Island Glades di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.45 malam, polis yang menerima maklumat mengenai gelagat wanita itu terpaksa mengejar kereta Toyota Vios dipandu suspek itu sejauh kira-kira 100 meter sebelum kenderaan tersebut berjaya dipintas polis.

Sepanjang dikejar, wanita itu menjerit-menjerit dan tidak menghiraukan arahan polis supaya berhenti.

Sebaik suspek memberhentikan kereta, wanita berusia 27 tahun itu enggan membuka pintu kenderaan malah terus menjerit-jerit dan meronta-ronta sambil memukul keretanya.

Bagaimanapun, ketika itu dia tidak lagi mengacukan pisau ke lehernya.

Polis mengambil masa kira-kira 20 minit memujuk wanita itu sebelum dia keluar dari kereta yang dikunci dari dalam.


Berkaitan:
 
Wanita cuba bunuh diri mengamuk

[HM] GEORGETOWN: Bagaikan dirasuk, seorang wanita yang diselamatkan anggota polis selepas cuba membunuh diri mengamuk ketika dibawa ke Balai Polis Jelutong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit pada mulanya ditemui berkurung dalam kereta dan dilihat cuba mengelar lehernya dengan pisau ketika berada di Jalan Delima 7, Island Glades.

Bagaimanapun, orang awam yang melihat tindakan wanita itu menghubungi polis sebelum pihak berkuasa terpaksa memujuk wanita terbabit hampir dua jam kerana enggan membuka pintu.

Menurut sumber, cubaan memujuk untuk membuka pintu gagal, namun dia kemudian menyerahkan pisau lipat yang digunakannya melalui cermin kereta.

"Selepas menyerahkan pisau, dia kemudian memberitahu mahu meneruskan niat terjun di Jambatan Pulau Pinang sebelum memecut keretanya.

"Bagaimanapun, selepas hampir tiga kilometer, anggota polis berjaya menghalang kenderaannya, namun ketika itu dia masih enggan membuka pintu," katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian bapa wanita terbabit tiba dan terus memujuk anaknya itu hampir setengah jam sebelum wanita itu menyerah diri dan dibawa ke balai polis.

"Wanita terbabit kemudian dibawa ke balai polis, namun sejurus sampai dia mengamuk secara tiba-tiba dan diserang histeria kerana tidak berpuas hati selepas dibawa ke balai.

"Secara tiba-tiba, wanita terbabit menjerit dan berguling di atas lantai dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, wanita terbabit kemungkinan berada di bawah pengaruh dadah selain baru beberapa hari dibuang kerja.

"Difahamkan, wanita terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun berpisah dengan suaminya sejak setahun lalu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian terbabit.


Tiada ulasan: