Jumaat, 1 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Beberapa Kumpulan K-POP Terima RM2.04 Juta, 500 Artis Malaysia Kongsi RM1.8 Juta?

Posted: 31 May 2012 09:01 PM PDT

Dal Shabet antara artis K-Pop yang membuat persembahan sempena Hari Belia (Basah) Negara 2012.

Beberapa dokumen yang didakwa ada kaitan dengan kos dan pembayaran Hari Belia Negara 2012 mula tersebar di FB dan blog. Menurut dokumen tersebut, artis Malaysia yang dianggarkan 500 orang yang mengambil bahagian dalam acara Hari Belia Negara 2012 dibayar sekitar RM1.8 juta. Namun, kos untuk membayar beberapa buah kumpulan remaja K-Pop yang membuat persembahan yang mengundang pelbagai kontroversi mencecah RM2.04 juta.

Sudahlah penganjur meng-korea-kan remaja Malaysia dengan unsur maksiat dan berahi, hakikat lain yang harus ditelan oleh artis Malaysia ialah mereka dianaktirikan oleh pihak penganjur. Bayangkan perbezaan bayaran yang dibayar kepada pihak terlibat.




Dokumen yang didakwa berkaitan kos dan bayaran dengan Hari Belia Negara 2012:


Sumber: ASK & DPPWM


[Gambar]Ceramah AC Mizal dan Dayangku Intan. Yang Mana Satu Meletup?

Posted: 31 May 2012 07:38 PM PDT

Sumber FB di sini.

SPRM Putuskan Sharizat Tidak Terlibat dalam Pemberian Kontrak, Pinjaman NFC

Posted: 31 May 2012 07:08 PM PDT


[MK] Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Nasional bernilai jutaan ringgit kepada anggota keluarganya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut kepada syarikat tersebut dan mengenai pinjaman RM250 juta.

National Feedlot Corporation (NFC) telah dituduh menyalah guna pinjaman tersebut.

Suami Shahrizat - Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.

Projek itu bertujuan untuk mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import daging lembu telah ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana jauh daripada mencapai sasarannya.

Berikutan ini, NFC telah didakwa menyalahguna dana daripada pinjaman mudah tersebut untuk pembelian yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.

Pada bulan Mac, Salleh, 64, didakwa atas tuduhan menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membiayai pembelian dua buah kondominium di 'One Menerung' di Bangsar, Kuala Lumpur.

Perbicaraan akan bermula pada 5 November depan.


Berkaitan:

'Shahrizat tak terlibat, apakah Najib pecah amanah?'

[MK] PKR mempersoalkan sekiranya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada tuduhan rasuah hari ini akan menyebabkan perdana menteri berdepan tuduhan pecah amanah.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli serta ketua sayap wanitanya Zuraida Kamarudin menimbulkan persoalan itu dengan mengaitkan penglibatan Najib selaku pengerusi jawatankuasa tender yang menganugerahkan projek tersebut kepada National Feedlot Corporation (NFC).

"Jika Datuk Seri Shahrizat tidak terlibat, apakah ini bermakna Datuk Seri Najib yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Shahrizat) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFC yang tidak layak?"

Menurut mereka, tindakan menganugerahkan tender kepada syarikat yang tidak berkemampuan merupakan tindakan rasuah, mengikut peraturan umum peroleh dan tender untuk projek besar kerajaan seperti NFC.

"Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFC yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya.

"Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Datuk Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi jawatankuasa tender) dan NFC adalah Datuk Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFC) dan hubungan politik (dengan Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.

Kenyataan itu bagi mengulas keputusan Panel Penilaian Operasi SPRM hari ini yang mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut dan juga pinjaman RM250 juta.

Dalam kenyataan sama, pemimpin PKR itu turut menyatakan kekesalan atas tindakan SPRM membuka siasatan ke atas timbalan presiden parti itu, Azmin Ali untuk satu kes yang disiasat sejak tahun 1995.

"Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

 P/s: Hebat wayang NFC ini! Silap-silap suami dan anak-anaknya juga terlepas daripada tuduhan pecah amanah. Silap-silap, semuanya SELAMAT!!!!

Ubah sekarang!






[Wajib Baca] Kerajaan Malaysia Didakwa "Jual" Rahsia ATM

Posted: 31 May 2012 06:44 PM PDT

 
[AP] Bangkok: Kerajaan Malaysia didakwa "menjual" dokumen rahsia Tentera Laut Malaysia kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis bersabit pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan bahawa syarikat Perancis itu telah membayar sejumlah 36 juta Euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk urusan "kejuruteraan komersial", demikian lapor malaysiakini.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian bersabit pembelian kapal selam yang merupakan laporan sulit," kata Joseph kepada wartawan di Thailand.

Menurut Breham berdasarkan pengalaman di Perancis, tindakan "menjual" dokumen rahsia kepada negara asing dianggap sebagai pelanggaran rahsia pertahanan dan perbuatan khianat.

"Ia adalah pengkhianatan di mana anda menjual maklumat kepada pesaing atau negara asing tentang pandangan anda berkenaan senjata khusus serta pelan untuk menggunakan senjata tertentu.

"Di Perancis, jika anda melepaskan mereka (dokumen-dokumen rahsia), anda boleh dihukum penjara 10 tahun,"
kata beliau apabila ditanya tentang kesalahan undang-undang menjual laporan tersebut.

Semalam Pengarah Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan Mohd Ibrahim Mohd Noor sebagai individu yang mempunyai kaitan rapat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion tahun 2002.

Malah menurutnya polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota yang disampaikan kepada Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai, 1999 yang antaranya menyebut Mohd Ibrahim dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda sebagai rujukan rangkaian politik Malaysia.

Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis, William Bourdon yang ditugaskan mengikuti kes berkenaan ke negara Perancis.

Alasan yang diberikan Menteri Dalam Negeri bahawa Bourdon telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Breham yang dijadualkan melawat Malaysia minggu ini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa berhubung visa kerja yang dimohon beliau.

Justeru beliau mengambil keputusan untuk menemui pihak Suaram di Bangkok.


Berkaitan:

MP fail usul tergempar isu jualan rahsia negara
[MK] Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memfailkan usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang berhubung dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.

Menurut Nurul Izzah lagi, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nuruk Izzah.

Dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.



[Gambar] Bekas "Musuh" di Pejabat Anwar Ibrahim

Posted: 31 May 2012 05:31 PM PDT

Bekas ketua pendakwa raya kes Liwat II di pejabat DSAI. Beliau kini mewakili DSAI dalam kes saman kerajaan terhadapnya berkaitan dengan perhimpunan aman BERSIH 3.0.



Sumber tertera pada gambar.

Tiada ulasan: