Ahad, 10 Jun 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Adakan himpunan anak mungkiri janji bapa

Posted: 10 Jun 2012 07:22 AM PDT

Yaakub Dasan,
RANTAU PANJANG: "Himpunan Janji Tun Razak Dimungkiri Anaknya" dicadang diadakan di Kelantan dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui janji-janji Tun Razak Hussien dipersia-siakan anaknya sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat Kelantan perlu didedah terhadap keengganan anak Tun Razak membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

"Himpunan tersebut perlu diadakan untuk mendedahkan lebih meluas kepada masyarakat tentang penyelewengan dilakukan seorang anak kepada janji bapanya sendiri.

"Kita kena dedah dan hebohkan penyelewengan yang dilakukan mereka sehingga ke akar umbinya," katanya ceramah perdana di Pusat Tarbiyah PAS Rantau Panjang malam semalam.

Turut hadir Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, timbalannya, Datuk Nasruddin Daud, Naib YDP, Mohamad Awang dan anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Pada 10 November tahun lepas kerajaan Kelantan menyerahkan kenyataan Tun Razak Hussein di Dewan Rakyat mengenai hak Kelantan ke atas royalti minyak kepada seorang menteri kabinet sebagai mewakili perdana menteri.

Ketika itu Tun Razak memberitahu royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir seperti terkandung dalam Akta Petroleum 1974. Jawapan itu sebagai menjawab soalan anggota parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata, perhimpunan seperti itu boleh dijadikan penggerak utama dalam usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau turut melahirkan rasa yakin kemampuan kerajaan Kelantan menyiapkan lebuh raya rakyat tanpa tol antara Kota Baru-Kuala Krai sepanjang 73 km.

Menurutnya projek berkenaan tidak boleh lagi diharapkan kepada Umno memandangkan ia tidak dilaksanakan biar pun sudah dijanjikan sejak 1986.

"Serupalah apa yang diungkitkan pada tahun 1960-an mengenai kemampuan kerajaan PAS ketika di bawah Datuk Mohd Asri Muda mahu membina  jambatan Sultan Yahya Petra.

"Ketika itu ada pemimpin Umno memberitahu akan berlari berbogel di atas jambatan terbabit kalau berjaya disiapkan. Tapi setelah  jambatan berkenaan siap, tak ada seorang pun yang lari berbogel di situ.

"Sekarang  bila lebuh raya Kota Baru-Kuala Krai siap nanti siapa pula pemimpin Umno yang akan berlari sambil berbogel. Saya boleh sifatkan mereka seperti bermulut longkang," katanya.

Pada ceramah itu Mahfuz turut mencabar Najib berdebat dengannya memandangkan Perdana Menteri enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau tak mahu berdebat dengan Anwar dengan saya pun tak apa supaya rakyat dapat nilai apakah Perdana Menteri seorang yang benar-benar bijaksana," katanya.

PTPTN: Terbukti Selangor lulus ujian

Posted: 10 Jun 2012 07:17 AM PDT

Anis Nazri,

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor terbukti lulus ujian apabila diuji dengan isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekaligus menampakkan sikap kebudak-budakkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Biarpun Khaled mengatakan pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis hanya untuk 'sekadar menguji Selangor', ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab dan lulus 'ujian' tersebut.

"Tapi, sebelum masa ujian tamat, BN menarik balik pembekuan tersebut. Mereka tahu kita mampu, sebab itu cepat-cepat mereka tarik balik. Saya percaya, jika BN masih membekukannya, kita (Pakatan Rakyat Selangor) mampu membantu para pelajar terbabit dan akan memberi impak maksima kepada Pakatan Rakyat,"tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Selain menyifatkan BN panik dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan program pendidikan percuma yang diprogramkan Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly berkata kebanyakan program Pakatan Rakyat menepati sasaran, khususnya anak muda.

"Berbeza dengan BN, di saat rakyat menuju politik baru, BN mengamalkan politik lapuk yang penuh dengan dendam kesumat, khianat.

"Apabila kita meuar-uarkan pendidikan percuma, kita telah meuar-uarkan ia dilakukan bersekali dengan rombakan belanjawan secara keseluruhan, bukan secara runcit.  Kita merangka penyusunan belanjawan yang menepati pembangunan modal insan," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.

Semalam, Khaled berkata PTPTN hanya sekadar ingin menguji sama ada kerajaan negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

Namun, selepas itu kerajaan pusat mengumumkan cadangan membekukan pinjaman itu ditarik balik selepas beberapa hari sahaja.

Pembekuannya ditarik balik dipercayai selepas melihat Selangor mampu menyelesaikan bebanan yang cuba dihempaskan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) berkata, kerajaan negeri akan mencairkan aset kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang disekat pinjaman PTPTN.

Khalid menjangka, Unisel akan mendapat RM30 juta hasil pencairan aset yang dimilikinya itu.

Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal dilihat sebagai kerajaan yang mampu dan menyusahkan imej kerajaan pusat yang akan dikira pendendam dan melepaskan kemarahannya kepada pelajar yang tidak bersalah.

Siri menarik balik keputusan yang dibuat kerajaan pusat ini sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini kerajaan Najib menarik balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas diumumkan pelaksanaannya.

[Bergambar] Fenomena Ustadz Azhar Idrus

Posted: 10 Jun 2012 06:56 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:



LIHAT VIDEO



Lampiran:







S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tp dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa,sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat2

S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut,Tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pon mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.

S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu xwajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..

S: Dimana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupon tanya, nasib baik xtanya kat mana aku beli underware..

Mana 'Talking Quran' kita?

Posted: 10 Jun 2012 06:44 AM PDT

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
ULASAN Saya sering juga menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pelbagai gereja di persekitaran tempat tinggal saya di Bandar Oxford ini. Saya ingin melihat dan mendengar cara mereka.

church christian in kuala lumpur 1Ternyata gereja itu telah jauh berubah dari apa yang tercatat dalam sejarah mereka. Dahulunya, hukuman dan penyeksaan ke atas mereka yang dianggap tidak sealiran menjadi amalan gereja.

Betapa ramai yang dibakar hidup-hidup, diseksa dengan dengan pelbagai seksaan yang kejam, dimalukan dan pelbagai lagi penindasan. Kesemuanya atas nama Jesus.

Bukan sedikit Yahudi dan Muslim yang dibunuh di Eropah dengan cara yang begitu dahsyat. Bahkan bukan sedikit golongan pembaharuan Kristian sendiri yang berbeza mazhab seperti Protestan yang dibakar hidup-hidup.

Bumi Oxford turut menyaksikan kekejaman itu dalam sejarahnya. Betapa ramai juga saintis yang dibakar dan dibunuh. Kesemuanya atas nama Tuhan.

Kononnya mereka menghukum penentang Tuhan, ataupun yang berbeza dengan Tuhan yang ditafsirkan oleh mereka.
Berubah

Hari ini, pendekatan gereja sudah jauh berubah. Sangat lunak. Sekularisasi yang memisahkan agama dari kuasa politik telah membawa gereja kepada keadaan yang lebih tabii dan rasional.

Bicaranya penuh dengan keterbukaan dan kasih sayang. Mereka sering mengulangi ayat bahawa kita hanya ingin berkongsi pendapat, dan menyebarkan mesej yang baik. Kita tidak ingin memaksa orang lain menjadi kristian tetapi ingin berkongsi dengan mereka.

Bertukar pandangan tentang Tuhan dan berkongsi isu-isu kemanusiaan. Di Gereja St Aldates diperuntukkan pagi Hari Selasa 'Prayer for the Muslim World'.

Juga, banyak pula aktiviti gereja yang menarik untuk pelbagai pihak. Kelas tarian, kelas bahasa Inggeris, sejarah, lawatan dan perjumpaan mingguan. Ramai orang dari pelbagai agama hadir untuk bersosial.

NONETiada penekanan untuk menerima agama Kristian, sebaliknya sekadar memberikan khidmat. Ramai mereka yang mengendalikan program itu sendiri tidak mendalam dari segi ilmu teologi itu sendiri.

Banyak persoalan yang ditanya, sukar gagal dijawab dengan jawapan yang memuaskan. Namun, walaupun mereka tidak menawan dengan hujah, tetapi dengan menambat hati dan jiwa.

Banyak aktiviti kebajikan yang mereka lakukan di seluruh dunia menarik perhatian manusia.

Saya melihat ramai sekali orang-orang Cina yang terlibat dengan pelbagai aktiviti gereja di sini dan di seluruh UK. Ramai yang menjadi petugas dan pendakwah. Mereka sangat aktif.

Bahkan ada gereja yang memberikan tumpuan khas untuk mereka. Saya percaya bahawa ajaran Kristian akan mendapat tempat di hati rakyat China. Bahkan tidak mustahil satu hari China akan menjadi negara yang terbesar penduduk Kristiannya.

Dalam adat dunia, sesiapa yang bekerja dia mendapat hasilnya. Demikianlah pihak gereja. Mereka amat bijak apabila melihat perkembangan China hari ini.

Mereka mengambil peluang yang ada. Jika masa depan China seperti yang diramalkan, sekali lagi Kristian berada di puncak.

Malang
Malang sekali umat Islam. Agama yang dianugerahkan Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam tidak disebarkan dengan kesungguhan. Jika disebarkan pun, ramai yang menggunakan pendekatan yang salah.

islam religion muslim 1Orang Islam bukan tidak ada wang. Namun mereka telah bazirkan kepada perkara-perkara yang tidak kena tempatnya. Pergilah lihat kepada surau-surau yang dibina oleh jabatan-jabatan agama untuk Orang Asli di Malaysia, sebahagiannya menjadi tempat binatang-binatang bersolat.

Tiada petugas yang menjaga. Bukan sahaja kebajikan Orang Asli, tetapi surau yang dibelanjakan oleh wang zakat itu pun dibiarkan begitu sahaja. Jangan tanya kosnya yang mungkin melebihi harga patut.

Namun jika kita ke kawasan pedalaman Thailand umpamanya, kita akan dapati ramai pendakwah muda Kristian yang berasal dari Barat yang sanggup tinggal beberapa tahun untuk menyebarkan agama mereka.

Saya pernah melihat mereka ketika suatu masa dahulu saya menyertai aktiviti dakwah kawasan pedalaman Thailand.

Akal Dan Jiwa


Islam agama yang berbicara kepada akal dan jiwa manusia. Nas-nas Islam berhujah dengan akal manusia, dan dalam masa yang sama memujuk mereka. Inilah asas pendekatan dakwah Islam.

Islam tidak pernah kenal kegiatan ganas dalam dakwah, sama ada pada tindakan ataupun perkataan yang jelek. Allah mengarahkan Muslim. dalam firman-Nya (maksudnya):

"Dan berbicaralah kepada manusia dengan baik" (Surah al-Baqarah 83).

Ayat ini menyatakan "berbicaralah kepada manusia" bukan sekadar berbicara kepada orang Muslim sahaja.

Dalam Tafsir at-Tabari, ketika mengulas ayat ini dinukilkan kata-kata Hasan al-Basri: "Maksud ayat ini; perkataan yang lunak, adab yang baik, akhlak yang mulia."

Banyak nas al-Quran dan hadis yang mengajar kita untuk melakukan pendekatan yang lunak dalam menyeru orang lain kepada kebenaran. Bukan melalui paksaan. Bukan dengan kekerasan. Bukan dengan cercaan.

azlanFirman Allah (maksudnya): "Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin (polytheist) meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang aman. Yang demikian itu (perintah tersebut) kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)." (Surah at-Taubah, ayat 6).

Dalam ayat di atas golongan bukan Islam yang meminta bantuan dilindungi dan dihantar ke tempat yang aman sekalipun mereka enggan menerima Islam setelah mendengar hujah yang benar.

Dalam Surah al-Nisa, ayat 36, Allah berfirman (maksudnya): "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".

Kata at-Tabari: "Maksud al-jar bil-janb dalam ayat ini ialah jiran yang jauh dan asing. Ia merangkumi Muslim, musyrik (polytheist) Yahudi dan Kristian."

Mazhab yang empat bersepakat bahawa harus kita Muslim mengucapkan takziah kepada non-Muslim.

Ibn Qudamah dalam al-Mughni menyebut bahawa antara ucapan Muslim apabila memberikan takziah kepada Non-muslim ialah:
"Moga Allah memberikan ganti musibah yang menimpamu dengan yang terbaik dalam kalangan keluargamu."

Politik

Hubungan indah yang Islam gariskan antara Muslim dan Non-Muslim telah bertukar menjadi isu politik dalam banyak keadaan.

Ajaran-ajaran agama ini yang dibuat oleh sesetengah pihak hanya memilih nas-nas yang ungkapkan oleh al-Quran dan hadis dalam suasana peperangan tapi cuba dilaksanakan dalam suasana aman dan manusia mencapai tahap perubahan yang seperti ini.

azlanSedangkan nas semasa aman dan nas semasa perang tidak sama. Hasilnya, ramai bukan Muslim gagal melihat wajah Islam yang asal. Allah yang Maha Rahmat itu sering dilukis dalam gambaran Allah yang maha bengis.

Jika gereja berubah daripada negatif kepada positif, kita juga patut kepada kepada positif yang jelas termaktub dalam nas-nas kita.

Isu hubungan Muslim dan Non-muslim kadang-kala dimainkan oleh mereka yang berkepentingan politik.

Kerja Muslim sepatutnya berdakwah dan berdiolag dengan cara yang baik, bertukar menjadi bercoleteh dan merepek dalam perkara yang selekeh.

Kita asyik merungut dakwah orang, kita tidak buat dakwah kita. Kita bising 'Talking Bible' orang lain, kita tidak sediakan pun 'Talking Quran' kita.

Hari ini dunia persaingan. Pasaran dakwah dan pemikiran sangat terbuka. Ia boleh sampai kepada manusia melalui pelbagai cara. Jika kita hendak menawan manusia, tawanlah akal dan jiwanya.

Maka, nanti ajaran ini akan meresap ke dalam dirinya. Namun, sekarang berleter sebab orang berdakwah ataupun berkempen, tidak akan memberi apa-apa kekuatan untuk orang menerima kita. 

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmiMalaysiakini.

PTPTN – UNISEL : Isu Pembekuan Pinjaman (LOAN PTPTN) VS Pendidikan Percuma. Wajar Atau Tidak?

Posted: 10 Jun 2012 06:39 AM PDT

Staff Berita Semasa 
 
PTPTN UNISEL Loan PTPTN   UNISEL : Isu Pembekuan Pinjaman (LOAN PTPTN) VS Pendidikan Percuma. Wajar Atau Tidak?


[PTPTN UNISEL] Kami sebenarnya pada mulanya apabila keluar berita mengenai ura-ura PTPTN mahu menarik balik pinjaman PTPTN kepada pelajar UNiSEL adalah sesuatu yang kami jangkakan tidak akan menjadi kenyataan. Masakan tidak, pada kami takkanlah seorang pemimpin yang diangkat menjadi seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga tanggungjawab rakyatnya melibatkan aspek pendidikan tinggi negara boleh memberikan cadangan yang sebegitu rupa. Tak mungkin. Walaubagaimanapun……
Walaubagaimanapun, Sangkaan kami silap sebenarnya. Akhirnya menteri meneruskan meneruskan cadangan tersebut. Akhirnya siapa teraniaya?

Disebabkan bertelagah mengenai politik, menyentuh siapa yang lebih hebat daripada menguruskan pendidikan rakyat Malaysia, anak-anak muda ini hampir-hampir menjadi mangsa. Nasib baik cadangan untuk membekukan pemberikan pinjaman tersebut tidak bertahan lama apabila berita terkini dimaklumkan yang mana PTPTN bersedia untuk memberikan semula pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UNiSEL.
Bagi kami tindakan seperti ini tidak sepatut dilakukan dilakukan dan diharapkan tidak diulangi pada masa yang akan datang.
  • Adakah menteri dan juga kelompok yang terlibat dalam memberikan "lampu hijau" merasakan cadangan membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNiSEL ini dianggap satu idea yang cukup bernas dengan harapan permainan politik seperti ini akan berhasil tetapi dalam pada masa yang sama memperjudikan nasib pelajar dalam bahaya?
UNISEL PTPTN Loan PTPTN   UNISEL : Isu Pembekuan Pinjaman (LOAN PTPTN) VS Pendidikan Percuma. Wajar Atau Tidak?

Bagi kami jikalau mahu berpolitik berpadalah. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Mana boleh bertindak sebegini rupa? Semua kalangan rakyat Malaysia yang berkelayakan tidak kira daripada parti politik dan negeri mana sekalipun ini cukai yang diterima oleh kerajaan persekutuan dipulangkan semula dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia untuk tujuan kebaikan. Setiap negeri ada membayar cukai kepada kerajaan persekutuan tetapi apabila tiba untuk mendapat dan menikmati limpahan kekayaan negara dikatakan tidak layak diterima? Patutkah?
  • Duit cukai negeri, kerajaan persekutuan ambil
  • Tetapi apa yang berlaku di sini, bantuan pendidikan kepada pelajar terpaksa ditahan kerana mahu memberikan peluang kepada manifesto pembangkang (Pakatan Rakyat)
  • Kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja untuk kali kedua bagi tujuan pemberian pinjaman pendidikan yang sepatutnya diuruskan oleh kerajaan Persekutuan
  • Bayar cukai tetapi tidak mendapat manfaatnya?
Apatah lagi persoalan pengajian tinggi di Malaysia tanggungjawab siapa? Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri?

Pinjaman PTPTN UNISEL PTPTN   UNISEL : Isu Pembekuan Pinjaman (LOAN PTPTN) VS Pendidikan Percuma. Wajar Atau Tidak?

Apa yang kami perhatikan terdapat 2 isu di sini.
  1. Pertama, pinjaman untuk bayar yuran belajar. Dana PTPN ini adalah merupakan dana kerajaan PUSAT, bukan dana milik mana-mana pertubuhan. Semua negeri sebenarnya berhak mendapatkannya
  2. Kedua, yuran yang ditetapkan oleh pihak universiti. Jikalau menteri pengajian tinggi mahu membekukan PTPTN dengan alasan mahu mencabar kerajaan negeri  supaya melaksanakan pendidikan percuma yakni dengan memansuhkan yuran, makanya menteri pengajian tinggi juga harus memansuhkan yuran juga untuk universiti awam dan institusi awam yang lain di seluruh Malaysia.
Kenapa hanya UNISEL dan KUIS sahaja mahu dibekukan pinjaman PTPTN? Adakah masih dilihat tidak bermotifkan politik?
  1. Pertama ini pasti menyusahkan para pelajar dengan ruang dan pilihan yang terhad dalam keadaan masa yang genting seperti ini
  2. Keduanya ada kalangan pelajar ini sudah cukup syarat untuk mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Masih tidak belajar lagikah daripada kesilapan yang sebelum ini?
P/S : Apa respon anda pula dengan tindakan kerajaan baru-baru membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNiSEL baru-baru ini? Wajar atau tidak? Mengapa?

MB : Bina Kepercayaan Rakyat Untuk Laksana Perubahan

Posted: 10 Jun 2012 06:32 AM PDT





KUALA LUMPUR : Membina kepercayaan daripada rakyat merupakan aset penting bagi sesebuah kerajaan atau pemerintah untuk melaksanakan perubahan yang berkesan terhadap semua pihak.

Amanah itu disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewaktu memberi ucapan dalam Majlis Perlancaran Buku 'States of Reform' hasil tulisan Tricia Yeoh di Central Market Annexe di sini pagi tadi.

"Jika sesebuah kepimpinan itu berkredibiliti dan berjaya mendapat kepercayaan rakyat, maka kemajuan dan keharmonian akan berjalan seiring dan ini pastinya memberi manfaat kepada semua.

"Contohnya dapat dilihat di negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun terdapat pelbagai kekangan tetapi kita masih mampu melakukan pelbagai program untuk rakyat kerana kita komited dengan apa yang ingin kita lakukan biarpun terdapat halangan," jelas beliau dihadapan kira-kira 100 tetamu.

Buku berkenaan merupakan kompilasi artikel tulisan Tricia yang membincangkan polisi dan program Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang sejak memerintah pada tahun 2008 yang lalu.

Buku terbitan Genta Media itu boleh didapati di mana-mana kedai buku dengan harga RM28 senaskah.

Selain kehadiran Abdul Khalid dan penulis buku Tricia Yeoh, majlis pagi tadi turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan reaksi pimpinan Kerajaan Umno-BN berhubung isu pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel baru-baru ini.

"Saya benar-benar kecewa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang memberi komen yang tidak wajar walaupun ia membabitkan isu pendidikan pelajar secara keseluruhannya.

"Pemimpin-pemimpin ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan mereka itu adalah untuk mengajar kita dalam isu pendidikan percuma tetapi ternyata apa yang mereka lakukan itu tidak matang dan bersifat dendam semata-mata serta sangat mendukacitakan," ulas beliau.

Anwar: RM5b untuk PTPTN tak mufliskan negara

Posted: 10 Jun 2012 06:27 AM PDT

 
Abdul Rahim Sabri


 
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua pembangkang berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.

anwar ibrahim ceramah kajang 090612"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.

Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Anwar yang berucap selama 40 minit bermula jam 11 malam, terpaksa menghentikan ceramahnya lebih awal kerana hujan renyai-renyai di stadium itu.

RON 97 patut dijual RM3.38 seliter

Posted: 10 Jun 2012 06:24 AM PDT

Lau Weng San


 
ULASAN Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri bahawa harga RON95 masih disubsidi kerajaan dan harganya tidak akan dikurangkan merupakan kenyataan yang memesongkan rakyat.

Ini kerana harga RON95 masih boleh dikurangkan apabila RON97 masih belum dijual pada paras yang sepatutnya, iaitu RM3.38 seliter.

Ini selari dengan pengumuman Ismail di Bera Khamis lalu bahawa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap RON97, menjadikan bahan api ini dijual pada harga RM2.80 seliter.

Beliau juga berkata, sekiranya cukai jualan sebanyak 58 sen seliter dikenakan ke atas bahan api ini, maka harga jualannya ialah RM3.38 seliter.

Harga ini masih lebih mahal daripada harga RON95 jikalau subsidi dihapuskan dan cukai jualan dikenakan (RM1.90 seliter + 58 sen cukai jualan + subsidi 70 sen = RM3.18 seliter).

Soalannya, mengapa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap bahan api RON97 apabila kebanyakan pengguna RON97 pemilik kereta mewah?

Sekiranya kerajaan masih boleh mengurangkan harga RON95 dengan mengenakan cukai jualan terhadap bahan api RON97, mengapakah ini tidak dilakukan?

Apakah keperluannya untuk kerajaan menjaga kepentingan segelintir pemilik-pemilik kereta besar dan mewah sedangkan kebanyakan rakyat kelas bawahan bergantung kepada bahan api RON95?

Apa yang lebih mengecewakan, harga RON97 diturunkan lagi daripada RM2.90 seliter ke RM2.80 seliter dengan alasan harga minyak mentah antarabangsa telah merosot.

Apa yang aneh, semua bahan api termasuk RON97 dan RON95 ditapis daripada minyak mentah.

Maka apabila harga minyak mentah turun, maka harga RON97 dan RON95 seharusnya turun. Mengapakah hanya harga minyak RON97 sahaja yang diturunkan?

Terdapat banyak percanggahan dan kecelaruan menteri-menteri BN semasa mereka menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

LAU WENG SAN anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Umno-BN Monopoli Penggunaan Balairaya Di Sungai Burong

Posted: 10 Jun 2012 06:21 AM PDT





TANJONG KARANG: Tujuan utama pembinaannya adalah untuk kegunaan semua pihak tetapi lain pula ceritanya di DUN Sungai Burong di sini apabila balairaya yang dibina dimonopoli pembangkang Umno-BN untuk agenda politik mereka.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo berkata, pihak pembangkang(Umno-BN) di Selangor harus memahami kerajaan mewujudkan kemudahan awam seperti balairaya adalah untuk kepentingan semua dan bebas digunakan apabila diluluskan pihak berkuasa.

Menurutnya, Umno-BN tidak sewajarnya menganggap balairaya tersebut seperti kepunyaan mereka kerana ia menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Setelah diadukan perkara ini, kita memandang serius mengenainya dan akan merujuk kepada Pejabat Daerah untuk reaksi seterusnya. Kita berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam perkara ini demi kepentingan bersama.

"Balairaya itu boleh digunakan semua pihak seandainya dibenarkan untuk berbuat demikian," katanya kepada SelangorKini.

Isu balairaya di Kampung Sungai Kajang Baru mendapat perhatian orang ramai apabila didakwa digunakan Umno-BN sejak sekian lama untuk kepentingan sendiri. Ia dikatakan satu-satunya balairaya yang ada di kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Khairon Dahalan berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana Umno-BN cuba memonopoli balairaya tersebut.

Dakwanya, sebelum ini beberapa program yang ingin dijalankan menghadapi kesulitan dan ada yang terpaksa dibatalkan berikutan tidak dapat menggunakan balairaya tersebut.

"Umno-BN perlu memahami bahawa balairaya itu dibina bukan untuk mereka. Ia kemudahan untuk semua.
Tidak kiralah sama ada untuk badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain termasuk parti politik.

"Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya bagi penyelesaian isu ini," katanya.

Khairon menjelaskan Umno-BN juga menyalahgunakan balairaya itu apabila memasang dan mengibarkan bendera parti di bangunan dan di sekitar kawasannya.


PTPTN Bukti Dasar Tidak Matang Umno-BN

Posted: 10 Jun 2012 06:16 AM PDT





KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat Umno-BN barangkali tidak memahami antara tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul sehingga mengamalkan dasar tidak matang yang menjejaskan rakyat, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini, beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, seharusnya Umno-BN perlu tahu membezakan antara ideologi politik yang didukungnya serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai sebuah Kerajaan Pusat.

"Sepatutnya dia tahu membezakan antara politik untuk mendapatkan kuasa bagi memegang tampuk kerajaan dengan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar buat kerja untuk rakan politik sahaja.

"Laksanakanlah amanah dan tanggungjawab dengan matang tanpa dendam dan prejudis terhadap mana-mana pihak seperti yang termaktub dalam perlembagaan," jelas beliau sewaktu ditemubual sejurus selesai melancarkan buku terbaru tulisan Tricia Yeoh, States Of Reform di Central Market Annexe pagi semalam.

Sambil mengulangi keutamaan Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma, Abdul Khalid menjelaskan keadaan itu hanya boleh berlaku jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya kelak.

"Setelah mengambil kira beberapa perkara penting dan kemampuan ekonomi negara, kita yakin pendidikan percuma mampu ditawarkan asalkan perbendaharaan negara kita dapat pegang dan uruskan dengan lebih berhemah.

"Kita juga yakin kita mampu menjimatkan dan membelanjakan dana negara dengan lebih baik dan perkara ini juga kita sudah buktikan di negeri-negeri pimpinan kita," katanya lagi.

Beliau juga melihat isu PTPTN ini sebagai jalan membuka mata umum tentang perkara yang selama ini rakyat kurang jelas dan faham.

"Dengan isu yang dimainkan ini, rakyat kini mungkin akan lebih faham antara bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang terbatas," tambah beliau.

Muhyiddin: BN hadapi cabaran uruskan persepsi

Posted: 10 Jun 2012 06:10 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, cabaran itu timbul kerana pembangkang memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat.

"Hal-hal yang tidak betul tetapi diulang berkali-kali dan disebarkan melalui media sosial.

"(Justeru) hari ini kita berhadapan dengan masalah persepsi," katanya tanpa memperincikan masalah persepsi berkenaan.

Justeru, beliau menggesa agar pimpinan setempat BN turun ke akar umbi mendekati rakyat untuk membetulkan persepsi tentang BN.

"Sebab itu hari ini kita ambil langkah proaktif dengan turun ke bawah tanpa orang tengah dan jumpa rakyat," katanya.

Dalam ucapan sama Muhyiddin turut menegaskan bahawa calon boleh menang BN akan datang perlu diterima bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga diterima rakyat.

"Kalau dia peringkat parti popular, di bawah juga popular, mungkin inilah ciri-cirinya," katanya.

Beliau turut memberikan bayangan yang Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan akan diletakkan bertanding di Parlimen Batu - kerusi Parlimen yang secara tradisinya ditandingi parti Gerakan.

Chandrakumanan sewaktu ditemui Malaysiakini berkata beliau mengintai kemungkinan bertanding
salah satu antara tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan - Batu, Setiawangsa atau Bandar Tun Razak.

Walau bagaimana pun, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pimpinan tertinggi BN.

Nurul Izzah: Istijuara Peroleh Tender RM30.8 Juta Dibawa Ke Parlimen

Posted: 10 Jun 2012 06:05 AM PDT





SHAH ALAM: Isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan dibawa ke sidang Parlimen.

Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada TVS ketika ditemui di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya semalam.

"Nilainya RM30.8 juta, tender terus kepada syarikat bernama Istijuara Sdn Bhd, ini tentunya timbulkan banyak persoalan, tetapi kita akan bawa ke parlimen, tentunya," katanya.

Menurut Nurul Izzah, isu ini akan dibawa ke parlimen kerana ia menyentuh kepentingan dana kerajaan dan rakyat negara ini.

"Tentunya perkara sebegini yang kita mahu elakkan dalam bercakap tentang reformasi politik, reformasi mengembalikan ekonomi demi rakyat, bukan untuk segelintir kroni dan anak-anak mereka," katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa blog dan media portal melaporkan pada 2010, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30.8 juta kepada Istijuara bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Anak perempuan Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik, merupakan pemilik kepada Istijuara.

Disertakan beberapa dokumen rasmi sebagai bukti, Istijuara juga dikatakan hanya diberikan surat tawaran projek setelah projek tersebut hampir siap sepenuhnya pada Ogos 2010, sedangkan projek itu telah diberikan pada 2006 lagi.

Anak Gembira Hajat Arwah Ibubapa Tertunai Di Bawah Pakatan Rakyat Selangor

Posted: 10 Jun 2012 05:58 AM PDT






KUALA LUMPUR: Dangmega Abd Latip, 45, terharu dan gembira apabila usaha hampir 40 tahun kedua ibu bapa mendapatkan hak milik tanah tercapai apabila menerima notis 5A hari ini.

Dengan nada sebak, beliau mengimbau kembali pahit jerih kedua orang tuanya yang tidak pernah berputus asa menuntut hak mereka meskipun ketika itu beliau baru berusia 8 tahun.

"Kalau nak kira permohonan memang lama. Dari Pejabat Tanah Dataran Merdeka, kemudian arwah mak pergi ke Kajang dan Bangi. Waktu itu saya baru darjah dua.

"Alhamdulillah sekarang baru dapat. Rasa gembira tapi mak ayah dah tiada. Mereka tidak sempat untuk meraikan kegembiraan kami sekeluarga. Mana lagi nak dapatkan tanah di kawasan Kuala Lumpur," luahnya lagi.

Menurut beliau, sebelum bapanya meninggal, Allahyarham turut bertanya mengenai permohonan hak milik tanah.

"Mak meninggal tahun 1992, ayah tahun 2011. Sebelum itu dia (ayah) ada bertanya bagaimana nasib permohonan sebab terlalu lama memohon. Dia pesan kepada saya untuk uruskan perkara ini. Kami tidak akan jual tanah ini," katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat perlu diberi peluang memerintah memandangkan banyak lagi perkara yang perlu lakukan terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat.


Bagi warga emas, Asiah Alwi, 60, kegembiraan menerima notis 5A umpama bulan jatuh ke riba setelah menanti hampir 33 tahun.

"Syukur Alhamdulillah. Kalau sudah tertulis hak kita tidak akan ke mana. Saya tinggal di sini daripada tahun 1979. Sebelum ini memohon dan bertanya kepada pejabat tanah tidak ada jawapan. Cuba memohon tidak diluluskan.

"Cuba bayangkan jiran di kiri kanan sudah dapat (notis hak milik), saya di tengah-tengah tidak dapat," katanya.


Warga emas Hamisah Kawi, 60, menganggap penerimaan notis hak milik ini merupakan hadiah ulangtahun kelahiran yang paling indah bagi dirinya.

"Mohon dari tahun 1975 tapi tidak berjaya. Alasan yang diberikan berlaku masalah teknikal. Arwah suami dulu ada memohon namun gagal. Syukur sangat bila wakil rakyat membantu kami memandangkan jiran lain sudah ada hak milik," katanya.

Sementara itu, bagi Abdul Ghani Mohd Nor, 63, percubaan permohonan kali ketiga akhirnya membuahkan hasil memandangkan beliau sebelum ini pernah cuba memohon sebanyak dua kali di zaman pemerintahan Umno-BN namun dipinggirkan.


Beliau yang telah menetap di Kuala Lumpur sejak tahun 1982 melihat gerak kerja kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat.

Katanya, Skim RM1,000 yang diperkenalkan untuk mendapatkan hak milik tanah nyata memudahkan penduduk di negeri ini terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Jauh berbeza pemerintahan dahulu dan sekarang. Mereka betul-betul ambil berat masalah rakyat. Dengan memperkenalkan skim ini nyata meringankan beban saya," katanya.

Pada majlis penyampaian Notis Borang 5A Kampung Pandan Dalam dan Skim Mesra Usia Emas(SMUE) fasa-2, seramai 14 orang telah menerima notis hak milik tanah manakala 17 orang yang lain menerima sumbangan SMUE yang disampaikan sendiri oleh Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Beliau yang juga Adun Cempaka turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal,warga miskin, pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir serta sekolah rendah agama (SRA) dan surau di kawasan Chempaka.

Penerima SMUE yang ditemui sejurus majlis berakhir menyambut baik skim ini yang membuktikan keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat Selangor.

MB : Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma

Posted: 10 Jun 2012 05:53 AM PDT





KUALA LUMPUR  : Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.

"Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

"Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

"Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

"Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

"Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau.

Dua MP BN dari Sabah dijangka sertai KEADILAN

Posted: 10 Jun 2012 05:48 AM PDT

Oleh: Rusnizam Mahat


SABAH : Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mengesahkan beberapa tokoh Barisan Nasional, termasuk dua ahli parlimen dari Sabah akan menyertai KEADILAN.

Antara tokoh tersebut  ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam ini, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah dilokasi sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Kerajaan persekutuan yang tentukan harga rumah

Posted: 10 Jun 2012 05:40 AM PDT

Roketkini.com




GEORGE TOWN Dakwaan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga rumah di negeri pulau mutiara itu sejak lima lebih empat tahun lalu adalah tidak benar.

Ini kerana kadar hartanah adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan yang mempunyai kuasa menyediakan dasar seperti penentuan kadar cukai keuntungan harta tanah dan syarat pinjaman yang ketat.

Menurut kenyataan bersama wakil-wakil rakyat DAP Pulau Pinang, dakwaan yang dipaparkan dalam tajuk utama "High-rising prices" dalam akhbar milik MCA, The Star pada 7 Jun lalu, dilihat sebagai  propaganda Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow merangkap Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas; Exco Peracangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP.

Liew menjelaskan bahawa harga rumah meningkat secara signifikan sejak lima tahun lalu bukan sahaja di  Pulau Pinang tetapi juga di Kuala Lumpur dan Johor.

"Ia disebabkan oleh kuasa pasaran dan memang membebankan rakyat Malaysia di kalangan kelas pertengahan ke bawah terutamanya bagi mereka yang baru berkeluarga termasuk mereka yang berpendapatan sederhana rendah dan rendah," katanya.

Sebagai bukti, beliau memetik laporan portal berita The Malaysian Insider pada 3 April lalu yang memetik Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim sebagai berkata bahawa 'kenaikan purata harga rumah sekitar 10 hingga 15  peratus setahun adalah sihat berbanding deposit tetap di bank', dan pemimpin BN itu mengakui bahawa kenaikan harga 20 peratus di Kuala Lumpur sebagai 'boleh diterima'.

"Jika ini merupakan pandangan Kementerin kewangan, tidak hairanlah harga rumah meningkat
"Salah satu langkah yang diambil untuk membendung aktiviti spekulasi hartanah dalam sektor pemilikan hartanah adalah seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sendiri dalam belanjawan 2012 yang lalu.

"Ia melibatkan semakan semula kadar cukai keuntungan harta tanah (RTPG) iaitu 10 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan dua tahun, 5 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua tahun manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan lima tahun dikecualikan," katanya.

Liew menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyedari cabaran yang dihadapi pembeli rumah pertama dan sedaya upaya mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini dalam bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri..

RTPG telah diperkenalkan di Malaysia dalam pelbagai kadar semenjak tahun 1995 hingga tahun 2007 tetapi ditangguhkn bermula 1 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 bagi meningkatkan semula sektor hartnah yang lembab akibat terjejas dari krisis kewangan dunia

Pada 1 Januari 2010, RTPG telah dikembalikan semula pada satu kadar  iaitu 5 peratus untuk semua keuntungan yang boleh dikenakan cukai. – Roketkini.com

Anifah: Gambaran positif kuota haji tak terjejas

Posted: 10 Jun 2012 05:36 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Anifah Aman
Datuk Seri Anifah Aman
 
 
KOTA KINABALU - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah pada April lepas.

Beliau berkata pada pertemuan itu, beliau telah menerangkan tentang perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini.

"Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas.

"Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam bersama pesara kerajaan di kawasan Parlimen Kimanis di sini, malam tadi.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu.

Anifah berharap kuota rakyat Malaysia untuk menunaikan haji pada tahun ini tidak akan terjejas ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi itu.

Katanya, jika kuota untuk tahun ini terjejas ia akan memberi kesan pada tahun akan datang sepertimana yang berlaku pada negara Iran yang digantung selama tiga tahun kerana mengadakan demonstrasi di negara itu.

Namun, beliau percaya kerajaan Arab Saudi tidak akan berbuat sedemikian kerana mereka pernah memuji rakyat Malaysia merupakan jemaah yang terbaik.

Terdahulu ketika berucap, Anifah berkata rakyat di negara ini khususnya Sabah perlu menolak dakyah pihak tertentu terutama pembangkang, sebaliknya menyokong kepimpinan transformasi Perdana Menteri yang telah berjaya memakmurkan negara ini.

Dalam perkembangan lain, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis mengajak rakyat di negeri ini terutama pengundi di kawasannya agar memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan peribadinya sejumlah RM100,000 bagi Dana Pendidikan untuk membantu anak-anak di kawasan Membakut dan Bongawan manakala RM100,000 bagi penubuhan koperasi belia. - Bernama

Pengerang: Kerajaan BN tak peduli rintihan nelayan

Posted: 10 Jun 2012 05:34 AM PDT

Roketkini.com




MUAR: Kerajaan Barisan Nasional didakwa bertindak sambil lewa terhadap 'periuk nasi' lebih 500 nelayan dan penduduk kampung sekitar perairan pantai Pengerang di Johor yang akan terjejas akibat projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Malah, janji 5,000 peluang pekerjaan oleh kerajaan BN apabila projek tersebut siap menimbulkan banyak keraguan di kalangan penduduk asal.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa, pendapatan nelayan sepanjang pantai Pengerang bakal terjejas, malah pampasan yang diberi sangat tidak munasabah, iaitu antara RM15,000 hingga RM30,000 kerana kerugian besar yang dialami penduduk tempatan.

"Persoalan yang timbul ialah apakah penduduk asal akan mendapat manfaat dari peluang pekerjaan yang dijanjikan tersebut? Rata-rata penduduk di situ adalah nelayan, apakah mereka layak untuk mendapat pekerjaan kerana ia memerlukan kemahiran khusus?" katanya kepada Roketkini.

Projek RAPID bernilai RM60 bilion yang dibangunkan oleh Petronas dikatakan bakal menjadikan Pengerang sebagai sebuah pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia.

Masalahnya ialah pampasan ganti rugi pendapatan yang tidak munasabah, malah pada mulanya ia diberitahu hanya 'sagu hati' akan dibayar sedangkan penduduk kampung perlu pindah dan memulakan hidup mereka di tempat baru.

Rentetan dari ketidak puasan hati terhadap projek RAPID tersebut, pada 5 April lepas seramai 578 nelayan bot kecil dari sepuluh buah kampung  perairan pantai Pengerang telah memfailkan saman menuntut ganti rugi RM500,000 atas kerja penambakan laut projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan yang menjejaskan mata pencarian tradisi mereka selama ini.

Saman tersebut telah difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport.

Er yang juga merupakan satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Johor turut mempersoalkan sama ada projek itu perlu dilaksanakan di Johor sedangkan Terengganu sebagai negeri pengeluar minyak sudah mempunyai infrastruktur yang lebih baik.



"Adakah sebab Johor sebagai kubu kuat BN maka mereka sesuka hati membinanya di sini untuk kepentingan kroni?" soal beliau.

Katanya, sehingga kini empat memorandum dihantar kepada pihak-pihak yang terlibat termasuk kepada kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan projek ini tetapi ia tidak dilayan dan tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Selain kehilangan punca pendapatan nelayan, kerja-kerja penambakan laut perairan Pengerang bakal memberi kesan besar terhadap alam sekitar kawasan itu yang selama ini menjadi tumpuan pelancong untuk makanan laut segar, termasuk udang kara yang terkenal.

"Apa yang diberitahu kepada saya, jumlah pelancong kini telah menurun sebanyak 20% dari masa sebelumnya," ujar beliau.

Menurutnya lagi, dalam dua tahun kebelakangan ini, terdapat juga kapal-kapal yang tidak dikenali telah datang berhampiran sekitar zon perikanan tersebut untuk membuang tanah-tanah kotor yang menyebabkan kerosakan karang laut dan mengakibatkan jaring-jaring nelayan menjadi rosak.

Katanya, isu itu telah pun diusulkan ketika sidang Dewan Rakyat Mac lepas tetapi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi pihak kerajaan tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dengan jelas.

"Mereka cuma menjelaskan bahawa pihak kementerian dan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) akan memastikan pemindahan berjalan lancar manakala Pejabat Perikanan Daerah Kota Tinggi bersama Persatuan Nelayan Pengerang akan memastikan kehidupan nelayan-nelayan tidak terjejas. Ia adalah satu jawapan yang lemah," ujarnya.

Beliau mahu kerajaan lebih serius menangani isu itu yang melibatkan banyak masalah kepada penduduk tempatan serta merosakkan alam sekitar negara ini. – Roketkini.com

Budaya ugut; Umno Terengganu di hujung nyawa

Posted: 10 Jun 2012 05:31 AM PDT

Editor Buletin

Budaya mengugut dan membangkit-bangkit apa yang kononnya dikatakan sebagai kebaikan kerajaan sekarang ini oleh pimpinan Umno Terengganu semakin menjadi-jadi. Kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan Umno Terengganu kebelakangan ini, sangat jelas mengugut pegawai kerajaan dan juga kepada rakyat marhaen agar menyokong Barisan Nasional (BN) dan menolak Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa hari lepas Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said telah mencabar anggota-anggota keselamatan yang menyokong kerajaan supaya meletakkan jawatan sekiranya berhasrat menyertai pembangkang. Ini menurutnya lagi, adalah jelas satu pengkhianatan kepada Negara kerana tindakan mereka sepatutnya tidak bercanggah dengan dasar pemerintah yang sedia ada. Kemudian datang pula laporan tentang cabaran Ahmad Said agar peserta Felda keluar dari tanah rancangan sekiranya benar-benar mereka mendapati Felda telah menipu mereka.

Semalam (6hb Jun) pula dalam laporan sebuah akhbar harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Haji Nuh (kiri) pula telah mengeluarkan kenyataan membangkit-bangkit pemberian oleh kerajaan BN. Beliau menganggap pihak yang tidak menyokong kerajaan sebagai golongan yang lupa diri terhadap jasa dan sumbangan kerajaan.

"Mereka lupa asal usul dari mana dan lupa datuk nenek mereka dahulu bergantung kepada kerajaan. Kita tidak kata semua terlibat tetapi unsur-unsur kebergantungan kepada kerajaan itu sudah dilupakan," beliau dipetik sebagai berkata.

Begitulah ugutan-ugutan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan Umno negeri Terengganu. Satu tindakan desperado oleh Umno Terengganu. Saya ingin menasihatkan Menteri Besar Terengganu dan Adun Tepoh, supaya belajar dahulu makna demokrasi sebelum membuat kenyataan sebegitu.

Kenyataan dangkal sebegini secara tidak langsung menyerlahkan ketakutan yang amat sangat dengan suasana kebangkitan rakyat sekarang ini yang jelas menolak Umno dan sekutunya. Malang bagi Umno Terengganu kerana ketuanya memilih untuk kembali kepada pemikiran 30 - 40 tahun yang lalu iaitu mengugut rakyat dari menggunakan hak mereka untuk mengundi sesiapa sahaja yang mereka kehendaki menjadi pemimpin. Hak kebebasan rakyat telah cuba disekat dan dicabuli oleh Umno.

Kalaulah begitu kenyataannya, maka kakitangan kerajaan negeri dibawah pemerintahan PR juga wajib menyokong kerajaan negeri yang sedia ada. Atau pegawai-pegawai kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR yang menyokong BN mesti meletak jawatan mereka sesuai dengan pemikiran kolot Ahmad Said ini. Bukan kita ingin mengugut tetapi sebagai menyesuaikan keadaan dengan kenyataan beliau itu.

Membangkitkan pemberian hanya menyebabkan rakyat menjadi semakin mual. Sekali lagi Umno cuba memperbodoh-bodohkan pemikiran rakyat yang semakin bijak menilai apa itu demokrasi. Jika soalan itu yang dibangkitkan Umno, maka rakyat juga boleh membangkitkan kembali soalan kepada Umno, dari mana mereka mendapat wang bagi membiayai semua prasarana-prasarana yang telah mereka dirikan?

Ramli hanya tahu apa yang kerajaan berikan kepada rakyat dalam masa yang sama cuba memadamkan hakikat atau buat-buat lupa bahawa kerajaan bergantung kepada cukai dan zakat yang dikutip dari rakyat untuk mengurus tadbir negeri. Rakyat yang tidak bergantung kepada kerajaan seperti yang didakwa oleh Ramli adalah rakyat yang bijak kerana mereka tahu yang mereka sepatutnya hanya bergantung kepada Allah.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat di luar sana terutama penyokong-penyokong Umno agar melihat dengan mata hati perangai dan pemikiran pemimpin-pemimpin Umno ini. Bagi mereka semakin rakyat bodoh, semakin mudah bagi mereka untuk berbuat sesuka hati mereka. Tiada persoalan atas apa jua perlakuan mereka. Siapa yang melawan akan diugut, dikenakan tindakan, memotong bantuan dan sebagainya. Bagaikan khazanah kerajaan yang sebenarnya hasil duit kutipan dari rakyat itu kepunyaan atau milik mutlak keluarga mereka. Maaf, kita bukan lagi dizaman sebegitu.

Kerana itulah mereka sangat takut dengan rakyat yang cerdik kerana rakyat akan mempersoalkan ke mana perginya wang mereka. Kalau di Britain, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat kerana mereka tahu bahawa rakyat mereka cerdik dan tidak mudah ditipu. Malah mereka menamakan "Wang Pembayar Cukai" sebagai ganti istilah "Wang Kerajaan" sepertimana yang digunapakai di Malaysia ini.

Oleh itu bangunlah rakyat sekelian jangan kita berterus-terusan diperbodohkan oleh Umno. Marilah kita bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk membangun Negara Berkebajikan dari rakyat untuk rakyat insyaAllah - http://dunbpayong.blogspot.com

Najib Ditekan Untuk "Wang Tebusan" Taib Mahmud?

Posted: 10 Jun 2012 05:25 AM PDT

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB )telah mendengar tuntutan-tuntutan dari 21 buah NGO dari sembilan negara untuk bertindan terhadap Malaysia kerana gagal untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.

Tekanan antarabangsa terhadap Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk mengheret Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah menuju satu langkah baru apabila NGO-NGO dari sembilan buah negara bertemu dengan pegawai-pegawai PBB dalam satu "mesyuarat tertutup untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh mengenakan tindakan terhadap kerajaan Malaysia.

NGO juga mengemukakan satu surat aduan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang menuduhan kerajaan Malaysia sengaja dan aktif melindungi Taib Mahmud dan ahli keluarga beliau daripada pendakwaan jenayah yang mereka gambarkan sebagai "ketua pelaku" dalam pembalakan besar-besaran di Sarawak".

21 NGO dari Malaysia, Switzerland, Austria, Belgium, Jerman, Norway, United Kingdom, Nepal dan Australia yang mendakwa bahawa Malaysia merupakan anggota yang telah membuat perjanjian kepada UNCAC (Konvensyen Menentang Rasuah PBB) dan UNTOC (UN Convention against Transnational Organised Crime), telah secara sistematik melanggar obligasinya di bawah perjanjian antarabangsa anti-wang haram.

Selepas pendedahan BMF bahawa Taib dan keluarganya didakwa memiliki atau memegang kepentingan perniagaan di lebih 400 buah syarikat di 25 buah negara dan pusat kewangan luar pesisir. Pengumpulan kekayaan "tidak dapat dijelaskan" telah dikaitkan dengan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak Taib sejak tahun 1981.(baca sarawakreport.org). Taib juga pada masa yang sama telah memegang jawatan Menteri Kewangan Negeri dan Menteri Sumber Asli Negeri, memberikan kuasa yang amat memberangsangkan.

SPRM masih membisu

Tiada tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia, bahawa pada Disember lalu, sebuah gabungan NGO yang sama telah menyediakan bukti terperinci jenayah Taib kepada pihak berkuasa Malaysia dan menggesa mereka untuk menangkap dan mendakwa Taib dan ahli keluarganya.

"Tetapi Peguam Negara, Ketua Polis dan SPRM gagal untuk memberikan jawapan atau mengulas mengenai rintihan NGO itu. "Ia juga mencatatkan bahawa SPRM nampaknya tidak berdikari".

Ia tidak mempunyai kawalan yang sebenar, tetapi nampaknya digunakan sebagai alat untuk menjaga gabungan Barisan Nasional dalam kuasa, yang mana Taib adalah seorang penyokong utama.-http://reformisanakmuda.blogspot.com

Mansuh Pamer & Bantah Untuk Selamatkan UMNO/BN

Posted: 10 Jun 2012 05:21 AM PDT

SABAH DAILY

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan proses pamer dan bantah adalah kerana bimbang calon-calon BN disabotaj ahli mereka sendiri.

Menurutnya, gerakan sabotaj itu wujud sejak 2008 lagi dan lebih ketara sejak kebelakangan ini sehingga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan amaran keras kepada pihak yang beniat melakukan tindakan itu.

Malah katanya, kenyataan pimpinan Umno bahawa calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini tidak semestinya Ketua Bahagian, mampu menjuruskan sabotaj itu akan benar-benar berlaku.

"Tindakan SPR itu menjelaskan bahawa wujud satu gerakan sabotaj kepada calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya nanti dalam bentuk teknikal yang akan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada calon Pakatan Rakyat.

"SPR cuba melindungi kemungkinan besar berlaku gerakan sabotaj dalam Umno-BN yang sememangnya telah berlaku sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berpendapat proses pamer dan bantah perlu bagi memastikan calon yang mewakili setiap parti itu bersih dari perkara-perkara yang menjejaskan diri sebagai calon.

"Proses pamer dan bantah itu adalah satu tindakan untuk kita melihat bahawa calon yang bertanding itu bersih terutama dari segi bankrup serta tidak mempunyai rekod jenayah.

"Apabila proses itu ada, kita boleh membantah kerana kita tidak mahu calon yang bertanding itu mempunyai rekod yang boleh menjejaskan beliau sebagai calon apatah lagi bila memenangi pilihanraya," katanya.

Keputusan terbaru SPR itu juga kata Azmin, jelas menunjukkan badan pilihan raya itu hanya berminat kepada isu-isu serpihan sedangkan perkara besar seperti daftar pemilih yang bersih, kebebasan media mahupun kerajaan sementara tidak diberi keutamaan.

"Kenapa tidak memberi tumpuan kepada perkara yang menjaminkan pilihanraya bersih dan adil.

"Ini yang kita dalam Pakatan Rakyat hadapi, SPR sepatutnya menyenangkan keadaan bukannya menyulitkan keadaan," tegasnya. -HD

Jangan politikkan isu PTPTN, Aspirasi gesa PR Selangor

Posted: 10 Jun 2012 04:33 AM PDT

Nurul Aini Mohamed Ali

SHAH ALAM - Sambil menggesa institusi pengajian tinggi tidak diganggu oleh anasir politik, Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi) berharap Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak mempolitikkan isu sekatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan PTPTN menarik balik keputusan membekukan pinjaman kepada penuntut Unisel dan Kuis memberi kelegaan kepada mereka.

"Ini kerana mahasiswa merasa bimbang tidak mendapat sebarang pembiayaan jika PTPTN meneruskan hasrat membekukan pinjaman," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Shahar berkata, kebajikan mahasiswa perlu mendapat keutamaan kerana mahasiswa merupakan aset negara yang cukup bernilai kepada negara.

Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor agar tidak mempolitikkan isu PTPTN, sekali gus mengheret mahasiswa ke dalam kancah permainan politik mereka.

"Jika benar mereka (Kerajaan Negeri Selangor) mampu menyediakan pendidikan tinggi secara percuma, mengapa mereka tidak realisasikan sejak mereka menang pilihan raya 2008?

"Jelas di sini mereka terdesak memperalatkan mahasiswa bagi meraih undi untuk Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)," jelas beliau.

Beliau juga menegaskan agar isu ini harus dihentikan secepat mungkin kerana universiti merupakan gedung ilmu yang seharusnya tidak diganggu pihak luar demi kepentingan politik semata-mata.

"Biarlah mahasiswa dapat belajar dan menimba ilmu dalam keadaan tenang. Jangan meracuni fikiran mereka dengan isu-isu sebegini," tambah beliau.

Katanya, Aspirasi syukur dan lega kerana keputusan PTPTN menarik balik pembekuan pinjaman kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) kelmarin.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, agensi itu menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut Unisel berkuat kuasa serta-merta.

"Menteri Pengajian Tinggi telah pun menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik.

Warga asing yang mengundi akan kena tindakan

Posted: 10 Jun 2012 04:30 AM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak mengundi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan. -MK

30,000 ikrar taat setia, Sultan Johor terharu

Posted: 10 Jun 2012 04:23 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terharu dan sebak dengan kehadiran rakyat dari seluruh negeri itu termasuk masyarakat Orang Asli ke Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan ikrar taat setia.

Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja.

"Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh," titah baginda.

Kira-kira 30,000 sertai perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor yang pada asalnya menyasarkan hanya 20,000 orang. Masyarakat Orang Asli turut hadir.

Kebanyakkan peserta mula berhimpun di pekarangan bangunan Sangkar Kristal, Taman Pelangi bermula jam 11 pagi biarpun perarakan dijadualkan mula jam 1.30 petang.

Laporan Bernama pula menyebut mereka membawa pelbagai sepanduk dan berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor.

Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor dianjurkan oleh Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.   

Sementara itu, Bendahari Agung Gabung Zaini Atan berkata, mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang menganggotai pelbagai NGO.

"Kita hanya mengambil masa tujuh hari untuk menganjurkan perhimpunan ini, sebagai usaha kami untuk menunjukkan semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar Sultan kami," katanya.

Beliau berkata, sejumlah 312 NGO Melayu Johor dan 62 NGO kaum Cina serta 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan, yang turut menghadiri perhimpunan itu, berkata beliau berasa amat bangga dengan sokongan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.

"Perhimpunan hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada Perlembagaan negara," katanya.

Pakatan akan tambah RM24b untuk kebajikan

Posted: 10 Jun 2012 04:17 AM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi gambaran kasar ke atas usaha yang akan dijalankan Pakatan Rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk menambah RM24 bilion untuk kebajikan rakyat.

Katanya, tindakan itu antara lainnya memerlukan kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.

Beliau antara lain menggariskan sasaran:
  1. Mengurangkan pembaziran – RM28 bilion
  2. Mengurangkan bajet Jabatan Perdana Menteri – RM4 bilion
  3. Menyalurkan pendapatan permit AP kepada perbendaharaan – RM1.9 bilion
  4. Penjimatan subsidi untuk penjana tenaga bebas (IPP) – RM3.1 bilion
Katanya, jumlah itu bukan ditambah-tambah, tetapi boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti pendidikan dan kesihatan umum, katanya dalam satu program dialog bersama 1,000 orang golongan usahawan dan profesional di Petaling Jaya hari ini.-MK

Tiada ulasan: