DIALOG RAKYAT |
- 2 pelajar tajaan Terengganu sertai Bersih 3.0
- Menanti Isyarat Semboyan PRU-13
- Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah
- PM Melayu: DAPSY Setuju Kenyataan Hadi
- Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!!
- Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman
- Kalau Rais Yatim kira, mahu 12,000 sahaja hadir
- Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan
- Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke seluruh negara
- SPRM cadang menteri isytihar kepentingan kepada Kabinet
- Giliran bekas KSU Tanah dan Koperasi pula sertai PAS
- BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor
- Mangsa Banjir Hulu Langat Terima Bantuan
- Peneroka akan fail semakan kehakiman keanggotaan Isa
- Rumah Kebajikan Bakal Terima Bantuan Geran SelangorKU
- Tun Zaki ketuai suruhanjaya khas perkhidmatan awam
- PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
- Pesuruhjaya Sukan: Sukan drag bukan perlumbaan haram
- Adegan gusti WWE, macam pernah tengok saja…
- BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia
- Puluhan Ribu Meluahkan Ekspresi Di Stadium Darul Aman
- Azmin: 'Lebih 20 pemuda ganggu keluarga saya malam tadi'
- Pati di Sabah: Kabinet bentuk suruhanjaya diraja
- Dipenjara sebab hina Sultan Perak
2 pelajar tajaan Terengganu sertai Bersih 3.0 Posted: 02 Jun 2012 04:05 AM PDT Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare, syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, menyertai perhimpunan itu seolah-olah mencabar kerajaan sedangkan mereka tahu syarat dan peraturan sebagai pelajar. Beliau berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu, masing-masing berasal dari Durian Burung di sini dan Rhu Renggeh, Marang. Setakat ini pihaknya masih dalam usaha mengenal pasti beberapa pelajar lagi yang terlibat dalam perhimpunan haram itu untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya, kata Ahmad kepada pemberita di sini hari ini. Beliau kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara. "Selain itu, kami dalam proses mengumpul bukti kukuh untuk mengaitkan beberapa lagi pelajar kerana terdapat laporan ada antara pelajar di bawah tajaan ini turut serta dalam demonstrasi bersama parti pembangkang," katanya. Ahmad berkata difahamkan seorang daripada pelajar yang didapati terlibat dalam demonstrasi itu mempunyai pertalian keluarga dengan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti pembangkang di negeri ini. Beliau berkata sewajarnya pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk lulus dengan cemerlang, sekali gus berjaya memperoleh pekerjaan yang diimpikan, namun masih ada pelajar yang bertindak kurang bijak kerana taksub dengan parti politik tertentu. "Kita berharap selepas ini pelajar lebih berhati-hati dan memahami dengan jelas surat perjanjian yang ditandangani ketika memohon pinjaman dan tajaan pendidikan kerana tindakan tegas akan diambil jika didapati terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya. - Bernama | ||
Menanti Isyarat Semboyan PRU-13 Posted: 02 Jun 2012 04:02 AM PDT SEORANG rakan daripada sebuah unit falak sebuah universiti di utara tanah air memberitahu penulis tentang dua tarikh penting yang senantiasa dinantikan umat Islam. Ia berkisar tarikh mula berpuasa dan sambutan Aidilfitri.Ditanya bila tarikh kedua-duanya? Jawabnya, dari pengamatan unit falaknya, yang memang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahih saban tahun — umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Sabtu, 21 Julai depan manakala Hari Raya Aidilfitri disambut pada Ahad 19 Ogos. Dengan tarikh sedemikian, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, dua tarikh berkenaan begitu signifikan kerana terlalu ramai ketika ini asyik bercakap perihal Pilihan Raya Umum ke-13. Dengan tarikh puasa berkenaan, ramai mengandaikan PRU berkenaan selewat-lewatnya berlaku pertengahan Julai ini. Ditambah pula, ada mengatakan senarai calon Barisan Nasional (BN) pun sedang disemak dan diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun, pengumuman Najib tentang tarikh pembentangan Bajet 2013 pada 28 September depan 'merencatkan' sedikit 'peramal-peramal' tarikh PRU-13 ini. Dengan tanggapan mereka bahawa semua perancangan yang digariskan dalam Bajet 2013 perlu dilaksanakan dengan baik terlebih dahulu, 'tarikh' kemudian dianjakkan ke Oktober pula. Tetapi bagaimana pula dengan musim haji. Dengan andaian jemaah akan secara berperingkat ke Mekah sebulan selepas Aidilfitri iaitu penerbangan awal kumpulan jemaah pertama pada Isnin, 17 September dan dengan Aidiladha disambut 26 Oktober, justeru, apakah 'tarikh baru peramal' tadi. Dan dengan pembentangan Bajet 2013 itu, dikatakan pilihan raya umum berkemungkinan besar tidak diadakan sebelum Oktober ini. Apa pun tarikh PRU-13 oleh para peramal, di merata pelosok negara ketika ini, kempen-kempen agresif sedang digerakkan oleh semua parti politik. Di masjid-masjid dan surau, pelbagai jenis risalah bertebaran. Soal siapa benar, siapa salah ditolak ketepi. Yang penting, 'isunya' ada. Kalau lihat akhbar Suara Keadilan, isu yang dimainkan kebelakangan ini hanyalah berkisar pembelian kapal selam negara yang sibuk 'dibancuh' mereka. Padahal sudah terang lagi bersuluh, tak ada sebarang bayaran komisen di peringkat kerajaan dilaporkan berlaku. Cuma, 'gerak saraf' yang dimainkan pembangkang agak lebih tersusun dengan 'think-tank' mereka yang mampu 'menggarap' dari isu 'kecil' ke besar. Di Pulau Pinang senario sama berlaku. Misalnya, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dalam blog pro pembangkang pada 29 Mei lalu mengatakan bahawa bilangan 'arahan pemberhentian bekerja' (stop-work order) yang banyak menunjukkan bahawa kerajaan negeri DAP tegas kepada pemaju perumahan. Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin menyangkalnya. Kata beliau, ia satu kenyataan yang kurang bijak sama sekali. "Kenyataan tersebut adalah untuk menyangkal bahawa kerajaan negeri DAP telah memanjakan pemaju-pemaju perumahan mewah di Pulau Pinang. "Guan Eng telah menyatakan bahawa bilangan 'stop-work order' oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 11 kali dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebanyak 259 kali membuktikan bahawa DAP lebih tegas terhadap pemaju. "Pemuda mahu mengingatkan Guan Eng agar jangan cuba memutarbelit fakta. Isu yang penting adalah bukan siapa yang memanjakan pemaju tetapi bilangan perumahan mampu milik rakyat miskin dan sederhana di Pulau Pinang," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi e-mel kelmarin. Kata beliau: "Kenyataan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan membina 12,000 unit rumah mampu milik di daerah Seberang Perai Selatan, ditambah pula pengumuman baru tambahan 6,000 di empat daerah lain jelas membuktikan pembangunan yang tidak seimbang bagi setiap daerah di keseluruhan Pulau Pinang. "Persoalan pertama yang timbul, kononnya wang hasil jualan tanah emas Bayan Mutiara sebanyak RM500 juta digunakan untuk membiayai perumahan di Batu Kawan tetapi sehingga hari ini, pemaju Bayan Mutiara masih tidak membayar RM500 juta. "Persoalan seterusnya pula, mengapakah rumah-rumah kos rendah dan sederhana lebih ditumpukan hanya di kawasan seberang dan bukan di bahagian pulau. Di samping itu Guan Eng juga menganggarkan sebanyak 20,000 rumah mampu milik akan dibina pemaju swasta yang tidak dapat dipastikan lagi. Yang mana jumlah kesemuanya adalah 38,000 unit rumah mampu milik akan dibina, takut janji tinggal janji," kata Shaik Hussein. Guan Eng, kata beliau, kelihatan sekali lagi cuba bermain dengan angka tetapi hakikatnya rakyat Pulau Pinang masih mencari-cari di manakah 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang kononnya telah dibina oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang menerusi PDC sejak 2008 yang dilaporkan di dalam akhbar 'buletin mutiara' milik kerajaan negeri. Ironisnya, kata beberapa pemerhati kepada penulis, BN tidak perlu tergesa-gesa untuk merealisasikan satu pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Meskipun saat ini, diyakini BN memiliki "bola yang hanya berdepan tiang gol" namun isyarat yang tepat dan kena pada masanya penting untuk memastikan mandat rakyat terus berkekalan. | ||
Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah Posted: 02 Jun 2012 04:00 AM PDT MSO [kemaskini] Maaf saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan kini baru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Setar di sepanjang siang dan malam tadi. Perjalanan dengan kereta berkelanjuan 130 hingga 140 km perjam (bukan saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi. Sebaik sampai depan rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon mangga, berkicau riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan saya dengan riang gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang masih berkembang ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium Darul Aman Kedah itu. Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui akan keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau kicau mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting ini. Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaan Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam. Saya bersama tiga rakan, sdr Rushdan Mustapa, Zulaimi Kazin dan Sabree Shaffei bertolak jam 3:40 petang kelmarin dari rumah di Wangsa Melawati KL menuju ke Alor Setar. Terima kasih kepada mereka bertiga kerana memungkinkan saya menghadiri himpunan penuh bermakna dan bersejarah itu. Mulanya sudah keberatan untuk pergi kerana kaki di serang "Umno" dengan tiba-tiba. Namun kerana semangat dan keinginan membuak-buak dalam jiwa akhirnya sampai juga saya ke Alor Setar setelah mengambil suntikan di klinik dengan bantuan sdr Rushdan dan Zulami. Rushdan dan Zulaimi bersungguh membawa saya ke klinik bagi memastikan saya dapat ke Alor Setar. Sepanjang perjalanan saya banyak tidur sambil mengulik kesakitan, itu pun sempat lagi menjamah gambing panggal di restoran Puncak Mutiara di Kampung Pelek. Nah, ternyata pengorbanan kawan dan kesungguhan diri tidak mengsia-siakan. Di Alor Setar, himpunan raksasa yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya menjadikan saya lupa segala sakit dan kepedihan yang ditanggung. Deruan dan laungan takbir menghilang lenyapkan kepedihan di kura-kura kaki. Anih saya dapat menapak dan memanjat tangga ke astaka di dalam stadium dengan mudah dan lancar. Sorakan, takbir dan segala macam bunyi-bunyian mengegakkan stadium dengan lambaian bendera bulan dan disulami beberapa bendera negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan lain-lain menyebabkan saya seakan diberikan seribu kegagahan ikut sama mahu berjalan ke Putrajaya. Benarlah kata orang kalau sudah ada semangat semua masalah dapat diatasi. Yang berat dapat dipikul yang ringan apa lagi. Memang kita ini hidup dengan jiwa bukannya dengan wang ringgit dan kekayaan lain. Belum tentu kalau kita punya wang bergunung tetapi kalau jiwa kering kita tidak akan peduli dan peka kepada nasib dan dunia di luar diri kita. Sakit, pedih, letih dan sebagainya tidak dihiraukan lagi. Belum pernah saya saksikan apa yang berlaku di stadium Darul Aman kira-kira 10 jam lalu. Pemandangan itu pernah saya saksikan di stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu beberapa kali, tetapi bukan di tempat lain. Saya rasa itulah pertama kali stadium berkenaan dipenuhi dengan lebih 100,000 manusia yang seragam, sejiwa dan sedestinasi. Mereka berpakaian hijau, ditangan terpegang bendera besar dan kecil melaungkan takdir Allhuakbar... Allhuakbar dan bersorak keseronokan. Mendamaikan mereka berhimpun dengan penuh tertib terni dan harmoni. Setiap arah yang dipandang ke stadium itu mata akan menjamah kibaran bendera rakyat seolah-olah mereka mahu terlepas dalam satu penjara yang membelenggu mereka sebelum ini dan ingin bebas...ingin bebas. MasyaAllah...Mereka berpadu suara dan berpadu warna menjadikan seluruh stadium diselubungi warna hijau mendamai dan membahagiakan. Sekali sekali bila mendengar sorakan desakan, mereka laksanakan singa dan harimau yang lapar ingin menerkam sesiapa saja di pendosa. Bukan saja saya, bahkan setiap orang yang berada dalam stadium saya pasti bulu roma mereka meriding berdiri dan lengan menjadi berbintik-bintik kerana terpukauan dengan suasana. Stadium yang boleh memuatkan penonton sebanyak 45,000 itu penuh sesak. Tiada seinci ruang yang kosong. Begitu juga di atas padang sendak yang dianggarkan 10,000 yang duduk tanpa menghiraukan keadaan padang yang agak becak kerana pada siangnya disirami hujan. Manakala di luar pula mereka yang tidak dapat masuk dianggarkan 40,000 sambil menyaksikan apa yang berlaku di dalam stadium menerusi beberapa skrin besar yang tersedia. Sukar untuk membayangkan seramai mana manusia sebenarnya! Yang jelasnya himpunan yang mensasarkan 100,000 itu mencapai matlamatnya. Kesesakan jalan raya berlaku sepanjang 10 km di beberapa batang jalan menuju ke stadium. Para peserta berjalan berduyun-duyun ada yang membawa anak, membimbit kakek dan nenek manakala yang muda pula lincah berjalan sambil bergurauan menuju ke stadium. Melihat kepada ratusan buah bas berplat luar yang diparking di sepanjang jalan atau mana-mana tanah lapang menunjukkan mereka datang dari luar Kedah. Dari jumlah 100,000 itu bolehlah diagakkan 50,000 rakyat Kedah menakala selebih dari luar dan dari seluruh negara. Boleh disifatkan himpunan malam tadi adalah kedua terbesar selepas himpunan Bersih 3.0 yang baru lalu. Bahkan himnpunan semalam lebih bermakna lagi khasnya buah Pas kerana hampir semua yang berhimpun dan bermunajat adalah bangsa Melayu. Himpunan Hijau itu sudah tentu menjadikan tidur Najib Razak terganggu ini menyebabkan parlimen dijangka dibubarkan dalam sehari dua ini akan tertengguh lagi dan tertangguh lagi..... Dari sudut lain himpunan itu secara tidak langsung menyerlahkan kekuatan dan semangat orang Pas (Melayu dan Islam). Pas harus berbangga dengan apa dicipta semalam. Dengan apa yang berlaku semalam juga wajar kalau Pas merasakan bahawa ia berhak dan mampu untuk mengganti Umno menjadi pembela agama dan bangsa. Manakala Umno pula seharusnya merasa gerun dan jangan lagi sesekali cuba memperbudakkan Pas. Hari ini walaupun Umno lahir lebih awal dari Pas tetapi hakikat mereka sudah setanding dan perlahan-lahan Pas sudah melewati masa lampau Umno yang pernah gemilang. Maaf... berikan saya untuk berihat dan akan saya sambung cacatan dan ulasan mengenai Himpunan Hijau ke Putraja ini menjelang tengah nanti sesudah saya pulang dari satu majlis penting di ibu negara. Di sini saya hidang beberapa keping gambar tanpa mengikut kronologinya teristimewa untuk penjenguk blog Merah Tinta. Saksilah gambar dari buah tangan saya sendiri. Ohnya di Fb saya ada saya masukkan klik video yang sempat saya rakam. Horas. | ||
PM Melayu: DAPSY Setuju Kenyataan Hadi Posted: 02 Jun 2012 03:37 AM PDT KELAB GREENBOC Pakatan Rakyat (Pakatan) telah membuat ketetapan bahawa hanya Melayu Islam akan dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya gabungan itu berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan datang. Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke berkata, DAP sebagai parti dalam Pakatan bersama PKR dan Pas tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan keputusan telah dicapai mengenainya. "Jika Pakatan berjaya dalam pilihanraya umum nanti dengan menguasai Putrajaya maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dlantik sebagai Perdana Menteri. Bukankah Anwar seorang Melayu Islam?," soalnya. Anthony berkata demikian kepada TVSelangor hari ini bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan jawatan Perdana Menteri perlu diisi Melayu Islam sebagai wakil kaum terbesar dan berpengaruh di negara ini. Abdul Hadi dalam laporan media berkata, Pas berpegang kepada asas resolusi pakatan pembangkang yang berpandukan Perlembagaan yang jelas mengenai Islam sebagai agama Persekutuan, hak Bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja Berpelembagaan. "Perlembagaan memang tidak menyebut siapa-siapa (Perdana Menteri)…..itu semua orang tahu tapi dari segi realitinya, kita perlu ikut kaedah demokrasi iaitu kepemimpinan mestilah dari kalangan kaum terbesar yang berpengaruh (Melayu)," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah. Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu terus berjuang untuk membolehkan bukan Melayu dilantik menjadi Perdana Menteri. Anthony menambah, DAP tidak akan melayan sebarang laporan berita sebegitu yang dimainkan media pro Umno-BN yang cuba menggambarkan ketidaksepakatan pakatan pembangkang. Beliau berkata, keputusan sudah dibuat mengenainya dan tidak perlu dipertikaikan lagi. "Kita tidak akan terperangkap dengan sebarang cubaan untuk mengganggu gugat keutuhan yang telah dibina dalam Pakatan. "Apa yang pasti usaha itu tidak memberi sebarang kesan," katanya. -selangorku Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam | ||
Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!! Posted: 02 Jun 2012 03:34 AM PDT Kes skandal NFC (National Feedlot Corporation) cukup unik. Betapa untungnya keluarga ini yang tiada pengalaman menternak tetapi berjaya menikmati satu kontrak berskala besar yang cukup lumayan daripada pihak kerajaan Malaysia bernilai RM250 juta di mana Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya. Sehinggakan anak syarikat Felda contohnya yang ada pengalaman menternak pun tidak mendapat kontraknya. Sukar untuk dipercayai, tetapi inilah yang berlaku?
Harapan kami, Datuk Seri Najib dapatlah melantik semula Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk jawatan yang lebih setimpal selepas tidak disambung kontraknya sebagai senator yang ketika itu beliau terpalit dengan skandal NFC ini yang mana akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dapat membuktikan yang sebenarnya DaTuk Shahrizat Jalil tidak bersalah rupanya.
Kami sekalipun tidak akan mengatakan yang Datuk Shahrizat yang menganugerahkan projek berimpak tinggi ini, Projek Fidlot Kebangsaan ini kepada keluarganya sendiri. Semestinya tidak logik dan tidak mungkin berlaku di sini. Itu adalah kontrak di bawah Kementerian Pertanian, Datuk Shahrizat ketika itu bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semestinya yang menganugerahkan projek itu adalah menteri yang bertangungjawab bagi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Dalam penganugerahan kontrak ini, isu dan persoalan yang berbangkit ketika ini bagaimana syarikat ZERO track rekodnya dalam livestock boleh dapat anugerah projek berimpak tinggi yang bernilai RM250 juta ini? Dan sungguh "kebetulan" apabila syaraikat yang tiada rekod dan pengalaman ini rupanya milik ahli keluarga kepada salah seorang yang berada dalam jemaah menteri pada masa itu. Sungguh kebetulan…..
Jangan risau kalau melihat rentak sekarang ini, individu A, B , C dan D yang luluskan projek biasanya tidak akan dipersalahkan tetapi menerimanya itu berdepan risiko untuk disabitkan kesalahan. (Sumber : Malaysiakini) Biasanya jikalau mana-mana daripada anda yang pernah masuk dan menyertai peraduan RM1 juta Tongkat Ali Power Root contohnya ataupun peraduan teka bolasepak terbitan Utusan yang hadiahnya mencecahkan ratus-ratus ribu, anda akan perhatikan di mana terma dan syarat yang dikenakan antara lain menyatakan seperti berikut :
Apa yang ingin kami beritahu di sini sebenarnya? Sebenarnya ini semua hanyalah peraduan picisan sahaja. Tetapi perhatikan semula VALUE di situ.
Di atas ini hanya peraduan yang paling tinggi pun sekitar RM1 juta sudah ada terma dan syarat seperti ini, adakah tender ratus-ratus juta juga tidak ada terma dan syarat seperti ini. Tiada? Kalau tiada….tahniah kami ucapkan. Kita nantikan indeks rasuah untuk siri yang akan datang pula selepas ini.
Mungkin selepas sudah tiba masanya Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi dalam Felda selepas didapati "bersih" dan tidak bersalah dalam skandal fidlot kebangsaan ini? Pelik? Tak sesuai? Mengapa tidak, seperti apa yang dinikmati oleh Tan Sri Isa Samad sekarang ini, selepas sahaja tidak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan terpalit dengan skandal politik wang dalam erti kata lain rasuah, akhirnya berjaya diangkat sekarang sebagai Pengerusi FELDA. Mungkin? | ||
Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman Posted: 02 Jun 2012 03:30 AM PDT
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ. Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya. Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya. "Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya. Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube. "Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar. Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya. Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana. "Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus. Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan. Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi. Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya. Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS. | ||
Kalau Rais Yatim kira, mahu 12,000 sahaja hadir Posted: 02 Jun 2012 03:27 AM PDT
ALOR SETAR: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yakin kehadiran pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman malam tadi mencecah 100,000 orang. Bagaimanapun katanya, jika Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengiranya, jumlahnya mungkin hanya belasan ribu sahaja. "Saya berasa gerun malam ini. Satunya kerana duduk disebelah bekas pegawai polis (Datuk Fauzi Shaari) dan satu lagi berada di hadapan anda yang begini ramai. "Saya yakin ini sampai 100,000. Kalau menteri Rais Yatim kira, barangkali ini hanya 12,000 sahaja," katanya sinis disambut ketawa oleh hadirin. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya sebelum mendeklamasikan puisi khas kepada anak muda di pentas utama Himpunan Hijau ke Putrajaya malam tadi. Sebelum ini, Rais Yatim dianggap banyak pihak sebagai 'membuat lawak bodoh' apabila mendakwa hanya 22,270 orang sahaja yang menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Sedangkan rakaman gambar dan video menunjukkan kehadiran pada himpunan itu tidak kurang dari 200,000 orang. Sementara itu Pak Samad yang juga Pengerusi Bersama Bersih 3.0 turut turut membakar semangat anak muda dengan puisinya. Antara lain katanya, anak muda adalah harapan untuk melakukan perubahan. "Anak-anak muda inilah yang akan berjalan ke Putrajaya. "Pergi berjalan sebagai generasi yang gagah," katanya. | ||
Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan Posted: 02 Jun 2012 03:21 AM PDT
ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini. Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai. Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah. Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali. "baju macam tadika PASTI bEStari," kata Rosnain Romli di Facebook. Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam. Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda seperti cerita Upin Ipin. "Mesti ramai yg suka," kata beliau. Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13. "blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT," tulis beliau. | ||
Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke seluruh negara Posted: 02 Jun 2012 03:19 AM PDT
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS akan meneruskan roadshow Xpresi Hijau Anak Muda yang dilancar di Stadium Darul Aman semalam ke seluruh negara. Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang. Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini. Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan. Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan. Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian. Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini. Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco. Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah. Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His. Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda. Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan. Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit. Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno. Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal. | ||
SPRM cadang menteri isytihar kepentingan kepada Kabinet Posted: 02 Jun 2012 03:15 AM PDT Sekiranya menteri atau timbalan mempunyai jawatan dalam ahli lembaga pengarah, mereka perlu isytihar wujudnya ahli keluarga mereka memohon pinjaman mudah kerajaan. PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mencadangkan supaya setiap anggota pentadbiran termasuk Menteri dan Timbalan Menteri mengisytihar kepentingan sekiranya ada ahli keluarga mereka memohon sebarang kemudahan daripada kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan berkata, sekiranya wujud kepentingan tersebut, anggota pentadbiran berkenaan perlu mengisytiharkannya kepada Kabinet. Beliau berkata pihaknya mahu supaya klausa itu dimasukkan dalam kod etika anggota pentadbiran bagi mengelak sebarang ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. "Ahli keluarga itu meliputi adik-beradik, ipar, sepupu, mentua, bapa atau ibu saudara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini. Katanya, sekiranya menteri atau timbalan mempunyai jawatan dalam ahli lembaga pengarah, mereka perlu isytihar wujudnya ahli keluarga mereka yang memohon pinjaman mudah (soft loan) kerajaan dan tidak boleh terlibat atau membuat sebarang keputusan. "Kalau dia putuskan maka dia melakukan kesalahan jenayah rasuah dibawah Seksyen 23 Akta SPRM iaitu menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan diri," katanya. Walau bagaimanapun menurut Sutinah syarat itu tidak menghalang mana-mana menteri atau timbalan menteri menyertai sebarang projek kerajaan selagi tidak melanggar kod anggota pentadbiran. Katanya, langkah pencegahan ke atas sistem dan prosedur berkaitan pemberian pinjaman mudah ini diambil selepas isu projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) oleh NFC Corporation yang membabitkan bekas Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya. "Dalam konteks ini SPRM telah menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah ke atas projek berkenaan". "Pemeriksaan melibatkan beberapa agensi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementeran Kewangan (MOF), Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan Syarikat NFC Sdn Bhd (NFCSB)," katanya. Sutinah bagaimanapun enggan mengulas sekiranya Shahrizat semasa memegang jawatan dalam Kabinet telah melanggar kod etika terbabit dan terlibat dalam meluluskan pinjaman mudah RM250 juta projek NFC memandangkan kes itu masih dalam siasatan. Kadar gaji Beliau juga menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam menentukan syarat kadar gaji seseorang lembaga pengarah syarikat kerana ia terletak dalam keputusan peribadi syarikat. Ini kerana menurut laporan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohammad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFCorp mendapat pendapatan sejumlah RM100,000 gaji bulanan, anak lelaki mereka Izmir, 31 tahun selaku Pengarah Eksekutif berpendapatan RM45,000 sebulan. Manakala, seorang lagi anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran, 27 tahun selaku CEO berpendapatan RM35,000 sebulan, dan Wan Izzanah Fatimah, 25 tahun berpendapatan RM35,000 – dan keseluruhannya berjumlah RM215,000 gaji bulanan untuk suami dan tiga anak Shahrizat. Sementara itu, Sutinah berkata pihaknya turut mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya menyediakan satu tatacara yang standard, lebih jelas dan telus berhubung proses pinjaman mudah agar tidak ada ruang untuk mana-mana pihak melakukan penyelewengan. "MOA juga perlu membuat 'due diligent' terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakang syarikat dan kemampuannya sebelum memutuskan untuk memberi projek kepada syarikat berkenaan," katanya. | ||
Posted: 02 Jun 2012 03:06 AM PDT Premis urut: Kelang beku, Kuala Selangor 'on'Di Kelang pusat urut berlesen ialah 41, manakala Kuala Selangor 10 saja. PETALING JAYA: Jumlah sebenar premis yang menawarkan khidmat mengurut di Selangor tidak diketahui tetapi ia mudah ditemui seluruh negeri itu terutama di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Puchong, Damansara dan Batu Caves. Secara mudah premis mengurut terbahagi dua – berlesen dan tidak berlesen. Satu lagi perkhidmatan urut yang mungkin kurang diberi perhatian ialah perkhimatan urut bergerak yang menemui pelanggan di tempat tertentu. Di Kelang, jumlah pusat urut berlesen ialah 41 iaitu lesen lama yang dluluskan semasa pentadbiran kerajaan BN. "Kerajaan negeri baru selepas pilihan raya umum 2008 telah membekukan pengeluaran lesen premis. "Kita memperbaharui lesen mereka setiap tahun dengan pemantauan yang ketat," kata seorang pegawai unit perlesenan MPK. Pegawai itu menambah, MPK masih mengeluarkan lesen premis reflesekogi tetapi setelah berpuas hati dengan syarat permohonan. 10 pusat di Kuala Selangor Bagaimanpun, lain cerita di Kuala Selangor. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mendakwa pihaknya tidak ada kuasa untuk menghadkan bilangan premis rumah urut di kawasan mereka. Ketika ini ada 10 rumah urut di MDKS, kata setiausahanya, Azahari Sairin. "Kami akan meluluskan sebarang permohonan membuka pusat urut selagi syarat yang ditetapkan jawatankuasa kawalan perniagaan dan kesihatan daerah Kuala Selangor dipatuhi. "MDKS tiada alasan menolak sebarang permohonan yang dikemukakan pemilik rumah urut jika mereka benar-benar mengikut peraturan. "…dan setakat ini PBT hanya meluluskan pusat urut refleksologi sahaja," katanya. Bagi ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly jumlah pusat urut di Kuala Selangor masih kecil dibandingkan dengan daerah lain. Polis daerah pula telah mengadakan operasi sebanyak 14 kali tetapi belum menemui bukti ada kegiatan maksiat. Hampir semua premis yang diperiksa mempunyai lesen dan pekerjanya mempunyai dokumen sah. Tiada papan tanda Seorang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, berkata, pihaknya kerap melakukan serbuan ke atas rumah urut yang beroperasi secara haram. Katanya, kebanyakan premis urut beroperasi di kawasan rumah kedai paling sukar dikesan. "Sesetengahnya tidak ada sebarang papan tanda, jadi kita tidak tahu apa yang berlaku di premis berkenaan," tambahnya. Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap rumah urut yang melanggar syarat. Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo mendakwa jumlah pusat urut di Selangor terlalu banyak berbanding semasa BN memerintah. | ||
Giliran bekas KSU Tanah dan Koperasi pula sertai PAS Posted: 02 Jun 2012 02:57 AM PDT Penyerahan borang keahlian parti Nik Zain itu dibuat dihadapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman, akhbar Harakah Daily melaporkan. PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut. Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi. Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis pengisytiharan rasmi di Larut, Perak bulan lalu. Fauzi dalam ucapannya berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya, sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Semasa menjadi Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya berkenaan. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. Penyertaan Fauzi itu dilihat adalah antara nama besar yang menganggotai parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang. Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Ramli dan Abdul Kadir menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik wang. Fauzi, bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan. The Malaysian Insider sebelum ini turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam Negara. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini. Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah "mencadangkan" untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti. Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri program Pakatan Rakyat (PR). Abdul Kadir telah mengesahkan beliau akan menubuh sebuah parti politik baru, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Bekas Menteri Penerangan ini akan mengetuai parti Ikatan selepas berkhidmat sebagai timbalan presiden Amanah untuk tempoh setahun lebih. Parti itu dijangka akan bergabung dengan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR). | ||
BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor Posted: 02 Jun 2012 01:46 AM PDT The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang. Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini. "Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar). "Beliau masih percaya Abdullah adalah punca kelemahan BN," tegas sumber. Ini adalah kali kedua pertemuan Dr Mahathir dengan kepimpinan Umno, dengan yang pertama di Umno Kedah pada 20 Mei. Di sana, beliau menggesa parti bersatu dalam pilihan raya akan datang. Abdullah menjadi perdana menteri paling singkat berkhidmat selepas BN tewas dua pertiga majoriti dewan dan empat negeri ketika Pilihan Raya 2008. Beliau meletak jawatan pada April 2009 dan diganti Datuk Seri Najib Razak. Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat, keluar Umno pada 2008 sebagai protes terhadap kepimpinan Abdullah dan kegagalan pilihan raya 2008. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada 2003 dan memenangi 91 peratus kerusi dalam pilihan raya 2004. Turut difahamkan Abdullah akan melancarkan memoirnya turut menulis berkenaan Dr Mahathir yang membawa kepada kejatuhannya selepas menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008. Banyak pihak menyalahkan sumber yang lemah dan kemarahan orang ramai berhubung Hindraf dan Bersih pada November 2007. Pengganti Pak Lah, Najib, telah berusaha untuk mengembalikan sokongan BN bermula April 2009 apabila melancarkan program transformasi ekonomi dan politik. Beliau turut menyalurkan program bantuan RM500 untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 melalu pemberian wang tunai secara "one-off". Namun, populariti Najib telah merundum jatuh dan kaji selidik mendapati beliau hilang sokongan dalam masyarakat Cina dan kelas pertengahan, di sebalik pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi. Sokongan Najib menurun kepada 65 peratus pada Mei berbanding 69 peratus pada Mac lepas, menurut penyelidik bebas, Merdeka Center. "Peningkatan sedikit bagi kaum Melayu telah ditewaskan oleh jumlah besar negatif terhadap kaum Cina," kata Merdeka Center dalam kenyataannya. Kaji selidik itu mendapati sokongan Najib paling lemah adalah di antara kaum Cina turun 19 kepada 37 peratus. Antara kumpulan kelas pertengahan, turun 18 peratus kepada 50 peratus. Beliau bagaimanapun popular dalam kalangan pengundi Melayu dengan peningkatan 5 peratus, kepada 79 peratus. Pandangan pengundi terhadap kerajaan kekal, dengab penerimaan masih berada di tahap 48 peratus. Kaji selidik itu dijalankan pada 10 hingga 18 Mei terhadap 1,019 pengundi berdaftar selepas protes 28 April. | ||
Mangsa Banjir Hulu Langat Terima Bantuan Posted: 02 Jun 2012 01:38 AM PDT HULU LANGAT : Mangsa banjir di Dusun Tua hari ini melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan pemberian bantuan yang disalurkan daripada kerajaan negeri bagi meringankan bebanan ekoran kemusnahan yang dihadapi penduduk. Banjir besar yang berlaku 7 Mac lalu yang membabitkan kira-kira 300 mangsa menerima bantuan kewangan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Datuk Nazir Batu 14 Pekan Hulu Langat. Menurut Habibah Uda Samah,63, bantuan yang diterima akan mengurangkan sedikit bebanan yang dihadapi ekoran kerosakan yang dialami dalam kejadian banjir yang menenggelamkan rumahnya. "Gembira mendapat bantuan ini,kerana banyak peralatan dan kelengkapan rumah yang terendam dan habis rosak. Ia sekurang-kurangnya amat membantu keluarga saya," katanya. Menurut Nuranisah Idris,31, yang mengalami kerugian hampir RM10,000 akibat tanaman cilinya musnah dengan bantuan yang diterimanya dapat meringankan bebanan bagi mengusahakan semula tanaman pertanianya. "Bertuah mendapat menerima bantuan ini kerana ianya akan meringankan bebanan kami sekeluarga yang sebelum ini menghadapi banjir yang tidak terduga sehingga banyak memusnahkan usaha pertanian yang dijalankan oleh pihak saya," katanya ketika ditemui. Dalam pada itu, menurut Mohd Ishak Jainin,55, kejadian banjir yang dialami pada 7 Mac itu merupakan yang terburuk dalam sejarah hidupnya sejak beliau mendiami kawasan itu sejak sekian lama. "Syukur Alhamdulillah dapat menerima bantuan ini sebab kita ini adalah orang miskin dan ada anak ramai kemudian kena menyewa rumah lagi dan sebagainya, terima kasih kepada kerajaan yang membantu kami semua," katanya. Sementara itu,menurut Jamanang Utek,58, menyifatkan bantuan yang diterimanya akan digunakan bagi membaiki rumahnya yang mengalami kerosakan akibat banjir itu. Dalam kejadian banjir itu,purata kedalaman kawasan yang terlibat dalam banjir ini adalah 0.3 meter sehingga 1.5 meter. Seramai 645 orang dipindahkan ke enam pusat perpindahan dalam kejadian itu. | ||
Peneroka akan fail semakan kehakiman keanggotaan Isa Posted: 02 Jun 2012 01:33 AM PDT Sekumpulan peneroka akan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mengekalkan keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF). "Saya sudah menerangkan kepada anak guam saya. "Kita bercadang untuk membuat semakan kehakiman berhubung keputusan SKM mengenai isu Isa Samad," kata peguam kepada 16 peneroka yang merujuk pertikaian itu kepada SKM Ahmad Nizam Hamid. Ahmad Nizam berkata, pihaknya mempunyai masa 14 hari sebelum memfailkan semakan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun ini. SKM kelmarin memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya. Bagaimanapun, tiada peruntukan yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan. Dalam reaksi segeranya sebelum ini Ahmad Nizam menyifatkan, sepanjang menjadi peguam, keputusan SKM itu "paling pelik dan gila". Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berjanji akan membantu peneroka yang bercadang mengambil tindakan itu kerana berpendapat mereka mempunyai locus standi. Mazlan yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor itu menganggap SKM itu "pelik" dan melibatkan "satu konspirasi". Kumpulan 16 orang peneroka Felda gugusan Jengka, Pahang sebelum ini membantah keahlian Isa ekoran teguran dengar SKM kepada KPF kerana gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian. | ||
Rumah Kebajikan Bakal Terima Bantuan Geran SelangorKU Posted: 02 Jun 2012 01:29 AM PDT BERANANG : Institusi rumah kebajikan di negeri ini bakal mendapat peruntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Geran Selangorku. Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan membincangkan secara lebih lanjut berhubung bantuan yang diperuntukkan kepada mana-mana institusi rumah kebajikan itu. Katanya, peruntukkan itu akan disalurkan sebagaimana bantuan kepada rumah ibadat untuk semua kaum dan peruntukkan sekolah-sekolah di sekitar negeri yang sudah diberikan. "Saya akan panjangkan perkara ini ke Mesyuarat Exco supaya institusi ini dapat diberi peruntukkan di bawah Geran Selangorku, kita akan mencari jalan supaya mereka ini dibantu. "Oleh itu, tindakan segera perlu dilakukan oleh Exco yang terlibat untuk mengumpul data-data dan menentukan senarai institusi yang terlibat," katanya ketika mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Nur Hasanah di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. Dalam lawatan itu, Abdul Khalid sempat meluangkan masa melawat pusat itu kira-kira 20 minit sebelum ke Program Penerangan Geran Selangorku dan Program Khas Mesra Rakyat di kampung terbabit. Hadir sama, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari serta MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat. | ||
Tun Zaki ketuai suruhanjaya khas perkhidmatan awam Posted: 02 Jun 2012 01:14 AM PDT Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata suruhanjaya itu mempunyai enam anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. "Suruhanjaya diberi mandat untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan," kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, perakuan-perakuan Suruhanjaya Khas ini akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Mohd Sidek berkata, Sekretariat Suruhanjaya Khas adalah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan awam. Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas. Najib turut mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. - Bernama | ||
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno Posted: 02 Jun 2012 01:08 AM PDT ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini. Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera. "Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam. Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat. "Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial. "Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya. Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu. Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu. Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis. "Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya. | ||
Pesuruhjaya Sukan: Sukan drag bukan perlumbaan haram Posted: 02 Jun 2012 01:05 AM PDT Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan, selaku penganjur perhimpunan itu, tidak perlu mendapatkan kelulusan mana-mana pihak sebelum menganjurkan apa jua bentuk sukan. "Mana-mana kementerian atau badan kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri atau tempatan boleh melaksanakan apa-apa aktiviti sukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada mana-mana badan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS). "Sebarang aktiviti sukan boleh dilaksanakan oleh mana-mana kementerian atau badan kerajaan yang lain sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri atau tempatan selaras dengan peruntukan Seksyen 5, Akta Pembangunan Sukan 1997," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara drag itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula. Mohd Yasin bagaimanapun berkata, PPS tidak menafikan prosedur keselamatan dalam penganjuran apa jua aktiviti sukan adalah sangat penting dan perlu dipatuhi oleh semua pihak. Beliau menegaskan, setiap penganjur sukan permotoran perlu mempunyai keperluan teknikalnya sendiri dalam memastikan aktiviti sukan tersebut berjalan lancar serta menjamin keselamatan semua pihak. Beliau berkata, penganjuran sukan tersebut adalah bagi mengalakkan pembangunan sukan bermotor di peringkat kebangsaan dan perlu dilaksanakan agar semua pihak yang terlibat dalam sukan tersebut mendapat manfaat. - Bernama | ||
Adegan gusti WWE, macam pernah tengok saja… Posted: 02 Jun 2012 01:04 AM PDT Oleh Fairuz Azhan- Rancangan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) merupakan rancangan televisyen yang paling popular di Amerika Syarikat dan seantero dunia. Jumlah penonton Monday Night RAW yang merupakan rancangan bersiri paling lama dalam sejarah dunia, akan mencapai episod ke-1,000 pada bulan depan, mengalahkan semua rancangan televisyen dan juga acara sukan yang lain. Sandiwara dalam gusti Apa yang menarik tentangnya? Ia bukan sahaja bertahan sejak sekian lama tetapi mengungguli segala rating rancangan lain. Barangkali semua orang tahu (kecuali kanak-kanak bawah 12 tahun) bahawa segala drama, perlawanan dan skrip telah diaturkan sejak dari awal yang dilakonan untuk rancangan 'per-per-view' mereka seperti 'SummerSlam', 'Over The Limit', 'Wrestlemania' dan sebagainya. Ini sebuah contoh skrip yang standard, ada dua ahli gusti, satu yang baik baik dan satu lagi jahat. Sesiapa dalam kumpulan baik akan cuba menjadi popular dan memenangi hati penonton manakala setiap perbuatan jahat bertujuan menjengkelkan penonton. Si penggusti A tidak puas hati dengan penggusti B untuk apa jua alasan pun. A akan ganggu perlawanan B, B akan ganggu kembali perlawanan A. Ini akan berlarutan untuk beberapa minggu dan akan diselesaikan dalam mana-mana acara kemuncak 'pay-per-view' mereka. Yang menariknya, walau pun ada skrip, tiada siapa yang akan tahu kesudahannya. Ia seperti satu reality show yang diminati ramai yang mana ia juga disediakan skrip walau pun dicanangkan sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku tanpa lakonan. Kegilaan drama WWE masa kini Skrip dalam WWE yang sedang dihidangkan kini banyak mengingatkan kita tentang negara ini. Dalam siri masa kini, Pengurus Besar Monday Night RAW dan Smackdown, dua siri utama mingguan WWE, John Laurinaitis yang berwatak jahat bersikap amat menjengkelkan. Slogan beliau ialah 'People Power' atau 'kuasa rakyat'. Indah bunyinya tetapi ironinya wataknya ialah menindas para penggusti 'baik'. Yang sering menjadi mangsa 'People Power' ini ialah juara-juara gusti CM Punk dan John Cena dari kumpulan baik. Sebagai contoh, apabila CM Punk lantang mengutuk pentadbiran Laurinaitis, beliau sebagai pengurus besar mengaturkan perlawanan-perlawanan yang tidak adil seperti perlawanan tiga lawan satu atau membenarkan ahli gusti jahat melakukan penipuan. Di sekeliling Laurinaitis ini terdapat konco-konco yang kerja mereka hanyalah mengampu, membodek dan mencacai bos mereka. Antara yang paling ketara ialah David Otounga (lulusan undang-undang Harvard) dan Eve Torres. Bagi mereka, bos merekalah yang terbaik, bos merekalah yang maksum, bos inilah harus ditaati tanpa sebarang soalan. Buat apa bodek bos? Supaya dapat senang mendapat apa yang mereka mahukan. Sama ada merebut kejuaraan, pangkat yang besar atau pun habuan wang. Pemerintahan beliau yang zalim ini hampir ditamatkan dalam acara 'Over The Limit' baru-baru ini apabila lembaga pengarah WWE mahu Laurinaitis yang sudah berumur bertarung dengan John Cena yang masih gagah. Syaratnya, Laurinaitis tewas, beliau akan dipecat daripada jawatan pengurus besar. Maka bergembiralah penonton menanti saat perubahan itu. Sayangnya, pada saat-saat akhir, apabila John Cena hampir memenangi perlawanan tersebut, tiba-tiba ahli gusti yang 'baik" bernama Big Show datang menyelamatkan Laurinaitis. Sedangkan pengurus besar itu telah memecat Big Show pada minggu sebelumnya kerana suka mengajuk suara Laurinaitis yang agak serak basah. Kenapa Big Show sanggup berbuat demikian? Kerana walau pun ahli gusti itu dari kalangan yang 'baik', beliau terpaksa melakukannya kerana 'carma', kerana sudah seminggu menganggur dan kerana tawaran kontrak yang lumayan untuk diterima berkerja semula dalam WWE. Tidak lupa juga watak perempuan puaka Vikki Guererro. Setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya amat menjengkelkan dan dibenci. Setiap kali beliau bercakap dengan nyaring dengan kata-kata jeritan "excuse me", sudah pasti penonton akan 'boo' dengan sangat kuat. Sekurang-kurangnya WWE menghiburkan… Banyak adegan-adegan gusti WWE mengingatkan saya tentang keadaan politik di Malaysia. Jika watak jahat WWE mempromosikan "People Power", kita ada 1Malaysia. Kita juga pernah ada Cemerlang, Gemilang, Terbilang". Malah kita pernah ada "Bersih, Cekap, Amanah". Tetapi hasilnya, lebih RM1,000 bilion ringgit wang rakyat dan hasil sumber negara hangus deka korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa sejak suku abad yang lalu. Hakikatnya, betapa zalim pun watak-watak jahat dalam WWE, golongan baik akhirnya menang juga, Itu tuntutan penonton. Sebab itulah daya penarik WWE yang kekal daya ketahanannya adalah kejayaan memenuhi aspirasi dan cita-cita penonton. Sekurang-kurangnya drama dan sandiwara WWE menghiburkan, kadang-kadang ada jenakanya, selalu pula ketegangan sentiasa ada di hati penonton.Yang amat menjengkelkan ialah politik di negara kita. Walau pun ada banyak persamaan amalan politik Malaysia, khususnya politik kotor UMNO dan Barisan Nasional, ia bukan satu rancangan TV. Ia adalah hakikat pedih yang terpaksa diharungi rakyat Malaysia. Jika kekotoran yang penuh kezaliman dan kekejaman ini tidak diubah, maka kita semua akan terus menderita buat selama-lamanya. Tidak mungkin akan ada hero gusti datang menyelamatkan kita. Hanya kita sendiri menjadi penentu kepada perubahan untuk kehidupan yang lebih baik, aman, adil, saksama dan selamat. – Roketkini.com | ||
BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia Posted: 02 Jun 2012 12:54 AM PDT Oleh Iza Suraiya Perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah berjaya menghimpunkan hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur malah gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu menghimpunkan orang awam yang mahukan sistem pilihan raya yang bersih menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka hadir ke perhimpunan tersebut kerana mereka tahu dan jelas apa objektif yang ingin dibawakan. Beberapa hari lalu, UMNO-BN cuba menarik perhatian anak-anak muda dan belia dengan menganjurkan program yang namanya Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia. Anak-anak muda belia itu telah dihidangkan dengan persembahan artis-artis terkenal yang juga merupakan daya penarik untuk memastikan kehadiran anak muda pada perhimpunan tersebut. Berbeza dengan BERSIH 3.0, himpunan propaganda UMNO-BN itu telah menggunakan wang cukai rakyat kerana ia dianjurkan oleh kementerian dan agensi kerajaan persekutuan. BERSIH pula lahir daripada semangat sukarelawan rakyat Malaysia yang mengeluarkan wang untuk membeli t-shirt, tambang bas atau LRT serta membeli minuman dengan wang saku sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. BERSIH milik siapa? BERSIH 3.0 bukan milik mana-mana parti politik. Ia wujud atas kesedaran rakyat Malaysia yang prihatin. Ia tidak menerima peruntukan kerajaan atau wang cukai rakyat, malah Pakatan Rakyat atau BN tidak terlibat sama sekali dengan pucuk pimpinan jawatankuasa BERSIH. Rakyat hanya mahu menyuarakan bantahan terhadap amalan pilihan raya kotor kerajaan UMNO-BN. Pada 28 April lalu, himpunan yang dijadualkan hanya akan berlangsung selama dua jam di Dataran Merdeka tetapi ia telah ditolak permohonannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengikut telunjuk tampuk kuasa Putrajaya di pada saat-saat akhir. Kononnya dikhuatiri akan berlakunya keganasan atau tercetusnya kekecohan di tengah-tengah bandar raya. Walau bagaimana pun, sebenarnya hal ini juga sudah pastinya dijangka terjadi, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dalam pentadbiran dan terutamanya semasa pilihan raya, ia sebenarnya tidak langsung mematahkan semangat generasi muda terutamanya untuk memperjuangkan tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. AMat jelas sekali matlamat BERSIH walau ia cuba dikotorkan oleh kerajaan UMNO-BN yang sudah biasa dengan politik kotor. Himpunan siapa punya? Hal tersebut tidak berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia yang jumlah kehadiran tidak ada kena-mengena dengan perkataan "juta", mereka tidak diperjelaskan tujuan utama ia diadakan. Seolah-olahnya anak muda yang dijemput hadir untuk mneikmati acara hiburan yang dipersembahkan kepada mereka dengan semuanya ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia, dan kemudian dipropagandakan kepada mereka supaya mengundi BN dalam pilihan raya akan datang! Dengan menyalahgunakan amanah wang rakyat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa segan-silu telah mempergunakan acara himpunan belia itu untuk meminta mereka mengundi BN. Difahamkan, ramai juga belia di himpunan tersebut yang diberi t-shirt percuma "I Love PM". Berapa puluh juta ringgit agaknya wang cukai rakyat dikorbankan untuk kempen pilihan raya UMNO-BN yang menyamar sebagai himpunan belia? Mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya membisu dengan penyalahgunaan kuasa ini di mana kempen pilihan raya BN yang diadakan sekarang? "Kerajaan BN boleh menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini," kata Najib kepada anak-anak muda yang seronok dengan nyanyian artis dan persembahan lumba kereta drift, termasuk yang terbabas dan mencederakan ramai belia. Apa mesejnya? Lapan tuntutan BERSIH adalah: 1. Bersihkan senarai undi 2. Reformasikan undi pos 3. Gunakan dakwat kekal 4. Akses media yang bebas dan adil 5. Tempoh berkempen minimum 21 hari 6. Perkukuh institusi awam 7. Hentikan rasuah 8. Hentikan politik kotor Mudah, jelas dan mampu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang berijiwa rakyat, beramanah dan telus. Hanya kerajaan yang zalim sahaja akan menolak tuntutan hasil iltizam rakyat sendiri. Manakala himpunan beliau anjuran BN yang menyalahgunakan wang cukai rakyat pula adalah kempen politik untuk memujuk, menekan dan memaksa golongan muda mengundi BN. Perbezaan yang amat ketara jelas di antara perjuangan rakyat dan politik gila kuasa UMNO-BN. Bagi BERSIH, ia adalah reformasi politik yang melibatkan rakyat jelata manakala bagi UMNO-BN, ia sanggup menyalahgunakan wang rakyat serta undang-undang untuk mengekalkan kuasa bila mana rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pimpinan kerajaan. – Roketkini.com | ||
Puluhan Ribu Meluahkan Ekspresi Di Stadium Darul Aman Posted: 02 Jun 2012 12:50 AM PDT Skuad BO ALOR SETAR – Puluhan Ribu sudah pun membanjiri dalam dan luar stadium bolasepak stadium Darul Aman Alor Setar Kedah apabila hujan renyai-renyai mulai turun kira-kira jam 3.45 petang dan kemudiannnya bertukar menjadi lebat kira-kira 15 minit kemudian. Ketika itu, Pegarah Himpunan ganti kepada muktamar tahunan pas yang ditangguh sehingga November akan datang, Dato' Mahfuz Omar memasuki perkarangan stadioum dan terus ke laluan VIP. Petang ini, sudah bermula luahan ekspressi anak-anak muda ke Putrajaya, menyoong PAS menmgekalkan pemerintahan di Kedah dan mengambil alih pusat pentadbiran negara. >>Ikuti Berita lanjut….. lagi gambar-gambar di Buletinonline blog | ||
Azmin: 'Lebih 20 pemuda ganggu keluarga saya malam tadi' Posted: 02 Jun 2012 12:47 AM PDT SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa lebih 20 orang pemuda, dipercayai anggota sayap muda sebuah parti politik, mengganggu keluarganya di rumah mereka di Ampang kira-kira dua jam lewat malam tadi. Kumpulan itu dikatakan berada di pekarangan rumah Azmin, di Taman TAR, dan disuraikan oleh polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam. Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, kata Azmin, polis tiba di rumah beliau untuk memantau serangan lebih 20 ahli Pemuda, yang bermotosikal "untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya." Seorang pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam. Azmin berhadapan dengan insiden ini beberapa hari selepas pendedahan sebuah portal bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu. Beberapa ceramah dan program anjuran parti itu juga berhadapan dengan tindakan kasar pihak tertentu sejak kebelakangan ini. | ||
Pati di Sabah: Kabinet bentuk suruhanjaya diraja Posted: 02 Jun 2012 12:45 AM PDT SINAR HARIAN Beliau berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah. "Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Najib berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak. "Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan. "Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya. Perdana Menteri berkata, penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang. - Bernama | ||
Dipenjara sebab hina Sultan Perak Posted: 02 Jun 2012 12:41 AM PDT Seorang jurutera dijatuhi hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menulis komen menghina Sultan Perak dalam satu laman web pada Februari lepas. Chan Hon Keong, 29, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tersebut jika sabit kesalahan. Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin yang mendengar hujah pendakwaan di akhir perbicaraan, juga memerintahkan Hon Keong dipenjara lima bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut. Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman. Pada 15 April lalu, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya Hui Suang, kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, melalui ruang siber. Bagaimanapun Hui Suang dibebaskan selepas didapati tidak bersalah di akhir penghujahan kes pada 13 Mac lalu, sementara Hon Keong diarah membela diri sambil dikenakan jamin RM6,000. Hakim mengarahkan tertuduh dikenakan tambahan jaminan RM14,000 sementara menantikan keputusan rayuan kesnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan