. |
Posted: 16 Jun 2012 09:47 PM PDT Tindakan Saman FAM Mimpi Annuar Mungkin Terganggu Khabarnya Presiden KAFA Annuar Musa telah menperolehi saman permulaan ke atas FAM dan setiausaha persatuan bolasepak itu Azzauddin Ahmad kelmarin. Annuar bertindak menyaman kedua pihak itu selepas segala pintu rundingan untuk melepaskan beliau dari tali penggantungan selama dua tahun setengah gagal. Keputusan Annuar itu dilihat jalan terakhir bagi membebaskan diri dari 'kezaliman' bola sepak. Adalah wajar bagi Annuar mengambil tindakan mahkamah untuk membela apa yang berlaku ke atas dirinya yang dianggap satu penganiayaan dan kezaliman. Orang yang berani seperti Annuar tidak akan membiarkan kezaliman meratah dirinya begitu saja. Penyokong dan pemain pasukan 'gedebe merah' juga tentu bersetuju dengan tindakan itu. Mereka yang merasakan tindakan penggantungan ke atas Annuar selama dua tahun itu oleh lembaga disiplin FAM dianggap sebagai tidak adil dan kejam. Memang kalau ditilik kepada fakta kes dan sebab musabab tindakan diambil ke bekas menteri itu ia zalim. Semacam satu sebotaj kepada Annuar yang berjaya membawa bola sepak Kelantan ke mercu kejayaan seperti hari ini. Tetapi apakah Annuar sudah menghalusi kesan dan implikasi dari tindakan itu? Apakah beliau telah merujuk kepada kawan-kawan politiknya atau pun rakan-rakannya dalam FAM? Atau tindakan itu merupakan aksi Annuar secara peribadi yang tidak perlu dirujuk kepada sesiapa. Atau Annuar merasakan dia bijak dan berani melakukan apa saja tanpa memikirkan risikonya. Atau apakah dia sudah mengadakan solat istikharah? Mengenai tindakan Annuar ini walaupun ia tidak perlu sampai ke situ, tetapi perlu difahami akan risikonya. Bahawa orang yang menjadi Presiden FAM itu ialah seorang sultan, Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang. Kedudukan Ahmad Shah sebagai sultan dan sebagai presiden FAM ia berbeza. Status dan kuasa itu tidak sama. Tetapi apakah tidak ada mana-mana pihak yang menghubungkaitkan di antara sultan dengan presiden kerana ia orang sama? Annuar tentu tahu penghormatan dan rasa gerun dan takut orang kepada sultan sangat kuat. Lebih dari takut kepada rimau atau gajah. Apakah tidaknya kalau zaman dulu jika ada rakyat membuat salah atau dianggap menghina sultan boleh dipancung tanpa perbicaraan. Saya bimbang kalau ini berlaku menyebabkan tindakan Annuar menyaman FAM yang diterajui Ahmad Shah itu sebagai satu tindakan kurang manis dan kurang tepat dan menjerumus kepada penderhakaan. Betul Annuar ingin mencari keadilan dan mahukan kepastian apakah tindakan ke atasnya betul atau sebaliknya. Annuar mahu membaiki persepsi yang salah. Tetapi sejauh mana orang-orang dalam FAM dan juga rakyat negara ini faham dan mengerti situasi ini. Kalau hanya tegur mengenai pembelian plat kereta pun sudah dianggap menderhaka sampai ada yang bangkit dan bangun membela sultan dengan lembing, tombok dan obor, apa lagi dengan tindakan Annuar itu. Tindakan menyaman FAM itu boleh dianggap sebagai menderhaka. Annuar dianggap sebagai tidak mendengar kata dan akur kepada undang-undang atau peraturan FAM yang dikawal oleh FIFA. Annuar juga akan dianggap keras kepala kerana tidak menjadikan kes yang berlaku sebelum ini. Sebelum ini sudah ada pegawai FAM yang digantung kerana melanggar undang-undang FAM tetapi tidak pun sampai ke mahkamah. Tiada yang berani membawa tindakan itu untuk pentafsiran mahkamah. Tetapi nampaknya Annuar ingin membuat sesutau dan mencatat sejarah. Niat Annuar itu baik untuk mengetahui sejauh mana bidang kuasa dan juga kesahihan tindakan itu. Ia adalah untuk membetul sesuatu yang tidak lurus yang menjadi amalan. Tetapi apakah orang faham? Apakah orang dapat menerima kritikan ke atas sesuatu badan diketuai sultan boleh dilaku demi kebenaran? Kalau berpandukan kepada apa yang berlaku sebelum ini membabitkan mana-mana sultan tindakan Annuar itu amat bahaya. Beliau boleh dianggap sebagai menderhaka. Natijah dari itu ia boleh menganggu kedudukan beliau sebagai ahli politik. Kalau Annuar mencari kecemerlangan untuk menggilapkan batu politiknya dengan bolasepak, apa yang beliau lakukan itu seakan membunuh diri. Annuar semacam memasukan dirinya ke dalam lubang berlumpur dengan tindakan itu. Tidak syak kalau Annuar sudah dianggap derhaka kepada sultan ini menyebabkan kedududukannya dalam Umno terjejas. Umno waktu ini gila-gila membela sultan walaupun tidak tahu hujung pangkal dan mereka akan menghentam dan 'memalu' mereka yang dianggap (pada fikiran Umno) menderhaka kepada sultan. Apakah tidak nanti ada suara yang menarik Annuar ke arah itu - membuat tafsiran senyap Annuar melawan sultan? Ini boleh saja berlaku kalau Ahmad Shah juga merasakan tindakan Annuar itu mencabar kedudukan secara peribadi. Tambahan kalau ada tukang cocok. Pasti ia menjadi masalah kepada Annuar. Umno akan membuat tafsir Annuar sudah derhaka kepada seorang sultan. Konotasi atau sejarah derhaka bagi Annuar terhadap sultan dan istana ini pula tidak asing lagi apabila sebelum ini beliau pernah 'menabalkan' sultan baru di Kelantan hampir tahun lalu. Kejadian itu yang menimbulkan kemarahan memudahkan orang akan menarik Annuar ke kancah peristiwa dan perbuatan itu. Jika ini benar berlaku nampaknya harapan Annuar untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang sukar dan gelap sedikit. Annuar kini sedang berkempen untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh. Annuar sangat suka dan yakin pencapaian beliau dalam bola sepak akan memberi tuah kepadanya. Annuar cuba menjejaki semula cekrawala politik dengan bola sepak. Namun sekiranya apa yang dilakukan sekarang ini, saman FAM... memberi impak dan masalah kepada Annuar kemungkinan impian dan angan-angan untuk merampas kembali kerusi Parlimen Ketereh hanya sebagai satu mimpi yang tidak siap saja. Bagi saya tindakan Annuar itu adalah satu kebenaran yang tidak membawa keuntungan kepada siasah beliau. [wm.kl.12:30 t/malam 17/06/12] |
Posted: 16 Jun 2012 09:49 AM PDT Zahid Dan Najib Berdebar Menanti Sepina Dari Mahkamah Perancis Mahkamah Perancis sudah pun mula membuat tindakan menyebabkan ada dada orang di Kuala Lumpur berdebar-debar. Tindakan itu ialah mensepina Jalbir Singh Chal yang menjadi perantara sogokan kepada ahli politik Malaysia untuk pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 lalu. Sepina itu diserahkan malamn tadi, demikian diberi tahu oleh Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel. Menurut Gabriel, Jalbir Singh adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimeker syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut. Pembelian kapal selam itu menyebabkan lebih RM500 juta komisen diberikan kepada pihak tertentu dan ia juga dikatakan ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibbu. Perkembangan ini menyebabkan sekurang-kurang dua orang tokoh politik dan pemimpin Umno mula berdebar dada kerana nama mereka juga disenarai untuk menjadi saksi bagi penyiasatan penyelewengan itu. Kedua mereka itu ialah Ahmad Zahidi Hamidi dan Ha Najib Razak. Sebelum ini Zahid menyatakan mahkamah Perancis tidak ada hak dan kuasa untuk memsepinanya dan beliau tidak akan pergi ke mahkamah atas alasan tidak mahu membazirkan wang kerajaan. Baguslah. Manakala Najib tidak memberi sebarang komen sama ada sedia atau mengikut langkah Zahid. Sama ada sedia pergi atau tidak kalau sepina itu sampai ke rumah Zahid dan Najib mereka terpaksa menjelaskan dan setidak-tidaknya sepina itu menganggu emosi mereka. Kita tunggu. [wm.kl.12:45 t/mlm 17/06/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan