Blog-list Malaysia |
- PANAS - Papagomo Tumbuk Blogger Umno
- Orang ramai berebut berlakon filem Lembu NFC
- Harta Tok Guru Nik Aziz Bernilai RM10 Juta
- Bukan PTPTN saja yang gila
- Umno Sabah Makin Lumpuh.. Lagi Pemimpin Tinggalkan Umno
- Umno Anggap Rasuah Nik Aziz Lebih Besar Dan Bahaya Dari Rasuah NFC
PANAS - Papagomo Tumbuk Blogger Umno Posted: 19 Jun 2012 12:15 AM PDT Aku dapat info via email. Aku akan share kan kandungan email tue kat sini. Aku dah check blogger yang dimaksudkan. Aku tengok blog dia telah diletakkan tanda peringatan iaitu UNDER PROTEST. Which mean dia tengah protest. Actually, semalam memang aku nampak pg ada update twitter bagitau perselisihan antara blogger umno dah selesai. Yang mana tak puas ahti tue simpan untuk selepas PRU-13. Kalau nak ungkit ke apa tunggu PRU-13 settle dulu kot. Lebih kurang gitulah maksud dia. So kalau aku linked kan citer yang aku dapat via email dengan update dari pg, memang sah lah bahawa mereka adakan perjumpaan baru2 neh. Kalau ikut analisis aku, RASAnya benda neh ada 2 KESIMPULAN tersembunyi. Tapi aku diam2kan dulu. Aku cuma akan bagi hint diperguna or memperguna. Lihat kandungan email kat bawah neh oke ; Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!! Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a Aku Peduli Apa http://aku-tak-peduli.blogspot.com/" Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA. Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA. Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal. Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini? Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti. Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini. Aku takmo campur dalam bab peribadi dorang. Dalam bab harta peribadi pun aku takmo campur. Itu urusan dorang dan takde kena mengena dengan aku satusen pun. Cuma aku nak tekankan satu perkara disini yang ramai orang seringkali sangsi dan mempersoalkan. Mereka kata blogger umno berjuang tanpa upah. Aku nak bagitau perkara tersebut adalah KARUT semata2. Aku tak kata pun amek upah itu satu kesalahan oke. Aku rasa takde hal lah blogger amek upah untuk menulis kerana blogging juga merupakan satu kerjaya. Yang aku persoalkan ialah kalau dah amek upah tue mengaku je lah. Toksah takut dengan persepsi masyarakat kalau kita yakin apa yang kita buat neh benar dan betul kan.Yang sorok2 taknak mengaku tue sebab nak memperlihatkan sangat yang kekonon korang tue sama macam blogger2 pr yang bergerak cari dana sendiri tanpa disponsor bagai. Alamak aii.. aku sendiri pun kena sponsor. Tak percaya ko tanya pembaca2 aku. Siap tulis terang2 lagi siapa yang taja aku. kah kah kah Yang sorok2 neh sebenarnya satu jek sebab nya. Sebab menulis bukan dari ahti dan fakta tapi ikhlas membodek dan menipu. Betul tak? Mengaku je larh weh.. money can buy you.. errk jap silap.. money already bought you.. kah kah kah Ameno : Sedap tumbuk orang pg? Dipetik dari - http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/papa-gomo-tumbuk-blogger-umb.html#ixzz1yDl9qhGt |
Orang ramai berebut berlakon filem Lembu NFC Posted: 18 Jun 2012 11:57 PM PDT KUALA LUMPUR 19 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerima banyak tawaran dari orang ramai untuk menjadi pelakon filem komedi bercorak satira tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC). "Ramai hubungi saya. Ada yang telefon, tanya kalau ada peluang jadi pelakon. Lebih-lebih lagi selepas saya berceramah. Ini lucu. Orang ramai begitu bersemangat. "Tapi, masih pada peringkat awal. Proses memilih pelakon pun belum dimulakan," katanya yang menjangka durasi filem dijangka selama 45 minit. Beliau berkata, pengarah filem itu, Hishamuddin Rais tidak mahu publisiti meluas kerana mengganggu penulisan skrip dan tumpuan proses pengambaran. "Kita akan buat sidang media. Mungkin perkenalkan pengarah dan sebagainya," kata Rafizi kepada Keadilan Daily selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik 13 Jun lalu. Ditanya sama ada beliau bercadang membawa filem itu ke pawagam, Rafizi tidak yakin pengurusan mana-mana panggung wayang berani untuk menayangkannya. "Ada yang beranikah? Saya tak yakin. 'Pecah panggung' nanti. Kita cadang guna konsep wayang pacak sebab ia sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah," katanya. Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh NFCorp dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga Pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan. -Keadilandaily |
Harta Tok Guru Nik Aziz Bernilai RM10 Juta Posted: 18 Jun 2012 05:00 PM PDT salam wahai rakan2 seagama ku (bangsa xada tanya dalam kubur) aku nie sejujurnya adalah peminat tegar tok guru nik abdul aziz nik mat.. aku tak ambik port mana kalau ahli2 politik lain kena bedal tp kalau tok guru kena fitnah.. aku cukup2 marah.. bukan kerana aku nie manusia tak ada akal tp kerana akal yang ALLAH berikan lah yang aku tampil disini membongkarkan kisah silam aku di maahad darul anuar (sekolah tok guru) aku nie insan yang nakal.. sebab tu la ayah aku hantar ke situ.. nak jadikan cerita seusia remaja lagi aku yang sebelum nie agak liar. berubah sedikit demi sedikit, dari yang selalu duk tinggal solat dan liar aku mula mengenali masjid 5 waktu sehari wajib solat atas masjid (pengalaman kena sebat atas belakang buat aku jadi manusia.. terima kasih ustaz sebab sebat saya di dunia jika tidak habis la saya di akhirat kelak) di pendekan cerita.. bersaksikan mata yang ALLAH berikan kepada aku.. aku melihat sendiri bertapa zuhudnya insan bernama tok guru nie. kehidupanya tidak seperti MB lain.. sahabat2 sejatinya adalah pak cik2 tua yg kalau hari tak ada kuliah diorang akan berbual dan ada pakcik2 duk urut2 manja tok guru..hehehe jika ada jamuan tok guru makan bersama kami dan tidak makan bersama tetamu vip ( vip yg datang pun makan sekali kami) pernah juga aku melihat tok guru bawa parang berjalan keseorangan tampa ditemani bodyguard kekebun.. dan yang paling penting tok guru sentiasa menjadi imam dan bersolat dimasjid jika beliau tiada tugasan diluar.. rumah tok guru nie tak ada pagar.. sesapa nak berjumpa tok guru boleh la mendaftar dimasjid ketika solat berjemaah..(protokol masjid pulau melaka dari pemerhatian aku) kadang2 aku hairan dengan sikap2 manusia jahil nie.. mereka hanya tahu menghentam dan terus menghentam tok guru dan ingat lah.. pemimpin begini lah yang seharusnya kita hormati dan sanjungi bukan pemimpin yang hanya mementingkan kroni2 mereka yang hanya tahu untuk mengaut seberapa banyak harta2 rakyat. maaf kerana aku menulis dengan gaya caca merba. bagi aku, bertapa berdosanya aku yang melihat dan belajar di sekolah tok guru hanya diam membisu apabila tok guru dihina oleh mereka2 yang mengejar wang ringit. sedangkan aku pernah menyaksikan bertapa tok guru adalah pemimpin yang banyak memberi tauladan kepada pelajar-pelajarnya. seorang pemimpin yang tidak menyalahgunakan kuasanya. seorang pemimpin yang hidup seperti rakyat biasa(orang kampung) kepada pengundi2 muda.. aku bersumpah bahawa apa yang aku coretkan diatas adalah dari apa yang aku saksikan sepanjang aku belajar disana dan fitnah2 yang dilemparkan kepada tok guru hanyalah fitnah2 mereka yang mahu merampas kelantan.. negeri yang dikatakan miskin walhal lebih maju dari negeri2 yang mempunyai royalti minyak.. kalau pun negeri miskin apa yang aku banggakan ialah rakyat kelantan adalah kaya kerana disanalah rumah2 banglo milik orang melayu paling banyak di malaysia. aku penulis bukan rakyat kelantan tp aku suka kelantan (FAKTA BUKAN AUTA) NUKILAN hamba ALLAH dari Apa Kelas Channel.... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=321747431244652&set=a.263065347112861.64369.261862873899775&type=1&theater |
Posted: 18 Jun 2012 09:33 AM PDT PTPTN seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi Khaled Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN membekukan bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis. Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya. UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang. Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu. Sebagai menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan zaman pentadbiran canggih sekarang. Apa pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang kalah. Ia memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang tiada kelas dan sebagai orang politik yang tidak kelas. Mereka hendak menguji dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah memerangkap mereka. Kerja gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan itu. Setelah ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan. Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali gila. Tidak cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebeagaimana di zaman Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia dilihat gila. Sejurus kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan kepad Tan Sri Tony dan AirAsia? Apakah yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya. Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu adalah dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana Menteri bodohlah. Semuanya adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat BN. http://bm.harakah.net.my/index.php/columnist/subky-latif/11080-bukan-ptptn-saja-yang-gila?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter |
Umno Sabah Makin Lumpuh.. Lagi Pemimpin Tinggalkan Umno Posted: 18 Jun 2012 05:25 AM PDT Lajim Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno Beaufort: Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu. "Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu," katanya. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort. "Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," kata Lajim. Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata "kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno". Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno. Katanya, setakat ini beliau masih "pemimpin kerajaan" dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan. Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13. "Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini," katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu. Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort. "Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah," katanya. Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu "Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu "Yes Man" perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan'," katanya. Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat. "Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya," katanya. Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada. "Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat," tegas Lajim. Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada. Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan. "Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya," katanya. Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua. -newsabahtimes |
Umno Anggap Rasuah Nik Aziz Lebih Besar Dan Bahaya Dari Rasuah NFC Posted: 18 Jun 2012 01:19 AM PDT Kes haji Nik Aziz boleh dibuka semula Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh dibuka semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini. Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya. Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa. Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka. Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa. Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan membabitkan kos RM65,000. http://www.malaysiakini.com/news/201177 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan