Rabu, 13 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sehebat- hebat Noh Omar Pun Kena Kencing??

Posted: 13 Jun 2012 12:13 AM PDT

Malam tadi di pejabat ADUN Peramatang, Bt 3, Sg Terap , Tanjung Karang, Selangor diadakan ceramah Perdana anjuran TIBAI.

Dua penceramah jemputan ialah Senator Ezam Mat Noor dan YB Zul Nordin Kulim.. Walaupun DS Noh Omar wakil Parlimen Tg Karang, beliau tidak dimaklumkan dan dijemput langsung pada awalnya.

Pada malam tadi Ezam dan Zul Nordin langsung tak nampak kelibat dan bayang mereka.


Penganjur dah merah padam malu muka...Kelam kabut talipon Noh Omar supaya datang segera dengan memberi alasan kononnya jentera PKR Tg Karang, Sekinchan dan Kuala Selangor dibubarkan dan lumpuh.

Lebih lawaknya tu, pendengar lelaki yang hadir diberikan setiap seorang kopiah putih secara percuma untuk dipakai bagi mengambarkan yang penyokong PAS ramai yang hadir.

Noh Omar kelihatan amat sedih pilu dan kecewa dengan acara yang disandiwarakan oleh penganjur ceramah TIBAI..Sepanjang malam itu muka dia kelihatan sunggul muram saja. Dia tahu yang beliau sudah kena main.

Selepas upacara sandiwara lawak giler selesai, beliau kelihatan bergegas meninggalkan majlis.

Maunya tidak, dah lah kehadiran ciput sampai budak kecil diangkut dan kerusi kosong disusun berdiri, kena main lagi..

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA SEBAGAI MENYOKONG ARTIKEL INI SEBAGAI FAKTA DAN BUKAN AUTA...NOH OMAR ANGKAT TANGKAT PUN LANGSUNG TIDAK BERMAYA DAN NAMPAK CERIA.

















Omakkau.blogspot


Anwar Sangkal Dakwaan Miliki Aset RM3 billion

Posted: 12 Jun 2012 06:08 AM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu dibuat oleh oleh seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Katanya, beliau meminta supaya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat semua akaunnya dan akaun anggota keluarga terdekatnya, apabila kes tersebut timbul pada awal 1999.


Selain menyiasat akaun tersebut, dalam dan luar negara, beliau juga meminta supaya suruhanjaya tersebut menyiasat akaun perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain.

Namun, permintaannya itu tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, katanya.

Katanya lagi, BPR juga muncul di penjara Sungai Buloh dan meminta beliau memberi kenyataan terperinci berhubung kes tersebut.

"Mereka menjalankan penyiasatan yang sangat terperinci," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


Isu Air Selangor - Langat 2 Bukan Jalan Terbaik Selesai Masalah Kekurangan Air

Posted: 12 Jun 2012 05:51 AM PDT

Forum Air Selangor hari membuat kesimpulan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah memastikan bekalan air bersih di Lembah Klang mencukupi untuk rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan kepada pembentangan kertas kerja pada forum hari ini, pembinaan Langat 2 bukan jalan terbaik untuk meningkatkan kadar bekalan air bersih di Lembah Klang.

"Bagi memastikan bekalan air cukup, kita sepatutnya melihat kepada usaha yang lebih murah seperti mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), mengawal penggunaan air secara berhemah dan mencari sumber air lain seperi air hujan dan sumber air tanah serta rawatan air menggunakan teknologi membrane.


"Justeru, kerajaan negeri akan merujuk semula perkara ini kepada jawtankuasa penasihat air untuk berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air untuk membincangkan agar penstrukturan boleh dilakukan seperti yang diinginkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

"Jika menteri masih enggan, kita akan membawa perkara ini kepada rakyat untuk menyatakan usaha kita hanya akan berjaya jika kita memenangi Putrajaya dan serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian," katanya pada sidang media selepas forum di sini.

Pengestrukturan semula perlu untuk membatalkan perjanjian konsesi yang berat sebelah terhadap konsesi yang dibenarkan menaikkan harga tarif hingga 52%.

Sementara itu, kerajaan negeri akan mengambil langkah seterusnya dalam mengurangkan kadar air tidak berhasil yang ketika ini sangat tinggi iaitu 33% dan telah meminta tiga syarikat untuk mengaudit operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Kerajaan negeri juga akan mengkaji cadangan menggunakan air tanah sebagai salah satu sumber alternatif air mentah. Walaubagaimanapun, sumber air tanah ini hanya mampu membekalkan 20% air mentah.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Felda didakwa akan potong peruntukan, 'bonus raya'

Posted: 12 Jun 2012 05:24 AM PDT

PKR mendakwa Felda merancang untuk mengurangkan peruntukannya sehingga hampir RM100 juta kepada peneroka ekoran penyenaraian Felda Global Ventres Holdings (FGVH).

Pengerusi biro pelaburan PKR, Wong Chen menjangkakan Felda berbuat demikian kerana penyenaraian itu didakwa akan menyebabkan pendapatan Felda akan berkurangan sebanyak RM900 juta daripada RM2.5 bilion tahun lalu.

"Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH. Apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak.


"Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64 peratus.

"Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta, jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan pemotongan peruntukan kepada RM326 juta itu, berbanding RM424 pada tahun lalu, sebagai satu bentuk "penindasan" kepada golongan peneroka.

Langkah tersebut antara lainnya akan melibatkan pembangunan infrastruktur (pemotongan hingga 57 peratus) dan juga bayaran bonus hari raya (25 peratus), kata Wong.

Tindakan itu juga akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan belia generasi kedua dan ketiga (27 peratus), insentif produktiviti (22 peratus) dan pelan insurans untuk peneroka (25 peratus), kata Wong lagi.

Katanya maklumat tersebut terkandung dalam buku Bajet Felda 2012 yang turut diedarkan kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Berdasarkan analisis PKR, Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta untuk kebajikan peneroka sebelum wujudnya FGVH, kata Wong.

http://www.malaysiakini.com/news/200665


Ahmad Maslan Dedah Bukti Saham Felda Dibahagi Sesama Kroni Umno

Posted: 12 Jun 2012 01:55 AM PDT

Ahmad Maslan tolak tawaran saham FGVH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata bahawa beliau ditawarkan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) atas dasar beliau terbabit dalam membantu proses penyenaraiannya, namun menolaknya demi membantu peneroka Felda.

"Saya tolak sebab saya dianggap orang yang terlibat dalam membantu penyenaraian (FGVH). Ada klausa di situ, peneroka, staf dan orang yang terlibat dalam penyenaraian (layak dapat saham).

"Saya menolak... pada saya, saya anggota pentadbiran...saya tiada kepentingan kecuali membantu peneroka," katanya kepada pemberita selepas memberikan penerangan mengenai konsep Gagasan IMalaysia di Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.


Jelasnya beliau tidak meminta sebarang saham namun ditawarkan untuk memiliki saham tersebut.

Semalam Ahmad memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa keuntungan yang diperoleh daripada FGVH juga boleh dinikmati orang ramai memandangkan penyenaraian syarikat itu turut melibatkan kerajaan negeri dan pelabur institusi.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/200664


Pasukan 'Tentera Bebal' Kecewa Punggung Mereka Tidak Dihargai...

Posted: 12 Jun 2012 01:27 AM PDT

Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) akan mengadakan satu lagi demonstrasi - kali ini dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden persatuan itu, Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini.

"Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera.


"Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri.

"Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakini hari ini.

Kumpulan tersebut meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei.

Namun ketika ditanya, Mohd Ali berkata mereka "tidak perlu" menjalankan tindakan sama ada dalam demonstrasi kali ini.

http://www.malaysiakini.com/news/200650


Tiada ulasan: