Isnin, 11 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Bukit Kepong - Pesara Polis Minta Maaf Kerana Fitnah Mat Sabu

Posted: 11 Jun 2012 01:05 AM PDT

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.


Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

http://paspb2.blogspot.com/2012/06/gempar-pengadu-kes-bukit-kepong-maaf.html


Kes Scorpene - Usul Tergempar Nurul Izzah Ditolak Parlimen

Posted: 10 Jun 2012 11:55 PM PDT



Usul tergempar agar Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.

Usul tergempar ini dibuat di bawah Perintah Tetap 18(1) dan (2) pada Khamis lalu telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)h.


Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.

Berikutan penolakan Usul ini, satu ucapan penangguhan akan dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat bagi pihak Kementerian Pertahanan menjawab segala persoalan yang melingkari Isu Scorpene ini.

http://www.nurulizzah.com/site/2012/06/11/usul-tergempar-isu-komisen-dan-penjualan-dokumen-rasmi-sulit-ditolak/


Anwar Sorok RM3 Billion - Muhyiddin Dan Perkasa Cakap Bohong

Posted: 10 Jun 2012 09:30 PM PDT

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.


"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.


"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad, -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus

1:38PM Nov 11 2009-LAPURAN MALAYSIAKINI

LAPURAN BERITA DAKWAAN MAHYUDIN & PERKASA DIBAWAH:


Muhyiddin gesa Anwar jelas dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk


June 09, 2012

MUAR, 9 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.


"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.


"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini.


Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.


Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.


- Kedahkini


Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap Guan Eng

Posted: 10 Jun 2012 09:21 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini.

Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.


Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.

Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.

http://www.malaysiakini.com/news/200497


Isu PTPTN - MB Khalid Terus Belasah Kerajaan Pusat

Posted: 10 Jun 2012 06:47 PM PDT

Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.

"Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.


"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

"Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

"Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

"Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

"Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. -selangorku


SAH DUA AHLI PARLIMEN BN SABAH SERTAI KEADILAN

Posted: 10 Jun 2012 09:14 AM PDT

Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.


Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno-APCO, Lajim Ukin (gambar atas).

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan sepatutnya dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki laluan pesawat yang dialih ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat selain Sarawak yang menawarkan 31 kerusi lagi dari kepulauan Borneo dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Sebelum tsunami 2008, Umno-APCO memandang sepi kedua-dua negeri 'deposit tetap' BN itu tetapi hasil penerangan dan penjelasan yang diberikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk isu pendatang tanpa izin, royalti minyak dan tuntutan 20 perkara semasa Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, rakyat negeri ini semakin menerima Pakatan Rakyat dengan tangan terbuka.

Tentunya beberapa pemimpin BN lain dijangka akan menyertai Wilfred dan Lajim terutamanya yang bakal ditolak kroni Musa tetapi disokong Naib Presiden Umno-APCO yang terpalit dengan skandal, Shafie Apdal.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/06/pecah-berita-dua-ahli-parlimen-bn.html


Ahli Politik 'KORUP' Tiba-Tiba Bertukar Menjadi Manusia 'PALING SUCI'

Posted: 10 Jun 2012 06:38 AM PDT



Bila kehilangan kuasa, tidak hairan lah ahli politik sanggup mengorbankan imej mereka yang didirikan sekian lama, tiba tiba mereka sanggup mengorbankan diri jadi orang alim, manusia suci, manusia yang paling mendekati Allah.

Panaroma politik Malaysia semakin hari jadi pentas sandiwara, apa yang menggembirakan wataka watak ahli politik mukar jadi orang alim, watak ulama pula memberikan pedoman politik agama dan politik di campur adukkan demi dapat sokongan rakyat.


Gejala yang di permainkan oleh ahli politik Malaysia, demi kuasa ahli politik sanggup melakukan apa saja tanpa memikir panjang, ahli politik enggan mempertimbangkan apa yang rakyat kehendaki.

Bila kehilangan kuasa, tidak hairan lah ahli politik sanggup mengorbankan imej mereka yang didirikan sekian lama, tiba tiba mereka sanggup mengorbankan diri jadi orang alim, manusia suci, manusia yang paling mendekati Allah. Demi mengumpat sokongan rakyat balik, mereka menanamkan unsur suci dan unsur alim supaya membersihkan imej demi menukar perspektif masyarakat terhadapnya, walaupun ahli politik itu pernah menghumban juta juta ringgit masuk poket sendiri tanpa mengenang dirinya pernah mengkhianati agama, bangsa dan negara.

Di Malaysia ahli Politik mestilah handal menyamar diri, mesti cekap dalam pembungkusasan diri, menghasilkan jenama baru demi mengaut balik kuasa mereka. Tidak kurang mesti cekap dan handal mengucap dan bertutur sedikit sebanyak ayat ayat al quran, mencampur adukkan istilah Bahasa Arab, Bila dijemput menghadiri ceramah atau jamuan makan malam, tidak kuranglah apa yang dihafal tanpa memahami maksud sebenar, janji bertutur sepatah dua bahasa arab dalam ayat ucapannya, semoga rakyat dapat mempercayai mereka ini suci dan alim, mereka ini makhluk yang amat suci, mereka ini sudah taubat dan sudah insaf, ini lah konsep product packaging dalam program membersihkan imej. Sejauh mana keberkesanan tidak dapat kepastian tetapi sekurang kurangnya secara tidak langsung mesej yang akan disampaikan terhadap masyarakat adalah mereka adalah mangsa difitnah dan dinodai oleh pihak pembangkang.

Bila menghadapi apa apa skandal dibongkarkan, ahli politik sibuk jadi pakar agamawan, memberikan hujah hujah yang dapat menyerikankan hati naluri di hadapan khalayak. Ini seolah olah memberitahu masyarakat, yang maha esa menentukan segalanya, mereka rela menerima dengan tenang, ini adalah takdir illahi, undang undang manusia tidak dapat menghukum mereka, .

Ahli politik amat licik mengaitkan diri mereka dengan agama, sehinggap taubat, sumpah dengan al quran, turun naik ke Makkah naik umrah, mereka sedapaya upaya ingin memberitahu masyarakat, selepas taubat dan insaf mereka akan kembali ketenanagan, segala dosa akan diringankan, sekelip mata serban dan tudung diatas kepala, seolah olah mereka telah beriman, seolah olah mereka ini kebas dosa dosa, selepas pulang dari Makkah mereka akan baru mati hidup semula, roh dan jasab mereka bagai bayi yang baru dilahirkan tanpa menanggung apa apa dosa, mereka ini alim dan suci.

Ini lah senario politik Malaysia buat masa kini. Golongan yang kuat rasuah dijadikan golongan yang kuat ibadat. Golongan yang merembat wang rakyat dijadikan golongan yang suci dan alim.

http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/49870-imej-baru-untuk-politikus



2 tokoh besar akan sertai PAS, 5 Dato' sedang berkira-kira, artis terkenal serah borang 16 Jun ini

Posted: 10 Jun 2012 03:09 AM PDT

Di antara kepuasan dlm perjuangan Islam ialah dakwah kita melangkaui sempadan politik, kaum dan agama. Kita dapat enggage dengan pelbagai golongan. Kalau dulu, mungkin dunia kita agak terbatas di premis parti, kini medan kita terbentang luas...

Saya dapat rasakannya.

Bertemu kawan2 yg berbeza pegangan politik di kedai kopi, cafe hatta tempat2 ekslusif dan berbincang mcm2 topic.

Dunia kita terbuka, medan bicara kian melebar topic ekonomi, pendidikan,kemiskinan dll.


Kesannya, masyarakat nampak kebaikan dan keterbukaan PAS. Berbondong2 mereka menyertai PAS. Minggu ni sahaja dah ada dua orang tokoh besar nak sertai PAS. Borang pun saya dah beri.

Presiden PAS akan terima keahlian mereka dalam gelombang hijau di Johor 16 Jun dan Pahang 1 julai. Dlm list saya ada 5 orang lagi tokoh bergelar Dato' sedang berkira2 berbuat demikian.

Mereka bg tau saya nak habiskan sisa2 hidup bersama PAS. Mereka kata hanya PAS yg ingatkan mereka tentang makna sebenar kehidupan yg hakiki.

Sbb itu saya tak pernah tolak kalau tokoh2 ini ajak saya minum. Saya mahu jd pendengar yg baik. Mereka selalu nasihatkan agar PAS kerja kuat yakinkan rakyat.

Terbaru, Bob Lokman hubungi saya pg td, ada artis terkenal nak serah borang PAS 16 jun ini. Tengahari td sorang lagi artis juga nak isi borang PAS. Semua bg tau, saya nak taubat... Nak jadi orang baik.

Subhanallah....nikmatnya berjuang di Jln Allah.

- Mazlan Aliman


Tiada ulasan: