Isnin, 4 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Perang psikologi: Sandiwara Muhyiddin Untuk Halalkan Keganasan BN

Posted: 04 Jun 2012 01:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun: "Kita khuatir kenyataan Muhyiddin itu hanya justifikasi atau sandiwara mereka (BN) untuk membuat pelbagai muslihat dan keganasan seperti yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini," kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kedudukan BN pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) kini dalam bahaya dan menyeru jentera BN agar bekerja keras bagi memastikan mereka tidak tewas.

Tian menyifatkan, peringatan Muhyiddin kepada jentera pilihan raya BN bahawa PRU 13 kali ini adalah penentu 'hidup dan mati' parti tersebut menggambarkan sandiwara Umno untuk membenarkan keganasan bagi mempertahan kuasa.


Ini disebabkan Muhyiddin dilaporkan berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan turun ke jalan raya dan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak bersih serta menggulingkan kerajaan jika kalah dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mendakwa, Pembangkang kononnya sengaja melancarkan perang psikologi untuk memanipulasi pemikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan BN cara ala 'Arab Spring' atau 'kebangkitan rakyat'.

"Jelas di situ, mereka (BN) yang mempunyai niat sedemikian jika kalah (PRU 13), sedangkan kita PR tidak pernah menunjukkan niat sebegitu," tegas Tian yang juga Ahli Parlimen Batu.

Dipercayai, kenyataan Muhyiddin itu bersangkut paut kejatuhan rating keseluruhan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak daripada 69 peratus pada Februari kepada 65 peratus pada Mei 2012.

Menurut kajian Merdeka Centre, kejatuhan ini disebabkan kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan bukan Melayu.

Rating Najib merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.

Menurut kaji selidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan lima peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sokongan untuk Perdana Menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun sehingga 61 peratus.

Pengendali kaji selidik itu berkata, kemerosotan populariti Najib tersebut berlaku tiga minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dalam himpunan pada 28 April lalu itu, kerajaan, menteri dan polis telah membenarkan keganasan dilakukan ke atas peserta dan sehingga kini tiada tindakan diambil malah kerajaan berterusan menyalahkan kesemua mereka terbabit termasuk penganjur dan Pembangkang.

Dipetik dari - Keadilan Daily


Ramalan Hishammuddin Tun Hussein

Posted: 04 Jun 2012 01:01 AM PDT

KALI NIE HISHAMUDIN BETUL.... PEMBANGKANG AKAN CETUS HURU HARA LEPAS PRU 13

KLUANG 4 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini. - BERNAMA.

Mengapa k'jaan jual 60 peratus saham FGVH?

Posted: 03 Jun 2012 11:31 PM PDT

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua meragui tindakan kerajaan menjual kepentingan dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) secara besar-besaran sehingga 60 peratus dalam suasana pelaburan pada waktu ini.

Katanya, penjualan 60 peratus saham yang dimiliki Felda itu akan membolehkan kerajaan mengumpul RM5.5 bilion daripada jumlah RM9.96 bilion melalui tawaran saham FGVH.

"Sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik Felda tidak dinyatakan dalam prospektus.

"Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperutukkan untuk memberi bayaran 'durian runtuh' RM15,000 kepada setiap keluarga Felda yang akan memakan perbelanjaan RM1.69 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

http://www.malaysiakini.com/news/199868

Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'

Posted: 03 Jun 2012 10:56 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras.

"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau. Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas).


Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".

Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.

"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik?

"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.


Barisan Nasional Tumbang

Posted: 03 Jun 2012 08:01 PM PDT

ANALISIS: Penganalisis Politik Ramal Barisan Nasional Tumbang?


Dua bulan lalu, Najib Altantuya minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN).

Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.

Semalam, timbalannya, Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN.

Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing.


Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.

Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13.

Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya.

Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.

Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.

"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.

Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.

"BN tidak boleh terlepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.

"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.

Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.

"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.

Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali.

Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."

"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.

Itu matlamat mereka.

Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/06/analisis-penganalisis-politik-ramal.html


Malu Ceramah Gagal Wartawan Dicekik Dan Dikasari

Posted: 03 Jun 2012 10:22 AM PDT






Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau

Posted: 03 Jun 2012 06:22 AM PDT

Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini.

Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya.


Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan sebenar Pas Kedah.

Lebih istimewa himpunan menyatakan hakikat sebenar Pas bahawa parti itu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.

Benar, yang hadir berhimpun dan memenuhi stadium Darul Aman itu bukan saja rakyat Kedah. Ia datang dari seluruh negara. Namun tidak dapat dinafikan seluruh rakyat Kedah hadir dan angkanya mencecah 40 hingga 50 ribu.

Lantaran itu Umno cuba mencari akal dan helah mempedayakna rakyat kononnya himpunan itu tidak asli dan tulen. Kononnya ia diupah? Cara Umno itu membunuh dirinya sendiri kerana ia cuba menipu diri sendiri dengan sesuatu yang diketahui umum.

Jumlah itu tidak mungkin dapat diatasi ataupun disamai oleh Umno Kedah. Kalau sekalipun Umno Kedah mengeluarkan belaja besar, memberi wang sakut RM30 hingga RM100 seorang belum tentu angka seramai itu dapat dikumpukan di stadium Darul Aman. Usahkan untuk Kedah yang kini Umno berpecah kepada tiga atau empat puak, himpunan sempena ulang tahun Umno ke 66 di stadium Bukit Jalil pun gagal mencapai sasaran untuk mengumpul 100,000 orang. Kalau himpunan peringkat kebangsaan Umno gagal mengumpul jumlah besar apa lagi himpunan peringkat negeri.

Kegagalan Umno membuat kejutan dalam mengumpul orang ramai semasa himpunan jutaan beliau juga menjadi Umno dua kali ditimpa perasaan malu pada awal tahun ini. Himpunan jutaan beliau gagal untuk menghimpun belia serentak dengan angka sebesar 100,000. Tetapi Umno terus membohongi rakyat menerusi medianya kononnya 2 juta turut berhimpun.

Apabila Udin anak Yassin menuduh Pas mengumpah orang ramai agar hadir ke himpunan hijau itu, saya tidak rasa pelik. Pas sendiri tidak perlu merasa malu dengan tuduhan itu. Kalau pun ia benar tidak ada masalah kerana sebelum Pas berbuat begitu ia sudah menjadi amalan Umno secara tradisi dan bayaran dan beli manusia buaya Umno.

Kalau benar begitu masih ada orang terhingin dengan wang ringgit Pas. Berbeza dengan Umno yang mengupah dengan nilai tinggi pun tidak menjamin orang ramai sedia menerima dan sanggup melakukan apa yang Umno suruh.

Di sini Pas masih ada maruah dan ada nilai diri. Wang yang Pas berikan masih diambil orang. Ini berbeza dengan Umno, walaupun memberi upahan besar tetapi ada orang menolaknya. Di sini kita mencabar Udin anak Yassin dan Umno agar membuat himpunan sama di Alor Setar. Upahlah dengan seberapa banyak, dan angkutlah orang ramai dengan kapal ternag sekali pun. Kita mahu tenguk berapa kerat yang sanggup datang berhimpun menyokon Umno di negeri itu.

Cubalah lakukan.[wm.kl.8:21 pm 03/06/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/susupan-malam.html


Mahathir pertahankan skandal BNM pada 1992- Anwar

Posted: 03 Jun 2012 06:00 AM PDT

GEORGETOWN 3 Jun: Arahan diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein untuk mengundurkan diri ekoran krisis kerugian RM30 bilion akibat urusniaga pertukaran asing pada 1992, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun begitu, kata Anwar, Tun Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu mempertahankan skandal berkenaan, meskipun ia menyebabkan negara menanggung kerugian.

"Setelah lebih 20 tahun isu kerugian wang yang amat besar ini tidak mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak pemerintah yang diterajui oleh Barisan Nasional.


"Mereka sentiasa berasa selesa walaupun negara mengalami kerugian dalam transaksi tersebut," kata Anwar ketika menjadi panel dalam Forum Skandal Forex Bank Negara, anjuran Penang Institute, di Dewan Sri Pinang, semalam.

Anwar juga menegaskan bahawa individu utama dalam kes tersebut ialah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai jabatan perdagangan mawatang di Bank Negara ketika itu.

Mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr.Rosli Yaakop, antara salah seorang panel dalam forum yang dikendalikan oleh Julian Candiah itu.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, kerajaan menyatakan kerugian itu berlaku 'di atas kertas sahaja' dan desakan supaya melantik sebuah Suruhanjaya Diraja juga tidak diendahkan.

"Ini mempamerkan wajah sebenar penyangak dan mereka yang korup dalam mengendalikan wang negara," katanya yang menambah isu mengenai spekulasi mata wang Yen dan Dollar Amerika bermula sejak 1989 lagi.

"Akhirnya apabila kehilangan wang negara yang begitu besar berlaku, tiada pihak yang berani untuk membawa ke muka pengadilan spekulator yang bertanggungjawab," kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31115


Kesian Muhyiddin.. Takut Tak Sempat Jadi PM

Posted: 03 Jun 2012 05:11 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong teori yang dikemukakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

Dalam ucapannya ketika melancarkan jentera BN Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin juga menyetujui pandangan Mahathir bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan pemula kepada kekacauan selepas pilihan raya.

Seterusnya di sini

Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang

Posted: 03 Jun 2012 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.

Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.


Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.

Sementara itu, ketika memberi ucapan Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan konsep yang dibawakan dalam pembinaan lebuhraya ini adalah melalui konsep menderma untuk kebaikan.

"Apa yang kita ingin lakukan adalah melalui konsep menderma dan derma ini adalah untuk kebaikan.

"Setiap apa yang kita lakukan mestilah memilih syurga dipenghujungnya, hanya orang yang tidak berakal menolak syurga dalam setiap apa yang mereka lakukan," jelasnya.


Tiada ulasan: