Blog-list Malaysia |
- Pelik.. Kenapa Himpunan Hijau Aman Dan Tiada Rusuhan?
- UMNO upah samseng ganggu rumah Azmin
- Himpunan Hijau - Biar Video Ini Bercerita
- Bodoh Yang Semakin Menjadi-Jadi
Pelik.. Kenapa Himpunan Hijau Aman Dan Tiada Rusuhan? Posted: 03 Jun 2012 01:03 AM PDT Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya. Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang. "(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat. "Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu. "Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu. "Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya. Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat. "Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira. "Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10722-perhimpunan-pas-paling-aman-jika-tidak-diserang |
UMNO upah samseng ganggu rumah Azmin Posted: 03 Jun 2012 12:46 AM PDT KEADILAN mengecam tindakan terbaru dilakukan sekumpulan samseng Umno yang membuat kacau di hadapan rumah Timbalan Presidennya, Azmin Ali. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, insiden yang berlaku itu merupakan susulan serangan dan tindakan di luar undang-undang yang dilakukan penyokong Umno sejak kebelakangan ini. "Ada arahan jelas dari pimpinan Umno supaya polis menutup sebelah mata apabila insiden keganasan oleh penyokong Umno-BN dan unit pemuda mereka tidak diambil tindakan. "Ini bukan insiden pertama, ia bermula dengan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor, Nurul Izzah di Lembah Pantai, serangan dalam kes Murali di Putrajaya dan dua pemimpin DAP baru-baru ini. "Mustahil perkara ini berlaku tanpa pengetahuan dan persetujuan pimpinan BN," katanya. Surendran berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera dan mengarahkan pihak berkuasa menghentikan keganasan tersebut. "Saya berani menyatakan, tanpa arahan tidak mungkin perkara ini berlaku. Jelas tidak ada sesiapa ditangkap atas serangan-serangan yang dilakukan ke atas pembangkang," ujarnya. Semalam, Malaysiakini melaporkan kumpulan 50 anggota Umno Ampang itu berkumpul di jalan bertentangan rumah Azmin kira-kira jam 4 petang sambil membawa plakad dan melaungkan slogan anti KEADILAN. Mereka berkumpul kira-kira 20 minit sambil melaungkan 'PKR Penipu' dan 'Azmin' Rasuah. Ia adalah kejadian kedua dalam tempoh 24 jam apabila kumpulan samseng Umno itu menjadikan rumah Azmin sebagai sasaran. Malam kelmarin, sekumpulan kira-kira 20 orang bermotosikal membuat bising di tempat yang sama. http://www.malaysia-today.net/ |
Himpunan Hijau - Biar Video Ini Bercerita Posted: 02 Jun 2012 03:31 PM PDT |
Bodoh Yang Semakin Menjadi-Jadi Posted: 02 Jun 2012 05:44 AM PDT Rumah Azmin jadi sasaran protes lagi Tidak sampai 24 jam, rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di ibu negara terus menjadi mangsa sasaran tidak puas hati apabila 50 orang berkumpul di depannya petang ini. Saksi kejadian Hassan Yusoff berkata, kumpulan yang didakwa anggota Umno Ampang berkumpul di jalan bertentangan dengan rumah Azmin kira-kira ham 4 petang sambil membawa plakad dan melaungkan slogan anti-PKR. Menurutnya lagi, kumpulan itu berkumpul kira-kira 20 minit sambil melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah". Malam tadi, kira-kira 20 orang kumpulan bermotosikal membuat bunyi bising di tempat sama. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan