Biaqpila |
- GAMBAR2 CERAMAH PR DI SELATAN,UTARA DAN TIMUR MALAM TADI
- MALAYSIAKINI KENA HACK KA APA?
- Kejadian Aneh Berlaku di Padang Golf Ketika Azan
- Guan Eng saman Utusan RM50 Juta pula
- KEPUTUSAN EURO2012 29/6/12
GAMBAR2 CERAMAH PR DI SELATAN,UTARA DAN TIMUR MALAM TADI Posted: 29 Jun 2012 08:27 AM PDT Senarai penceramah malam ini...Bersama Leftenan Adnan, Mario Balotelli , YAB TGNA, Yb Dato Husam dan Dato Tamrin Tun Ghafar dalam Himpunan Hijau di Johor Bahru.Gambar:Nasrudin Hassan Dato Tamrin Tun Ghafar menyampaikan Pidatonya dihadapan lautan manusia dalam Himpunan Hijau Negeri Johor di Taman Dahlia Johor Bahru.Gambar:Nasrudin Hassan Suasana Himpunan Hijau Negeri Johor di Taman Dahlia Johor Bahru.Gambar:MSO 'Leftenan Adnan' secara rasminya menyerahkan borang menyertai PAS kpd TGNA! YB Saifudin Nasution ketika berucap kepada lebih 15,000 warga Kulim/Pdg Serai di Kedah. Sebahagian dari orang ramai yang hadir pada ceramah di Kulim yang turut dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim. Juga Ribuan Ribu Rakyat Hadir Ceramah Perdana Di Pasir Putih Bersama Rafizi Ramli, Abby Abadi & Ramai Lagi. Gambar-gambar dari KBBUTV3 dan A.B.U KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
MALAYSIAKINI KENA HACK KA APA? Posted: 29 Jun 2012 06:50 AM PDT APA DAH JADI DENGAN LAMAN MALAYSIAKINI? Cubaan untuk memasuki laman web malaysikini sejak petang tadi masih gagal. Hanya mesej "The service is unavailable" yang dipaparkan oleh pelayan web. Apakah kejadian talian gentian optiknya disabotaj berlaku sekali lagi ataupun laman ini telah digodam? Yang pastinya portal maklumat ini tentunya sedang bertungkus lumus menyelesaikan permasalahan yang berlaku. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Kejadian Aneh Berlaku di Padang Golf Ketika Azan Posted: 29 Jun 2012 03:49 AM PDT Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan. Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat. PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini. Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka. Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat 'warga Korea' itu supaya bermain dengan laju. Marsyal itu menjawab: "Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini." Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan. Rupa-rupanya empat 'warga Korea' itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu. Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri 'pemain Korea' di atas green, entah apa akan terjadi. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan. "Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan. "Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah," katanya. Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf. Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya 'sesat' apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12. "Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. " Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang," katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu. Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi 'OB' (out-bound). Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang. "Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ," katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang. Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia 'tercampak' semula ke arah fairway. Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna. Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah? Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. "Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka." Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk 'Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.' Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma. Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: "Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. " Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini," katanya. aiyangdisayang KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Guan Eng saman Utusan RM50 Juta pula Posted: 28 Jun 2012 06:00 PM PDT Dua kali Utusan diperintahkan membayar kepada Guan Eng kerana memfitnah beliau, kali pertama kalau tak silap aku Utusan diperintah bayar RM200K kali kedua pula juga RM200K, kali ini Guan Eng saman Utusan RM50Juta pula... Ha..ha..ha.. dah jadi macam penyumbang dana untuk Guan Eng pula Utusan ni... Dituduh Pengkhianat Negara LGE Saman Akhbar RM50 juta KUALA LUMPUR 28 JUN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memfailkan saman berjumlah RM50 juta kepada akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan. Guan Eng juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dalam sidang media di Parlimen menegaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing. "Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya," kata Guan Eng. Tambah Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius. "Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung)," kata Guan Eng. Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu. "Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya," katanya Selangorku darisungaiderhaka KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 28 Jun 2012 04:04 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan