Biaqpila |
Bagaimana Nak Tahu Wanita Masih Dara? Posted: 21 Jun 2012 02:43 AM PDT
|
KEBERANIAN KJ & SAIFUDDIN BAKAL MAKAN DIRI Posted: 20 Jun 2012 06:00 PM PDT Meminjam kata-kata moderator debat, Prof Mohamad Abu Bakar yang menyifatkan Saifuddin Abdullah, Ahli MT UMNO adalah suara siuman di antara suara yang sumbang, tidak syak lagi menyerlahkan hakikat bahawa beliau adalah antara pemimpin UMNO yang berani, terbuka dan sesuai dengan kehendak semasa.Saifuddin adalah pemimpin kedua UMNO yang berani berdebat dengan pembangkang setelah Ketua Pemuda UNNO, Khairy Jamaluddin menunjukkan keberanian berdebat dengan Pengerusi Bersih, S Ambiga dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebelum ini. KJ telah berdebat mengenai sistem pilihanraya dengan S Ambiga manakala dengan Rafizi pula berkenaan tabung pendidikan, PTPTN. Saifuddin (gambar) pula pada malam 19 Jun lalu telah berdebat dengan Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayob dengan tajuk "demonstrasi jalanan, meruntuh atau mengukuhkan demokrasi" Dalam situasi gelora anak muda begitu membara dan pelbagai isu meledak di atmosfera politik, debat antara dua parti yang berbeza pandangan mampu melahirkan kematangan dan penunjuk arah yang jelas kepada rakyat dalam membuat pilihan terhadap parti dan pemimpin yang terbaik. Di Amerika dan beberapa negara Eropah, debat sudah menjadi antara medium yang diterima rakyat mereka dalam memilih pemimpin. Di ketika semua pemimpin UMNO takut untuk diajak berdebat,termasuk Perdana Menteri sendiri, KJ dan Saifuddin yang berani berdebat adalah penyelamat dan pembawa suara yang menunjukkan UMNO masih dilihat siuman dengan sikap terbuka, matang dan berani meskipun pemimpin lain gemar memperlihatkan watak sumbang di mata rakyat. Soal menang atau kalah dan siapa yang dilihat lebih berwibawa bukanlah soal penting dalam debat tetapi yang lebih mustahak ialah keberanian dan kematangan yang ditunjukkan dalam debat tersebut. KJ dan Saifuddin mungkin telah memenuhi selera anak muda dan rakyat kebanyakannya. Mereka juga mungkin digambarkan sebagai antara pemimpin masa depan yang masih ideal untuk negara ini. Cumanya, masih idealkah mereka di hati UMNO? Seperti KJ, sejak keberaniannya berdebat, perdebatannya tentang masa depan politiknya mulai diperkatakan. Ramai yang mengatakan beliau mungkin akan digugurkan dalam pilihanraya akan datang ini. KJ sendiri menyedari hakikat itu. Sementara kedudukannya masih 50-50 antara menjadi calon atau tidak, KJ secara terbuka mengakui beliau masih mahu bertanding di Rembau. Beliau juga lebih rela tidak bertanding jika pucuk pimpinan mahu meletakkannya di tenpat lain. Ini berikutan terdapat ura-ura mahu meletakkan KJ di Kepala Batas menggantikan Pak Lah yang sudah pun mengumumkan akan mengundur diri. Dengan menyebut masih mahu bertanding di Rembau, bermakna KJ tahu ada usaha mahu meminggir atau meletakkannya bertanding di tempat lain dengan maksud yang sama. Walaupun KJ (gambar)juga secara terbuka berkata akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemuda yang sedang disandangnya dan memerlukan sepenggal lagi bagi meneruskan segala perancangan yang sudah diatur dalam Pemuda UMNO, ini sama-sekali tidak menjamin beliau akan dicalonkan lagi untuk penggal kedua. Kekangan KJ ialah kerana beliau menunjukkan aksi beraninya di kalangan pemimpin UMNO yang penakut. Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Afdal, Ahmad Maslan dan lain-lain pemimpin UMNO adalah pemimpin penakut yang terang-terang menolak debat. Dalam komuniti penakut, orang berani tidak akan diterima. Sebab lain yang memungkinkan KJ kecundang di tengah jalan ialah faktor Mahathir. Dengan Mahathir kini memainkan peranan utama untuk memenangkan Najib dan UMNO dalam pilihanraya ini, harapan KJ untuk terus bernafas dengan selesa tentunya amat tipis. Kekerapan Mahathir mengungkit-ungkit punca kelemahan UMNO yang dikaitkan dengan era pentadbiran Pak Lah adalah lontaran "pukul bapa sindir menantu" yang ditujukan kepada KJ supaya orangramai melihat punca kelemahan UMNO di zaman Pak Lah juga berpunca daripada campurtangan KJ melalui apa yang dipanggil "budak-budak tingkat 4″ yang sering disebut oleh Mahathir sebelum ini. Jika ini difahami oleh Najib, tindakan mencalonkan semula KJ pastinya mengundang bahaya kepada Najib sendiri, terutamanya jika UMNO dan BN hanya mendapat kemenangan tips dalam pilihanraya nanti. Najib mungkin lebih disenangi Mahathir jika akur kepada bekas PM itu dan sedia menggugurkan KJ sebagai calon pilihanraya. Jika berdebat pun takut, beranikah Najib menyanggah Mahathir? Sebagaimana KJ, masa depan politik Saifuddin di Temerloh juga mulai diperkatakan selepas debatnya dengan Salahuddin. Terdapat ura-ura bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon oleh UMNO dalam pilihanraya akan datang ini dan gerakan meminggirkan beliau dikatakan sudah pun bermula. Jika sebelum ini Saifuddin dilihat sebagai pemimpin yang terbuka dan disenangi oleh orang muda serta mahasiswa dan beberapa tindakannya sebelum ini sudah pun menimbulkan kecurigaan banyak pihak dalam UMNO, keberaniannya berdebat bagai meletakkan dirinya dalam kedudukan yang lebih meruncing. UMNO Temerloh yang diketuai oleh Sharkar Shamsuddin dikatakan sudah mulai mencantas beberapa aktiviti yang sepatutnya dihadiri oleh Saifuddin. Blog-blog pro UMNO pula sudah sekian lama menyerang Saifuddin dengan pelbagai andaian dan analisa yang menggambarkan seolah-olah beliau tidak sesuai lagi menjadi Ahli Parlimen UMNO. Saifuddin juga dituduh sebagai suara PKR dalam UMNO. Keberaniannya berdebat adalah alasan terbaik untuk pihak yang penakut untuk mengenepikannya. Jika debat telah mengangkat Saifuddin dan KJ sebagai antara pemimpin UMNO yang masih disukai, ideal dengan kehendak zaman, berani serta matang, debat yang sama juga mungkin membawa malapetaka kepada masa depan mereka berdua. Dengan berani berdebat sedangkan Najib sendiri masih takut untuk berdebat dengan Anwar, mereka berdua mungkin makin jauh di hati Najib. ____________________________________ Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com kl-today KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan