Biaqpila |
- LIVE EURO 2012: Netherlands vs Denmark
- LIVE: CERAMAH MERDEKA RAKYAT
- Isu beku PTPTN: Kerajaan BN mulai panik
- WWW 15 BOLEH DAPAT FREE
LIVE EURO 2012: Netherlands vs Denmark Posted: 09 Jun 2012 08:58 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Sunday (10 June) 00:00 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 09 Jun 2012 08:01 AM PDT Gambar dari tukanglawan CERAMAH MERDEKA RAKYAT DI STADIUM KAJANG SIARAN TAMAT Live broadcasting by Ustream KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Isu beku PTPTN: Kerajaan BN mulai panik Posted: 09 Jun 2012 12:00 AM PDT KETEREH: Kesediaan kerajaan Selangor mencari dana bagi membantu pelajar Unisel dan KUIS membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti kelam kabut apabila membuka semula pinjaman PTPTN yang dibeku baru-baru ini. Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataannya sebelum ini mengakui kerajaan membeku pinjaman kepada pelajar Unisel, dianggap ramai sebagai tindak balas ekoran kesungguhan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan PTPTN. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka. "Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN. "Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit. "Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi. Pada tempat berlangsung ceramah penuh sesak biar pun pada sebelah petang hujan lebat. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategik, Rafizi Ramli, Ketua Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh. Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang. Anwar pula memberitahu sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat. Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan bantuan kepada pelajar setiap tahun. "Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalty petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma. "Kita masih lagi ada RM75 bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan," ujarnya. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 Jun 2012 11:45 PM PDT DEY MACHA!!! KALAU BOLEH DAPAT FREE PASAI APA NAK BIDA? KALAU BOLEH DAPAT FREE PASAI APA NAK BAYAQ? GUA PUN PENING DENGAN NOMBOR WWW NI SULTAN KENA BAYAR AGUNG KENA BAYAR TAPI MENTERI BOLEH DAPAT FREE KAH! KAH! KAH! WWW 15: Liow ada tiga pilihan, kata JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan hari ini bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan berhubung tawaran mendapatkan nombor WWW 15. “Beliau boleh mendapatkannya secara percuma sesuai dengan kelayakan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak JPJ atau membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan. Jika tidak berminat, beliau boleh menolak tawaran tersebut,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan. Dalam satu kenyataan hari ini, Solah berkata, JPJ telah menerima permohonan untuk mendapatkan nombor WWW 15 daripada Liow bagi kegunaan kenderaan rasmi. Katanya, ia dibuat melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir siri nombor pendaftaran WWW dibuka untuk bidaan. "Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri WWW seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran WWW 15 ditawarkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan harga tertinggi iaitu RM24,200," tegasnya. Solah turut menjelaskan bahawa JPJ memang akan memaparkan nama pembida berjaya kepada umum, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran. “Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan,” katanya. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan