Jumaat, 1 Jun 2012

Biaqpila

Biaqpila


RAIS YATIM TOLONG KIRA SAT

Posted: 01 Jun 2012 03:00 PM PDT



MOHON RAIS YATIM TOLONG KIRA BERAPA ORANG PI STADIUM DARULAMAN SEMALAM
DENGAQ KATA RAIS YATIM NI EXPERT BAB ILMU HISAB
TAMBAH-TAMBAH PULAK BAB CONGAK ORANG YANG BERHIMPUN
BARU NI MASA BERSIH 3 DIA CONGAK 22,000 ORANG
KAH! KAH! KAH!



WALAUPUN TANPA UMPAN K-POP
ANAK MUDA DAN BELIA TETAP TURUN BERAMAI-RAMAI
DI MAJLIS PENGISIAN ILMU OLEH USTAZ AZHAR IDRUS
TAKBIR!!!!






KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE DARI STADIUM DARULAMAN

Posted: 01 Jun 2012 08:04 AM PDT

Live streaming dibawakan untuk anda oleh tvkedah:
SIARAN TAMAT








KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: MALAYSIA VS FILIPINA

Posted: 01 Jun 2012 05:51 AM PDT



PERLAWANAN TAMAT: MALAYSIA 0-0 FILIPINA

Live Streaming Video Football : International Friendly Matches
Friday (01 June) 20:45 (GMT +8)

tengokbola.blogspot.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tukang Kayu Nampak Pelesit Atas Siling

Posted: 01 Jun 2012 05:00 AM PDT


KULIM – Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.

Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.

Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.

"Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang," katanya.

Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.

Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.

Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.

"Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.

"Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir," katanya.

Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.

"Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.

Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai," katanya.

mynewshub



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GOYANG PUNGKOQ MINTA TANAH

Posted: 01 Jun 2012 01:32 AM PDT



DEY MACHA!!!
GOYANG PUNGKOQ DAPAT TANAH
KALAU TUNJUK PUNGKOQ BOLEH DAPAT NEGERI KOT
KAH! KAH! KAH!

PUNGKOQ BERKURAP ADA HATI NAK MINTAK TANAH
SAPA NAK BAGI KAT HANG PA WEYYY
INGATKAN BUAT FREE SHOW
RUPANYA MINTAK UPAH
KAH! KAH! KAH!

ORANG MENARI K-POP DAPAT RM 2 JUTA
HANGPA MENARI PUNGKOQ TAK KAN TAK DAPAT APA
KAH! KAH! KAH!

SALAH HANGPA JUGAK BUAT SHOW DEPAN RUMAH AMBIGA
PATUTNYA BUAT SHOW KAT HIMPUNAN JUTAAN BELIA
KAH! KAH! KAH!



Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NONEManakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom (kiri) berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.

"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

NONE"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mimpi Ibu Derita Di Alam Kubur

Posted: 31 May 2012 09:00 PM PDT



SOALAN: Ibu kami baru meninggal dunia. Kami adik-beradik sering bermimpi ibu dalam kesusahan di dalam kubur. Ibu menanggung pelbagai penderitaan. Mimpi-mimpi kami hampir sama berselang hari. Ada kawan saya berkata seksa kubur tidak ada, dia pernah terbaca tulisan dalam majalah Al-Islam. Betulkan sedemikian, apa komen ustaz tentang mimpi kami dan bagaimana cara hendak mengatasinya? - WAHIDAH ABU KASSIM, Pontian

JAWAPAN: Orang yang telah kembali ke rahmatullah, terserahlah kepada Allah SWT untuk membalas segala amalan-amalannya. Amalan baik pasti dibalas dengan nikmat, demikian sebaliknya. Semoga ibu anda dirahmati Allah jua.

Memasuki alam kubur, adalah suatu realiti yang pasti akan ditempohi semua manusia. Di dalamnya ada balasan baik atau jahat bergantung kepada amalan-amalan insan di dunia.

Seksa kubur adalah benar, sabit dengan nas-nas syarak yang tidak boleh diragukan.

Antaranya Firman Allah (yang mafhumnya): "...alangkah dahsyatnya sekiraya kamu melihat sewaktu orang-orang yang zalim menghadapi seksaan sakratul maut, sedang para malaikat memukul (menyeksa) mereka dengan tangan mereka, sambil berkata (dengan menengking dan mengejek); "Keluarlah nyawa mu, pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang amat menghinakan. " (Surah al-An'aam ayat 93)

Firman Allah (yang mafhumnya): "Dan sesungguhnya kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (segera) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah as-Sajdah ayat 21)

Dalam Tafsir at-Tabari, juzuk 12 halaman 443, disebut dengan jelas yang bermaksud, ayat tersebut adalah merujuk kepada seksa kubur.

Kenikmatan di alam kubur disebut dengan jelas sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Jika sekiranya orang yang meninggal itu maqamnya hampir dengan Allah (Muqarrabin. Maka (dia akan beroleh) rehat dan kesenangan (di alam kubur) dan rahmat kesegaran serta syurga kenikmatan). " (Surah al-Waq'iah ayat 88 -89)

Hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. amat banyak menceritakan perihal azab kubur, antara lainnya Imam Bukhari dalam kitab dalam bab jenazah, hadis 1372, meriwayatkan hadis daripada A'ishah r.a (mafhumnya): "Beliau bertanya Rasulullah s.a.w. tentang seksa kubur. Rasulullah menjawab, Ya, seksa kubur adalah benar (haq)."

Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a, mafhumnya): "Bahawa Rasulullah s.a.w. mengajar sahabat-sahabatnya doa untuk mengelak daripada azab kubur."

Hadis-hadis mengenai azab kubur, adalah sabit dan dikatakan sampai ke attawatur (tahap kesahihan yang tinggi).

Semua dalil ini mengambarkan keyakinan bahawa wujudnya seksa kubur dan tidak ada ruang langsung untuk mengingkarinya.

Ada pun yang rakan anda baca dalam majalah Al-Islam itu, ia adalah pendapat yang tidak berdasarkan kepada nas-nas syarak.

Hal-hal yang akan berlaku, khususnya selepas seseorang itu meninggal dunia, bukan boleh dirujuk kepada fikiran atau menggunakan akal semata-mata. Ia mesti didasarkan kepada wahyu dan nas-nas yang sahih dan tidak boleh dinafikan.

Khusus mengenai mimpi saudari adik-beradik, saya tidak dapat menafsirkannya kerana itu adalah mimpi.

Apa pun, mimpi memang ada yang benar dan ada yang tidak. Yang benar disebut 'rukya sadiqah' dan yang tidak benar ‘adzghasu ahlaan’ atau mimpi kosong, merepek atau menggigau.

Mungkin juga mimpi anda benar, oleh itu seelok-eloknya anda adik-beradik berdoa banyak-banyak kepada Allah agar merahmati ibu anda.

Pohonlah agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu anda (jika ada) dan merahmatinya.

Dalam satu hadis lain Nabi s.a.w menyebut (mafhumnya): "Ruh orang-orang yang mati itu, tergantung-gantung di antara dunia dan alam kubur atau di dalam alam kubur dengan sebab hutang-hutang yang tidak dilunas."

Mungkin juga ibu anda ada hutang dengan kawan-kawan yang belum dijelas.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, ada sahabat yang meninggal dunia dalam keadaan menanggung hutang.

Rasulullah s.a.w. enggan untuk menyembahyangkan jenazahnya sehingga anggota keluarga menjelaskan hutang-hutangnya.

Hanya selepas hutang itu dilangsaikan, barulah Rasulullah s.a.w. menyembahyangkan jenazah tersebut.

Semua ini menggambarkan bahawa, ada kemungkinan, isyarat yang anda terima, mungkin ada masalah tersebut, carilah puncanya dan selesaikanlah apa yang perlu.

Semoga Allah merahmati ibu anda. Wallahu a'lam.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Suntikkan RM2.04 Juta Untuk Naikkan Nafsu Belia

Posted: 31 May 2012 06:00 PM PDT

Himpunan Jutaan Belia : Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta..




Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.



Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.



“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.- laporan penuh di ( SINI )



RM20 Juta habis... itu adalah dakwaan pesara kerajaan tersebut.. nilai tuntutan sila lihat diakhir entry ini..



Korang baca laporan ni dulu..







PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.



Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..



Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.



Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.



Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.- sumber dari SINI



Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis ‘K-Pop’ dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..



Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..



Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..



Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…



Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..








darisungaiderhaka

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: