Jumaat, 29 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar Norish Karman lahir anak luar nikah tersebar?.. betulkah ini?

Posted: 29 Jun 2012 08:53 AM PDT

Off politik sekejap..


Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini.

Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.


Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah.

Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin.

Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda.

Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya.

Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan.

Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu.


Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya - Yahoo.news

Mahathir beri amaran kepada Marina pasal BERSIH..

Posted: 29 Jun 2012 07:48 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.

Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

"Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti," kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).

"Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

"Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita 'jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan "penyertaan" beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

"Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; tapi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baijk, atau kahwin sesama lelaki itu baik."


The Malaysian Insider

Bakal Menantu Najib berada di Kolej Tentera Darat Ulu Tiram rupanya.. bukan di Sandhurst..

Posted: 29 Jun 2012 05:31 AM PDT


Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev telah dilaporkan menghilangkan diri apabila dua kes penipuannya telah disiarkan oleh sebuah Akhbar berpengaruh di US, The New York Post.

Bagaimanapun menurut sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu Daniyar bukanlah menyembunyikan atau menghilangkan diri tetapi sedang menjalani pentauliahan untuk menjadi Pegawai Tentera.

Proses tersebut mengambil masa selama 48 bulan.

"Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas," kata sumber tersebut.

Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana "semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera."

Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia.

Tersebarnya dua keeping gambar bakal menantu Najib dan Rosmah dilaman-laman Blog sejak semalam menimbulkan pelbagai persoalan.

Ini kerana dari dua keping gambar tersebut jelas ianya bukanlah seperti di Sandhurst.. ianya lebih kepada suasana di Malaysia..

Adakah benar ianya di Malaysia??

Lihat ini...

Logo di bawah adalah logo atau lambang Tentera Udara DiRaja Malaysia..


Dan di bawah ini pula ialah logo Kolej Tentera Udara..


Berikut pula adalah logo Tentera Darat Malaysia..
 
Manakala yang ini pula adalah logo Kolej Tentera Darat..
 

Ini pula adalah gambar bakal menantu Najib yang kononnya kini sedang belajar di Sandhurst..

 
Dan ini pula adalah gambar pelajar di Kolej Tentera Darat di Ulu Tiram,.. dengan celoreng lama... perhatikan logo pada beret mereka..
 
Tak jelas?? nah tengok gambar ini... terang dan jelas..
 


Seseorang telah mengesahkan bahawa Foto bakal menantu Najib itu adalah di Kolej Tentera Darat (KTD), Ulu Tiram, Johor. KTD terletak di dalam Kem PULADA, Ulu Tiram di ( SINI )

Jika beliau didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia.. apakah pula kelayakkan yang digunakannya untuk berada di Kolej Tentera Darat, Ulu Tiram Johor ini??

Adakah beliau diterima masuk begitu saja tanpa dipedulikan kelayakan akademiknya kerana beliau bakal menantu Najib?

Dan kenapa pula sumber yang rapat dengan keluarga bakal besan Najib itu tidak berterus terang di mana bakal menantu Najib dan Rosmah ini berada??

Nak tahu apa nama samaran yang digunakannya untuk berada di sini?? sila baca di ( MiLo SuaM )...

Bakal Menantu Najib bersembunyi di Malaysia?

Posted: 28 Jun 2012 09:47 PM PDT


Bakal Menantu Najib dilaporkan telah menghilangkan diri setelah penipuannya didedahkan oleh The New York Times tetapi menurut satu sumber "Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,"

Daniyar dilaporkan menipu dalam dua perkara, iaitu berkaitan dokumen yang diubahsuai konon nya dia menamatkan pelajaran tinggi di kazakhtan tetapi sebaliknya dia tidak pernah bersekolah di sana bahkan tidak pernah pun berjaya menamatkan pelajaran di sekolah tinggi pun.

Yang kedua daniyar menipu mengenai pembelian sebuah kondo mewah. Kondo tersebut dibeli menggunakan wang bapa tirinya. Bapa tiri nya mengamanahkan dia untuk melakukan urusan jual beli tetapi dia letak nama mak dia sebagai pemilik kondo tersebut. - AmenoWorld

Semalam Malaysia Today telah menyiarkan dua keping gambar Bakal Menantu Najib itu sedang menjalani latihan tentera di sebuah negara.

Dari gambar yang disiarkan itu.. suasananya persekitarannya tidak menggambarkan Eropah tapi lebih kepada suasana di Malaysia..

Adakah setelah menyedari Bakal Menantunya ini menjadi buruan, Najib menyorokkannya di Malaysia?

Baca laporan dari The Malaysian Insider mengenai bakal Menantu Najib yang disiarkan awal bulan lalu..

Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.

"Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas," kata sumber kepada The Malaysian Insider.


Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana "semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera."

"Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia.

"Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri," kata laman web tersebut.

Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan.

Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York.

Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu.

"Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya," kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu.

"Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen," tambahnya.

Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu "penipuan" kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya.

Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010.

Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001.

Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar.

Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut.

Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah "isu peribadi" dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu.

Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia.

"Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia," kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf.

Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan " memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang." -TMI


Sandhurst

Sandhurst?? tengok muka yang kat belakang sana tu...

Rasuah RM193,512, Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri

Posted: 28 Jun 2012 08:58 PM PDT


Pada 8 Feb 2011 dulu ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail  ni pengsan dalam kandang tertuduh..

Tapi kali ni tak pengsan dah...

Baru pegang jawatan Ketua Bahagian pun dah boleh mentekedarah rasuah hampir RM200K.. kalau jadi Menteri agaknya berapa yang akan disapu...

Inilah UMNO.. dari pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, rasuah dah jadi budaya..
Kes rasuah: Ketua Umno Pandan diperintah bela diri

Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Abd Ghani, yang ketika kejadian merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam 4 Ogos 2006.

Bagi lapan lagi pertuduhan, Abd Ghani didakwa secara rasuah menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 pula dia didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff.



- Bernama


Bakal Besan Najib diburu Interpol kerana enam tuduhan jenayah.. Ini warrant nya..

Posted: 28 Jun 2012 09:28 AM PDT

Laporan yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Menurut The New York Post dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.


Dan ibu kenapa Daniyar Nazarbayev pula menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.

"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini.

"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam.

"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.

'Kami berbangga dengan anak kami!!' kata Maira Nazarbayev bakal ibu mertua kepada anak Najib.
Kepada yang sering mengikuti Blog MiLo SuaM pasti akan terbaca sebuah artikel yang disiarkan olehnya dengan tajuk ' Panas! Bakal besan Najib diburu polis antarabangsa' di ( SINI )

Dalam artikelnya itu MiLo SuaM mendakwa Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini sedang diburu oleh polis antarabangsa (interpol) dan pihak berkuasa Kazakhstan berhubung jenayah penculikan dan peras ugut.

Hari ini Free Malaysia Today telah menyiarkan satu artikel yang masih menjadi tanda tanya adakah benar Ibu kepada Daniyar telah ditahan di Dubai..

Ibu kepada bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Daniyar Nazarbayev, dipercayai telah Ditahan di Dubai sebelum beliau terbang ke Eropah untuk bercuti.

Kerana menurut sumber FMT, wanita Kazakhstan berusia 50 tahun telah ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Interpol, dan tindakan itu diambil oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Kazakhstan - keseluruhan terjemahannya sila baca di ( SINI )

Waran yang dikeluarkan oleh Interpol Kazakhstan di bawah ini membuktikan bahawa Maira Nazarbayev atau nama sebenarnya Maira Saudabaevna Kurmangalieva, bakal besan kepada Najib dan Rosmah sememangnya diburu oleh pihak Interpol.

Beliau telah menjadi buruan pihak Interpol sejak dari Nov 2011 lagi kerana dituduh melakukan enam kesalahan jenayah..

Tengoklah!! Patutlah dia bangga dengan anaknya… anaknya dah ikut jejak dia rupanya…


Tal faham?? ha..ha..ha.. akupun tak faham jugak.. tapi tak apa kat bawah ni terjemahan waran yang telah disahkan...

Berdasarkan surat yang dikirimkan oleh seseorang yang bernama Daniyar Muratovbakal besan Najib dan Rosmah itu telah ditahan di Dubai pada 22 June hari jumaat lalu... sila baca surat tersebut di ( SINI )
Gambar di Dubai sebelum ditahan.

Tiada ulasan: