Anak Sungai Derhaka |
- Guan Eng saman Utusan RM50 Juta pula...
- Bakal Besan Najib dan Rosmah ditahan di Dubai?
- Hina Sultan: Nizar disiasat, Uncle Seekers dibiarkan.. kenapa?
- Video Mari makan Biawak dan Monyet bersama Komando..
- Pagi Rafizi dedah Najib campur tangan tender.. malam SPRM dah siasat..
Guan Eng saman Utusan RM50 Juta pula... Posted: 28 Jun 2012 07:27 AM PDT Dua kali Utusan diperintahkan membayar kepada Guan Eng kerana memfitnah beliau, kali pertama kalau tak silap aku Utusan diperintah bayar RM200K kali kedua pula juga RM200K, kali ini Guan Eng saman Utusan RM50Juta pula... Ha..ha..ha.. dah jadi macam penyumbang dana untuk Guan Eng pula Utusan ni... Dituduh Pengkhianat Negara LGE Saman Akhbar RM50 juta Guan Eng juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dalam sidang media di Parlimen menegaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing. "Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya," kata Guan Eng. Tambah Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius. "Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung)," kata Guan Eng. Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu. "Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya," katanya Selangorku |
Bakal Besan Najib dan Rosmah ditahan di Dubai? Posted: 28 Jun 2012 01:56 AM PDT Mair Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Daniyar Nazarbayev, dipercayai telah Ditahan di Dubai sebelum beliau terbang ke Eropah untuk bercuti. Menurut sumber, wanita Kazakhstan berusia 50 tahun telah ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Interpol, dan tindakan itu diambil oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Kazakhstan. Bagaimanapun kami masih belum dapat mengesahkan penangkapan tersebut dengan pihak berkuasa Dubai. E-mel yang dihantar kepada jurucakap beliau, Torossian Rönn Juga juga tidak dijawab. "Dia kini telah ditahan dan di bawah jagaan Dubai. Beliau diwakili oleh Tiga Firma Undang-undang Amerika Syarikat dan dia mempunyai firma PR berpengkalan di New York untuk membantu beliau menjaga imejnya," kata sumber itu kepada FMT. "Beliau telah ditahan di lapangan terbang Dubai pada 22 Jun lalu," tambah sumber itu. Mair telah berada di Dubai pada 18 Jun setelah terbang dari Amerika Syarikat (AS). Beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan media melalui Torossian, menyatakan bahawa beliau BEBAS untuk melakukan sebarang perjalanan dan menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dikehendaki oleh Interpol untuk pelbagai aktiviti jenayah. Beliau berkata laporan media Amerika mengenai noti Interpol bahawa dirinya "dikehendaki" tidak tepat. Gambar-gambar dirinya berada di lapangan terbang New York dan Lapangan Terbang Dubai telah dihantar kepada seluruh media untuk menunjukkan dirinya bebas dan boleh melancong. Anaknya Daniyar telah bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa. Mair menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan laporan berita New York Post mendakwa bekas suaminya yang merupakan seorang seorang jutawan telah menddkwa telah ditipu beliau berkaitan sebuah apartmen 4,000 kaki persegi dan berada di dalam senarai "dikehendaki" oleh Interpol. Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bekas suaminya, Bolat Nazarbayev dan menegaskan masih berkahwin. Bolat adalah saudara kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Beliau juga menolak bahawa beliau dikehendaki oleh Kazakhstan di atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk kesalahan penculikan, membuat ugutan dann ancaman kecederaan fizikal untuk mendapat dana daripada syarikat bersekutu perniagaan, dan melakukan ancaman yang menggunakan kekerasan jenayah kepada orang lain untuk melakukan pemindahan harta ke atas nama keluarganya. Sehingga berita ini dikeluarkan, belum ada sebarang pengesahan daripada Polis Dubai dan Torossian di atas status penangkapan Mair - FMT Terjemahan oleh Pulakdah |
Hina Sultan: Nizar disiasat, Uncle Seekers dibiarkan.. kenapa? Posted: 27 Jun 2012 09:35 PM PDT Kerana kenyataannya di Twitter mengenai bidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diputar belit oleh Utusan dan TV3, DS Mohammad Nizar Jamaluddin telah disiasat oleh pihak Polis. Pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh, Perak telah diserbu oleh Polis negeri Johor ini bagi membantu siasatan menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan yang mengesahkan perkara tersebut. Dalam serbuan itu pihak Polis telah merampas dua buah komputer dan seunit telefon bimbit. Selain itu pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan operasi di tiga pejabat milik Mohammad Nizar di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang pada pukul 11.30 pagi selama kira-kira 45 minit. Itu apa yang telah berlaku terhadap DS Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS Perak. Tetapi kebelakangan ini muncul sebuah blog yang dinamakan sebagai 'Uncleseekers' mula mendapat perhatian ramai lantas melonjakkan kedudukannya dalam ranking Alexa. Apa yang disiarkannya ialah pendedahan mengenai keburukkan Sultan Johor serta kerabatnya dan jika dibandingkan dengan kenyataan YB Nizar ianya jauh lebih teruk penghinaan yang dilakukannya terhadap Sultan Johor dan kerabatnya itu. Timbul persoalan disini siapakah sebenarnya penulis Blog Uncleseekers ini hingga menjadikan beliau kebal dari siasatan polis malah tindakannya mendedahkan keburukkan Sultan Johor dan Kerabatnya itu seolah-oleh dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya. Adakah pihak Polis Johor hanya membaca Twitter tetapi tidak membaca atau memerhatikan Blog? Mungkin ada benarnya dakwaan oleh Mat Saman Kati orang lama dari Media Perak ini.. Artikel asal sila baca di ( SINI ) |
Video Mari makan Biawak dan Monyet bersama Komando.. Posted: 27 Jun 2012 06:44 PM PDT Bukan pakaian atau cara latihan yang dipersoalkan disini tetapi pemakanan, ini kerana aku difahamkan bahawa tiada di dalam mana-mana subjek atau modul latihan ketenteraan termasuk latihan atau kursus Komando yang meletakkan memakan benda haram ini sebagai satu latihan. Baca penjelasan ini dulu... Kami ingin merujuk satu artikel oleh AMKNS di SINI, yang menimbulkan persoalan samada benarkah anggota-anggota tentera termasuk yang berugama Islam diberi latihan `Survival' untuk memakan binatang-binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan? KOBAT mahu memperjelaskan tentang isu ini agar dapat mengurangkan keraguan terhadap sistem latihan yang diamalkan oleh Angkatan Tentera kita sekarang ini. Kami tidak menolak kesemua yang ditulis di dalam artikel berkenaan cuma kami mahu menjawab persoalan yang dibangkitkan khususnya berkaitan latihan memakan benda-benda haram ini. Sebenarnya tiada di dalam mana-mana subjek atau modul latihan ketenteraan termasuk latihan atau kursus Komando yang meletakkan memakan benda haram ini sebagai satu latihan. Apa yang diajar di dalam kursus `survival' (kelangsungan hidup/ikhtiar hidup) adalah setiap pelatih diberitahu bahawa mereka hendaklah berikhtiar sedaya upaya dengan inisiatif mereka untuk mencari makanan bagi meneruskan kehidupan mereka di dalam keadaan tiada bekalan makanan. Pada waktu itu, pelatih dikehendaki menggunakan segala ilmu yang diajar sewaktu latihan berbentuk teori untuk dipraktikakkan dengan bantuan peralatan yang terhad yang dimiliki oleh mereka. Sudah tentu bagi warga tentera yang Non Muslim mereka akan mendapatkan apa jua bahan makanan yang boleh mereka makan. Tetapi bagi yang Muslim, mereka juga tertakluk kepada hukum Islam yang sering diajar oleh Guru-Guru Agama (KAGAT) di pasukan berkaitan mencari bahan makanan di dalam situasi tertentu. Tidak ada paksaan buat Pelatih-Pelatih Muslim untuk mereka memakan binatang yang diharamkan oleh Islam. Bagi yang mengetahui hukum Islam, sudah pasti mereka akan berusaha untuk mencari makanan yang halal terlebih dahulu sehinggalah mereka sampai ke tahap `dharurat' di mana pada ketika itu mereka boleh memakan benda yang diharamkan oleh Syarak dengan syarat-syarat yang dibenarkan. Ertinya, mereka hanya dibenarkan memakan benda yang haram itu sekadar untuk mereka boleh menyambung nyawa mereka sahaja bukan sehingga mereka kenyang. Masalahnya, adakah latihan atau kursus `survival' yang sengaja diadakan ini adalah kursus yang berbentuk Islamik? Adakah dengan sengaja menghantar pelatih-pelatih ke kawasan yang sememangnya diketahui memang tiada satu pun bahan makanan yang halal untuk dimakan itu adalah mengikut konsep latihan yang dibenarkan oleh Islam? Sepatutnya mereka tidak boleh di hantar ke kawasan yang diketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal di situ. Adalah lebih baik jika pelatih-pelatih ini dihantar ke kawasan yang tidak diketahui samada di sana terdapat bahan makanan yang halal atau tidak, dan ketika itu terserahlah kepada pelatih-pelatih untuk mencari ikhtiar hidup mereka. Sekiranya pihak Pusat Latihan dengan sengaja meletakkan pelatih-pelatih ke kawasan yang mereka ketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal kecuali kesemuanya haram belaka, ertinya Pemerintah Pusat Latihan berkenaan akan bertanggungjawab ke atas para pelatih Muslim yang `terpaksa' memakan benda-benda yang haram ini. Bagi para pelatih, mereka terlepas dari dosa memakan benda-benda yang haram ini atas sebab dharurat, tetapi bagi mereka yang bertanggungjawab mengendalikan latihan ini berdosa besar kerana dengan sengaja mendedahkan pelatih-pelatih ini kepada melakukan perkara-perkara yang diharamkan. Pendek kata, dharurat tidak boleh dirancang atau dijadikan sebagai satu bentuk latihan - KOBAT |
Pagi Rafizi dedah Najib campur tangan tender.. malam SPRM dah siasat.. Posted: 27 Jun 2012 09:55 AM PDT Lihatlah betapa effisiennya SPRM dalam menjalankan tugas mereka.. pagi Rafizi buat pendedahan tentang Najib campur tangan dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.. malamnya SPRM sudah memulakan siasatan.. Tapi yang disiasatnya Rafizi bukannya Najib.. apa nak jadi ni? yang mendedahkan disoal siasat.. tapi yang dituduh tidak disiasat.. Tapi kalau yang dituduh itu Anwar Ibrahim sudah tentu dia disiasat.. SPRM siasat Rafizi isu PM campur tangan tender Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion. Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam. Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini. Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi. Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK). Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media. Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan