Rabu, 27 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nizar saman Utusan dan TV3 petang tadi..

Posted: 27 Jun 2012 08:12 AM PDT


Pada 12 June lalu Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.

Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.

"Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat.

Itu hanya pandangan. "Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Dan akhirnya....

Hari ini.. 27 June.. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin petang tadi memfailkan tuntutan maaf terhadap Utusan dan TV3 berikutan fitnah yang dibuat berkaitan dengan isu WWW1.

Laporan polis terhadap TV3 telah dibuat diBalai Polis Dang Wangi jam 11.27 pagi tadi manakala laporan polis terhadap Utusan dibuat jam 11.40 pagi.



Lagi dokumen dan sumber dokumen sila lihat di ( SINI )

Kerajaan Mongolia akan hantar Pasukan Penyiasat ke Malaysia untuk siasat semula kes Altantuya?

Posted: 27 Jun 2012 06:00 AM PDT


Kerajaan Mongolia akan menghantar pasukan penyiasat ke Malaysia pada bulan Ogos untuk mengkaji semula kes pembunuhan berprofil tinggi, Altantuya Shaariibuu.

Pegawai-pegawai dari Jabatan Kehakiman Negara dan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar dan Kementerian Perdagangan akan membuat lawatan untuk melihat ke dalam kontroversi terperinci sekitar kes itu.
 
Kalau benarlah apa yang diterjemahkan oleh Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Loh Gwo-Burne kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini... maka semakin gelisahlah Najib..
 
Mongolian working team to retrace Altantuya's murder

The Mongolian government will send a team of investigators to Malaysia in August to re-look into the high-profile murder of Altantuya Shaariibuu.
 
Officers from the country's Justice and Home Affairs and Foreign Affairs and Trade ministries will be making the trip to look into detail controversies surrounding the case, Kelana Jaya PKR parliamentarian Loh Gwo-Burne (left) told reporters at the Parliament lobby today.
 
Citing a Mongolian news report quoting its Foreign Affairs and Trade Ministry's consular director G Gankhuyag, Loh said the team also intended to "sign an agreement" to ensure cooperation between the enforcement units of both nations.
 
"The consular directorate of the Foreign Affairs and Trade as well as the Justice and Home Affairs ministries, NGOs and the family members of the deceased have attended the trials," said Loh, reading out from a translated copy of the news report.
 
"The government of Mongolia allocated the necessary funds. Also, the consular officer in Thailand has made working trips to Malaysia on this matter.
 
"Unfortunately, we see sluggishness from the Malaysian side. They don't inform what is going on in the courtroom."

'Give them full cooperation'

Loh urged the Malaysian government to give full cooperation to the Mongolian government officers as it involved the country's image and bilateral relationship.

On Oct 31, 2008, Shah Alam High Court judge Mohd Zaki Md Yasin acquitted political analyst Abdul Razak Baginda, who had been accused of abetment in the murder of Altantuya, without calling for his defence.

The judge ruled that the prosecution had not proven a prima facie case, as the sworn affidavit filed by Abdul Razak, a close ally of Prime Minister Najib Abdul Razak, had not been rebutted.

However, two Special Action Force members - Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar - were later found guilty of the murder and sentenced to death.

The two, former bodyguards of Najib, have filed separate appeals against conviction, which are due to be heard in August.

Azilah and Sirul Azhar were found guilty of murdering Altantuya, who was then 28, at Lot 12843 and Lot 16735 Mukim Bukit Raja in Shah Alam, Selangor, between 10pm on Oct 19 and 1am on Oct 20, 2006.


Malaysiakini

Bekas-bekas Isteri dan mangsa-mangsa kerakusan nafsu Presiden Senaman Punggung akan buat sidang Media?

Posted: 27 Jun 2012 02:54 AM PDT


Ada sumber yang mengatakan Presiden Veteran Tentera Melayu, yang dikenali sebagai Ali Tinju semasa perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia hanyalah seorang berpangkat prebet, No. Tenteranya pula ialah 1085628.

Pada awal penglibatannya dalam usaha menarik perhatian ramai, Prebet Ali Tinju telah memalukan bansa Melayu dengan mengadakan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga oleh itu beliau menjadi sasaran serangan oleh Blogger Pro PR.

Setelah selesai agenda memalukan bangsa itu, Prebet Ali Tinju telah telah menuntut beberapa imbuhan dari Menteri Pertahanan sebagai upah, antara yang dituntut olehnya ialah tanah dan berbagai lagi.

Malangnya tuntutannya tidak dilayan oleh Zahid Hamidi.

Berang kerana tuntutannya tidak dilayan oleh Menteri Pertahanan, Prebet Ali Tinju nekad mahu mengadakan senaman punggung di hadapan MINDEF pula.

Tetapi dibatalkan setelah menerima SMS berbentuk ugutan dari isteri Zahid Hamidi katanya... Zahid Hamidi menafikan SMS tersebut sebagai satu ugutan..

Zahid Hamidi juga menafikan kenyataan Prebet Ali Tinju bahawa beliau telah menerima 16 SMS dari isteri Zahid, kata Zahid hanya satu SMS sahaja yang dihantar oleh isterinya.

Tindakan Prebet Ali Tinju menyerang Zahid Hamidi mendapat reaksi Blogger Pro UMNO/BN pula, siapa sebenarnya Prebet Ali Tinju mula didedahkan mereka..

Antara Blog yang mendedahkan siapa Prebet Ali Tinju ini ialah Blog Askar Setia ( Askar sepatutnya setia kepada Raja dan Negara Bro... bukan kepada UMNO/BN..)

Berikut adalah antara pendedahannya...



22 Jun 2012, Prebet Ali Tinju telah melakukan press conference di restoren mamak di Tasik Permaisuri Cheras yang nyata telah menganggu ramai pelanggan yang ingin menjamu juadah selepas solat Jumaat. Mana tidaknya, saya dimaklumkan hampir segenap inci ruangan belakang restoran mamak tersebut menjadi tempat 'bertinju' si Prebet Ali Tinju dengan microfon dan wartawan dan konco-konconya yang jelas mengharapkan satu tumbukan Knock Out dari Prebet Ali Tinju.

Ahhh... bukan itu yang saya mahu jelaskan kepada pembaca. Kerumitan suasana yang berlaku biarlah Prebet Ali Tinju selesaikan dengan taukey restoren mamak tersebut. Memang itulah kelas Prebet Ali Tinju.. Jadi HERO KUTUK ORANG di restoran mamak...arghh.. Kelakuan golongan kelas ketiga!

Kah kah kah..Fuhh....seram bulu tengkuk aku ni.. Sambil mendapat laungan semangat daripada kira-kira 20 lebih orang ahli PVTM satu Malaysia yang hadir (tidak seperti ribuan ahli seperti didakwa), laporan blog banyak memperkatakan bahawa Prebet Ali Tinju MENUNTUT HAK termasuk –tuntutan-tuntutan dalam memorandum untuk Menteri Pertahanan.

Tetapi, sebelum sebarang hak dituntut,apa kata saya cadangkan untuk kepada bekas-bekas isteri Prebet Ali Tinju dan perempuan-perempuan yang telah dia nodai untuk tampil sama-sama MENUNTUT HAK mereka kerana selama ini telah diperalat seperti mesin pemuas nafsu dan menjadi mesin ATM untuk Prebet Ali Tinju?

Apa kata anda? Kepada balu-balu Ali Tinju, tuntutlah hak NAFKAH anda. Kepada balu-balu dan perempuan yang saya maksudkan, sanggupkah anda melihat kerakusan dan ketamakkan Prebet Ali Tinju untuk menambah senarai nama-nama perempuan yang bakal 'dikerjakan'? Sanggupkan anda melihat maruah wanita diperkudakan sebegitu rupa untuk sekali lagi dan lagi dan lagi? Bukan itu sahaja, mana-mana mangsa penipuan Prebet Ali Tinju boleh turut sama dalam sidang media ini. Maklumlah, ada kes penipuan berlaku semasa dia menyamar sebagai Dato'.


YA! Tuntutlah HAK anda! Jika di depan microfon, Prebet Ali Tinju berlagak seperti SUPERHERO untuk menuntut hak (tender dan projek dari kementerian untuk poket sendiri), inilah masanya untuk balu-balu dan mangsa nafsu seks Prebet Ali Tinju untuk bertinju dengan mikrofon tampil beri keterangan. Kita anjurkan press conference untuk beritahu kepada seluruh bekas tentera bahawa perjuangan bersama Prebet Ali Tinju adalah perjuangan yang SIA-SIA. Bekas tentera perlu sedar dan patut merasa bimbang sekiranya Prebet Ali Tinju mendekati isteri-isteri anda... BAHAYA

p/s: saya difahamkan bahawa Presiden Prebet Ali Tinju ada menyebut:

1. Dana bantuan Rayuan Hari Pahlawan Malaysia patut diserahkan kepada presiden persatuan bekas tentera.

2. MINDEF digesa untuk beri projek kepada bekas tentera.

3. Rekod kesalahan disiplin bekas tentera yang dibuang perkhidmatan perlu dipadamkan.

Soalan saya kepada Prebet Ali Tinju... ada udang disebalik batu kah?

Adakah anda tidak sedar tindakan anda hanya memalukan bekas tentera?

Tidakkah anda sedar tndakan anda telah memecah belahkan bekas tentera?

Tidakkah anda sedar bahawa anda telah dipergunakan untuk menjadi ejen agar bekas tentera berpaling tadah dan memusuhi kerajaan?

Tidakkah anda sedar bahawa bekas-bekas isteri dan wanita mangsa nafsu anda hanya menunggu masa untuk mendedahkan segala-galanya?

Baca juga 'PERJUANGAN PVTM - UNTUK BEKAS TENTERA ATAU UNTUK ALI TINJU?' di ( SINI )

Dokumen bukti Najib serah kontrak RM1 Billion kepada Konsortium George Kent didedah.. lihatlah!!

Posted: 27 Jun 2012 01:15 AM PDT


PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini.

"Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000," kata Rafizi.

Rafizi berkata keputusan itu ditandatangani Najib, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Rafizi juga turut mengedarkan minit mesyuarat tersebut kepada media.


Bawa pada polis, SPRM pada 29 Jun

Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkannya mengubah fikiran sehingga didakwa campur tangan untuk "menolak keputusan" awal yang dipersetujuinya sendiri.

"Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?" soal Rafizi.

Turut hadir dalam sidang itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Rafizi berkata keputusan JPMK itu juga disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasaran Datuk Shahril Mokhtar pada 26 Januari - sehari selepas keputusan JPMK dibuat.


Rafizi turut mendesak Najib supaya meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dakwaan campur tangan dalam anugerah projek itu "langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan".

"Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menafikan bahawa beliau menandatangani kertas keputusan JPMK jika dokumen yang saya tunjukkan hari ini adalah palsu," katanya sambil yang menunggu maklum balas perdana menteri.

Sementara itu, Rafizi turut memaklumkan, pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Jun berhubung pendedahan hari ini.

Masa dan tempat akan dimaklumkan kepada media kelak, tambah Rafizi.

Laporan berita : Malaysiakini
Dokumen : Rafizi Ramli

Isu doa: Kariah buat laporan polis terhadap TV3..

Posted: 26 Jun 2012 09:29 PM PDT


BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.

Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

"Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.

"Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid," katanya.

Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.

Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas.

Dan, kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta MAINPP menyiasat khatib ekoran doanya itu didakwa boleh memecah-belahkan umat Islam, selain perbuatannya yang dianggap menghasut.


Sinar Harian

Timbulnya Scorpene akan menenggelamkan Najib?

Posted: 26 Jun 2012 05:00 PM PDT


Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002.

Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.

Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.

Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi".

"Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.

Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya."

PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.

"Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham.

Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.

Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.

Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.

Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.

Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.

"Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.


The Malaysian Insider

Video Peserta Himpunan Sedar menyerang peserta Pra-Himpunan Royalti..

Posted: 26 Jun 2012 08:59 AM PDT


KOTA BHARU - Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.

"Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.

"Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

'Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V' dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.


Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani @ Aduka Taruna, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.

"Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,"katanya - Sinar Harian

Video Peserta Himpunan Sedar menyerang peserta Pra-Himpunan Royalti..  tengoklah budaya UMNO ni.. orang nak berundingpun kena tumbuk...

Tiada ulasan: