Khamis, 21 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rafizi letak jawatan dalam Kerajaan Selangor sebab dia tak larat.. katanya.

Posted: 21 Jun 2012 05:53 AM PDT


SHAH ALAM – Sementara PKR Selangor berhadapan isu kontroversi berkaitan dengan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Rafizi Ramli pula mengumumkan beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Rafizi menerusi mesej Twitternya lebih sejam lalu.

Pengarah Strategi PKR ini,  yang dilihat sebagai antara pemimpin yang meningkat naik dalam politik PKR, tetapi menjawab panggilan telefon.

Rafizi dilantik sebagai Pengarah Strategi susulan pemilihan PKR dua tahun lalu.

Bagaimanapun beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pengikutnya menerusi Twitter.
Antara lain beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.

Menjawab soalan pengikutnya yang mahu tahu alasan sebenar beliau meletakkan jawatan, Rafizi berkata, "Ha, ha, ha, soalan tweet macam kata-kata terkenal (bekas Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet pusat, Tan Sri) Rafidah Aziz, "mengapa, mengapa, mengapa"."

"Jangan bimbang saya tidak menangis bercucuran macam Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya dengan merujuk kepada peristiwa ketika Perhimpunan Agung Umno sedekad yang lalu.

Rafizi yang antara lain disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga berkata, beliau memerlukan masa rehat dan sebab itu melepaskan jawatan itu.

"Itu sahaja," katanya lagi.

Katanya, beliau biasanya tidak akan kekal dalam satu jawatan lebih daripada dua tahun.

"Saya tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan. Yang ini saya sudah melebih dua tahun, masa untuk bergerak ke depan. Tiada dimensi politik dalam hal ini," katanya menjawab soalan-soalan pengikutnya yang terkejut dengan keputusan ini.

Walaupun beliau tidak mengaitkan dengan perkembangan politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi keputusan itu dilihat akan memberi kesan ke atas persepsi orang ramai terhadap PKR.


Sinar Harian

Ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tiada sambutan?.. cuba tengok Video dan gambar ni...

Posted: 21 Jun 2012 02:39 AM PDT


Berbekalkan beberapa keping gambar yang dirakam diawal ceramah siri ke sembilan jelajah Merdeka Rakyat yang berlangsung di Sabak Bernam blogger-blogger pro UMNO cuba menipu pembaca mereka tentang jumlah kehadiran..



Ada yang menulis "Pictures Speak A Thousand Words". Itu pepatah Inggeris bagi mengambarkan ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di Stadium Mini Sabak Bernam, malam tadi... kehadiran hanya sekitar 100 ke 300 orang..

Yang lebih bodoh lagi menulis Aku yakin gambar yang diperolehi dari cucutokselampit ini tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.Aku juga amat yakin perkara ini terjadi di merata tempat di Malaysia dimana majority rakyat dilihat semakin menolak Anwar diatas pelbagai faktor yang aku rasa semua tahu dan tak perlu dikupaskan disini. Kalau nak baca sepenuhnya klik di ( SINI )..

Apa yang mereka cuba tunjukkan itu adalah kebodohan mereka sahaja sebenarnya, kerana menyangka hanya blog mereka yang menjadi tatapan rakyat oleh itu seperti TV3 memperbodohkan rakyat mereka pula cuba memperbodohkan rakyat sedangkan hakikatnya bukan semua rakyat sebodoh mereka..

Lihat gambar yang dikirimkan oleh SAMM Sg Besar ni.. jumlah yang hadir bukanlah sebagaimana yang didakwa oleh pencacai UMNO..

Untuk makluman, ceramah ini diadakan pada hari bekerja (malam Rabu), namun sambutan sangat menggalakkan dan Keadilan Daily menganggarkan 2000 orang di kawasan sekitar berhimpun di lokasi ceramah.


Berapa orang yang hadir? adakah ianya sekitar 100 hingga ke 300 orang??

Tengok video-video ini pula...



Berapa orang yang hadir? adakah ianya sekitar 100 hingga ke 300 orang??

Itulah hasilnya bila manusia yang bodoh dibayar untuk memperbodohkan orang lain.. hasilnya ialah kerja-kerja bodoh dilakukannya...

Keseluruhan video-video penceramah pada malam tersebut sila lihat di ( SINI )

No. Plet 'PKR 1' dijual pada harga RM99,555 dan pemiliknya ialah........ Anwar Ibrahim?

Posted: 21 Jun 2012 12:09 AM PDT


Butterworth, Nombor plet kenderaan 'PKR 1' telah dibida pada harga setinggi RM99,555 dan individu yang telah memenangi bidaan itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ha..ha..ha..satu tajuk laporan berita yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pencacai-pencacai UMNO untuk menghentam DS Anwar Ibrahim..

Malangnya hasrat kebanyakkan mereka itu tidak tercapai kerana No. Plet Kenderaan 'PKR 1' telah dibida dan dimiliki oleh seorang usahawan dari Pulau Pinang iaitu Ong Thai Yang bukannya DS Anwar Ibrahim..

Kan Anwar Ibrahim dah kata dia bukan seorang yang suka menunjuk-nunjuk.. jadi dia tak berminat dengan nombor plet 'PKR 1' tu.. baca di ( SINI )

Manakala no plet PKR 2 pula dibida dan dimenangi oleh  Advanced Sales Sdn Bhd dengan harga RM23,200 dan Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu memenangi PKR 3 dengan harga RM50,000.

PKR 4 dimenangi oleh Muhammad Fadhrul Redzwann Samsudin dengan harga RM12,11 dan RM28,000 dibayar oleh Sow Ban Leong untuk PKR 5 .

Tiada seorangpun pemimpin dari PKR diberitakan turut serta dalam bidaan nombor plet 'PKR' tersebut seperti yang dilaporkan oleh The Star kat bawah ni..


BUTTERWORTH: Penang businessman Ong Thai Yang won the bid for the PKR 1 vehicle registration number plate at RM99,555.

The plate PKR 2 went to Advanced Sales Sdn Bhd for RM23,200 while Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu won PKR 3 for RM50,000.

Other winning bids are RM12,111 which Muhammad Fadhrul Redzwann Samsudin bid for PKR 4 and RM28,000 which Sow Ban Leong paid for PKR 5 .

No prominent leaders, including those from PKR (Parti Keadilan Rakyat) were on the list of successful bidders.

The winning bids were displayed at the Penang Road Transport Department (JPJ) headquarters in Seberang Jaya Thursday.

Penang JPJ director Datuk Hassan Yaacob had said that of the total 623 tender applications the department received for the PKR prefix, 384 applicants were successful in their bids.

The Star Online

Pelakon Hairie Othman akan sertai PAS 6 Julai ini..

Posted: 20 Jun 2012 09:51 PM PDT


Selepas penyanyi "Janji Manismu" yang memenangi Anugerah Juara Lagu 1990, Aishah menyertai PAS manakala rakan seperjuangannya, penyanyi lagu popular hari raya, "Senandung Hari Raya Buatmu", Dayangku Intan menyertai KEADILAN, kini tiba saatnya buat DUA orang lagi karyawan seni tanah air bersama-sama dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon siri kepolisan popular Gerak Khas yang memegang watak ACP Zulkifli, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja menyertai PAS, semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri. "Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.


Hairi atau nama sebenarnya Mohd Khairi Othman berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.

Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk UMNO/BN

Posted: 20 Jun 2012 08:26 PM PDT

Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini.

Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


"Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri.

"Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini. - Harakahdaily


Minit mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA sesi 2012, Bil. 1/2012 :

Tarikh : 25 Januari 2012

Masa : 9.00 hingga 11.00 malam

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Sumber : FB Konspirasi 2020



Gagal memujuk, Najib mengugut pula...

Posted: 20 Jun 2012 05:30 PM PDT


Setelah pendekatan memujuk yang diambli oleh Najib gagal memperlihatkan sebarang kesan, beliau kini mengambil langkah mengugut pula..

Kata Najib kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewahan yang mereka miliki akan "hilang" kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Oleh itu beliau menggesa ahli perniagaan Cina untuk "bekerjasama" dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan.

Bagaimanapun, Najib turut menjelaskan, perkara-perkara yang telah dijanjikan dalam tranformasinya akan mengambil sedikit masa, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Kesimpulannya.. Najib minta komuniti perniagaan Cina supaya menyokong UMNO/BN kerana 54 tahun berkuasa masih tidak cukup buat pemimpin UMNO/BN menjarah dan mentekedarah harta negara..

Cuba perhatikan Thailand.. walaupun politiknya bergolak tapi ekonominya masih mampu melonjak..

******************************************

Najib: Kestabilan politik kunci utama kemewahan negara

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewehan yang mereka miliki akan "hilang" kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Najib dalam ucapannya hari ini turut menggesa ahli perniagaan Cina untuk "bekerjasama" dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan, dan mengambil iktibar daripada krisis ekonomi di Eropah, dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, termasuk insiden di Afrika Utara.

"Anda telah bekerja keras untuk mengumpul aset dan kemewahan di negara ini, namun ianya akan hilang jika kita tidak bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik ini dapat dikekalkan," katanya.

"Kestabilan politik adalah faktor utama kerana sebarang bentuk ketidakstabilan akan memberikan risiko kepada perniagaan yang akan meningkatkan kos, turun naik pelaburan langsung asing, dan pasaran saham akan merundum," katanya lagi sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM).

Najib turut menegaskan, kerajaan pimpinannya juga tidak hanya sekadar memberikan janji kosong, sebaliknya akan "mengotakan janji yang ditaburkan".

"Kami tidak memberikan janji yang tidak dapat kami  tunaikan. Kami telah melakukan yang terbaik sejak tiga tahun lalu dan akan terus melakukan yang lebih baik," katanya lagi.

Selain itu, perdana menteri itu turut menjelaskan, melalui kerjasama, transformasi yang dilakukan kerajaan akan dapat terus dilaksanakan di Malaysia.

"Kami juga berjanji akan terus komited untuk melaksanakan apa yang termampu untuk mengatasi masalah dan halangan yang wujud, bukan sahaja terhadap ekonomi, tetapi juga kualiti hidup rakyat Malaysia," jelas Najib lagi.

Bagaimanapun, Najib turut menjelaskan, perkara itu akan mengambil sedikit masa, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

"Perkara itu tidak dapat berubah hanya dalam semalaman, kerana sesetengahnya memerlukan lebih banyak masa lagi," tambahnya lagi.


The Malysian Insider

Tiada ulasan: