Anak Sungai Derhaka |
- UMNO undang anggota Parti Komunis China ke Malaysia hari ini..
- Zul Nordin lari bila sesi soal jawabnya diserbu penduduk..
- Najib habiskan RM3 Juta dalam masa 3 hari..
- Bakal besan Najib berbangga dengan anaknya..biarpun dituduh menipu.
- Dua lelaki ditangkap KPK bukan penasihat Kerajaan Malaysia
- Najib habiskan RM20 Juta untuk Panda.. dan Panda itu disewakan atau dipinjamkan?
UMNO undang anggota Parti Komunis China ke Malaysia hari ini.. Posted: 15 Jun 2012 06:53 AM PDT Mana pencacai-pencacai UMNO yang bersungguh-sungguh menunjukkan benci mereka terhadap Komunis bila Mat Sabu sokong Mat Indera hari tu?? Hari ini.. UMNO sendiri telah menjemput ahli dari Parti Komunis China datang ke Malaysia, disambut dengan karpet merah dilapangan terbang..diiring oleh Polis Traffik sepanjang perjalanan.. Korang tak nak demo ke pencacai UMNO? Umno undang anggota Parti Komunis China ke Malaysia Walhal tuduhan itu memakan diri mereka sendiri apabila delegasi Parti Komunis China tiba di negara ini semalam kononnya bagi perkukuh hubungan. Menurut portal kawalan Umno, Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari. Ketibaan He, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ab Rauf dilapor berkata, ketibaan He adalah atas jemputan Kerajaan Malaysia dan Umno untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara. "Malah peminjaman sepasang beruang panda dari Kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara," katanya dipetik. Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada 26 Jun tahun lalu, 30 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan 'Udahlah..Bersaralah.." Kerajaan BN menerusi polis pernah menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agong. Tindakan Umno BN itu bertujuan menyekat Perhimpunan Aman Bersih 9 Julai tahun lalu. Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani. Namun, hari ini, tuduhan itu balik semula memakan diri kerajaan Umno BN. http://www.keadilandaily.com/?p=31646 | ||||
Zul Nordin lari bila sesi soal jawabnya diserbu penduduk.. Posted: 15 Jun 2012 03:13 AM PDT Diakhir ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling, Zulkifli Nordin telah mencabar penduduk supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab. Malangnya apabila sekumpulan penduduk menyerbu untuk sesi soal jawab tersebut beliau melarikan diri... ha..ha..ha.. Kenapa lari? takut pasal sebar futnah ke? PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan. YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab. Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan . Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali. Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam. Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama. Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu. Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab. Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. KLPos | ||||
Najib habiskan RM3 Juta dalam masa 3 hari.. Posted: 15 Jun 2012 01:33 AM PDT Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta. Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles. Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75. Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. Malaysiakini | ||||
Bakal besan Najib berbangga dengan anaknya..biarpun dituduh menipu. Posted: 14 Jun 2012 09:25 PM PDT Ibu kenapa Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal. "Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini. "Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam. Maira menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan. "Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami. "Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu akan datang an akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira. Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post. Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. Malaysiakini | ||||
Dua lelaki ditangkap KPK bukan penasihat Kerajaan Malaysia Posted: 14 Jun 2012 08:35 PM PDT Kedua-dua lelaki Malaysia yang ditangkap Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia kerana disyaki membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas, bukan pegawai kerajaan atau penasihat kepada kerajaan Malaysia sebagaimana yang dilaporkan dengan meluas oleh media Indonesia. Laporannya sila baca di ( SINI ) Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata penjelasan itu disampaikan oleh Ketua KPK Abraham Samad dalam pertemuan dengan beliau di pejabat KPK malam ini. "Beliau telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa lelaki Malaysia yang ditahan itu adalah pegawai atau penasihat kepada kerajaan di Malaysia," katanya kepada Bernama di Jakarta malam tadi selepas pertemuan itu. Syed Munshe Afdzaruddin berkata kenyataan Ketua KPK itu penting bagi menjelaskan kepada semua pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak terlibat dan tidak ada kena mengena langsung dalam kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu dan bahawa Malaysia dan Indonesia tetap mempunyai hubungan bilateral yang sangat baik. Semalam pada satu sidang akhbar di sini, seorang pegawai KPK mendakwa bahawa seorang daripada lelaki Malaysia itu adalah penasihat atau orang penting dalam kerajaan di Malaysia, namun hari ini suruhanjaya itu meralat kenyataan itu. Hari ini KPK telah menetapkan kedua-dua lelaki itu sebagai suspek dengan tuduhan mengikut Fasal 21 Undang-undang Jenayah Rasuah Indonesia, yang lebih dikenali di Indonesia dengan nama singkatan Tipikor, kerana menghalang siasatan kes rasuah. Penetapan mereka sebagai suspek berdasarkan dua alat bukti yang cukup, namun Abraham tidak menyatakan alat bukti yang dimaksudkannya itu. Syed Munshe Afdzaruddin yang berterima kasih kepada Abraham kerana sudi berjumpa dengan beliau malam tadi walaupun dengan notis yang singkat, turut menghargai kerjasama KPK untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh Kedutaan Besar Malaysia berhubung dua lelaki Malaysia itu. Abraham menjamin untuk memberi akses konsular kepada Kedutaan Besar Malaysia untuk memberi pelindungan kepada kedua-dua lelaki Malaysia itu sesuai dengan konvensyen Vienna dan Malaysia menghormati proses undang-undang dan peraturan di Indonesia. Kedua-dua lelaki itu ditangkap oleh KPK di dua lokasi berasingan di Jakarta semalam, seorang daripadanya di sebuah hotel dan seorang lagi ketika sedang menuju ke penjara di mana suami Neneng sedang menjalani hukuman. Neneng pula ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini. Timbalan Ketua KPK Bambang Widjojanto dalam sidang akhbarnya semalam berkata sebelum penangkapan dibuat, KPK telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa malam dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat. Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah. Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek mengadakan Janakuasa Elektrik Tenaga Suria (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 dan Ogos 2011. Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia. Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain. - Bernama | ||||
Najib habiskan RM20 Juta untuk Panda.. dan Panda itu disewakan atau dipinjamkan? Posted: 14 Jun 2012 05:00 PM PDT Mungkin ramai yang tidak tahu.. kos yang akan dibelanjakan untuk dua ekor panda yang menurut Najib dipinjamkan oleh China kepada Malaysia adalah RM20 Juta.. Dua hari lalu Najib telah mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China .. Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu. Tulis Najib."Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita. China percaya kepada kita konon… tengok gambar dibawah, imej atau gambar ini menunjukkan negara-negara yang yang meminjam 'Giant Panda' dari negara China.. Dan menariknya kebanyakkan negara yang mendakwa meminjam itu sebenarnya menyewa 'Giant Panda' itu dari China's Wulong Panda Research Institute. Antaranya ialah Thailand.. The Thai government pays $250,000 a year to China's Wulong Panda Research Institute to rent the pandas, who, depending on the weather, reside in either a $1 million air-conditioned cage or an extensive, fan-cooled outdoor enclosure ringed by a mini-replica of China's Great Wall – USATodayUnited States of America menyewa 'Giant Panda' pada kadar USD1 Juta setahun.. In 1972, two pandas were presented to the United States after President Nixon's historic visit; in 1974, another two were given to Britain in the wake of Edward Heath's friendly visit. In 2005, as part of the talks with Lien Chan, China gifted two pandas to Taiwan.Manakala Kanada pula sewa dengan kos $10 Juta Prime Minister Stephen Harper officially confirmed Saturday that China has agreed to loan two giant pandas to zoos in Toronto and Calgary for a period of five years each – beginning next year – at a cost of $10 million.Jepun.. yang mula-mula mengalu-alukan orang ramai menamakan Panda yang disewanya dari negara China.. dua hari lepas langkah ini ditiru Najib.. membayar $950,000 satu tahun.. The metropolitan government will ask the public to nickname the two pandas, a 143-kg male and 124-kg female, officials said. The animals will be moved here in February before their public showing begins the following month. Under the lease deal, Tokyo will contribute $950,000 a year to wildlife preservation in China – JapantimesItu antara beberapa negara yang mendakwa dipinjamkan 'Giant Panda' oleh China.. macam Najib kata tu.. tapi hakikatnya membayar sewa yang tinggi untuk tujuan meminjam tersebut. Jika negara-negara tersebut di atas membayar sewa untuk Panda dari negara China, apa istimewanya Malaysia untuk diberikan pinjam secara percuma oleh negara China? Berbalik kepada Kerajaan UMNO/BN membelanjakan sebanyak RM20 Juta untuk memelihara binatang ini.. April lalu beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan Kerajaan Malaysia akan membelanjakan sekitar RM20 Juta untuk memelihara dua ekor Panda ini.. Kos ini adalah termasuk kerja-kerja untuk menyediakan prasarana yang menyerupai habitat asal Panda itu dimana sebuah bangunan yang berhawa dingin akan dibangunkan khusus untuknya. Dan buluh yang menjadi makanan bagi Panda tersebut akan diimport dari China disamping latihan untuk rakyat tempatan yang akan menjaga Panda itu..
Langkah Najib itu disifatkan sebagai 'Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan' oleh Sahabat Alam Malaysia. Sebabnya di negara kita sendiri ada beberapa spesis haiwan yang hampir pupus tapi tidak dipedulikan oleh Kerajaan.. antaranya ialah Badak Sumatera, Harimau Mlaya, Tapir, Tenggiling dan juga Gajah. Berikut adalah kenyataan Media dari Sahabat Alam Malaysia.. From S M Mohd Idris, via e-mail |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan