Anak Sungai Derhaka |
- AmenoWorld takde telor guna gambar bini bagi kaburkan identiti?
- Debat Saifuddin dengn Salahuddin tak ada faedah Ali Alhabshee kata?
- 'Anwar terima RM60 juta' adalah fitnah Nallakarupan - Mahkamah Tinggi
- Nazri Aziz dedahkan 4 tahun berkuasa Najib habiskan RM26Juta untuk lawatan sahaja..
- Video Pemimpin UMNO Perak halau rakyatnya..
- Anak Shamsidar Senyum Kepada Anwar...Kenapa?
AmenoWorld takde telor guna gambar bini bagi kaburkan identiti? Posted: 19 Jun 2012 08:45 AM PDT Betulke gambar jantan jongos yang dikatakan sebagai Ameno World yang blogger UMNO kat atas tu kata?.. nampak macam gambar Nordin Mat Top yang letupkan Hotel Marriot di Jakarta saja tu.. Kesian kat mamat dalam gambar tu.. takpasal-pasal dilabel sebagai jantan jonggos.. Kata EkEleh!!! Marah benar blogger UMNO apabila Ameno world membuat post "Papa Gomo Tumbuk Blogger UMB" hingga keluar 'anak haram iblis'.. Setahu kita blogger PR termasuk Ameno world lebih baik bahasanya daripada blogger UMNO di atas. Iblis, syaitan, babi, juburi menjadi mainan mereka. Itulah perbezaan BN-PR dalam dunia bloging. Kisahnya apabila Amenoworld menulis tentang tajuk di "Papa Gomo Tumbuk Blogger UMB". Ia dibalas oleh blog TunFaisal yang lebih baik bahasanya dengan tajuk "Papagomo tumbuk blogger UMB: Fakta @AmenoWorld salah". Blogger di atas menambah lagi dengan perkataan 'iblis' - EkEleh!! Aku cuma tertarik dengan ayat dari Blogger UMNO diatas tu iaitu "AmenoWorld takde telor guna gambar bini bagi kaburkan identiti".. AmenoWorld takde telor??? hmmm... kah..kah..kah.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya... Ameno world!! betoika hang tak ada telur? |
Debat Saifuddin dengn Salahuddin tak ada faedah Ali Alhabshee kata? Posted: 19 Jun 2012 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno, Selasa, diminta menetapkan garis panduan kepada mana-mana anggota parti yang ingin berdebat dengan pembangkang bagi menjamin etika dan dasar parti tidak dipersenda dan dibahaskan di khalayak umum secara terbuka. Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata mana-mana pemimpin UMNO yang teringin berdebat dengan wakil pembangkang sepatutnya terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada MT. "Ini bukan kerana takut kepada pembangkang, tetapi bagi menjaga kehamornian parti dan mengelakkan daripada kerajaan diperlekehkan secara terbuka oleh pembangkang," katanya dalam laman web www.umnobahagiancheras.blogspot Beliau berkata apabila berlaku perdebatan mengenai pelbagai isu secara tidak langsung ia membawa imej kerajaan kerana UMNO merupakan tunjang kepada pemerintah. Katanya debat secara terbuka hanya memberi lebih ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan secara tidak berhemah. "Bayangkan, jika debat disiarkan secara langsung oleh stesen penyiaran dan disaksikan lebih 3 juta orang, pembangkang sudah pasti akan memanipulasi debat tersebut untuk kepentingan mereka," tegasnya. Secara tidak langsung kata beliau pembangkang telah berjaya menyebarkan dakyah mereka dan sedikit sebanyak mampu mencetus persepsi negatif rakyat kepada parti pemerintah. Beliau mengulas debat antara Anggota MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertajuk 'Demonstrasi Jalanan, Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi' di Shah Alam malam ini anjuran sebuah akhbar tempatan. Syed Ali berkata debat antara Saifuddin dengan Salahuddin tidak memberi banyak manfaat kepada kepentingan UMNO dan kerajaan secara keseluruhannya. Beliau berkata dalam situasi politik sekarang pemimpin UMNO sepatutnya berusaha mengemaskan jentera pilihan raya di semua peringkat daripada sengaja menonjolkan diri supaya dilihat popular. "Kadangkala dalam usaha untuk dilihat popular, dikhuatiri akan terjerat dengan perangkap yang dipasang pembangkang menerusi perdebatan tersebut," tegasnya. - BERNAMA |
'Anwar terima RM60 juta' adalah fitnah Nallakarupan - Mahkamah Tinggi Posted: 19 Jun 2012 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, pada Selasa, memutuskan bahawa Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008. Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan. Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar ganti rugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar. Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut. Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut. Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian. Dalam pembelaannya, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada di bawah perlindungan bersyarat. - BERNAMA Ini fitnah Nalla itu yang menjadi modal ramai blogger UMNO.. Didakwa terima RM60 juta "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu," katanya. |
Nazri Aziz dedahkan 4 tahun berkuasa Najib habiskan RM26Juta untuk lawatan sahaja.. Posted: 19 Jun 2012 02:19 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat. Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya. Nazri memberitahu, mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68. Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99. Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49. Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23. Nazri minggu lalu memaklumkan, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari. Nazri berkata, Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles. Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta. Selain itu, Nazri berkata, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washington untuk 'kunjungan peribadi' antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada sidang media berkata, kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi. http://www.keadilandaily.com/?p=31795 |
Video Pemimpin UMNO Perak halau rakyatnya.. Posted: 18 Jun 2012 08:40 PM PDT Ini lah wakil rakyat UMNO Perak yang pernah berkata, "kalau jumpa ular dengan keling, pukul keling dulu." Lembut gigi dari lidah bila Midah bercakap. Mungkin dia ingat tak ada orang yang merakam apa yang berlaku dan hanya blogger upahannya saja yang hadir untuk merakam majlis yang berjalan. Ini lah wakil rakyat yang berkata, "kalau jumpa ular dengan keling, pukul keling dulu." Hari sabtu lalu, Hamidah hadir disatu majlis ramah mesra dan dialog dengan penduduk tempatan berkaitan dengan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Aman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Lee Boon Chye dan Radzi Zainon . Majlis tersebut sepatutnya merupakan majlis ramah mesra dan dialog, tapi nampaknya hanya untuk mereka yang setuju dengan Umno. Sesiapa yang hendak membantah, dipersilakan balik. Walaubagaimanapun, dalam sidang medianya, Hamidah menuduh Lee Boon Chye dan Radzi datang untuk mengacau majlis tersebut. Lihat sendiri video yang dikeluarkan oleh Sungairapatonline, iaitu saluran Youtube Hamidah. Sumber : Media Perak |
Anak Shamsidar Senyum Kepada Anwar...Kenapa? Posted: 18 Jun 2012 05:00 PM PDT Nampaknya.. sebagaimana keringnya idea pemimpin UMNO untuk menyerang pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DS Anwar Ibrahim, begitulah juga keringnya idea pencacai UMNO untuk menyerang DS Anwar Ibrahim. Jika pemimpin UMNO kebelakangan ini terpaksa mengerah SPRM untuk menyiasat semula dakwaan-dakwaan rasuah yang telah dibuktikan tiada kes, yang melibatkan Azmin, Anwar dan terbaru semalam TG Nik Aziz.. Blogger upahan UMNO pula terpaksa menggunakan apa saja untuk dijadikan sebagai isu, malah senyuman yang dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat juga mahu dijadukan isu. Dan blogger upahan UMNO ini telah menjadikan senyuman anak Azmin kepada Anwar sebagai satu tanda tanya seolah-olah ianya satu permasalahan yang amat berat untuk dirungkaikan. Lebih berat dari segala masaalah yang ditanggung oleh Najib sendiri.. Blogger UMNO yang mana satu punya kerja? kalau nak tahu korang tengok kat Ameno World.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan