Anak Sungai Derhaka |
- Muhyiddin umum bina 250 rumah kos sederhana.. tapi Kerajaan PR Pulau Pinang dah bina 11,596 buah rumah..
- Terdesaknya UMNO/BN nak memenangi hati pengundi Cina... tengok apa Muhyiddin umum di Penang ni..
- Scandal Scorpene: Sapina pertama telah dikeluarkan semalam..
- Rezeki Zamil mencurah-curah selepas meninggalkan perjuangan sia-sia Anwar Ibrahim?
- PRU13 selepas Aidilfitri?
Posted: 16 Jun 2012 06:29 AM PDT Ada pencacai UMNO yang menulis tindakan Muhyiddin yang memngumumkan untuk membina sejumlah 250 buah rumah kos sederhana di Pulau Pinang meresahkan pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Nak kata yang menulis tu bodoh.. rasanya taklah bodoh sangat dia tu pasal dia Doktor.. Kalau setakat nak bina 250 buah rumah kos sederhana tu.. aku rasa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak kisah langsung pasal sejak dari mengambil alih pemerintahan pada 2008 hingga kini sudah 11,596 buah rumah telah dibina. Rumah-rumah tersebut berharga antara RM42,000 (kos rendah) dan RM72,500 (kos sederhana) - sila baca sepenuhnya di ( SINI ) Lagipun.. kalau projek yang akan dilaksanakan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).. dah tahu dah siapa yang bakal memiliki rumah tersebut.. Majoriti rumah akan dimiliki oleh pemimpin UMNO atau kroninya.. contoh terbaik ialah Pusat Komersial Permatang Pauh.. majoriti kedai dimiliki oleh samada pemimpin ataupun kroni pemimpin UMNO. Aku tak pasti siapa punya kroni.. pasal Ariff Shah kata Datuk Jalil.. Datuk Jalil pula kata kroni Ariff Shah..yang aku pasti ialah Kroni UMNO. Dimiliki oleh mereka kemudiannya disewakan kepada peniaga.. Tentang rumah kos sederhana yang diumumkan oleh Muhyiddin tu.. pencacai-pencacai UMNO tak perlu nak banggalah.. pasal korang cuma bakal jadi penyewa saja.. Sebabnya pemiliknya sudah tentu pemimpin UMNO atau Kroninya.. Bagaimanapun, tindakan Muhyiddin mengumumkan untuk memberikan RM10,000 untuk setiap NGOyang hadir ke Majlisnya di Pulau Pinang sudah tentu memberi kelegaan buat NGO-NGO. Terutamanya seseorang dari sebuah NGO yang kini dikejar ceti, hingga membuatnya takut untuk mengepalai demo lagi.. Laporan berkaitan... Muhyiddin umum bina 250 rumah kos sederhana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pusat merancang untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak, dalam usaha membantu mengatasi masalah perumahan di Pulau Pinang. Beliau berkata Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenal pasti kawasan berkenaan dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. "Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar, dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah. Kita akan atasi masalah ini kerana ia perlukan penyelesaian segera. "Selain itu, saya juga arahkan ICU untuk mencari tapak-tapak yang sesuai dan binalah rumah, buat perancangan yang teliti," katanya pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Kira-kira 6,000 orang daripada 60 NGO hadir pada perjumpaan itu. Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung masalah perumahan di Pulau Pinang serta rungutan golongan bumiputera yang tidak berkemampuan memiliki rumah kerana harga yang terlalu mahal. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin BN negeri. Timbalan Perdana Menteri juga menyeru agar NGO Melayu di Pulau Pinang bersatu bagi memperkasa golongan bumiputera di negeri ini untuk terus kukuh dan tidak berpecah belah. "Yang penting ialah perpaduan kita, Melayu Pulau Pinang tidak boleh berpecah, pimpinan NGO inilah yang akan menjadi pengikat, kita tidak boleh bercerai berai...bersatu teguh bercerai roboh...," katanya Oleh itu, beliau berkata kerajaan pusat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO atau persatuan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersesuaian dengan lebih berkesan. "Saya beri RM10,000 untuk setiap NGO yang hadir pada hari ini, saya harap ia dapat laksanakan dalam tempoh segera," katanya. Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa kerajaan persekutuan terus komited membantu rakyat agar dapat sama-sama menikmati faedah yang diperoleh hasil daripada tranformasi yang dilaksanakan kerajaan. "Kerajaan mengambil serius kemahuan rakyat, apa lagi yang rakyat mahukan, kerajaan persekutuan memang membantu dan apa yang diutamakan ialah soal pendidikan, akan-anak kita tidak boleh diabaikan.. jangan sampai terbiar dan tercicir tidak pergi ke sekolah. "Saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selalu turun padang dan setiap minggu kami berdua berbincang kemudian dibawa ke kabinet untuk diputuskan bentuk bantuan yang akan diberi kepada rakyat sebagai memenuhikehendak dan keperluan mereka," katanya. - Bernama | ||
Terdesaknya UMNO/BN nak memenangi hati pengundi Cina... tengok apa Muhyiddin umum di Penang ni.. Posted: 16 Jun 2012 04:55 AM PDT Terdesaknya UMNO/BN nak memenangi hati bagi mendapatkan undi dari masyarakat Cina.. Najib umumkan kerajaan China meminjamkan? kepada Malaysia dua ekor Panda kerana mereka percaya kepada kerajaan Malaysia kononnya.. Oleh kerana Kerajaan China percayakan Kerajaan Malaysia, maka Najib harap masyarakat Cina di Malaysia begitu juga... Dan semalam, Kerajaan UMNO/BN telah menjemput anggota-anggota Parti Komunis China untuk melawat Malaysia sedangkan bila masa kata dia Mat Sabu sokong Mat Indera dulu.. riuh rendah pemimpin dan juga pencacai UMNO membantah dan mengutuk Mat Sabu.. Dan hari ini pula Muhyiddin berkata Kerajaan akan semak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina sedangkan dulu dia sendiri yang berkata kerajaan persekutuan tidak akan menyemak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina berhubung pembinaan sekolah baru. TPM buat 'U-turn' berhubung sekolah persendirian Cina Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat 'U-turn' berkaitan keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak menyemak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina berhubung pembinaan sekolah baru. Bercakap sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Muhyiddin berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan perdana menteri, anggota kabinet dan MCA, dan memperolehi cadangan untuk menyelesaikan isu tersebut. Beliau berkata tidak ada gunanya menyalahkan MCA atau dirinya, atau mempolitikkan isu tersebut secara meluas. Apa yang lebih penting ialah masa depan kanak-kanak, sama ada kerajaan boleh menyediakan tempat untuk mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pekerja di Western Digital di Pulau Pinang hari ini. Timbalan perdana menteri berkata, pihaknya mempunyai formula untuk menyelesaikan isu tersebut, dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenainya kemudian. Baru-baru ini, beliau yang juga menteri pendidikan berkata, wujud persefahaman bahawa sekolah berkenaan akan dibenarkan kekal, tetapi tanpa pertambahan jumlahnya. Menurutnya, sekolah-sekolah tersebut adalah hasil perjanjian yang dicapai antara kerajaan dan pendidik Cina semasa penguatkuasaan Akta Pendidikan pada tahun 1960-an. Malaysiakini | ||
Scandal Scorpene: Sapina pertama telah dikeluarkan semalam.. Posted: 15 Jun 2012 11:47 PM PDT Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram. "Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu. Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan. Sebelum ini Jalan Pulang melaporkan.. Igauan yang melanda lapan individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah kapal selam kelas Scorpene kini semakin nyata! Peguam Perancis yang dilantik SUARAM, William Bourdon menelefon Cynthia Gabriel memaklumkan satu berita gembira, malam tadi! Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram. "Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu. Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan. Jasbir merupakan orang kanan di syarikat Perimekar, yang sebenarnya hanyalah sebuah agensi pelancongan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah tidak ada langsung pengalaman dan kepakaran dalam bidang ketenteraan. Selain Perimekar, satu lagi syarikat yang diperbadankan di Hong Kong, Terasasi Pte Ltd yang dimiliki Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda mempunyai kaitan dengan Perimekar menurut kertas siasatan pendakwaraya Perancis, sejumlah EUR36 juta (RM114 juta) disalurkan ke dalam akaunnya melalu Macau. Tujuh lagi individu yang terbabit selain Jasbir adalah Najib Altantuya sendiri yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Razak Baginda, Lodin Wok Kamaruddin, bapa Altantuya, Setev Shaaribuu, Menteri Pertahanan sekarang Zahid Hamidi, penyiasat persendirian yang kini lari ke India, P Balasubramaniam dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Skandal kapal selam ini mencetuskan huru hara politik negara apabila perdana menteri sendiri terbabit dalam skandal paling memalukan dalam sejarah negara apabila ia dikaitkan dengan sekurang-kurangnya enam negara iaitu Perancis, Hong Kong, Sepanyol, Macau, Malta dan Pakistan selain Malaysia sendiri. Ia juga ada kaitan dengan pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 yang menuntut komisennya sebanyak USD500 ribu (RM1.8 juta) sebaik rundingan dan perjanjian jual beli kapal selam bernilai EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) selesai pada 2005. | ||
Rezeki Zamil mencurah-curah selepas meninggalkan perjuangan sia-sia Anwar Ibrahim? Posted: 15 Jun 2012 09:38 PM PDT Sehari dua ni, kecoh dengan cerita si Zamil ni, beliau dikatakan telah menjadi agent untuk memujuk dan membawa keluar MP-MP dari dari Pakatan Rakyat dan beliau sendiri telah mengakui perkara ini. Perkara ini bukanlah satu berita baru buat kebanyakkan penggerak-penggerak PKR yang berada di Utara Semenanjung ini, ianya bolehlah dikatakan sebagai cerita lama.. Cuma setelah Khalid Samad menimbulkan isu ini disertakan dengan video, barulah pemimpin-pemimpin PKR membawa isu ini, dulu semua buat bodoh saja... Zamil suatu masa dulu hanyalah seorang penjual burger, beliau juga pernah ditahan di Pulau Jerejak kerana ada kes yang melibatkan dadaha.. meninggalkan PKR bersama-sama Ezam. Ketika bersama PKR hanya memiliki Proton Satria tetapi setelah keluar PKR memandu 'S-Class' dan dirumahnya juga terdapat sebuah Roll Royce. Roll Royce ini dengar ceritanya dari seorang pemimpin UMNO Kedah.. dia bagi free saja.. Selain Pak Lah, Najib juga pernah dikhabarkan berjumpa dengan dia.. Walaupun si Zamil ini dari AMK, apa yang hebatnya ialah dalam usia yang muda beliau mampu memujuk pemimpin-pemimpin PKR yang jauh lebih tua dari dirinya untuk keluar PKR. Jika hanya Zamil dipersalahkan kerana membawa keluar MP-MP dari Pakatan Rakyat.. itu bukanlah satu langkah bijak.. kerana beliau hanya menjalankan tugasnya seperti yang telah diamanahkan oleh mereka dari sebelah sana.. Bak kata pepatah.. bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..lagipun.. tak akan ada tawaran kalau tak ada permintaan.. Kesalahan juga terletak dibahu MP-MP dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR sendiri yang punya maruah yang boleh dijual beli.. sama taraf dengan pelacur.. Kesalahan juga terletak dibahu pihak atasan yang lebih percaya kepada individu yang punya kehebatan membodek.. Kesalahan juga terletak dibahu pihak atasan yang tidak mahu mempedulikan nama-nama yang diketengahkan sebagai calon oleh pihak dari akar umbi... Baca artikel yang dipetik dari blog pencacai UMNO ni.. lihat apa Zamil dapat dari UMNO setelah keluar PKR.. lain-lain pemimpin PKR yang teringin menikmati kekayaan macam si Zamil ni.. ikutlah jejak dia..silakan... Rezeki Beliau Semakin Mencurah Curah Selepas Tinggalkan Perjuangan Sia Sia Anwar Ibrahim
Kebetulan pula, Bilik Gerakan utama Penerangan UMNO-BN dan tempat penginapan petugas-petugas yang terletak di Sungai Petani terlalu berhampiran dengan kediaman sahabat lama Ezam, yang dimaksudkan adalah Zamil Bin Ibrahim, bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Kedah dan jawatannya yang terakhir sebelum meninggalkan PKR, beliau merupakan Pengarah Strategik Pilihanraya 2008 PKR Bahagian Merbok. Ezam bersama rombongannya telah diundang makan tengahari sebelum mereka berangkat menuju ke Bukit Gantang meneruskan tugas membantu kempen pilihanraya disana pula. Zamil Bin Ibrahim mengambil keputusan untuk tinggalkan parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau yakin bahawa Anwar adalah PEMBOHONG Nombor Satu Negara Malaysia. Upacara khas meninggalkan PKR pernah diadakan oleh Zamil bersama sama ratusan ahli ahli parti itu di Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani pada 24 Ogos 2008. " setelah saya tinggalkan perjuangan sia sia Anwar Ibrahim, lebih banyak masa dapat difokuskan kepada perniagaan saya, dan alhamdulillah dengan izin Allah swt, rezeki semakin mencurah curah hasil kerja kuat saya sekeluarga…" jelas Zamil yang memulakan cerita. " waktu dulu selama 10 tahun, terlalu banyak masa saya dan rakan rakan habiskan untuk parti, sehinggakan pernaigaan saya terabai dan tidak dapat diuruskan dengan baik.." kata Zamil sambil menunjukkan beberapa album foto simpanannya bersama Keadilan. Tambah beliau lagi " akhirnya apabila Anwar sihat wal-afiat, dia kembali kepada perangai buruk lamanya, mengamalkan kronisme dan nepostime, padahal dia yang suruh kita serang kerajaan kata dasar pentadbiran kerajaan kununnya tak betul…" Menurut Zamil, ramai ahli ahli dan pemimpin Keadilan yang menjadi mangsa dan malah ada yang merengkuk kesusahan seperti hilang mata pencarian, tergadai harta benda, terputus hubungan keluarga sepanjang tempoh memperjuangkan pembebasan Anwar suatu ketika dahulu, namun apabila keadaan parti PKR semakin kuat, Anwar hanya membantu beberapa kerat orang orang yang "terpilih" sahaja. " Anwar ni pembohong! Kalau dia kata dia nak tolong golongan bawahan yang susah seperti nelayan, petani dan sebagainya…, jangan nak temberang lah! Suruh Anwar pergi jengok nasib ramai pejuang pejuang reformasi yang sekarang hidup susah sebab terlibat dengan pejuangan nak membebaskan dia dulu…" tegas Zamil. Kini kehidupan Zamil lebih banyak menghabiskan waktu dengan urusan perniagaannya yang berkembang begitu pesat sekali sehingga beliau kerap juga berada dibeberapa negara rantau Asean seperti Thailand, Myanmar dan Indonesia. Namun begitu sikapnya yang merendah diri dan tidak pernah lupa zaman kesusahan membuatkan beliau amat disenangi dikalangan teman teman terutamanya yang seangakatan dengan era reformasi bersama Pemuda Keadilan. Diakhir perbualan dengan Blogmaster, Zamil berpesan " kalau kita nak berjaya dalam hidup ini perlulah amalkan tiga [3] perkara iaitu; Sembahyang jangan sesekali kita tinggal, Kenalah rajin membaca agar luas ilmu pengetahuan kita, Kepada anak anak kita haruslah kita pastikan jangan sesekali ponteng sekolah…., insya allah boleh berjaya macam saya…" Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip sedang berposing bersama kereta Rolls Royce kesayangan Zamil Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya setelah selesai makan tengahari bersama teman teman yang lain Motosikal berkuasa tinggi Gold Wing Honda milik Zamil ini telah mencuri perhatian Ezam dan teman teman, nombor pendaftaran 56 membawa maksud rukun islam dan rukun iman, jelas pemiliknya... Zamil bersalaman dengan tetamu tetamu sebelum mereka meninggalkan perkarangan banglo mewahnya dan meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang… Sumber : Medan Info Kita | ||
Posted: 15 Jun 2012 07:04 PM PDT SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat 'terpaksa' dilupakan banyak pihak. Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihan raya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian. Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari. "Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan)," kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan. Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini. Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini. "Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian," katanya. Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian. SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan. Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu. Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkan pada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya. Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang. "Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen)," kata Wan Ahmad lagi. Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi. "Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa 'keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri," katanya lagi. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen "adalah keputusan politik" yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambil kira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai. "Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya. Tiada halangan kepada Perdana Menteri dalam undang-undang," katanya lagi. "Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan," kata Ahli Parlimen ini. Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, "satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan." "Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan