Selasa, 5 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tarian K-Pop di Bertam Nite: Penjelasan dari Pengarah KADUN, Penyelaras KADUN dan juga Calon ADUN Bertam..

Posted: 05 Jun 2012 08:50 AM PDT


Setelah diasak melalui SMS dan panggilan talipon supaya menjawab tentang isu 'K-Pop' di 'Bertam Nite' anjuran jentera pilihanraya PKR dan PR Bertam, akhirnya aku terpaksa mendapatkan penjelasan 3 orang yang terlibat secara langsung.

Sedikit berkenaan 'Bertam Nite'.. tujuan ianya diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat kawasan Bertam.

Aturcara yang telah ditetapkan ialah Bacaan doa selamat, Ucapan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir serta tarian tradisi tiga bangsa yang utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang akan dipersembahkan ketika jamuan sedang berlangsung.

Itu adalah aturcara yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua AJK Program yang terdiri dari wakil-wakil parti yang membentuk Pakatan Rakyat menurut Saudara Izmir yang merupakan Pengarah Program yang juga merupakan Pengarah KADUN Bertam.



Tarian yang telah dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding pada awal persembahan adalah seperti yang dijanjikan tetapi pada slot yang kedua (lihat video di bawah) bukanlah seperti apa yang telah dipersetujui dalam tiga kali mesyuarat program kerana ianya bukanlah mencerminkan budaya sebarang kaum di Malaysia.


Beliau teragak-agak untuk menghentikan tarian tersebut kerana khuatir akan menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Melayu yang bukan berugama Islam yang telah hadir dalam 'Bertam Nite' tersebut.

Kerana yang hadir dalam Majlis tersebut telah membayar untuk berada di Majlis makan malam itu dengan membeli meja.

Bagaimanapun tarian tersebut telah dihentikan setelah mendapat arahan dari Tuan Haji Johari Kassim iaitu individu yang bakal diletakkan sebagai Calon PKR bagi DUN Bertam dalam PRU ke 13 ini.

Tuan Haji Johari Kassim (tengah)
Dari apa yang dijelaskan oleh Tuan Johari Kassim, beliau terkejut dengan apa yang dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding sdn bhd kerana tidak langsung dimaklumkan akan adanya tarian sebegitu akan dipersembahkan dalam majlis itu oleh pihak penaja.

Menurut Tuan Haji Johari, individu yang mahu menaja persembahan tersebut bukanlah diminta untuk menaja tetapi individu tersebut yang telah bersungguh mahu menaja. Yakin dengan keikhlasan individu tersebut beliau meneriam tawaran dari individu dari Public Pavilion Holding sdn bhd itu.

(Yang ni dia tak bagi aku tulis..he..he.. tapi aku tulis jugak.. dia tahu lelaki yang mahu menaja persembahan ini adalah antara individu yang paling kuat menentang dirinya dicalonkan di Bertam oleh PKR, tapi kerana percaya mungkin individu tersebut sudah berubah kini dan boleh menerimanya di Bertam beliau terima tawaran tajaan itu)

Setelah tarian dihentikan Haji Johari telah naik ke pentas bagi memohon maaf bagi pihak penganjur atas tarian yang tidak sepatutnya dipersembahkan di situ pada malam itu.

Dan beliau juga telah meminta pihak penaja menukar persembahan kumpulan yang ditaja mereka itu.

Penyelaras KADUN Bertam, Saudara Asrol juga memberikan jawapan yang sama iaitu tarian tersebut bukanlah antara tarian yang telah dijanjikan oleh pihak penaja.

Ianya diadakan selepas tarian pertama dipersembahkan, tarian yang pertama ialah tarian kebudayaan Melayu tapi tarian yang kedua tidak langsung melambangkan kebudayaan Cina.

Ini lagi dua penjelasan


Rentetan dari kejadian ini satu sidang media akan diadakan esok bagi menjelaskan keadaan..

Kenyataan Rasmi dari pihak PKR Bertam dan Penganjur Program BERTAM NITE ...

Satu Sidang Akbar DAN Sidang Video akan diadakan bagi menjawab dan memberi penjelasan atas isu "BERTAM NITE 2012"

TARIKH : 6 JUN 2012 (RABU).

MASA : JAM 5.00 PETANG.

TEMPAT : PEJABAT PENYELARAS KADUN BERTAM
(BILIK GERAKAN PKR BERTAM) 1320,
TINGKAT DUA, TAMAN SEPAKAT,
JALAN BUTTERWORTH,
13200. KEPALA BATAS, PULAU PINANG. (BERSEBELAHAN AFFIN BANK KEPALA BATAS).

SEMUA WARTAWAN, BLOGER-BLOGER, PARA FB TEGAR DAN PENGGUNA MEDIA BARU DIJEMPUT HADIR .

SEKIAN, TERIMA KASIH.

688 Ahli PAS sertai UMNO?.. satu lagi pembohongan UMNO rupanya...

Posted: 05 Jun 2012 05:02 AM PDT


Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.

"Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.

"Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar.

Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut.

Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya
Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

"Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya.

Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.

"Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.


Harakahdaily

Liow Tiong Lai tidak pasti siapa bayar RM24,200 untuk WWW 15.. (Ful Report)

Posted: 05 Jun 2012 02:12 AM PDT


Seronoknya jadi Menteri ya… RM24,200 yang dibayar untuk mendapatkan nombor kenderaan WWW 15 pun tidak pasti dibayar oleh siapa..

Mungkin ramai yang tolong membayar segala keperluannya sebab itulah beliau tidak pasti siapa yang begitu murah hati membayar RM24,000 buat dirinya..

Baca laporan dibawah dan lihat betapa gelabahnya beliau cuba untuk mempertahankan tindakannya itu..

Menteri elak terus terang isu no plat RM24,200

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilihat enggan menjawab secara langsung berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW15 bernilai RM24,200 baru-baru ini walaupun diasak hebat pemberita.
 
Melihat perkara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tampil mencelah dengan berkata, wang berkaitan hanya "dari tangan kanan kiri kepada tangan kanan" apabila semua wang yang menjadi dana kerajaan disatukan daripada semua kementerian.
 
Liow semalam mempertahankan bidaan itu dengan berkata kementeriannya mengganti kereta rasmi, sekali gus memerlukan nombor pendaftaran baru.
 
Bagaimanapun, awal pagi ini, Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru.
 
Berikut sedutan dialog Liow dengan pemberita dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur:

WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta?

LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran.

Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini.

WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya?

LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ.

WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya?

LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ.

WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak bayar bidaan untuk...

LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali.

WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan?

LIOW: Ya.


Here are the full report...

Liow fumbles over number-plate queries

Health Minister Liow Tiong Lai was today overwhelmed by a barrage of questions over his RM24,200 bid for the WWW15 vehicle number-plate, which at times left him fumbling for answers.

During a press conference at the MCA headquarters in Kuala Lumpur, Liow said he was unsure who had forked out the money, but was certain that his ministry did not foot the bill.

While claiming that he did not place importance on specific digits, he struggled for answers when asked why such large sum of money was spent for the number-plate.

He skirted the question and said he did not know what the cost was when the bid was made.

Liow repeatedly stressed his "eligibility" as a minister to obtain such number-plates and that his officers and Road Transportation Department (JPJ) officers had handled the matter.

Occasionally, MCA president Dr Chua Soi Lek had to step in to assist his deputy, explaining that the money was just going "from the left hand to the right hand" as all the money goes to a government consolidated fund from all ministries.

Liow yesterday defended the bid, saying his ministry was replacing his official car and there was a need for a new number-plate.

Earlier today, Chinese newspaper Sin Chew Daily had quoted an unnamed officer as saying that the Treasury has never allocated any funds for ministers to submit bids for a number-plate for their official cars.

Excerpts of dialogue between Liow and reporters follows.

Journalist: Who paid the bid for the car plate number?

Liow: I mentioned yesterday that this is a government official car, and so ministers are eligible to have one number plate, so the process is official.

We are just going through the office and applying to the JPJ. JPJ is the one who process the application.

Journalist: Is the ministry paying for the cost? Who paid for the cost?

Liow: No. No. It's all up to JPJ to handle this, we leave it to JPJ

Journalist: But who paid for the cost, I know the process is handled by JPJ but who paid for the cost?

Liow: I got to check, I'm not sure, it's under JPJ.

Journalist: That means you didn't pay to bid for that particular -

Liow: Like I said ministers are eligible for one number, so I didn't exercise the option earlier, so since my ministry is changing the car, so they just changed it.

Journalist: So you are saying your officer handled it?

Liow: Yes.

Chua: Usually this option is given to members of the administration both at state and federal ones. So when you are in exco, you are entitled to officially bid for a number, or the state government will give you a number.

Journalist: Does that mean that when you are allowed to bid, you have to use your own money to bid?

Chua: No, the government allows you to allocate you a number, you can ask for a number. Of course you cannot go and bid number one lah.

Journalist: I'm referring to a Sin Chew report today, they interviewed an official from the Ministry of Finance, they said there is no such allocation for ministry -

Liow: There's no need for allocation, it's the eligibility of the minister. There's no need for allocation at all.

But numbers to me are not important, I think most important is the service to people. For us it is more important to carry out work efficiently.

Any number, I'm using (inaudible) any my car is using any number can use the car, it's not important to me. So doesn't matter whether I get the 15, or 200, or 1,000. It doesn't matter to me. More important thing is the official car and we can use the car to serve the people.

Journalist: Why use your own name to bid?

Liow: Well I'm the minister of health...

Journalist: Is that a normal practice?

Liow: It's a normal practice, yes, maybe it creates a lot of confusion, it's better that I clarify and let the public know.

Journalist: Was it worth it to use RM20,000 to bid a plate number
Liow: No because we do not know the cost. For me when I applied we did not know the cost. It just happened that I need the numbers, I need the car that's all. I did not know the cost.

Journalist: But normally when we bid we need to pay to bid, right?

Liow: No, as explained earlier, this is the eligibility of a minister, official car, that's all. Even Lim Guan Eng also has one of this kind of official car. So every… either state of federal as explained by my president just now…

Chua: At the state level the excos are also entitled to one car, err, to a number.

Journalist: Does the number 15 mean anything special to you?

Liow: (Pauses) well, just because my grandfather is using this number (on his car). Nothing special, there's no special meaning to this number. It is just a number. That's why I said to this number, it's nothing special.

Journalist: But if its nothing special then no need to bid for the number plate -

Liow: Nothing special, I just need a number.

Journalist: Can be any number what -

Liow: [inaudible] That's why I said, it can be any number, it can be any number, so I just choose the number and that's it.

Journalist: But you don't have to spend so much money on this number if any (number) is ok.

Liow: I'm okay with any number, yes.

Journalist: But then why spend RM24,000 on this particular bid.

Liow: No, just because it just happens that I need to change the car, that's why I need a number.

Journalist: Why not retain the car number plate from the previous car?

Liow: No, they've change the new car, the old car is still there, I cannot change the number.

Chua: Those are official cars, those numbers don't belong to him actually.

Journalist: What happens to those old official cars?

Chua: Another person will use it, he cannot just transfer the number just like that.

[Questions shifts to the recent Merdeka Centre poll which revealed that the approval rating for Prime Minister Najib Abdul Razak had dipped, because of a plunge in Chinese support]

Journalist: Back to the car plate number, some processes to clarify. What you are trying to say is if you buy a new car, you must bid for a new car plate number, you cannot use an old car plate number for a new car...

Liow: Because that's old official car, I... umm, I'm, I'm…

Chua: You must understand, when it's a ministry car, the car does not belong to him, you understand or not?

Journalist: Now that the number has been allocated, the RM24,200 comes from the ministry?

Liow: No no no, not allocated by ministry.

Journalist:Then where does it come from?

Chua: This is a question of the money from the left hand going to the right hand. Because all money goes to the government consolidated fund from any ministry.

Journalist: So you're saying its just one ministry to another department?

Chua: Ahh... it's just left hand to right to be honest.

Journalist: Can I say number 15 is your favourite number?

Liow: I said earlier any number will do, I have no specific numbers. It just happened that I choose 15 it doesn't mean that it's the favourite numbers.


Malaysiakini

Tiada peruntukan untuk menteri 'beli' nombor kata Kem. Kewangan.. jadi Liow Tiong Lai.. lu angkat duit siapa?

Posted: 04 Jun 2012 10:26 PM PDT


Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan tiada peruntukan ditetapkan kepada menteri untuk membida nombor pendaftaran bagi kenderaan rasmi mereka.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini memetik kenyataan seorang pegawai kementerian yang tidak dinamakan, bahawa kementerian itu tidak pernah menetapkan peruntukan untuk tujuan seperti itu.

Pegawai berkenaan ditanya mengenai penjelasan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam, bahawa bidaan RM24,200 untuk nombor "WWW 15" itu adalah untuk kenderaan rasmi menteri berkenaan.

Liow juga menjelaskan bahawa bidaan itu dibuat oleh pegawainya, namun mengelak apabila ditanya siapa yang menanggung bayaran RM24,200 itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas menteri Tan Sri Fong Chan Onn mendakwa setiap menteri diperuntukkan satu nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi mereka.

Bekas naib presiden MCA itu juga mendedahkan, tiada harga siling ditetapkan untuk nombor pendaftaran tersebut kerana ia disediakan secara percuma oleh kerajaan. - Malaysiakini

Laporan berkaitan..

Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.
Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.

"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.

Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.

"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.

Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.

"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.

"Inikah mentaliti menteri yang ada?

"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi. - Harakahdaily

Pemuja Mahathir rupanya Proffesor ni.. patutlah dia kata TG Nik Aziz amal gaya hidup Iblis.....

Posted: 04 Jun 2012 08:30 PM PDT


Ramai yang marah dah terkejut bila melihat sebuah clip video yang dimuat naik dalam Youtube yang memaparkan seorang Proffesor melemparkan tuduhan bahawa TG Nik Azizmengamalkan gaya hidup Iblis.

Entah apa yang merasuk Proffesor ini tak tahulah pulak aku hinggakan beliau sanggup melemparkan tuduhan sebegitu terhadap TG Nik Aziz.

Alasannya ialah Rasulullah S.A.W mengajak manusia kepada Allah tetapi TG Nik Aziz pula mengajak manusia supaya bersama PAS.

Video sila lihat di ( SINI )

Tindakannya yang memburukkan TG Nik Aziz itu juga membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Proffessor ini dan mengapa beliau tergamak memburukkan TG Nik Aziz sedemikian rupa..

Baca sebahagian dari tulisan MSO ini dan ketahui siapa Proffesor gila ini...

Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia.

Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah.

Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis?

Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian.  Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu.

Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala hotak juga mula dihinggap penyakit birat mulut.

Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/)

Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad.



Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila.

BN dalam bahaya kerana salah akidah - TG Nik Aziz

Posted: 04 Jun 2012 06:44 PM PDT


PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.

Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

"Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris," katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.

Namun katanya, jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang.

Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata, politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz enggan mengulas mengenai kesudian anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mahu bertanding dalam PRU13.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan akan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Nik Abduh, di masa yang sesuai.

Dalam kenyataan hujung minggu lalu, Nik Abduh berkata beliau menunggu restu daripada ayahnya sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.

Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.


Sinar Harian

UMNO/BN ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan - Penganalisis Politik UUM

Posted: 04 Jun 2012 05:00 PM PDT


Dua bulan lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.

Semalam, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN.

Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.

Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13. Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya.

Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.

Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.

"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.

Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.

"BN tidak boleh lepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.

"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.

Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.

"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.

Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali.

Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."

"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.

Itu matlamat mereka. Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU.

Sinar Harian

Tiada ulasan: