Anak Sungai Derhaka |
- Kosmo mempersendakan WWW1.. Tak mahu diharamkan dari dijual di Johor ke? (Video Inside)
- UMNO jual geran tanah RM24,000 tapi Pakatan jual cuma RM1,000
- Rakyat ditipu dengan subsidi petrol?
- Pembangkang mungkin cetus huru hara kata Hishamuddin
- Ribuan juga hadir dalam Merdeka Rakyat di Permatang Pauh (Gambar)
Kosmo mempersendakan WWW1.. Tak mahu diharamkan dari dijual di Johor ke? (Video Inside) Posted: 04 Jun 2012 07:49 AM PDT Mana NGO Gabungan Bertindak Rakyat Johor yang berarak bagi menyerahkan memorandum membantah kenyataan DS Nizar? Kosmo juga mempersendakan WWW1 ni.. tak nak buat demo haramkan Kosmo di Johor pulak ke? Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam. Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang. Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan 'Daulat Tuanku' dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral. Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah. Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu. Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Sinar Harian Apa komen Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al Hiss.. |
UMNO jual geran tanah RM24,000 tapi Pakatan jual cuma RM1,000 Posted: 04 Jun 2012 04:52 AM PDT Kenapa agaknya ketika Selangor dikuasai oleh UMNO/BN dulu penduduk Kampung ini perlu membayar sehingga RM24,000 bagi mendapatkan geran tanah.. tetapi kini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mereka hanya perlu membayar RM1,000 sahaja? Inikah yang dimaksudkan dengan membela nasib Melayu oleh pemimpin UMNO? Hinggakan untuk mengeluarkan sekeping geran tanahpun mereka sanggup memeras orang-orang Melayu.. Harga Geran Tanah Umno-BN : RM24,000 Harga Pakatan : RM1,000 Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah. Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun. Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor. Ketua kampung, Osman Badaie, 65, berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini. Melalui "Skim Hakmilik Persendirian", kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000. Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing. "Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami. "Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai," katanya ketika ditemui. Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri. Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan. Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir. "Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri." Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu. Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang amat bermakna untuk seluruh keluarganya. Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu. "Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain. "Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira. "Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami," katanya. Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas. Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah. Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok. Selangorku |
Rakyat ditipu dengan subsidi petrol? Posted: 04 Jun 2012 03:03 AM PDT Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90). Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter. Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90! Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti! Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45). Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi! Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani? Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya.. Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib) Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat! Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!" Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol. - Marhaen |
Pembangkang mungkin cetus huru hara kata Hishamuddin Posted: 04 Jun 2012 12:53 AM PDT Adakah Hishamuddin memberikan amaran kepada kita??.. yalah.. jika ditakdirkan UMNO/BN tumbang dalam pilihanraya ke 13 ini mereka akan menjadi pembangkang.. Dan Hishamuddin pula berkata pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya ini.. Hishammuddin: Pembangkang mungkin cetus huru hara KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13. "Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru-harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini. Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini. Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun memberi jaminan kementeriannya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku dan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada demi menjaga keselamatan awam. Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihanraya umum akan datang. - Bernama |
Ribuan juga hadir dalam Merdeka Rakyat di Permatang Pauh (Gambar) Posted: 03 Jun 2012 05:00 PM PDT Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu pada 3 June 2012. Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis. Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa , beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis. Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR, pada 3 hb yang lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis. TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini. Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional. Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan.. Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0. Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut. Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah,Sdr. Raymond Ahuar yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul. Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan 'Hijau Menuju Putrajaya' yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya. Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO. Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat. Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PHd dari bangsa Murut. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap. Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang. Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman. Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan.. Penceramah utama DS Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini. Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula. Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini. DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka. Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat. Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan