Anak Sungai Derhaka |
- Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajjal kata Prof Dr Nasoha
- Jangan biarkan Pakatan Rakyat jahanamkan negara kata Muhyiddin
- Ramai bengang RM10 Juta untuk Himpunan Belia..
- Bodohnya kenyataan MB ni.. siapa yang lantik dia jadi MB ni??
Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajjal kata Prof Dr Nasoha Posted: 03 Jun 2012 07:50 AM PDT Inilah yang terjadi apabila seseorang yang kurang jelas atau tidak faham langsung apa yang hendak diulasnya mengulas perkara tersebut.. Menurut Prof ini gaya hidup yang diamalkan oleh TG Nik Aziz adalah gaya hidup Syaitan, Iblis dan Dajjal kerana beliau (TG Nik Aziz) mengajak manusia kepada lain kepada Allah.. Kalau begitu.. Najib pulak gaya hidup apa? |
Jangan biarkan Pakatan Rakyat jahanamkan negara kata Muhyiddin Posted: 03 Jun 2012 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut. Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut. "Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini. "Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi. Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN. "Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita. "Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN," tambahnya. Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR. "Kita jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang. "Sebab itu kerajaan "walk the talk". Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya tahu "talk and walk," tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan dan kestabilan seperti sekarang. "PR sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan bimbang. Kita perlu pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun," tegasnya lagi. Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0. "Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi," tegasnya lagi. Dalam perhimpunan hari ini, turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN KL, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga wakil pemimpin-pemimpin parti komponen BN. The Malaysian Insider |
Ramai bengang RM10 Juta untuk Himpunan Belia.. Posted: 03 Jun 2012 01:05 AM PDT Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini. Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook ( SINI ), akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk 'pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.' Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop. "Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata. Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut," tulis laporan tersebut. The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok. "Adakah ia dibuat daripada emas?" soal beliau. Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan. "Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan," kata Roslan. Roslan berkata jumlah yang dituntut ada "lebih rendah" daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi. Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian," kata Mohid yang dipetik The Star. Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000. Harakahdaily |
Bodohnya kenyataan MB ni.. siapa yang lantik dia jadi MB ni?? Posted: 02 Jun 2012 09:33 PM PDT Siapalah yang sokong dia ni dilantik menjadi Menteri Besar, cetek sungguh pemikirannya.. bak kata Chegu Bard.. kalau kata MB ni bodoh..Bodoh lai orang yang angkek dio jadi MB.. Katanya anggota keselamatan yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan khianat kepada negara.. sejak bila pula dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, pembangkang dianggap sebahai pengkhianat kepada negara? Bukankah dalam sebuah kerajaan yang dibentuk melalui demokrasi perlu ujud pememerintah dan pembangkang? Kalau tidak ianya bukanlan sistem demokrasi tapi sistem kuku besi.. Jika MB ini berkata yang menyokong pembangkang tu pengkhianat negara.. tak sedar kah dia bahawa gajinya itu di bayar melalui hasil cukai yang dikenakan oleh Kerajaan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik? MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada. "Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat. "Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah," katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam. Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan. Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan