Anak Sungai Derhaka |
- Jumlah sebenar dibayar kepada artis 'K-Pop' didedahkan KBS..
- Jelajah Merdeka Rakyat malam ini di Permatang Pauh.. Hadirlah beramai-ramai..
- Lautan Manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya (Gambar)
Jumlah sebenar dibayar kepada artis 'K-Pop' didedahkan KBS.. Posted: 02 Jun 2012 03:11 AM PDT Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek cuba berdolak-dalih dalam isu perbelanjaan sejumlah besar wang kepada kumpulan pop Korea yang membuat persembahan pada sambutan Hari Belia Negara 2012, kata Pemuda PAS. "Menteri bersilat lidah untuk menangkis tanggapan buruk terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," kata ketua penerangan dewan itu Riduan Mohd Nor. Beliau juga menuntut KBS menjelaskan segera jumlah sebenar wang kerajaan dan jumlah ditaja untuk persembahan tiga kumpulan Korea itu. Malaysiakini semalam melaporkan Shabery, tanpa mengesahkan jumlah perbelanjaan sebenar, berkata, bayaran besar kepada artis pop Korea bukan isu jika ia ditaja. Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada KBS, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan. 'Hiburan selera murahan' Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Riduan berkata, jika pun benar bayaran untuk persembahan itu datangnya dari penajaan, KBS sepatutnya menyalurkan wang itu untuk program yang bermanfaat kepada rakyat. "Sepatutnya wang tajaan digunakan untuk rakyat. Tetapi kini kita lihat hiburan berbentuk selera murahan disajikan untuk belia negara kita. "Adakah ini budaya yang kita ingin tinggalkan untuk belia kita?" soal Riduan. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed sebagai berkata, kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (AS$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian. "Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Agensi berita nasional juga melaporkan, KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program. "Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.04 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh ejen kepada Stadium First," beliau dipetik sebagai berkata - Malaysiakini | |||
Jelajah Merdeka Rakyat malam ini di Permatang Pauh.. Hadirlah beramai-ramai.. Posted: 01 Jun 2012 11:30 PM PDT Jelajah Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang baru - kemerdekaan rakyat. Dari sudut penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku. Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang. Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1. Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat akan datang. Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut; Oleh demikian, di atas permintaan ramai, pasukan SJMR bersedia untuk membawakan siaran langung dalam siri jelajah Merdeka Rakyat seterusnya iaitu di Pulau Pinang. Kali ini, pasukan SJMR mengambil peluang untuk menampilkan siaran berbentuk HD yang akan menghasilkan siaran lebih berkualiti berbanding kejayaan siaran sebelum ini di Pasir Gudang. Sumbangan pelbagai pihak dan individu juga sangat dialu-alukan bagi menjamin kelangsungan pada siri-siri akan datang khususnya siri Merdeka Rakyat. Selepas kejayaan bermakna di Johor, destinasi seterusnya Jelajah Merdeka Rakyat adalah seperti berikut : Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat P.Pinang Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam, Lokasi: Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh. (pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim) Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke utara semenanjung Malaysia bermula dengan Pulau Pinang. Suatu yang agak berbeza dalam isri jelajah kali ini ialah kemunculan Sdr. Raymond Ahuar, Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR. Ketua Pemuda persatuan yang mewakili ratusan ribu kaum Murut ini akan tampil menerangkan apa rasionalnya tindakan beliau dan ini akan menjadi antara indikasi penting politik nasional kerana Sabah yang semala ini menjadi 'simpanan tetap Umno' sudah berubah wajah.
Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jelajah ini akan memfokuskan semula rakyat dalam isu pokok khususnya menjelang pilihanraya umum. Sekian che'GuBard Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat | |||
Lautan Manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya (Gambar) Posted: 01 Jun 2012 09:30 AM PDT Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium. Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. - Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan