Jumaat, 29 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) - Apa Kritiria Maka 107 Sekolah Di Selangor Mendapat Keistimewaan Ini?

Posted: 28 Jun 2012 10:01 PM PDT

Menteri Wanita Negara, Najib Tun Razak menyerahkan replika cek bernilai RM2 juta kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mat Dom (sembilan kiri) sempena pelancaran Interaktif-Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (iTR1M) di Seri Perdana, Putrajaya .

PM Najib aka Menteri Wanita Negara telah melancarkan Program iTR1M Bantu Pelajar Di Selangor . Mana perginya Menteri Pelajaran Malaysia, Muhyiddin Yassin? Kenapa bukan dia yang melancarkannya?

Bukan sedikit peruntukan yang diluluskan berbanding dengan bilangan sekolah yang terlibat.Peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,'projek perintis' yang dilaksanakan di negeri Selangor akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

Apa?'Projek perintis' kepala hotak dia! Perlu diingat, bahawa tuisyen secara percuma pernah dilaksanakan di seluruh negara sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dahulu sebelum ianya dimansuhkan pada 2009.

Menurut Alimuddin,"Program iTR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di sini Khamis.

Program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah, iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor, katanya lagi.

Seramai 350 guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Persoalannya, kenapa hanya melibatkan 107 buah sekolah dan hanya di Selangor ? Apakah hanya 107 buah sekolah tersebut sahaja yang perlu ditingkatkan prestasinya dan yang lain dibiarkan dan diabaikan?

Bukankah program iTR1M ini sepatutnya melibatkan seluruh sekolah-sekolah di Malaysia dan bukan hanya segelintir sekolah di Selangor sahaja.

Sepatutnya, kalau benar projek tersebut bertujuan untuk membantu pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini, apakah pelajar-pelajar di negeri-negeri lain selain Selangor semuanya mampu; terutamanya anak-anak Melayu di luar bandar?

Rakyat ingin tahu apakah kritiria yang membolehkan 107 buah sekolah di Selangor itu mendapat keistimewaan yang luar biasa ini?

Kita tidak mahu ianya hanya untuk menjaga kepentingan politik pihak tertentu sahaja.

Tiada ulasan: