Ahad, 24 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS Rampas Perakam Video - Polis Digesa Buat Siasatan Lanjut Ke Atas Pengadu

Posted: 24 Jun 2012 05:00 AM PDT

Laporan Polis mengenai aduan seorang pemuda Muhammad Amin Chik 31, bahawa perakam video miliknya telah dirampas petugas program ceramah adalah laporan palsu.

Laporan tersebut bertujuan memfitnah dan menggambarkan seolah-olah ceramah Pakatan Rakyat mengganggu ketenteraman awam dan bertindak ganas.

Laporan polis telah dibuat oleh Ketua PAS Cawangan Sungai Rokam, Cikgu Mohamed Ali Di IPD Ipoh keatas laporan tersebut meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut.

Beliau menggesa polis supaya melakukan siasatan lanjut ke atas pengadu, Muhammad Amin Chik kerana membuat laporan palsu tersebut.

Beliau menafikan berlakunya sebarang kejadian seumpama itu dan menyifatkan sebagai langkah terdesak Umno kerana ceramah Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan rakyat.

Dakwaan tersebut seolah-olah ada persamaan dengan berita palsu blog Sungai Rapat Online yang antara lain menulis :

Sekitar ceramah dilihat dikawal ketat oleh pengawal-pengawal Pas seolah-olah terlalu takut ceramah mereka dirakam. Sesiapa sahaja yang merakam tidak kira apa peralatan yang digunakan sama dengan telefon bimbit atau video cam nescata (nescaya) pengawal mereka akan merampas dan peralatan itu akan menjadi hak milik mereka dan tidak akan dikembalikan lagi.

Diakhir ceramah mereka akan melelong peralatan itu dengan harga yang cukup murah kononnya untuk dimasukkan dalam tabung pilihanraya.

Ketua PAS Taman Soong Choon, Zulkifli Tapsiron turut membuat laporan polis mengenai fitnah blog Sungai Rapat Online tersebut. Beliau telah menafikan tentang kebenaran laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah semata-mata. Lihat di sini

Bila Ketua Kampung Mula Menyalak...

Posted: 24 Jun 2012 01:17 AM PDT

Setelah gagal dalam cubaannya mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, Hamidah Osman @ Hamidah BP kini memperalatkan Ketua Kampung Sungai Rokam, Hj Yahya Zainuddin untuk mensabotaj majlis ceramah Pakatan Rakyat, khususnya di Kampung Sungai Rokam.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian keluaran hari ini, 24 Jun 2012, bertajuk "PR digesa hentikan ceramah," Hj Yahya mencadangkan supaya ceramah Pakatan Rakyat diadakan di tempat lapang.

Mengulas cadangan tersebut, Cikgu Mohamed Ali, selaku Ketua Cawangan PAS di situ menasihatkan Hj Yahya supaya jangan berlagak macam anjing yang akan menyalak hanya apabila disuruh oleh tuannya, Hamidah Osman @ Hamidah BP.

Menurutnya, sebelum ini, setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan ceramah, Hamidah BP akan turut mengadakan ceramah berhampiran tempat mereka dengan menghalakan pembesar suara ke arah majlis ceramah mereka bagi tujuan mengganggu.

"Kenapa perlu dia buat ceramah di luar dewan dan meletakan pembesar suara diluar pagar dewan menghala ke arah kami?" Tanya Cikgu Mohamed Ali.

"Hj Yahya sepatutnya membenarkan kami menggunakan Dewan Orang Ramai Kampung tersebut jika benar dia prihatin mengenai ketenteraman awam yang kononnya diganggu oleh ceramah-ceramah Pakatan Rakyat." Katanya lagi.

Menurut Cikgu Mohamed Ali, alasan tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa program ceramah dari Pakatan Rakyat (PR) telah menggugat keselamatan awam.

"Apa yang tergugat dengan program ceramah PR ini adalah Umno. Adakah tergugatnya Umno bererti tergugatnya orang awam?" Tanyanya.

"Maimunah Khalid yang membuat kenyataan dalam berita tersebut adalah Ketua Wanita Umno Sungai Rokam.Memanglah dia bermusuhan dengan kita dan akan cakap ikut apa yang disuruh orang atasannya,"jelas Cikgu Mohamed Ali.

Tiada ulasan: