Addin |
- Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai PAS
- Siapa Saudara Iblis Dan Syaitan?
- Tanda-Tanda Kiamat Kecil Buat Umno BN..
- Gambar No. Plat Kereta Sultan Kelantan, Apa Bezanya Dengan Sultan Johor?
Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai PAS Posted: 17 Jun 2012 10:07 AM PDT BAGAN SERAI - Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi bin Shamsuddin (gambar) menyerahkan borang menyertai PAS. Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak, semalam. Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun. Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah. Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku. Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan. "Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal," katanya di hadapan 30ribu hadirin. Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat. "Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ," jelasnya. Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN. Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia. Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah. ~perakkitedaily |
Siapa Saudara Iblis Dan Syaitan? Posted: 17 Jun 2012 08:19 AM PDT Sesungguhnya perbuatan membazir dan menunjuk-nunjuk (ta'kabbur) itu adalah amalan iblis dan syaitan. Berdasarkan kepada petikan ayat-ayat Allah SWT di bawah, jika terdapat manusia, termasuk para penguasa dan pemerintah yang berperangai membazir serta bersifat ta'kabbur, maka mereka juga tidak ubah seperti iblis dan syaitan. Andai ada penguasa yang tergamak membelanjakan duit ratusan ribu ringgit ke arah hal yang dianggap membazir, maka jelaslah penguasa itu bersaudarakan Syaitan. إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27] Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina sehingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan. Tapi, kenapa antara sifat-sifat mazmumah yang ada, sifat membazir juga yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan. وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir." [Surah al-Baqarah : 34] Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui.. لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166] Addin : Teringat Revolusi Iran tahun 1979, Shah Reza Pahlavi di gulingkan kerana beliau tidak mahu mendengar rintihan rakyat marhaen. Kisah ini patut menjadi iktibar kepada semua pemerintah di seluruh dunia Islam. |
Tanda-Tanda Kiamat Kecil Buat Umno BN.. Posted: 17 Jun 2012 07:09 AM PDT Najib pasti sesak nafas tengok gambar-gambar nih. Gambar-gambar nih dirakam sekitar ceramah Jom Ubah Bersihkan Malaysia yang di anjurkan oleh DAP di seluruh negara. Di dalam gambar-gambar nih jelas sekali menunjukkan kau Cina memberikan sokongan amat padu dan jitu kepada perjuangan yang dibawa oleh DAP serta Pakatan Rakyat. Umno seperti kebiasaan mengadakan kempen caci hina, maki hamun, fitnah untuk mendapatkan sokongan rakyat. Umno tak pernah belajar dari kesilapan yang lepas, bahawa rakyat sekarang sudah semakin cerdik dari pimpinan Umno. Perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan padu rakyat, masih adakah harapan Umno bertahkta di Putrajaya. PAstikan tidak pada PRU 13 nih, ayuh sama-sama kita pastikan. Gambar ~omakkau Addin : Nih tanda-tanda kiamat kecil buat Umno BN.. |
Gambar No. Plat Kereta Sultan Kelantan, Apa Bezanya Dengan Sultan Johor? Posted: 17 Jun 2012 03:56 AM PDT Alhamdulillah Sultan aku tak beli no plat mahal!Kisah nombor plat kereta sejak dua menjak ini sangat hebat diperkatakan sehingga berlaku himpunan menyatakan taat setia dan kasih mereka pada rakyat. Itu kisah di negeri orang lain.Di negeri aku juga punya cerita pasal no plat kereta. Jika di Johor popular dengan no plat WWW1, Sultan kami Sultan Muhammad ke-5 juga punyai nombor yang glamer. Tuanku kami menggunakan no plat jawi MUHAMMAD 5 dan nombor plat hanyalah percuma. Seseorang Raja tidak punya masalah untuk menguna apa pun nombor plat kereta dan menurut seorang kawan, di Johor ada juga nombor plat TMJ kepunyaan kerabat Johor. Ini menunjukkan Sultan boleh menggunakan nombor plat secara percuma (betul atau tidak aku tidak pasti) Namun begitu, aku merasa kagum dengan Sultan aku, Sultan Muhammad ke-5 bila sanggup menggunaka nombor plat tulisan jawi yang hampir sekian lama tidak diguna kecuali di billboard kelantan yang masih mewajibkan penggunaan tulisan jawi. Allahamdullillah kami punya Sultan yang sealiran dengan Kerajaan Negeri kami yang dicintai Negeri Kelantan. ~jkkkfanclub |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan