Addin |
- Apa Perbezaan Antara Raja Kita Dengan Raja England?
- Awang Adek Di Tipu Hidup-Hidup
- Gambar Kemewahan Zamil Si Agen Umno Mula Tersebar
- Mufti Perlis Menentang Pilihanraya Pada Musim Haji
- Bekas Tahanan Pulau Jerejak Hidup Mewah Hasil Jadi Agen Umno?
- Patutlah Media Pencacai Umno Berani Semacam Serang Pakatan Rakyat
- PRU 13 Selepas Aidilfitri
- Ini Bukti Sesalinan Dokumen Mahkamah Kes Bakal Menantu Najib
Apa Perbezaan Antara Raja Kita Dengan Raja England? Posted: 16 Jun 2012 11:07 AM PDT Sejak kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada bangsa dan pelindung kepada agama Islam. Namun beberapa insiden yang berlaku telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini. Rata rata orang Melayu sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka. Tetapi ini tidak bermaana yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang dilakukan oleh raja raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan adat. Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasi kumpulan yang lebih lemah. Dizaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu. Institusi Raja diEngland telah bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali . Namun nampak dengan jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. Dan sebenarnya Queen serta kerabat telah banyak kali diberi teguran sama ada melalui akhbar akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di Parlimen. Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana rakyat menganggap itu adalah tanggung jawap nya sendiri. Queen dan kerabat tidak terlibat berebut projek dan apa apa konsesion kerajaan ( seperti kawasan dan balak dinegara kita ) dengan rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak Prince Phillips dan Diana ) yang kedua duanya menyertai pasukan bersenjata sebagai pilot helikopter. Kita berharap agar perkara hubungan diantara dan raja ini diberi perhatian secara rasional . Memandangkan institusi diRaja ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman diatas kehendak kedua dua pihak. Janganlah jadikan raja raja Arab sebagai contoh . Kejatuhan Shah Reza Pahlavi oleh kerana dia tidak mendengar keluhan rakyat marhaen. ~tranungkite | ||||
Awang Adek Di Tipu Hidup-Hidup Posted: 16 Jun 2012 09:08 AM PDT Kesian.. kat Awang Adek nih kena tipu hidup-hidup dengan para guru di Kelantan. Hakikatnya sekarang, penjawat awam boleh dikatakan ramai menyokong Pakatan Rakyat. Sahabat-sahabat Addin dikalangan penjawat awam memberi respon positif untuk menyokong Pakatan Rakyat termasuklah penjawat awam di Putrajaya. Mereka kepingan untuk menukar kerajaan yang sekian lama membohongi rakyat.. Awang Adek: Majoriti 30,000 guru Kelantan sokong BN BACHOK - Majoriti lebih 30,000 guru di Kelantan kini menyokong Barisan Nasional (BN) yang menjadi penanda aras bahawa parti komponen itu mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata golongan itu juga sanggup bekerja keras bagi memastikan BN kembali berkuasa. "Mereka telah memberi keyakinan yang tinggi pada setiap program (Umno) yang diadakan sejak akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Kesejahteraan Guru 1Malaysia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini. Lebih 1,000 guru yang berpakaian merah menyertai perhimpunan itu, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang dan Pegawai PPD Bachok Saufi Abdul majid. Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata perspektif buruk sangka kaum guru terhadap kerajaan pusat kini sudah berubah apabila mereka benar-benar memahami dasar baru yang diperkenalkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata guru mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat dan mampu memperjelas dasar itu kepada penduduk dengan tepat supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi pembangkang. Sementara itu, Hussin ketika berucap berkata golongan guru tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong kerajaan sedia ada kerana kepentingan mereka sudah diambil kira, dan kesemua janji kepada mereka ditunaikan. "Ini termasuk peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding sebelum ini," katanya. ~bernama | ||||
Gambar Kemewahan Zamil Si Agen Umno Mula Tersebar Posted: 16 Jun 2012 06:26 AM PDT
Sewaktu Ezam meluangkan masa turun membantu jentera BN di Bukit Selambau, beliau berkesempatan menziarah sahabat lamanya di Sungai Petani. Kebetulan pula, Bilik Gerakan utama Penerangan UMNO-BN dan tempat penginapan petugas-petugas yang terletak di Sungai Petani terlalu berhampiran dengan kediaman sahabat lama Ezam, yang dimaksudkan adalah Zamil Bin Ibrahim, bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Kedah dan jawatannya yang terakhir sebelum meninggalkan PKR, beliau merupakan Pengarah Strategik Pilihanraya 2008 PKR Bahagian Merbok. Ezam bersama rombongannya telah diundang makan tengahari sebelum mereka berangkat menuju ke Bukit Gantang meneruskan tugas membantu kempen pilihanraya disana pula. Zamil Bin Ibrahim mengambil keputusan untuk tinggalkan parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau yakin bahawa Anwar adalah PEMBOHONG Nombor Satu Negara Malaysia. Upacara khas meninggalkan PKR pernah diadakan oleh Zamil bersama sama ratusan ahli ahli parti itu di Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani pada 24 Ogos 2008. " setelah saya tinggalkan perjuangan sia sia Anwar Ibrahim, lebih banyak masa dapat difokuskan kepada perniagaan saya, dan alhamdulillah dengan izin Allah swt, rezeki semakin mencurah curah hasil kerja kuat saya sekeluarga…" jelas Zamil yang memulakan cerita. " waktu dulu selama 10 tahun, terlalu banyak masa saya dan rakan rakan habiskan untuk parti, sehinggakan pernaigaan saya terabai dan tidak dapat diuruskan dengan baik.." kata Zamil sambil menunjukkan beberapa album foto simpanannya bersama Keadilan. Tambah beliau lagi " akhirnya apabila Anwar sihat wal-afiat, dia kembali kepada perangai buruk lamanya, mengamalkan kronisme dan nepostime, padahal dia yang suruh kita serang kerajaan kata dasar pentadbiran kerajaan kununnya tak betul…" Menurut Zamil, ramai ahli ahli dan pemimpin Keadilan yang menjadi mangsa dan malah ada yang merengkuk kesusahan seperti hilang mata pencarian, tergadai harta benda, terputus hubungan keluarga sepanjang tempoh memperjuangkan pembebasan Anwar suatu ketika dahulu, namun apabila keadaan parti PKR semakin kuat, Anwar hanya membantu beberapa kerat orang orang yang "terpilih" sahaja. " Anwar ni pembohong! Kalau dia kata dia nak tolong golongan bawahan yang susah seperti nelayan, petani dan sebagainya…, jangan nak temberang lah! Suruh Anwar pergi jengok nasib ramai pejuang pejuang reformasi yang sekarang hidup susah sebab terlibat dengan pejuangan nak membebaskan dia dulu…" tegas Zamil. Kini kehidupan Zamil lebih banyak menghabiskan waktu dengan urusan perniagaannya yang berkembang begitu pesat sekali sehingga beliau kerap juga berada dibeberapa negara rantau Asean seperti Thailand, Myanmar dan Indonesia. Namun begitu sikapnya yang merendah diri dan tidak pernah lupa zaman kesusahan membuatkan beliau amat disenangi dikalangan teman teman terutamanya yang seangakatan dengan era reformasi bersama Pemuda Keadilan. Diakhir perbualan dengan Blogmaster, Zamil berpesan " kalau kita nak berjaya dalam hidup ini perlulah amalkan tiga [3] perkara iaitu; Sembahyang jangan sesekali kita tinggal, Kenalah rajin membaca agar luas ilmu pengetahuan kita, Kepada anak anak kita haruslah kita pastikan jangan sesekali ponteng sekolah…., insya allah boleh berjaya macam saya…" Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip sedang berposing bersama kereta Rolls Royce kesayangan Zamil. Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya setelah selesai makan tengahari bersama teman teman yang lain Motosikal berkuasa tinggi Gold Wing Honda milik Zamil ini telah mencuri perhatian Ezam dan teman teman, nombor pendaftaran 56 membawa maksud rukun islam dan rukun iman, jelas pemiliknya... Zamil bersalaman dengan tetamu tetamu sebelum mereka meninggalkan perkarangan banglo mewahnya dan meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang… Sumber : Medan Info Kita | ||||
Mufti Perlis Menentang Pilihanraya Pada Musim Haji Posted: 15 Jun 2012 11:00 PM PDT SHAH ALAM – Mengadakan pilihanraya umum dalam musim ibadat haji adalah tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, mengundi pada pilihan raya wajib dan perlu diutamakan untuk beri kekuatan kepada umat Islam. Menurutnya, umat Islam akan terus lemah politiknya jika kerajaan mengambil tindakan tidak adil secara menyeluruh kepada mereka. "Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut beliau, semua pihak perlu menunggu bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan dahulu sebelum mempersoalkan mengenai hukum menangguhkan haji jika waktu PRU13. "Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara," katanya. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid kelmarin bahawa membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama adalah haram. Sebelum ini, Mohd Tamyes berkata, jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi, sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah. Mohd Tamyes berkata demikian susulan kenyataan Ketua PeneranganPas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya (Pas) menangguhkan niat menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan kepada PRU13. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin, menegaskan haji bukan ibadat yang perlu disegerakan dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam. ~sinarharian | ||||
Bekas Tahanan Pulau Jerejak Hidup Mewah Hasil Jadi Agen Umno? Posted: 15 Jun 2012 10:18 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Jun: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah. Menurut beliau, Zamil merupakan seorang penjual burger sebelum mengecapi kemewahan sejak kebelakangan ini. "Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini, dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik tradisional. "Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari ini hasil jualan burger dan ubat tradisional," kata Saifuddin dalam sidang media semalam. Ahli Parlimen Machang itu turut mendedahkan, Zamil adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah. "Saya cabar dia (Zamil) menafikan perkara ini jika pendedahan saya tidak benar," katanya. Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan di Parlimen semalam, Zamil antara individu yang ada dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan. Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2 juta. Zamil dipercayai menerima komisen berdasarkan dialog dalam rakaman tersebut. ~keadilandaily | ||||
Patutlah Media Pencacai Umno Berani Semacam Serang Pakatan Rakyat Posted: 15 Jun 2012 09:32 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab memberi keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, serangan itu pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib. "Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan. Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New Straits Times (NST) , Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran. "Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,"katanya. Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999. "Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah," katanya. Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas. "Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera politik fitnah dan bohong," katanya lagi. Sebelum ini, mahkamah pernah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002 dan diarahkan membayar gantirugi RM100,000 serta kos RM20,000 kepada Anwar berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion. Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Khassim Mohamed semalam dilapor menegaskan, pihaknya akan melakukan siasatan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilapor berkata, Anwar perlu tampil memberi penjelasan berhubung perkara sama. Katanya, jika Anwar merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkannya. Bagaimanapun, Anwar pada hari yang sama berucap pada program Dialog Ekonomi di Petaling Jaya menyambut cabaran Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu terlebih dahulu mengisytiharkannya. Anwar juga sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan semua akaun terbabit. "Jika Muhyiddin setuju, maka siasatan itu perlu disegerakan," katanya. ~keadilandaily | ||||
Posted: 15 Jun 2012 08:39 PM PDT SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat 'terpaksa' dilupakan banyak pihak. Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihanraya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian. Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari."Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan)," kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan. Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini.Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini."Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian," katanya.Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi.Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan. Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu.Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkanpada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya.Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang."Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen)," kata Wan Ahmad lagi.Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi."Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa 'keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri," katanya lagi.Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen "adalah keputusan politik" yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambilkira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai."Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya. Tiada halangan kepadaPerdana Menteri dalam undang-undang," katanya lagi."Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan," kata Ahli Parlimen ini.Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, "satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan.""Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan," katanya. | ||||
Ini Bukti Sesalinan Dokumen Mahkamah Kes Bakal Menantu Najib Posted: 15 Jun 2012 07:42 PM PDT Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan laporan akhbar luar negara termasuk The New York Post dan Dailymail UK, berhubung sebuah dokumen mahkamah di New York yang mendakwa bakal menantu Najib Razak terlibat dengan satu kes penipuan terhadap bapa tirinya, rujuk sini [Bakal besan Najib]. Bagaimanapun, bakal besan Najib, yang juga merupakan ibu kepada tunang anak perempuan Najib (Daniyar Nazarbayev) mendakwa laporan tersebut adalah menipu dan tidak masuk akal [TMI]. Namun begitu hasil carian di portal rasmi Mahkamah New York membuktikan bahawa kes mahkamah tersebut sememangnya wujud, dan kenyataan bakal besan Najib itulah yang tidak masuk akal. Berikut salah satu salinan dokumen yang dimaksudkan. Dokumen-dokumen berkaitan boleh dimuat turun di link-link berikut [Docstoc], [Docstoc] ~milosuam |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan