Selasa, 12 Jun 2012

Addin

Addin


Petanda Besar BN Bakal Kalah Di Negeri Sembilan

Posted: 12 Jun 2012 09:30 AM PDT

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13."Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. "Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. "Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata Mohd Fauzi Othman.

'Orang Isa tidak suka Mohamad'

Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. "Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. "Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13. 


Ini Baru Betul-Betul Haram Jadah..

Posted: 12 Jun 2012 08:03 AM PDT

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan. Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. ~malaysiakini


Gambar Dirakam Kamera Digital Bertukar Ngeri

Posted: 12 Jun 2012 05:36 AM PDT

Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly
IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya. Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La'aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan 'IPOH' sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

"Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

"Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan
perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah

"Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La'aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

"Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

"Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja," katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan. ~sinarharian


Najib Di Aibkan Lagi.. Debat Salehuddin vs Saifuddin 19 Jun Ni

Posted: 12 Jun 2012 12:31 AM PDT


Najib di aibkan lagi.. debat antara Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub dan Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi akan diadakan pada 19 Jun ni.

Ini adalah isyarat sinis dari Saifuddin Abdullah yang turut hadir pada debat antara Rafizi dan Khairy kepada Najib. Bila agaknya Najib nak sahut cabaran debat dengan Anwar Ibrahim. Najib!! tak kan nak berkokok sorang-sorang dalam tv je.. jadilah gentleman..

Debat II Temukan Saifuddin Dan Salehuddin

Untuk kali kedua, Debat Sinar Harian akan dianjurkan antara dua tokoh berlainan ideologi politik bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar idea mereka berhubung isu yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, tajuknya masih lagi dibincangkan peringkat akhir sebelum diumumkan penganjur dalam masa terdekat.

"Debat antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub itu akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada 19 Jun depan.

"Penyertaannya adalah terhad, jadi kami akan membuat jemputan khas untuk 350 kerusi yang disediakan pada malam berkenaan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Abd Jalil berkata, Sinar Harian sebagai akhbar rasmi, juga akan siarkan laporan penuh debat ini keesokan harinya.

"Sinar Harian telah mengadakan beberapa perbincangan dengan kedua-dua pendebat ini, masing-masing menunjukkan kesungguhan dan sedia berdepan dengan hujah masing-masing," katanya lagi.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menganjurkan 13 siri wacana setiap bulan dengan pelbagai tajuk menarik untuk disajikan kepada pembaca setia. ~sinarharian

Dr. Puad Zarkashi Sindir Umno, Bakal Sertai PAS Semula?

Posted: 11 Jun 2012 11:09 PM PDT

Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum ini. "PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah. "Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu kenyataan medianya har ini.

Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu.

Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu.

Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu, kata Suhaizan.

Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri.

Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor, dakwa beliau.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS itu, pepecahan dalam UMNO Johor berlaku di semua peringkat daripada sayap-sayap, cawangan, bahagian dan negeri.

Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, katanya.

Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menampil dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor. Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri.

UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya, tambah beliau.

Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006. Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi (gambar) dengan lantang membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).

Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah kerana Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman tidak dapat menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor.

Perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan datang, tambah beliau.

Sebagai contoh pertembungan klasik, yang semua orang UMNO mengetahuinya, berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas Datuk Osman Sapian.
"Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas," dakwa Suhaizan.

Menurutnya, calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) juga menghadapi masalah.

Datuk Abdul Ghani besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang.

Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kempimpinan yang baru.

Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor.
Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor.
"Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya," dakwa beliau.

Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini, dakwa beliau, telah menyebabkan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Abdul Ghani terpaksa membuat lawatan disetiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat persiapan pilihanraya umum akan datang.

Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan.

Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor.

"Salah satu punca kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak masih belum membubarkan parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini," katanya.

Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor. Semakin hari semangkin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor.

Walaubagaimana pun, kata Suhaizan, keperihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah sesuatu yang membanggakan.

Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu. ~harakahdaily



DS Nizar Kantoi Dalam Isu No. Plat WWW1

Posted: 11 Jun 2012 09:16 PM PDT

Nizar sekali lagi terkantoi oleh Sultan Johor yang berjiwa rakyat yang menyantuni rakyat dengan kata-kata, Sultan dan rakyat berpisah tiada. Sebelum ini, dalam tweetnya, Nizar memfitnah Sultan Johor yang kononnya akan meletakan nombor plat WWW1 itu kepada kereta yang mahal yang diimport dari luar negara. Ramalan Nizar terbukti tersasar. Lihatlah betapa baginda mempunyai semangat patriotik sebagai Sultan yang dikasihi oleh rakyatnya. Beliau sanggup merendah diri dengan menggunakan kereta Proton Satria sahaja sebagai membuktikan semangat patriotik baginda.

Shabas kepada rakyat Johor yang mempunya Sultan yang bersemangat patriotik dan mulia!




Buat masa ini kita tidak pasti apa nombor plat yang akan dipakai untuk Bugatti Veyron khas berwarna biru-putih yang dikatakan milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Kereta ini juga dikatakan kereta paling laju berada di atas jalan raya.Harganya? Entah.. ~alhusseyn


Nah!! Ini Bukti Kes RM3 Billion Milik Anwar Sudah Siasat Dan Lama Dah Di Tutup

Posted: 11 Jun 2012 06:15 PM PDT

Media kawalan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal kebelakangan ini sibuk memainkan isu kononnya Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang bernilai RM3 Billion. Lepas seorang, seorang pemimpin United Malays National Organization, Umno dan NGO-NGO pro mereka ditemuramah setiap hari, diminta memberi ulasan agar memberi persepsi negatif terhadap Anwar Ibrahim. Apa tujuan semua ini? Jawapannya mudah, sejak Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah daripada kes liwat yang dijaja Umno berpuluh tahun, kini mereka ketandusan isu untuk menyerang ketua pembangkang itu. Maka, isu-isu lama yang sudah selesai satu masa dahulu perlu dikorek semula untuk menyerang Anwar Ibrahim.

Ini kerana anak muda hari ini tak faham isu-isu lama, sebab masa itu mereka masih bayi, ada yang belum lahir pun.

Namun seperti biasa mereka terkantoi lagi di situ. Isu pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar Ibrahim yang bernilai RM3 Bilion ini dahulu telah disiasat secara mendalam oleh Badan Pencegah Rasuah dan didapati tiada kes.

Di bawah ini bukti kenyataan bersumpah oleh Abdul Razak bin Idris, mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, BPR yang terlibat menyiasat kes tersebut yang ditimbulkan oleh akhbar pada waktu itu.






Buat makluman para pembaca yang dihormati, Abdul Razak Idris, bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah ini merupakan salah seorang saksi kes saman Anwar Ibrahim ke atas NST dan Rose Ismail.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa BPR telah menjalankan penyiasatan ke atas tohmahan Abdul Murad Khalid kononnya DSAI melarikan RM 3 billion dan menyimpannya di luar negara.

Penyiasatan tersebut membuktikan tuduhan itu palsu dan tidak berasas. Malah menurut beliau kes itu telah pun ditutup.

Salinan Statutory Declaration ini boleh dimuat turun rujuk sini [SD Abdul Razak Idris]

~milosuam



(Video) Umno Penderhaka, Menteri Kanan Mahu Seret Raja Ke Jalan Raya

Posted: 11 Jun 2012 04:48 PM PDT

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993. Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu. Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

"Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

"Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku. "Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

"Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

"Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

"Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Lihat video di sini.

Tiada ulasan: