Jumaat, 8 Jun 2012

Addin

Addin


Pak Lah Tahu Umno Akan Kalah PRU 13.. Ini Buktinya

Posted: 08 Jun 2012 10:11 AM PDT

Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang melobi berebut-rebut untuk jadi calon dikerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Pak Lah Badawi.Diberitakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menolak mentah-mentah tawaran Datuk Seri Najib Razak, untuk mempertahankan kerusi itu.Langkah yang diambil oleh Najib Razak dilihat sebagai percaturan maukan calon yang dilihat calon "winnable" supaya berjaya memperolehi majoriti 2/3Tindakan Pak Lah menolak pelawaan Najib sebagai satu tamparan maut kepada Najib atau dilihat sebagai jalan membalkas dendam kerana merampas kedudukkannya sebagai PM.




Difahamkan bahawa Ketua Pemuda Umno Kepala Batas yang juga anak emas serta bekas Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Ibrahim Saad , bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugur, mantan Setiausaha Politik DSAIDiantara kedua mereka, Bahgian UMNO Kepala Batas dan Najib sendiri lebih cenderung menyokong dan memberi laluan kepda Ibrahim Saad dari Reezal Merican.

Reezal Merican dilihat tidak mempunyai imej Melayu berbanding dengan Ibrahim Saad, walaupun beliau lebih disenangi oleh Pak LahMau tak mau kena terima hakikat yang majoriti anak-anak Melayu Pulau Pinang agak tidak selesa dengan kebanjiran anak-anak berketurunan mamak dalam UMNO..Keterunan ini agak dominan kini.. 

Dilihat sebagai mengawal perjalanan UMNO...Ini ditambah burukkan dengan kawasan parlimen bersebelahan yang juga seoran anak mamak, TS Mohd Noor Yackop.Pada bulan Februari lep.ias,Pak Lah, bekas Perdana Menteri itu telah didekati dan dipujuk rayu untuk mempertahankan kerusi sebagai pemimpin yang mesra adalah satu "calon winnable" yang dicari oleh Presiden UMNO Najib RazakTun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009 dengan memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas bagi kali kelapan.

Pada tahun 2008 , Pak Lah berjaya 
mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 11,246 undi.... Beliau memperolehi 23,445 undi dengan lawannya dari PAS Subri Mohd Arshad yang memperoleh 12,199 undi.PRU BELUM BERMULA.. SUDAH ADA TANDA-TANDA KERETAKKAN DALAM BAHAGIAN UMNO KEPALA BATAS SIAPA YANG HARUS DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI CALON... ORANG NAJIB ATAU ANAK EMAS PAK LAH..

Panas!! Akhbar Kemboja Dakwa Najib Dalang Utama Pembunuhan Altantuya

Posted: 08 Jun 2012 08:42 AM PDT


Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.

Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan. 

Natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini.

Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya.

Baca selanjutnya di sini.

Petikan ~ berita semasa





Gambar Nih Bukti Anwar Jadi Mangsa Fitnah Cybertroopers Bodoh Umno

Posted: 08 Jun 2012 08:29 AM PDT



Gambar nih bukti Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah puak-puak pencacai Umno. Gambar nih disebarkan oleh cyber troopers Umno.


Jikalau setakat  gambar macam nih sekilas pandang dah tahu gambar superimpose. Taraf budak tadika pun boleh buat gambar edit macam nih. Apa yang  cybertroopers ingin sebarkan hanyalah kebodohan golongan pencacai nih.

Nah!! Ni Dia Senarai Penyelewengan Mahathir Selama Menjadi PM

Posted: 08 Jun 2012 03:27 AM PDT


Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: 
*
* Mahkamah adalah sebuah institusi 'pembersihan' bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
* Memaksa Petronas membeli saham Proton.
* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
* Mengganggu penyiasatan BPR
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan Tabung Haji;
* Kerugian RM15b Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

* Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
* Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.-

Tun Telanai


Panas!! Akhbar Kemboja Dakwa Najib Dalang Utama Pembunuhan Altantuya

Posted: 07 Jun 2012 08:17 PM PDT


Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.

Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan. 

Natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini.

Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya.

Baca selanjutnya di sini.

Petikan ~ berita semasa





av

Khairy Jamaluddin Tempelak Khaled Nordin

Posted: 07 Jun 2012 07:07 PM PDT

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.

Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.


Tiada ulasan: