Addin |
- Akibat Letak Gambar Najib.. Minuman 100 Plus Bakal Di Boikot
- Petanda Umno Bakal Kalah Teruk PRU 13.. Gambar Nih Buktinya
- Gambar Ceramah Hassan Ali Syok Sendiri Di Selayang Indah
- Video Program Tari Menari Belia 1Malaysia Bersama Mak Nyah Tersebar
- Dalam Diam TNB Naikkan Tarif Elektrik.. Ini Buktinya
- Pakar Meramalkan Facebook Bakal Lenyap 8 Tahun Lagi
- Bukti Slogan-Slogan Najib Sekadar Sampah
Akibat Letak Gambar Najib.. Minuman 100 Plus Bakal Di Boikot Posted: 06 Jun 2012 10:26 AM PDT Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka. Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib. Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N). Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib. Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat. Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri.... ~gb Addin : Najib kali nih betul-betul malang.. gambar dia pun orang dah benci, belum lagi susuk tubuhnya | ||
Petanda Umno Bakal Kalah Teruk PRU 13.. Gambar Nih Buktinya Posted: 06 Jun 2012 07:50 AM PDT Larian Umno nih boleh ke saingi Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Alor Setar pada 1 Jun 2012. Larian nih di anjurkan oleh Umno Teluk Intan, Perak. Dimana ahli Umno yang dikatakan berjumlah 3 juta orang tu??.. Ini mungkin petanda awal Umno bakal kalah teruk PRU 13 nanti. Apapun jentera pilihanraya Pakatan Rakyat harus bersiap siaga mulai dari sekarang.. Kita pakat kuburkan Umno kali nih. Kredit gambar ~ Intan Hijau | ||
Gambar Ceramah Hassan Ali Syok Sendiri Di Selayang Indah Posted: 05 Jun 2012 11:26 PM PDT Jelas sekali....ceramah Hasan Ali dengan JATI Tiga Jalurnya di Negeri Selangor Darul Ehsan semakin hari semakin tidak mendapat sambutan. Terbaru ceramah beliau di Padang Awam Selayang Indah ( Belakang NSK ) berhampiran dengan Pasar Borong Lama, Selayang. jam 8.30 malam hari Selasa 5hb Jun 2012. Lebih banyak kerusi kosong dari yang diduduki manusia. Rakyat sudah mula sedar....Hasan Ali jenis cakap tak serupa bikin.. janji tak pernah ditunaikan.. Apabila janji nak dedahkan video murtad tidak dilunaskan dengan memberi pelbagai alasan, maka rakyat sudah lihat tembelang busuk siapa beliau sebenarnya... Pada awal Roadshownya memang ada sedikit sambutan.. itu tidak dapat dinafikan...sambutan pun sekadar ingin tahu... Janji diawal semasa mengumumkan roadshownya...dia akan kata sekadar nak selamatkan "aqidah" umat Islam...tetapi sebenarnya, lebih kepada membelasah Pakatan Rakyat dengan menghasut rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR pada PRU 13 nanti. Maka bertepatanlah , bila para pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan supaya tidak melayan kerenah dan gelagat Hasan Ali... kisahnya akan mati secara beransur-ansur..Kini sudah terbukti | ||
Video Program Tari Menari Belia 1Malaysia Bersama Mak Nyah Tersebar Posted: 05 Jun 2012 10:38 PM PDT Tarikh program nih diadakan sekitar 30 Mei hingga 31 Mei 2012 baru-baru nih. Antara yang terlibat ialah, Adun Behrang sendiri Jamaluddin Mat Radzi.. Adun yang melompat ke BN yang mengakibatkan Perak di rampas oleh rejim BN. Video nih menunjukkan bukti program ini di sulami dengan majlis tari menari bersama dengan mak nyah. Kononnya Umno menentang LGBT tetapi dalam masa yang sama, Adun Bebas mesra BN telah menganjurkan program tari menari bersama mak nyah. Ini baru betul. cakap tak serupa bikin. Saksikan videonya di SINI. Sumber | ||
Dalam Diam TNB Naikkan Tarif Elektrik.. Ini Buktinya Posted: 05 Jun 2012 09:02 PM PDT
KUALA ROMPIN - Rata-rata pengguna di sekitar Bandar Kuala Rompin, di sini, merungut berikutan kenaikan kadar tarif elektrik sambil menyifatkan kadar itu terlalu membebankan pengguna. Peniaga dan penduduk mendakwa, kenaikan tarif elektrik itu dianggap sebagai tidak munasabah kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya sekali ganda berbanding sebelum ini. Keadaan itu merunsingkan pengguna terutama bagi golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengimbangi kenaikan kos sara hidup dan bahan mentah lain. Pengguna mendesak agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Rompin menyemak semula tarif elektrik di daerah itu kerana ia menimbulkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan mendadak berkenaan. Penyata bil mengelirukan Seorang suri rumah, Balkish Mohd Isa, 42, berkata, dia kecewa kerana terpaksa membayar bil elektrik tertunggak selama dua bulan kemungkinan dipercayai akibat dari-pada kesilapan teknikal TNB. Menurutnya, pada pertengahan April lalu, dia menerima bil elektrik yang dihantar melalui pos dengan tertera jumlah semasa adalah RM0. Namun, katanya, pada Mei lalu, dia terkejut apabila bil elektrik yang diterimanya tiba-tiba naik sekali ganda iaitu sebanyak RM94.45 hingga mengundang keraguannya terhadap pemeriksaan meter yang dijalankan pihak terbabit. "Sangkaan saya mungkin bulan ini kami boleh berjimat kerana bulan lepas kami tidak ada tunggakan bil elektrik, namun sangkaan itu meleset apabila kami terpaksa membayar sekali ganda daripada kebiasaannya," katanya kepada Sinar Harian. Balkish berkata, sebagai pengguna, timbul keraguan apabila mendapati bil yang diterima itu tidak menunjukkan tarikh sebenar bilakah bil ia dikeluarkan. "Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana membebankan pengguna memandangkan terdapat kekeliruan pada penyata bil yang diberikan," katanya. Peniaga Kedai Makan, Tan Jit Fong, 46, berkata, dia terkejut apabila bil elektriknya pada Mei naik sebanyak RM225.88. Jit Fong berkata, penggunaan elektrik di kedainya itu adalah sama seperti sebelum ini, namun kesal apabila terpaksa membayar caj lebih mahal. Katanya, dia turut diberi notis pemotongan bekalan elektrik daripada TNB sekiranya gagal menjelaskan bayaran tertunggak tersebut. "Biasanya jumlah bil elektrik yang perlu dijelaskan tidaklah sebanyak ini, namun saya hairan kerana jumlah tersebut berlipat kali ganda hingga membebankan kami untuk membayarnya," katanya. TNB disaran tingkat mutu perkhidmatan pelanggan Pengusaha Kedai Dobi, Zanariah Buyong, 39, berkata, pada bulan lalu bil elektriknya naik kepada RM68.78 berbanding hanya RM40 pada April lalu. Menurutnya, terdapat perbezaan hampir RM30 yang terpaksa dibayarnya pada bulan lalu sekali gus menyebabkan perniagaannya sedikit terjejas. Katanya, peniaga kedai dobi bukan sahaja terpaksa bersaing dengan peniaga kedai mencuci pakaian lain, malah kini, mereka pula dihimpit kebimbangan dengan kenaikan tarif elektrik yang mendadak. "Masalah bekalan elektrik yang sering terganggu dan kelewatan memperbaiki kerosakan antara sebab kenaikan itu perlu dikaji semula selain perlu penambahbaikan dari segi perkhidmatan pelanggan," katanya. Peniaga gerai makan, Kasmah Surat pula berkata, pada bulan ini, bil elektrik yang diterimanya hampir dua kali ganda apabila terpaksa membayar RM377 pada April lalu berbanding hanya RM188 bulan sebelumnya. Menurutnya, jumlah bil yang terpaksa dibayarnya itu membebankan kerana jumlah bil elektrik biasanya tidak melebihi RM200 setiap bulan. "Bagi peniaga seperti saya, jumlah itu terlalu tinggi dan membebankan kerana terpaksa ambil kira kos sampingan lain yang terpaksa dibayar termasuk upah pekerja dan modal pusingan perniagaan," katanya. Pas serah memorandum bantahan kepada TNB Sementara itu, Pas Kawasan Rompin menyerahkan satu memorandum bantahan kenaikan tarif elektrik kepada TNB dan menuntut agar ia dikaji secara menyeluruh sebelum kenaikan dibuat pihak terbabit. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, memorandum itu diserahkan memandangkan ramai pengguna di Rompin merungut berhubung hal itu. Menurutnya, Pas melihat kenaikan sehingga 200 peratus atau tiga kali ganda yang dihadapi sesetengah pengguna terlalu membebankan rakyat dan ia tidak seharusnya berlaku dalam keadaan taraf hidup yang semakin meningkat. "Penyerahan memorandum ini dibuat adalah kerana kami mahu TNB mengkaji secara menyeluruh sebab kenaikan bil yang naik mendadak selain mengenal pasti apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan bil yang tinggi itu mampu dibayar golongan berpendapatan rendah," katanya. Selain itu, beliau juga merayu agar TNB tidak membuat tindakan penguatkuasaan seperti pemotongan bekalan elektrik sekiranya pengguna tidak berupaya membayar bil yang tinggi. "Kita minta budi bicara TNB supaya pengguna yang terbeban dengan kenaikan ini dapat membayar sebahagian daripada jumlah bil tersebut bagi memastikan mereka terus boleh menikmati bekalan elektrik berterusan," katanya. TNB nafi berlaku kenaikan tarif elektrik Sementara itu Jurucakap TNB Pahang menafikan berlakunya kenaikan tarif elektrik hingga menyebabkan pengguna terbeban dengan situasi tersebut. Katanya, terdapat beberapa kemungkinan menyebabkan bil yang diterima pengguna itu tinggi termasuk pembacaan meter anggaran yang dibuat TNB melalui Kedai Tenaga berhampiran. Bagaimanapun, katanya, pembacaan anggaran itu akan diselaraskan semula pada bulan berikutnya bagi menentukan jumlah sebenar yang sepatutnya dibayar pelanggan. "Sekarang ini kita akan baca meter dua bulan sekali termasuk satu bulan yang dibaca berdasarkan anggaran daripada Pusat Khidmat Pelanggan TNB Rompin yang kemudiannya bil itu akan dihantar dari rumah ke rumah melalui pos," katanya. Katanya, pengguna tidak perlu khuatir dengan keadaan itu sebaliknya mereka boleh merujuk hal itu di Pusat Khidmat Pelanggan TNB Rompin yang berhampiran bagi mengutarakan masalah yang dihadapi. Addin : Addin pun terkena, biasa bil dalam RM 60 hingga RM70 tetapi bulan lepas bil naik sehinggan RM194.. | ||
Pakar Meramalkan Facebook Bakal Lenyap 8 Tahun Lagi Posted: 05 Jun 2012 06:02 PM PDT Kejatuhan nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun. Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru. Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap. "Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson. Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi - ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih. Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu. Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi - laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih. "Apabila meneliti ketiga-tiga generasi ini, tidak kira betapa berjayanya anda di dalam satu generasi, nampaknya anda tidak akan mampu melakukannya dalam generasi seterusnya, tak kiralah berapa banyak wang anda di dalam bank, tak kira berapa banyak bijak pandai yang memiliki PhD bekerja untuk anda" tambah Jackson lagi. "Lihat betapa susahnya Google untuk berganjak kepada laman sosial, dan saya fikir Facebook akan menghadapi kesukaran yang sama untuk berganjak kepada applikasi mudah alih" tambahnya lagi. Menurutnya lagi, "Dunia bergerak semakin pantas, semakin banyak pesaing, tidak akan berkurangan, dan saya fikir mereka yang dominan sewaktu generasi awal tentu akan menghadapi kesukaran pada generasi seterusnya". ~freemalays Addin : Tiada yang kekal dalam dunia nih. termasuklah Umno | ||
Bukti Slogan-Slogan Najib Sekadar Sampah Posted: 05 Jun 2012 05:08 PM PDT Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut. Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel. Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut. Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu." Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel. Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu. Pinjaman 'ditangguhkan' Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu. Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan. Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu. Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi. "Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya. 'Mangsa politik' Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel. "Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut. "Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya. Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu." Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan. "Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor. ~malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan