Jumaat, 1 Jun 2012

Addin

Addin


Umno Kumpul Hackers Untuk Godam Website, Blog, Facebook Pakatan Rakyat Menjelang PRU13

Posted: 31 May 2012 11:46 PM PDT

Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat penggodam Malaysia telah hadir di satu program iaitu Malaysian Youth Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Heritage Ipoh, Perak pada 12 Mei 2012 yang lalu. Siapa disebalik program ini dan apa MATLAMAT sebenar mereka?

Didalangi oleh sebuah syarikat yang dipercayai KRONI dan mendapat dana dari kerajaan UMNO-BN. Nama syarikat ini adalah VYREC. Tujuan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin hackers yang sanggup menjual maruah mereka demi kepentingan UMNO-BN. Pelbagai program telah dilaksanakan, ada yang terima tawaran, ada yang menolak tawaran.

ATUCARA MCC yang telah dijalankan tempoh hari adalah seperti berikut: Aturcara Semasa MCC Adalah Seperti Berikut :- 
18:30-19:00 : Pendaftaran 
19:00-19:30 : Bacaan Yassin dan Persiapan Solat Maghrib 
19:30-20:00 : Kata-Kata Aluan Pengarah Program 
20:00-20:45 : Tayangan Video Cara-cara Penggodaman & Makan Malam 
20:45 -21:30 : Malaysian Cyber Youth Conference Forum Panel 1 : Adnan Syukur ( Pakar Penasihat IT ) Panel 2 : Khaireel Azlee ( ITYM & VYREC ) 
21:30-21:45 : Soal Jawab 
21:45-22:00 : Kata-Kata Akhir Panel ( Nasihat ) 
22:00-23:00 : Permainan Siber 23:00 (Sesi Fotografi dan Bersurai) 
23:00-23:30 : Santai di persekitaran Ball Room

Sebenarnya ini semua perancangan rapi oleh pihak pihak tertentu untuk mendapatkan 'tentera cyber' yang bukan untuk berdebat atau kempen TETAPI adalah sebuah bala tentera yang akan ditugaskan untuk HACK mana mana Website Pakatan rakyat, Blog Pejuang2 Pakatan Rakyat, Facebook Pejuang2 pakatan Rakyat yang dianggap bahaya bagi pihak UMNO-BN.

Tak semua yang hadir ni terima kerana ada antara mereka tak berminat langsung dengan POLITIK, dan ada juga antara mereka adalah cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat. Difahamkan, ini bukan team yang dicipta untuk meroyan di fb mahupun blog, tak sama seperti UMB, Nadi Rakyat ataupun mana mana team cyber ciptaan UMNO-BN.

Yang ini adalah 'penyerang senyap' yang ditugaskan untuk melumpuhkan terus jentera jentera maya milik Pakatan Rakyat. Tetapi ingin kami ingatkan pada mereka bahawa PAKATAN RAKYAT JUGA MEMPUNYAI BARISAN TENTERA SIBER YANG HEBAT tanpa menawarkan apa apa imbuhan dan mereka benar benar sukarelawan yang sanggup menggadai masa dan tenaga mereka untuk masa depan negara tanpa UMNO-BN.




~politikkedaikopi


Gambar Eksklusif Bekas Ketua Pendakwaraya Kes Liwat 2 Di Pejabat Anwar Ibrahim

Posted: 31 May 2012 10:00 PM PDT


Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.

Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini hmembuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.

Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.

Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.






Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu.~tukanglawan


(Gambar) Berduyun-Duyun Hadiri Ceramah AC Mizal Di Pentas Umno

Posted: 31 May 2012 04:53 PM PDT


AC Mizal mungkin catat sejarah.. ceramah United Malays National Organisation (Umno) yang dihadiri oleh penyanyi, pengacara, pelakon terkenal mendapat sambutan lur dugaan. 

Memang luar dugaanlah, kebiasaannya jikalau artis membuat ceramah sudah pasti berduyun-duyun akan datang untuk menjengok arti kesayangan. Tetapi ini tidak berlaku kepada AC Mizal, hanya kira-kira 75 orang tidak termasuk bangku telah memeriahkan ceramahnya. 

Dikhabarkan jugak, peserta ceramah diangkut menaiki bas dari merata pelusuk Perak  sambil dihidangkan dengan kueytiaw goreng panas.

Ceramah itu dibuat secara last minit bertujuan menganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong semalam.

Inilah bila busuk hati, hasilnya rakyat sendiri dapat menilai dan menolak budaya politik murahan yang di taja Umno.




Tiada ulasan: