Ahad, 6 Mei 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AWAS !! JAGA PEJABAT PARTI MASING-MASING, MUSUH SUDAH MULA GELABAH

Posted: 06 May 2012 10:57 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU menerima berita bahawa Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang telah diceroboh dan ianya mungkin dari perbuatan khianat serta sabotaj berunsur politik.  Laporan awal boleh dibaca di Blog PKR Pahang.

Saya merasakan ianya perbuatan khianat berunsurkan politik kerana terdapat beberapa dokumen parti serta beberapa komputer dikatakan telah hilang, di samping itu juga penceroboh telah memotong beberapa wayar letrik di dalam pejabat.

Mungkin tarikh Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, dan pihak-pihak tertentu merasa amat gelisah dengan kejayaan cemerlang PR terutamanya PKR di negeri ini yang berjaya menarik sokongan rakyat di Pahang melalui beberapa program parti yang berjalan rancak sekarang.  Kemungkinan juga mereka ingin mengetahui data atau strategi berkaitan parti bagi memudahkan mereka untuk berdepan dengan PR di dalam pilihanraya nanti.

Sehubungan itu, saya mencadangkan kepada semua pimpinan parti PR seluruh negeri bahawa amat penting untuk menentukan aspek keselamatan pejabat parti dan tentukan segala dokumen atau data penting tidak disimpan di pejabat selepas waktu bertugas./wfauzdin.blogspot.com 


Tiada ulasan: