Jumaat, 18 Mei 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


YANG WARAS MEMERINTAH , YANG TIDAK WARAS MUNTAH

Posted: 18 May 2012 08:16 PM PDT

BARU NAK CERDIK....... BENDAHARI UMNO BAHAGIAN KAMPAR MENGAMUK

Posted: 18 May 2012 04:33 PM PDT

Mak aiiii....mengamuk sakan mamat ni...kah..kah...kah...woiii .........project tak dapat ke?? lama dah orang tukar...



Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'

Posted: 18 May 2012 04:22 PM PDT


Ini lah yang selalunya terjadi.Ada saja yang bakal menimpa umno dan keahlian yang sama dengannya.Bukan apa, kalau dok buat kalut semacam ja...ada la pulak kekalutan disebaliknya. Kah..kah...kah...awat la awang pencen oiiiii..... perang tidak, operasi tidak... dok bela perut ngan bawah perut ja askar Malaysia ni.Kesian aku tengok.

JANGAN SOKONG BUTA TULI LA BROOOOOO








(Senaman 'punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga)


KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya tokoh di belakang 'senaman punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga kini menarik perhatian ramai kerana beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk orang Islam.

"Kami orang Islam tak minum air ni, kami minum air suam sahaja," kata Mohd. Ali Baharom kepada Ambiga.

Beliau mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman 'punggung' di depan rumah pemimpin Bersih itu baru-baru ini.

Jawapan itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di depan rumahnya.

Rupanya, Mohd. Ali (gambar) jugalah salah seorang yang membeli gelaran 'datuk' untuk dipakainya sebelum ini.

Pengakuan ini dibuat beliau dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 12 Januari 2011 lalu.

Dalam berita itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom itu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran 'Datuk' sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

"Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran 'Datuk' yang telah saya 'beli' pada 2006 dengan RM250,000.

"Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran 'Datuk' buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

(Mohd. Ali [tengah] ketika dalam satu majlis bersama anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan)

Mohd. Ali memimpin 15 rakan-rakannya membuat senaman punggung dengan cara menonggengkan punggung mereka ke rumah Datuk Ambiga kerana membantah penglibatannya dalam Bersih.

Bagi Mohd. Ali, Ambiga tidak menghormati Perdana Menteri ketika menganjurkan perhimpunan Bersih yang dihadiri oleh lebih 250,000 orang yang kebanyakannya anak muda itu.

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

Posted: 18 May 2012 04:15 PM PDT

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

 Aku pun nak kata juga ke Muhyiddin ni.Sebab setahu aku yang naif ni, kebanyakan calon presiden,PM negara maju, sessi berdebat ini dijalankan bagi manfaat rakyat.Ini bagi membuktikan idea,perancangan masa depan seorang Ketua negara untuk rakyat. Kenyataan Muhyiddin ni, nampak macam penakut.Nak kata apa lagi selain dari penakut.Hari-hari hentam anwar,hari hari hentam Nik Aziz, dalam akhbar,TV semua jentera kerajaan yang sepatutnya adil untuk semuanya, disalahgunakan.

Rakyat kata disalahgunakan untuk kepentingan bn...tapi kerajaan kata hak mereka sebagai pemerintah.Umpama ajak lawan ikat tangan dibelakang.Itu Mat Sabu kata.Umno ni nampaknya dah terkebelakang sangat. Sedangkan Burma yang mendapat kemerdekaan kini nampaknya mula berubah, malaysia..nampaknya semakin teruk.Teruk nya pemikiran pemimpin.

Ajak debat isu semasa tak ndak,tapi kemain lagi dengan slogan kita sedia berdialog,kata itu ini, sama macam penyokong juga la.....sempit akal minda dan pemikiran.....

Ahmad Fadhli Shaari, 18 Mei 2012
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."

Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am PAS. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian. Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut :

1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata, "Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan 'hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.." Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50
dan juga http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html

2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan BERNAMA juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan BERNAMA di pautan berikut boleh dirujuk :
http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567

3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan :
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut

Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara PAS-UMNO. Di dalam isu penyatuan PAS-UMNO, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihanraya. Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut : http://malaysiakini.com/news/198296

Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama PAS membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini. Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!

Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu, "Adakah PAS sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.." Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS yang memberikan respon ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa PAS telah terpesong daripada perjuangan Islam. Justeru, respon Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..." (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)

Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.

Ahmad Fadhli bin Shaari,
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 18 Mei 2012

INI LAKONAN SEMENTARA ....Dua polis didakwa cederakan jurugambar

Posted: 18 May 2012 03:58 PM PDT

 Nak dikatakan betul atau tidak,selepas tu,mula hentam rakyat.banyak dah terjadi.Mula-mula tangkap lepas tanmgkap,tangkap,tangkap dan tangkap lagi.Yang kena rakyat....Lama dah kot.....kena tukar dah sistem zaman darurat dulu ni.Zaman IT cyber...menteri otak karat lagi....



Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

NONEMohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan.

Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong (kiri).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tiga bulan setiap seorang, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.

Tiada ulasan: