Tukar Tiub |
- PENEROKA FELDA KENA TIPU OLEH MAT MONGOL
- BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU OLEH ORANG RAMAI
- HOWAT LAMBAT SANGAT BUAT LAPORAAAAN?
- MALAM INI JAM 9.00 DI RADIO BANGSAR UTAMA
- WAHAI HASAN ALI ! MANA DIA VIDEO MELAYU MURTAD ITU?
- PROGRAM MELAWAN DISANA SINI
- MELIHAT KE BELAKANG UNTUK MAJU KE HADAPAN
- PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEMUA
- BERITA DARI FACE BOOK - ROSMAH DAN ISTERI TAK DAPAT SAMBUTAN
PENEROKA FELDA KENA TIPU OLEH MAT MONGOL Posted: 08 May 2012 11:59 AM PDT DUSUN DURIAN AKAN TERGADAI PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000 Pengumuman yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja. KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak. Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion. Ini berikutan urusniaga berikut: 1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru 2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru 3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65 4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion 5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal. Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus berterusdana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari adalah RM1.689 bilion. Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau. Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah: 1. Dato' Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan 2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah. Ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN WONG CHEN PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI 8 MEI 2012 layari radio bangsar utama sekarang: |
BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU OLEH ORANG RAMAI Posted: 08 May 2012 11:54 AM PDT NOTA: berita sedih untuk bik mama berita sedih untuk mat mongol berita sedih untuk razak baginda kepada kaum keluarga azilah dan sirul ini berita baik kepada kaum keluarga azilah dan sirul beri tahu kedua yang aka di gantung ini untuk mula membuat pengakuan agar terselamat dari tali gantung jangan jadi bodoh lendir najib dapat tali gantung kamu berdua dapat ini kerja bodoh! SELAMAT DATANG ATAU SELAMAT TINGGAL UNTUK PARIS |
HOWAT LAMBAT SANGAT BUAT LAPORAAAAN? Posted: 08 May 2012 11:31 AM PDT SALUT UNTUK YANG BERANI 5 NGO GESA TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMIMPIN PESERTA PERHIMPUNAN - berita hairan ALOR SETAR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah hari ini membuat laporan polis meminta supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap peserta dan pemimpin perhimpunan di Dataran Merdeka, di ibu negara pada 28 April lalu. Laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 10 pagi itu dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (PEKIDA) Kota Setar, Badan Generasi Prihatin (BGP), Persatuan Peniaga Kecil Kedah, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) dan Persatuan Penduduk Jalan Lumpur, Alor Setar. Pengerusi PEKIDA Kota Setar, Mursyid Ariffin, berkata perhimpunan itu merosakkan harta awam dan menyebabkan pergaduhan serta kecederaan dan turut menggangu masyarakat setempat. Beliau berkata, perhimpunan itu bukan saja mencabar kewibawaan polis malah turut meremehkan arahan mahkamah, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Perhimpunan BERSIH dilihat satu cubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara itu adalah tidak bertamadun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - TIEWNAMA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MASA BERSIH 2...MALAON INI SEMUA BUAT LAPORAN POLIS SEBELUM DEMO... kah kah kah... kah kah kah...BUAT AMARAN...BUAT ANCAMAN...kah kah kah.. kah kah kah...TAK ADA SAPA AMBIL POT... kah kah kah... kah kah kah...HASILNYA BERSIH 2... 50,000 YANG TURUN.... kah kah kah.. kah kah kah....KALI INI UBAH TRIK.... kah kah kah.. kah kah kah...SEBELUM DEMO TAK ADA LAPORAN POLIS...kah kah kah.. kah kah kah...TAK ADA SILAT GANDA WANG ANDA.... kah kah kah.. kah kah kah.... TAK ADA SILAT PULUT ....TAK ADA SILAT CEKAK PINGGANG... kah kah kah... kah kah kah...TAK ADA PUKIDA ... TAK ADA PUKISA... kah kah kah.. kah kah kah...300,000 DEMONSTRAN YANG TURUN.... kah kah kah.. kah kah kah....SEKARANG BUAT LAPORAN POLIS?..... kah kah kah... kah kah kah...DAH TERLAMBAT.... kah kah kah..... kah kah kah...300,000 ANAK MUDA SUDAH PANDAI BERDEMO...kah kah kah... kah kah kah....MEREKA TAK HIDU GAS PEMEDIH MATA.... kah kah kah.. woit... SAMPAI MAMPOOOS TAK AKAN SOKONG GEROMBOLAN.... kah kah kah... layari sekarang radio bangsar utam: |
MALAM INI JAM 9.00 DI RADIO BANGSAR UTAMA Posted: 08 May 2012 02:10 AM PDT RADIO BANGSAR UTAMA - RABU RADIO PROGRAM MALAM INI JAM 9.00 MALAM Malam ini di Radio Bangsar Utama akan mewawancara dua peserta Himpunan Bersih 3.0. Mereka ialah : 1 - Adam Adli - Aktivis Mahasiswa / Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) 2 - Fadhil Murabbitun - Exco Pemuda PAS Wilayah Persekutuan RABU akan membincangkan pandangan orang muda & mahasiswa tentang Himpunan Bersih 3.0 serta pendapat tentang tuntutannya. RABU juga akan membawakan pendapat pemastautin Kuala Lumpur tentang budaya demonstrasi. Apakah ianya sesuatu yang asing dalam masyarakat kita, atau sesuatu tradisi. Post pandangan anda ke - facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama "Berani kerana Radio Bangsar Utama, kalau takut pergi kawan dengan Bik Mama" kah kah kah kah kah kah MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA berita-berita Bersih berita-berita Melawan MALAM INI DI RABU CALON CALON UNTUK BARISAN NATIONAL shahrizat jalil dari lembah pantai akan bertukar ke parlimen mengelembu ipoh perak shafie afdal akan pulang ke sabah dan bertanding di parlimen menggatal dan dari sumber jati nasaruddin mat isa akan di baling kan ke kedah |
WAHAI HASAN ALI ! MANA DIA VIDEO MELAYU MURTAD ITU? Posted: 08 May 2012 12:25 AM PDT MENUNGGU KLIP MELAYU MURTAD HASAN ALI ENGGAN ULAS FATWA DEMO QARADHAWI - mkini Pengerusi Jalur Tiga (JATI) Hasan Ali berkata beliau tidak dapat mengulas pandangan ulama disegani Yusuf Al-Qaradhawi yang menyebut bahawa perbuatan menyertai demonstrasi sebagai satu perkara harus bagi orang Islam. Namun, beliau berkata pandangan Qaradhawi itu tidak hanya terhenti setakat mengharuskannya sahaja. Ditanya lanjut, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu kerana beliau bukan ahli fuqaha. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..BILA VIDEO MURAD INI NAK SIAPA?.... kah kah kah woit... BERAPA LAMA LAGI KENA TUNGGU... kah kah kah.. kah kah kah...TAK SIAP SIAP.... kah kah kah... kah kah kah.... HANTAR EDIT KE HOLLYWOOD KE?...ATAU HANTAR KE BOMBAY?.... kah kah kah.. kah kah kah..POST PRODUCTION LAMA SANGAT.... kah kah kah.. kah kah kah...DULU BUKAN MAIN HOT.... SATU MACAM PUNYA KERAS... kah kah kah.. kah kah kah... TAK PANCUT PACUT....SEKARANG SENYAK DAH LEMBIK.... kah kah kah.. woit...INI MACAM KES KOTAK MAT EZAM KE?..... kah kah kah NOTA: tahu kah pembaca ada berapa lagi klip video yang ditunggu-tunggu nala kurap pan janji ada video klip video azmin ali satu lagi klip video anwar malaysia menjadi pengeluar porn yang tertop sekarang kah kah kah JAM 9.00 MALAM INI APA ITU RABU : RADIO BANGSAR UTAMA rabu ialah stesen radio internet rabu ialah stesen radio melawan rabu ialah stesen radio melanggar rabu ialah stesen radio cool rabu ialah stesen radio chic rabu ialah stesen radio radikal layari sekarang: www.radiobangsarutama.blogspot.com pada minggu ini setiap malam dari jam 9.00 malam siaran terus menerus tentang bersih dari rabu akan dapat didengari: berita bersih berita menghasut berita terkini dari rabu akan berkumnadang: lagu punk rock lagu rock klasik lagu rock kapak lagu metal lagu perjuangan lagu melawan lagu sosialis lagu komunis lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia sesekali lagu mat bunga sesekali lagu mat jiwang NOTA: untuk mengiklankan program untuk berhubung untuk membuat bantahan untuk memberi komen untuk mengutuk untuk mencaci untuk membodek sila hubungi: radiobangsarutama@gmail.com jadi cool jadi kawan rabu BE COOL – BE DARE |
Posted: 07 May 2012 11:50 PM PDT DENGAN HORMATNYA DIJEMPUT MENGHADARI Majlis Pelancaran Buku Membina Bangsa Malaysia karya Abdul Aziz Bari, Ooi Heng, Aida Idris, Dinsman, Abu Hassan Hasbullah, Syed Ibrahim Syed Noh dilancarkan oleh A. Samad Said, Sasterawan Negara Tarikh: 12 Mei 2012 (Sabtu) Masa: 2.30pm Tempat: K.L. Selangor Chinese Assembly Hall. Anjuran: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) DIIKUTI DENGAN DISKUSI Diskusi: Pasca 428, Ke Manakah Arah Pembentukan Bangsa Malaysia? Panelis: A. Samad Said, Dr. Wong Chin Huat, Safwan Anang Terima kasih SABTU INI DI DEWAN CHINA JEMPUTAN UNTUK PEMBACA TT sila lihat tarikh dan tempat semua ini adalah program melawan semua ini adakah program untuk menumbangkan kerajaan united malays national organisation semua ini adalah jemputan terbuka dari sungai rokam ipoh dari batu tiga shah alam dari dewan annex suk shah alam dari besut terangganu mari kita bangun melawan jangan ditipu dalam pilihan raya! JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA NOTA: sila lihat tarikh dan tempat semua ini adalah program melawan semua ini adakah program untuk menumbangkan kerajaan united malays national organisation semua ini adalah jemputan terbuka dari sungai rokam ipoh dari batu tiga shah alam dari dewan annex suk shah alam dari besut terangganu mari kita bangun melawan jangan ditipu dalam pilihan raya! sila layari radio bangsar utama untuk program melawan: |
MELIHAT KE BELAKANG UNTUK MAJU KE HADAPAN Posted: 07 May 2012 08:56 PM PDT EPILOK para pembaca tukar tiub yang budiman secara tidak sengaja kelmarin saya terserempak dengan tulis lama saya ini ditulis lebih dari 10 tahun dahulu ketika itu saya telah cuba menerangkan sejelas mungkin tentang penipuan dalam sistem pilihan raya di malaysia 10 tahun adalah masa yang lama saya rasa agak lambat sekali para pembaca dan orang ramai memahami apa yang saya tulis ketika tulisan ini ditulis tidak wujud blog tidak wujud you tube tidak wujud faceboook tidak wujud tukar tiub tidak wujud mysapce tidak wujud friendster tidak wujud radio bangsar utama internet mahal pakai dail up ini menjadikan tulisan saya agak susah untuk tersebar pandangan dan teori yang saya ajukan tidak meluas dan mengampoh saya hanya menulis seminggu sekali di malaysdiakini malah jumlah warga yang ada internet pun terhad ketika itu malaysia kini baru berumur satu tahun dalam tulisan ini saya mengajukan - pilihan raya atau pilihan jalan raya - ini adalah slogan dan laungan saya ketika itu ketika itu amat payah amat susah untuk membuka mata orang ramai untuk orang ramai menerima hakikat: bahawa jalan raya adalah metod bahawa jalan raya adalah cara untuk membuka rung demokrasi bahawa hanya jalan raya yang membawa kemenangan demokrasi hari ini saya merasa senang hati demo telah menjadi budaya hari ini saya senang hati kerana semakin ramai warga yang melihat pilihan raya ini satu penipuan buktinya: bersih satu bersih dua bersih tiga inilah perjalanan sejarah ini buktinya jika idea itu betul lambat laun ianya akan mengembang dan mengampoh hari ini - 8 may 2011 saya telah mengembangkan teori -pilihan raya atau pilihan jalan raya teori itu telah saya panjangkan hari teori saya ialah: kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya jika kita tidak ke jalan raya maka kita akan terus ditipu rancangan licik untuk menipu telah tersedia untuk para pembaca tukar tiub saya ucapan selamat membaca NOTA: dari tulisan ini muncul buku saya pertama dengan nama yang sama di cetak oleh malaysiakini ketika saya dalam penjara kemunting buku - pilihan raya atau pilihan jalan raya - tidak ada lagi dalam pasaran sekarang ini saya sedang menyediakan buku: ke jalan raya sebelum ker pilihan raya sila tunggu PILIHAN RAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA TURUN KE JALAN RAYA UNTUK PILIHAN RAYA ADIL Dari arkib Malaysiakini: Hishamuddin Rais 12:01PM Mar 9, 2001 Perkembangan dan arus perbincangan politik mutakhir ini cukup segar. Penahanan Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda Keadilan, pada petang menjelang Hari Raya Korban telah membuka satu wacana politik yang wajib diteliti oleh orang ramai, aktivis politik dan pucuk pimpinan parti-parti terutama komponen Barisan Alternatif. Agenda telah terhampar luas di hadapan mata iaitu konsep dan pemahaman tentang apakah maknanya pilihanraya dalam konteks demokrasi yang wujud di Malaysia hari ini. Untuk menilai konsep ini, maka para pemimpin politik, aktivis parti, aktivis sosial, intelektual rakyat dan orang ramai wajib melihat dan membaca kembali sejarah dan makna 'satu kepala satu undi.' Dalam sistem demokrasi berparlimen tidak ada satu sistem yang lebih telus, adil dan baik untuk memilih kerajaan melainkan dengan cara membuang undi. Sistem ini telah, sedang dan akan terus dipakai di semua negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Dalam konsep demokrasi berparlimen, sistem pilihanrayalah yang terbaik dan idea ini tidak mungkin boleh dinafikan oleh golongan demokrat, orang komunis, orang agama, orang liberal ataupun oleh kumpulan anarcho-libertarian. Tetapi sebelum sistem pilihanraya ini diterima pakai sebagai sistem pemilihan kerajaan, wajib wujud beberapa ciri, syarat dan hukum-hukum yang akan membantu untuk melahirkan ketrampilan sistem ini. Rukun pertama dalam pemilihan wakil rakyat dan ketua negara ialah: Pilihanraya wajib dikendalikan oleh badan bebas dan badan bukan dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Hanya dengan badan yang bebas barulah pilihanraya itu dilihat adil, telus dan boleh dipercayai. Rukun pertama ini kelihatan tidak wujud di Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang dilihat sebagai 'budak suruhan' kepada parti yang memerintah. Bukti yang paling senang dilihat ialah penetapan tarikh pilihanraya. Tarikh ini seharusnya ditetapkan oleh SPR dan bukan oleh parti yang sedang memerintah. Penetapan tarikh pilihanraya oleh parti yang sedang berkuasa akan memberikan 'keuntungan' awal kepada parti tersebut. Stesen TV, radio sendiri Bukti kedua, dalam piliharaya umum 1999, jelas membuktikan bagaimana SPR telah menjadi alat kepada parti yang memerintah. Tiga tuntutan rakyat menjelang pilihanraya itu: Menghapuskan undi pos, menerima pemilih baru seramai 680,000 dan mencalit dakwat hitam di jari mereka yang telah mengundi - adalah tuntutan rakyat yang adil dan jujur. Tiga tuntutan ini bertujuan mengukuhkan lunas-lunas demokrasi, bukan untuk menggulingkan demokrasi. Semua tuntutan ini boleh ditunaikan oleh SPR dengan senang jika lembaga ini sebuah badan yang bebas. Tetapi sayangnya, SPR bersilat lidah dan bordolak- dalik untuk tidak melakukan apa-apa terhadap tuntutan ini. Rukun kedua dalam sistem pilihanraya 'satu kepala, satu undi' ialah keperluan mewujudkan ruang-ruang demokrasi. Ruang demokrasi bermakna orang ramai bebas berkumpul, berceramah dan berkempen. Ruang-ruang ini pula wajib disokong oleh lembaga media yang bebas - tetapi ia bukan pula bermakna Barisan Alternatif mahu liputan adil daripada Utusan Malaysia, RTM atau New Straits Times. Liputan media pro-Mahathir ini tidak lagi diperlukan kerana tidak lagi mempunyai apa-apa kewibawaan dan tidak dipercayai oleh orang ramai. Apa yang BA perlukan ialah kebebasan untuk menjalankan jaringan media sendiri tanpa undang-undang yang menghalang dan menindas. Ini bermakna setiap parti politik boleh menerbitkan akhbar sendiri, boleh memiliki stesen radio sendiri atau mengendalikan stesen televisyen sendiri - selagi mereka ada kemampuan. Semua bentuk lesen yang bersangkutan dengan pengekangan media wajib dilihat sebagai antidemokrasi dan antipilihanraya. Kenapa semakin ramai pengundi dan anak-anak muda yang bakal mengundi tidak lagi percaya kepada pilihanraya yang dikendalikan oleh lembaga SPR? Jawapannya cukup senang: Pilihanraya hari ini tidak adil dan tidak bergerak atas lunas-lunas demokrasi. Contohnya, pilihanraya untuk majlis perbandaran tempatan semenjak zaman awal kemerdekaan hingga ke tahun 1960-an tidak pernah dimenangi oleh Parti Perikatan yang memerintah. Akhirnya kerajaan Perikatan yang sentiasa kalah itu telah mengharamkam pilihanraya di peringkat majlis tempatan. Sejarah penghapusan pilihanraya majlis tempatan adalah bukti terbaik bahawa jika pilihanraya itu boleh dimenangi oleh pihak lawan, maka pemilihan itu sendiri akan dhapuskan. Dalam wacana demokrasi dan pilihanraya, sejarah penghapusan majlis tempatan ini wajib terus dipaparkan kepada orang ramai sebagai ilmu politik dan kecacatan demokrasi di Malaysia. Walaupun menghadapi pelbagai tekanan, beberapa parti politik yang menggunakan keadah 'satu undi, satu kepala' beberapa kali berjaya mara ke hadapan untuk mencabar dan menyingkir Perikatan (kini Barisan Nasional). Diktator tumbang, demokrasi subur Apabila kejayaan dicapai pencabarnya, Umno melalui lembaga SPR akan mewujudkan undang-undang baru untuk menyekat kemaraan tersebut. Suruhanjaya pilihanraya akan menggubal syarat-syarat, hukum, kawasan dan undang-undang baru untuk memastikan pilihanraya seterusnya akan terus di menangi oleh Barisan Nasional dan kemaraan parti lawan dapat ditumpaskan. Sistem pilihanraya seperti yang wujud di Malaysia hari ini pernah berjalan di Iran di zaman pemerintahan diktator Shah, di Filipina di zaman diktator Marcos dan di Indonesia di zaman diktator Suharto. Akhirnya rakyat di negara-negara ini memilih jalan raya untuk menyelesaikan penindasan yang mereka hadapi sekian lama. Bantahan atau demonstrasi adalah satu daripada lunas-lunas demokrasi berparlimen. Berdemonstrasi di jalan raya untuk menunjukkan bantahan atau sokongan merupakan sebahagian hak-hak rakyat negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak berdemonstrasi juga diiktiraf oleh piagam hak asasi manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Masyarakat dunia hari ini melihat kegiatan berdemonstrasi sebagai asas perjalanan demokrasi yang sihat. Jadi tidak timbul isu sama ada demonstrasi ini budaya Timur atau budaya Barat. Sama seperti elektrik yang berasal dari Amerika Syarikat, kereta yang berasal dari Britain, alkohol yang berasal dari Mesir atau almari yang berasal dari Portugal - objek-objek ini telah menjadi hak milik manusia sejagat. Begitu juga budaya tunjuk perasaan - di London, New York, Moscow, Dubai, Baghdad, Nairobi, Santiago, Beijing atau di Kulim - hak berkumpul dan menunjukkan perasaan adalah hak asasi sejagat yang demokratik. Sebagai contoh di Indonesia, para demokrat, anak muda, mahasiswa dan orang ramai telah bangun untuk menjatuhkan Suharto. Mereka berjuang di jalan raya kerana Suharto telah memperkayakan anak-beranak, kaum keluarga dan kroni-kronnya selama lebih 30 tahun. Harta dan wang rakyat telah dirampok oleh anak-beranak Suharto. Rakyat bangun di jalan-jalan raya dengan kemarahan yang amat sangat. Tetapi tindakan ini bukan bermakna tidak ada pilihanraya di Indonesia. Pilihanraya memang dijalankan di Indonesia. Tetapi ketika pentadbiran Suharto, pilihanraya demi pilihanraya diadakan, hanya parti Golkar (ketuanya Suharto) berjaya memenanginya. Untuk mencapai kemenangan ini, diktator Suharto melakukan pelbagai cara: menangkap pemimpin parti lawan, mengharamkam media bebas, menghalang parti lawan agar tidak berupaya menyusun gerakan, menghalang rakyat daripada berkumpul atau mengeluarkan pendapat. Jurdil - jujur, telus, adil Kemenangan Golkar secara terus-menerus sebelum ini telah dipastikan oleh lembaga suruhanjaya pilihanraya yang dilantik oleh Golkar dan Suharto sendiri. Keadaan ini merangsang rakyat untuk menumpaskan Suharto melalui jalanraya dan bukan melalui pilihanraya. Ini bukan pula bermakna para demokrat seperti Amien Rais, Gus Dur, Gunawan Mohamed, Megawati Sukarnoputri, Arief Budiman, anak-anak muda, mahasiswa dan orang ramai di Indonesia tidak menghormati pilihanraya. Menjatuhkan Suharto melalui jalanraya itu adalah syarat utama untuk melahirkan sistem pilihanraya baru di Indonesia yang memakai prinsip 'jurdil' - jujur, telus dan adil. Jelaslah di sini bahawa pilihan-jalan-raya yang diambil di Indonesia, di Iran atau di Filipina itu merupakan satu jalan demokratik untuk memperluaskan dan mengukuhkan lagi lunas-lunas demokrasi. Demokrasi di sini bukan hanya bermakna membuang undi. Jangan salah anggap jika kita memiliki tayar bermakna kita sudah memiliki sebuah kereta. Untuk sebuah kereta meluncur maju, ia memerlukan lebih daripada sebuah tayar. Selepas kejatuhan Suharto, selain pilihanraya yang 'jurdil', media bebas dibenarkan dan tiada lagi permit penerbitan yang menghalang. Parti-parti dibenarkan wujud dengan memakai apa-apa ideologi, bukan seperti sebelumnya parti baru dilarang dan parti sedia ada diwajibkan menganut Pancasila. Penahanan Ezam Isnin lalu akan memperluaskan wacana mengenai dua pilihan yang sedang kita hadapi sekarang - sama ada 'pilihan-raya' atau 'pilihan-jalan-raya' (demonstrasi). Soalan-soalan yang wajib ditimbulkan ialah: Apakah masuk akal sistem pilihanraya 'satu kepala, satu undi' yang wujud di Malaysia hari ini? Apakah kita hanya boleh menentang kezaliman dan penindasan lima tahun sekali sahaja walhal kezaliman itu berlaku setiap detik? Apakah masuk akal bahawa kita hanya boleh menegakkan keadilan lima tahun sekali sahaja - dari pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 5.30 petang (kerana inilah masa yang ditentukan oleh SPR untuk membuang undi)? Dan selama 4 tahun 364 hari kita harus taat setia tunduk merelakan kepala kita digodam, diinjak, ditindas dan ditipu oleh penguasa? Kezaliman dan penindasan di Malaysia berlaku setiap saat. Maka terpulangkan kepada kita sebagai rakyat biasa untuk membuat perhitungan: 'pilihan-raya' atau 'pilihan-jalan-raya.'(TT) RADIO BANGSAR UTAMA layari radio bangsar utama radio internet ulung radio internet berani melawan radio unternet yang menyokong politik jalan raya hanya dari radio bangsar utama pendengar dapat mendengar suara melawan |
PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEMUA Posted: 07 May 2012 08:27 PM PDT SILA CAM DAN KENALI GAMBAR MUKA INI MEMINTA BANTUAN ORANG RAMAI dibawah ini adalah gambar muka muka orang yang dipercayai telah mengganas ketika duduk bantah 28 april yang lalu orang ramai diminta camkan muka-muka ini perhatian betul betul perhatikan dengan baik baik kenali betul betul muka siapa dalam gambar ini orang awam dinasehatkan berjaga jaga tuan empunaya muka muka ini dikatakan bersenjata dan berkemungkinan memngganas lagi sila kenali mereka cari dan kenali alamat mereka dan hantarkan maklumat ini ke : email : adu@anakmudamalaysia.com website : www.anakmudamalaysia.com sms : 018-923-50-83 segala kerjasama dari orang ramai di ucapkan terima kaseh LAYARI RADIO BANGSAR UTAMA SEKARANG MALAM INI JAM 9.00 radio bangsar utama juga akan bersama sama orang awam untuk mengenal pasti muka muka yang tertera di atas hanya radio bangsar utama yang berani melaporkan keganasan polis keatas para demonstran hanya radio bangsar utama yang menemu bual mangsa keganasan polis hanya radio bangsar utama yang menemu bual wartawan magsa kegasnasan polis hanya radio bangsar utama yang menenemu bual peguam yang membantu mangsa keganasan polis radi bangsar utama akan menemu bual adam adli radio bangsar utama laporan jelas - berani langgar! |
BERITA DARI FACE BOOK - ROSMAH DAN ISTERI TAK DAPAT SAMBUTAN Posted: 07 May 2012 08:15 PM PDT SEDIH HANYA KERUSI YANG DATANG DARI FACE BOOK BEBAN NEGARA Panas: Sambutan 'Hambar' Program PM Di Taman Gelora, Cubaan Adnan Malukan Perdana Menteri! Dengan pendedahan ini berkenaan sambutan hambar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia di Taman Gelora baru-baru ini, maka ramailah yang menuduh kenyataan ini hanyalah fitnah dan spekulasi semata-mata. Namun, dari gambar yang dipaparkan itu membuktikan sebaliknya. Hambar, bukan bermakna tidak ada langsung orang yang datang tetapi ia menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan. Mereka yang ramai hadir hanyalah yang dipaksa oleh kerajaan menerusi pekeliling tertentu. Bagi menunjukkan lebih ramai yang hadir maka seperti biasa para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan. Adalah lebih elok para pelatih PLKN itu dibenarkan memakai baju "casual" agar tidak nampak sangat mereka pelatih. Namun, akibat kealpaan penganjur maka mereka semua dipaksa memakai baju PLKN yang membuktikan merekalah yang telah meramaikan hadirin yang menyambut Najib Razak pagi semalam. Soalnya, ke mana pergi penyokong UMNO BN yang ramai itu. Mana pergi rakyat yang dikatakan sudah mula menyokong kerajaan?. Semua ini membuktikan rakyat sebenarnya sudah muak dan jemu dengan taktik-taktik kerajaan terutamanya UMNO yang memaksa rakyat hadir termasuk memberi gula-gula kepada mereka. Apapun, sambutan yang diberikan kepada Najib semalam jelas sekali memalukan Kerajaan Negeri Pahang. Mana mungkin, pentadbiran Adnan Yaakob tidak menjemput rakyat untuk hadir berbondong-bondong ke program PM. Justeru, dapat kita membongkarkan rahsia semua ini bagi bolehkan rakyat Pahang seantero dunia untuk menilainya. PELAYAR RADIO TUKAR TIUB MAKIN BERTAMBAH MALAM INI JAMK 9.00 malam ini jam 9.00 siaran langsung malam ini rabu akan menemui bual adam adli adam adli aktivis anak muda adam adli aktivis pelajar adam adli pentibai najib hanya radio bangsar utama yang berani melawan hanya radio bangsar utama yang melawan gerombolan radio bangsar utama - laporn jelas - berani langgar |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan