Rabu, 2 Mei 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KETUA WANITA MCA BERSAMA BERSIH BERDEMO

Posted: 02 May 2012 12:29 PM PDT




BARISAN NASIONAL AKAN PECAH







DARI FACEBOOK:
Zunar Kartunis

Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har turut menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Sabtu lalu. Apa kata anda?



IKUTI FORUM SECARA LANGSUNG




NOTA:

pada jam 8 malam dari radio bangsar utama
para pendengar akan dapat mengikuti
forum yanag akan dijalankan di dewan china



http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


POLIS MENGGANAS PERLU DI TANGKAP

Posted: 02 May 2012 11:52 AM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


polis yang ganas perlu ditangkap
polis ganas wajib dibawa ke pengadilan

siapa memberi arahan
kepada polis polis ini
untuk mengganas?

dari berita yang tersebar di media arus perdana
ketua pengarang akhabar telah lebih awal dipanggil
untuk diberi taklimat agar berita bersih tidak dilapor

ini ertinya ada rancangan untuk polis mengganas
ini ertinya ada konspirasi untuk buat kacau

kenapa?
apakah ada yang benci najib?
keganasan polis ini akan memalukan najib


NOTA
rakyat satu malaysia bukan bodoh
gaji polis di bayar dari duit cukai
duit rasuah juag dari duit rakyat

tak kan rakyat bodoh bayar duit polis
tak kan rakyat bodoh tanggung makan polis
kemudian polis yang sama belangkong rakyat

ini telah terlebih
masanya telah sampai
untuk kita semua humbankan najib
humbankan united malays national organisation

orang ramai benci pada najib
orang ramai benci pada united malays national organisation
kalau najib tak ada
kalau gerombolan tak ada
barulah negara ini aman damai


PEGUAM MANGSA POLIS




PESERTA BERSIH GANAS AKAN DI TANGKAP
- mkini

Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

LAGI MANGSA KEGANASAN POLIS




nota:
amat jelas yang pakai baju biru ialah polis
yang pakai baju kuning ialah demonstaran
tak perlu buang masa
ini saheh bukti polis ganas





KRONI BUAT DUIT CEKIK LEHER PELAJAR

Posted: 02 May 2012 11:41 AM PDT









KONTRAK ASRAMA KUIS:
BUKTI PENYELEWENGAN UMNO PUNCA YURAN PENGAJIAN TINGGI, BEBAN PELAJAR


Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.

Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.

Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS. Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato' Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.

RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)

RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato' Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.

(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007 yang dilampirkan)

Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.

(Sila lihat Laporan Tahunan 2006 BPHB, muka surat 15 yang dilampirkan)

Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato' Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun. Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah "atas angin" dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.

(Sila rujuk Penyata Pendapatan MAIS dari Laporan Tahun 2010, "Kos Jualan: Sewa Asrama" berjumlah RM15.4 juta setahun yang dilampirkan)

Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.

Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.

Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma.

Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 MEI 2012


MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA

Posted: 01 May 2012 11:40 PM PDT




TEMU BUAL MALAM INI





PROGRAM RADIO BANGSAR UTAMA MALAM INI

RADIO BANGSAR UTAMA - RABU

PROGRAM MALAM INI JAM 9.00 MALAM

Malam ini di Radio Bangsar Utama akan menemubual peserta Himpunan Bersih 3.0. Mereka ialah :

1 - Haijan Omar - Aktivis Lawyer For Liberty (LFL) yang dipukul Polis sewaktu himpunan Bersih 3.0
2 - Murnie Hidayah - Peguam, Aktivis Lawyer For Liberty (LFL)
3 - Syukri Razab - Coordinator Right To Trial - Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Semua jemputan ada latar belakang undang-undang. Kita akan dengar pengalaman mereka dalam himpunan Bersih 3.0.






PENTING

Kepada yang berminat untuk bertanyakan soalan atau nak kata 'hi' atau nak kutuk atau apa sahaja - sila 'post' soalan anda di Facebook page Radio Bangsar Utama sekarang !!

Jangan Lupa !!! Add facebook Radio Bangsar Utama - www.facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama

Follow twitter kami - @R_Bangsar_Utama

"Kalau takut dengar Radio Bangsar Utama, Usah Bicara Tentang Perjuangan"

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA

Berita-berita Bersih
Berita-berita Melawan


---------------------------------------------------------------------

PROGRAM MELAWAN MALAM ESOK DEWAN CHINA



NOTA:

radio bangsar utama
akan membawa forum ini
terus menerus dari dewan china

pendengar di rumah
pendengar di luar negara
sila bersedia dan layari:


www.radiobangsarutama.blogspot/com

www.radiobangsarutama.com


MALAM ESOK DI DEWAN CHINA




INI BUKAN SATU AMARAN - INI HANYALAH SATU JANJI

Posted: 01 May 2012 09:55 PM PDT




JANGAN CUBA MENIPU







BUKAN AMARAN TAPI SATU JANJI

Saperti yang dijanjikan IBU segala demo berjaya dijalankan. Saperti yang telah dijanjikan 250 ribu warga telah turun ke jalan raya. Seperti yang telah dijanjikan politik baru telah dimunculkan. Saperti yang telah dijanjikan anak semua bangsa telah melintasi garis takut. Saperti yang telah dijanjikan politik ke jalan raya sebelum ke pilihan raya telah menjadi pedoman semua.

Hari hari berikut – seminggu, dua minggu mungkin satu bulan – heboh Duduk Bantah - akan berterusan. Media United Malays National Organisation akan terus memperlekeh Bersih. Media gerombolan ini akan menetaskan pelbagai kesah penglipur lara, labon dan sastera.

Laporan awal dari Utusan telah mengsasterakan bagaimana para demonstran telah dibayar untuk turun ke jalan raya. Ada demonstran yang telah diupah. Ada yang telah dirasuah. Ini sebenarnya ini teknik media lama yang telah berkarat. Akhbar gerombolan Ketuanan Melayu ini tidak sedar bahawa – media baru – lengok dan bunyinya telah berubah.

Tetapi untuk menyenangkan kerja saya , dengan penuh ku syiok lagi tawar duduk saya menerima hakikat bahawa labon-labon media Utusan Malaysia ini adalah tepat - saheh lagi mensahehkan.

Maka akan timbul pula kesah polis kena pukul. Kesah polis kena lanyak. Kesah polis kena belangkong. Kesah polis menyembah minta ampon kerana ditibai oleh penunjuk perasaan. Kesah polis lari terkencing-kecing dikejar oleh penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan amat ganas. Penunjuk perasan amat liar. Penunjuk perasaan buat huru hara. Penunjuk persaan baling batu dan baling botol. Kesah polis cedera masuk hospital.

Untuk menyenangkan kerja kita, saya sarankan marilah kita terima hakikat bahawa sastera labon dari media United Malay National Organisation ini adalah saheh lagi mensahehkan. Benar lagi membenarkan. Betul lagi membetulkan.

Maka akan timbul pula kesah bahawa Ambiga Pengerusi Bersama Bersih ini sebenarnya bukan rakyat Malaysia. Ambiga berasal usul dari Nigeria. Nama sebenarnya Ambiga ialah Miss Wa Dunga Wa Dungu. Ambiga ini bukan sahaja orang asing malah telah dibuktikan bahawa Ambiga ini telah menerima duit dari ajen Ah Seng untuk memburuk-burukkan Raja Gopal dan Raja Raja Melayu.

Tidak cukup dengan ini Ambiga ini juga telah dibuktikan sebagai pengamal sex percuma. Malah kempen Ambiga menawarkan 'free sex' inilah yang menjadi daya tarikan utama untuk anak anak muda dari Kuala Berang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

Lalu saya ingin bertanya - adakah sesiapa yang tidak akan berminat dengan Sex Percuma. Kempen sex percuma dari Bersih ini cukup memberahikan. Bakal penunjuk perasaan bukan sahaja dapat sex percuma malah saya telah diberi tahu aiskrim batang pun akan diberi percuma.

Justeru, untuk membereskan tugas dan kerja kita maka saya cadangkan kita terima sahajalah labon sex percuma ini sebagai saheh lagi mensahehkan

Maka akan timbul pula kesah bagaimana kamera wartawan dari Al-Jazeraa, Al-Bibisi, Al-Si-ant ant , Al-Jazail, Al-Jalakon, Al-Mush-rikin dan Al-Ma'aunah yang telah dirampas oleh penunjuk perasaan. Bukan sahaja kamera di rampas tetapi telah dipijak-pijak. Tidak cukup dengan dipijak-pijak kamera ini juga telah dijualkan kepada Muniandy pembeli besi buruk dari Brickfeilds.

Sekali lagi saya dengan penuh kesedaran, untuk melunaskan dan mempercepatkan tugas harian, saya telah menerima berita ini sebagai saheh lagi mensahehkan.

Bersih juga difahamkan bahawa ramai Polis Rahsia Najib yang dikenali dengan nama Ass Bee telah membeli baju T Bersih. Lebih dari 30 orang Ass Bee ini telah turut sama berdemo dengan memakai baju T berwarna kuning dengan logo Bersih. Bijak. Memang cukup bijak. Saya akan topi.

Saya juga tidak akan menolak berita Ass Bee ini sebenarnya menyamar sebagai penunjuk perasaan. Ass Bee bertugas untuk menjadi tukang kacau. Ass Bee jadi tukang provok. Maka kita terimalah kesah dan berita ini sebagai saheh lagi mensahehkan.

Saya juga tidak akan mempersoalkan tentang polis membawa kereta untuk melanggar demonstran di pinggir jalan. Atau berita tentang polis bermotosikal ke hulu ke hilir mamacu motosikal besar mereka dengan ligat dan laju. Kita tak perlu bertengkar tentang ini.

Saya juga dengan senang hati menerima kesah bagaimana Cikgu Bard, Yb Tian Chua, Yb Eli Wong, Yb Sivarasa, Peguam Latifah Koya termasuk Peguam Minah Cun yang bernama Fadiah telah sama menerbus masuk ke Dataran Merdeka. Mereka bukan sahaja menerbus masuk ke Dataran Merdeka, malah mereka telah membaling kasut dan selipar kepada mata-mata yang bertugas.

Kemudian kita membaca pula bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah berbising-bisik dan berkenyit mata memberi tanda isyarat untuk merempoh masuk ke Dataran Merdeka. Mereka berdua ini mengikut surah labon Utusan Malaysia adalah orang jahat yang memulakan huru hara. Ini pun saya terima sebagai saheh.

Ada pula berita yang melaporkan Bersih telah di bajak oleh parti politik. Ada yang melaporkan bahawa Bersih telah menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Ada berita yang melaporkan Bersih ini ajen Pakatan Rakyat. Untuk saya semua ini adalah berita yang tepat.

Untuk memudahkan kerja - saya tidak akan mempertikaikan kesemua berita-berita ini. Saya juga tidak akan menolak berita-berita ini. Saya tidak akan membangkang laporan Utusan Malaysia. Malah semua kesah-kesah ini saya anggap sebagai surah dan hadis saheh lagi mensahehkan.

Saya tak ada masalah untuk menerima , mensahehkan dan menghalalkan semua laporan berita ini. Saya tidak akan bertegang leher untuk menafikan berita ini. Saya juga tidak akan berhujah untuk membuktikan bahawa semua berita-berita ini di reka-reka untuk mengalihkan pandangan orang ramai. Direka-reka agar orang ramai benci kepada Bersih. Saya akan terima semua berita ini dengan tangan dan zeep terbuka.

Hanya, saya ingin bertanya kepada isteri...opps... suami Rosmah - kenapa ada rancangan hendak menipu dalam pilihan raya yang akan datang ini?

Saya juga hendak bertanya - 250,000 penunjuk perasaan yang turun ke jalan raya pada hari Sabtu lalu – mereka mahu apa? Apa tuntutan mereka? Beribu-ribu anak muda yang berdemo itu - apa yang mereka mahu? Beratus ribu anak muda dari kampong dan desa – dari semua pelusuk negara - berani ke jalan raya ini kerana apa? Anak-anak muda dari Kuala Brang, dari Kuala Kedah, dari Felda Chemomoi bertempur dengan FRU di Masjid Jamek – kenapa? Apa yang mereka mahu?

Satelah semua kesah kesah IBU sega demo ini mengenap – pertanyaan-pertanyan diatas wajib dijawab. Soalan : Kenapa ada rancangan tersusun untuk menipu dalam PRU13 ini akan timbul kembali. Soalan kenapa gerombolan United Malays National Organisation merancang dengan menggunakan akta parlimen untuk menipu di PRU13 telah di ketahui ramai. Ini bukan berita bohong.

Kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya , Jabatan Pendaftaran Negara , PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kad pengenalan segera kepada pendatang asing ini – juga telah di ketahui ramai. Pedatang asing ini diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Ini bukan lagi rahsia.

Rancancangan gerombolan United Malays National Organisation untuk menipu di kawasan-kawasan Selangor juga telah di ketahui. Beratus ribu nama pengundi telah ditambah untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat telah juga diketahui. Beribu-ribu nama pengundi Pakatan Rakyat telah di alih, telah di hilangkan atau di ubah. Ini juga diketahui.

Justeru, satelah heboh heboh tentang keganasan penunjuk perasaan mengenap maka soalan kenapa United Malays National Organisation merancang untuk menipu di PRU13 akan muncul kembali. Tidak dapat dielakkan

Kereta polis terbalik. Wartawan patah kaki. Azmin Ali buat kecoh. Ambiga penganut Hindu. Pak Samad jual Melayu. Dan seribu satu macam kesah-kesah penglipur lara ini tidak akan menenggelamkam satu persolan hakiki: Kenapa United Malays Natoonal Organisation hendak menipu dalam PRU13?

Pada Sabtu 28 April 2012 yang telah lalu ada 300 ribu, ada 250 ribu, ada 200 ribu atau 100 ribu – jumlah angka ini dijalan raya – jumlah angka tidak perlu dipertikaikan. Apa yang saheh ialah beratus ribu warga anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Pilihan raya yang adil dan bersih dituntut untuk memastikan kerajaan yang wujud adalah kerjaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan kerajaan yang naik tahtha kerana penipuan dalam pilihan raya. Berkuasa bukan kerana menipu tetapi kerana sokongan ramai.

Sayugia di ingatkan – 250 ribu yang berdemo itu adalah tanda amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah tanda amaran dari 250 ribu warga anak semua bangsa. Amaran ini jelas bersuara : Jangan menipu dalam PRU13.

Dua ratus lima puluh ribu yang berarak dari Masjid Negara, dari Jalan Sultan, dari Masjid India, dari KLCC, dari Bricifeild dan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka adalah perarakan untuk memberi tanda amaran. Ini adalah tanda amaran yang menuntut agar pengundi pos di lupuskan, masa berkempen dipanjangkan, media dibebaskan dan daftar pengundi dibersihkan.

United Malays National Organisation beringatlah kepada amaran dari 250 ribu anak muda semua bangsa ini. Berwaspadalah agar amaran ini menjadi pedoman untuk membaiki diri. Kerana, jika PRU13 ini masih dijalankan dengan penuh penipuan maka bukan 250 ribu warga yang akan turun ke jalan raya – berjuta juta lagi yang akan bangun. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji.(TT)


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45













PENGUMUMAN UNTUK SEMUA WARGA

Posted: 01 May 2012 09:47 PM PDT











DARI JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH 2.0

Bagi pihak Bersih 2.0, Jawatankuasa Hak Sivik - KL & Selangor Chinese Assembly Hall akan mendokumentasi dan mengumpul testimoni mangsa-mangsa keganasan polis semasa perhimpunan Duduk Bantah.

Sekiranya anda kenal sesiapa mangsa kekejaman polis, sila jemput mereka datang ke Dewan Perhimpunan China - KLSCAH - pada hari Rabu hingga Jumaat.

Datang ke Dewan China dari jam 3 petang hingga 8 malam.

Pada hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pengumpulan maklumat ini akan dilakukan sehingga 5 Mei 2012.

Atau melaporkan kes-kes kekejaman polis ke hot-line kami 012-349 6013 / emel info@bersih.org.

Terima kasih.

BERSIH 2.0

CARA KERJA POLITIK YANG TERBAIK

Posted: 01 May 2012 09:09 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


sila lihat klip dibawah ini
inilah kerja politik yang wajib kita galakkan
kerja kerja politik seperti ini
pasti akan mengaut banyak pengundi china

kita wajib dorong dan galakkan
anak anak muda membuat kerja
saperti dalam klip ini

adalah penting kalau kerja politik seperti ini
dilakukan dalam kawasan china yang ramai
ini untuk menaikkan lagi
kesedaran politik orang china



KERJA POLITIK YANG WAJIB JADI PANDUAN BERSAMA






layari sekarang:





INI HARI KE 29 - KALAU TAK LETAK APA TINDAKAN

Posted: 01 May 2012 07:37 PM PDT




NOTA:


kita tunggu apa yang parti pas nak buat
kita kira tiap hari apa tindakan diambil

kalau dalam masa 30 hari
malaon dua ekor ini tak
letak jawatan apa tindakan pas?

rakyat menunggu

tukar tiub
akan buat count down
radio bangsar utama
akan buat count down

ini untuk menyenangkan
rakyat untuk melihat
para yang perlu kita
lakukan bersama!


28 HARI LAGI - KITA TUNGGU








PAS BERI 30 HARI PENGERUSI SPR, TIMBALAN LETAK JAWATAN - harakah daily


KUALA LUMPUR, 30 April — PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'."Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan," kata beliau.

PAS akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, di Putrajaya hari ini.



layari sekarang:


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


BERITA GUMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Posted: 01 May 2012 07:03 PM PDT




NOTA

kes rasuah kapal selam
telah dibuka di paris

najib razak
razak baginda
adalah saksi penting
ertinya mereka akan dipanggil
untuk jadi saksi

bila najib dipanggil
mat mongol ini pasti tak datang

bila mat mongol tak datang
maka waran akan di keluarkan

ini waran interpol

bila waran interpol di keluarkan
satu malaysia akan ketawa
kah kah kah

NOTA:
waran ini hidup di 27 buah negara
27 buah negara ini adalah negara eu
kah kah kah

BERITA TERBAIK UNTUK MALAYSIA

















layari sekarang

Tiada ulasan: