SIASAH |
Bimbang terancam, program Irshad Manji di KL batal Posted: 11 May 2012 01:42 AM PDT Program aktivis liberal Irshad Manji di Malaysia hujung minggu ini ditangguhkan ke tarikh lain akibat bimbang kemungkinan buruk yang dijangka tercetus ekoran penentangan hebat terhadap aktivis homoseksual itu. SiasahDaily difahamkan program Manji ditangguhkan ekoran serangan terhadap programnya di Jogjakarta, Indonesia baru-barun ini. Manji dikatakan dinasihat tidak meneruskan programnya di Kuala Lumpur yang dijadual bermula esok ekoran kebimbangan terhadap protes terhadapnya di Malaysia. Menurut penganjurnya, Manji juga kini terpaksa menguruskan beberapa hal berhubung keselamatan dan perundangan di Indonesia. Beberapa kumpulan, termasuk Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam dan Pemuda PAS telah menyatakan bantahan terhadap kehadiran aktivis "lesbian Muslim" dari Kanada ini yang dijadual mengadakan program diskusi buku di kedai buku Borders di Petaling Jaya esok. Sebelum ini, programnya yang dijadual diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dibatalkan selepas menerima bantahan banyak pihak. UIA dilihat bimbang dengan reaksi negatif daripada program yang dijadualkan itu, selepas dikritik hebat beberapa akademik dan kumpulan intelektual Muslim kerana menjadi tuan rumah satu program membincangkan homoseksualiti pertengahan April lalu yang didakwa tidak seimbang. Program itu disifatkan sebagai yang pertama seumpamanya memberi ruang kepada aktivis LGBT (lesbian, gay, biseksual dan trangender) berforum secara terbuka dan menyaksikan penyertaan ramai aktivis LGBT. |
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan