Khamis, 17 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


TERHOT: Bekas Ketua JSJ Bkt Aman join PAS

Posted: 17 May 2012 09:12 AM PDT

BEKAS KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH BKT AMAN MASUK PAS

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.

Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.

Dilahirkan di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975 iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah.

Antaranya sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991.

Beliau dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian.

Beliau kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
kursus

Fauzi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus menyelam di Sarawak.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.- Mutaligat

GALAKNYA Presiden Senaman Punggung... kahkahkah...

Posted: 17 May 2012 08:15 AM PDT

Imej UMNO 'Diharamjadahkan' Oleh NGO Pra Matang

Oleh Shahbudin Husin

Sejak akhir-akhir ini nampaknya begitu galak NGO-NGO yang pro UMNO melakukan pelbagai tindakan untuk mempertahankan parti itu sejak perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas memperlihatkan UMNO makin kesakitan untuk mengekalkan kuasanya.

Dengan tujuan mengalih perhatian terhadap kebangkitan rakyat, sebuah NGO yang bernama Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau IKHLAS mengadakan protes jualan burger di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga atas kerugian yang kononnya mereka alami ketika perhimpunan Bersih 28 April lalu.

Tidakan IKHLAS ini jelas kurang matang dan tersasar dari fakta kerana jika mereka menjalankan perniagaan pada hari tersebut,tentunya keuntungan berlipat kali ganda dapat diraih kerana ratusan ribu yang hadir dalam perhimpunan itu adalah merupakan pembeli berpotensi untuk makanan seperti burger dan air minuman. Sepatutnya mereka tidak menutup kedai pada hari tersebut, malahan menambah stok jualan.

Tetapi oleh kerana IKHLAS ini tidak ikhlas untuk berniaga dan menambah rezeki tetapi lebih ghairah untuk menjadi nasi tambah dalam pergolakan politik semasa, maka mereka telah melakukan tindakan yang memalukan diri sendiri pada mata rakyat. IKHLAS sebenarnya lebih sibuk untuk menjadi NGO pro UMNO daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk ahli-ahlinya sendiri.

Yang terbaru pula, susulan dariada perhimpunan Bersih juga, Persatuan Veteran Tentera Melayu atau PVTM trlah mengadakan demo "senaman punggung", juga di depan rumah Ambiga sebagai bantahan kerana kononnya tindakan Ambiga mengetuai Bersih telah merosakkan imej negara. Mengadakan bantahan dengan bersenam sambil menggoyang-goyangkan punggung adalah perbuatan lucah, tidak beradab dan keluar sama sekali daripada tata susila bangsa Melayu dan rakyat Malaysia yang matang serta beradab sopan.

Haruslah difahami bahawa politik adalah perjuangan yang berteraskan akal fikiran dan kematangan. Dengan bergaya
lucah dan menunjuk punggung untuk melawan perjuangan Bersih yang menuntut ilihanraya yang bersih dan adil hanya membuktikan PVTM sebuah lagi NGO pro UMNO yang tidak matang dan kebudak-budakan. Sukar mempercayai bekas askar boleh terlibat aksi sebegini. Sepatutnya kalau PVTM mahu melawan Bersih 3.0 yang berjaya menghimpunkan 300 ribu orang, mereka seharusnya menganjurkan satu perhimpunan yang boleh dihadiri oleh lebih ramai daripada itu.

Tindakan PVTM mengadakan demo lucah dan biadap seramai 15 orang hanya menunjukkan mereka adalah NGO pro UMNO yang pra matang. Tiada apa-apa sumbangan mereka kepada UMNO akibat perlakuan itu. Jumlah penyokong UMNO tidak akan bertambah kerananya. Pengundi atas pagar akan lebih menjauhi UMNO kerana kebiadapan aksi yang ditunjukkan itu. Di mata rakyat gelagat NGO ini hanya berjaya "mengharamjadahkan" imej UMNO semata-mata kerana perlakuan mereka dilihat seolah-olah dinaungi serta direstui oleh UMNO dan pimpinannya.

Dengan aksi yang seperti "haram jadah" yang ditunjukkan itu, sudah tentulah UMNO akan dilihat sedemikian rupa juga. Dengan pemikiran pengundi semakin kritikal sekarang ini, gelagat pra matang PVTM ini hanya menambahsukarkan lagi UMNO dan BN untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini.

Sebelum itu, dengan tujuan menyindir Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam aksi seks sebagaimana yang diheboh-hebohkan melalui penyebaran video yang mirip dirinya, sebuah NGO tanpa nama telah mengadakan demo Duduk dan Jilat di Shah Alam sambil mengagih-agihkan aiskrim percuma sambil berpesan "jangan makan airkrim dalam tandas" kepada mereka yang sudi menerima pemberian aiskrim percuma yang entah siapa penajanya itu. Perlakuan NGO ini juga bercirikan lucah, jijik dan biadap yang bertentangan sama-sekali dengan budaya rakyat Malaysia.

Meskipun NGO ini mengatakan mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi dengan penglibatan beberapa invividu dalam demo itu jelas sekali membuktikan mereka mempunyai kaitan yang rapat dengan UMNO dan pemimpin tertentu. Apakah manfaat yang UMNO perolehi daripada demo Duduk dan Jilat ini?

Jawapannya sudah tentu kosong. Sekali lagi - kosong. UMNO sebenarnya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada demo ini. Sebagaimana demo "senaman punggung" di depan rumah Ambiga yang tidak menyebabkan undi UMNO bertambah dan tidak juga meyebabkan Najib akan memperolehi keputusan lebih baik dalam pilihanraya akan datang, demo Duduk dan Jilat ini juga tidak menyumbang sesuatu yang baik kepada UMNO, selain aksi dan gelagat mereka itu berjaya menjadikan imej UMNO kelihatan seperti "haramjadah" pada pandangan umum.

Sebelum demo jualan burger, aksi Duduk dan Jilat serta senaman punggung, sebuah lagi NGO iaitu TIBAI telah juga dilancarkan dan kini sedang bergerak aktif mengadakan ceramah dengan sasaran menyerang peribadi Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai perlakuan seks serta moral yang diragui. NGO ini yang dianggotai oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar dan menghentam UMNO serta Tun Mahathir suatu ketika dahulu, berbuat demikian semata-mata untuk membantu UMNO dan mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri. Dua orang daripada anggota kanan kumpulan ini sudah pun diberikan jawatan Senator oleh Najib iaitu Ezam Mohd Nor dan Datuk Nallakaruppan.

Kesemua perlakuan dan aksi NGO ini ialah untuk membantu UMNO dalam pilihanraya akan datang. Tetapi mungkinkan UMNO menang dengan bantuan kempen yang berunsur seks, lucah, serangan peribadi, aksi biadap dan tanpa akhlak ini?

Kiranya UMNO merasakan gelagat NGO-NGO terbabit sesuatu yang membanggakan dan berupaya menambahkan jumlah undi dalam pilihanraya akan datang, eloklah UMNO bermuhasabah semula sebelum menghadapi pilihanraya ini. Dengan perlakuan pra matang NGO-NGO terbabit yang lamgsung tidak memberi manfaat kepada imej UMNO selain menjadikan UMNO kelihatan lebih kotor dan "haram jadah" di mata rakyat, UMNO dan BN mungkin ditimpa bala yang lebih besar jika semua NGO ini terus bermaharalela seolah-olah mereka sayap baru UMNO dan BN serta "anak emas" Najib menjelang pilihanraya akan datang ini.

Perlakuan mereka akan menyebabkan pengundi pelbagai peringkat merasa lebih jijik untuk menyokong UMNO dan BN.

Mampuih la Umno kali nie... kahkahkah...

Posted: 17 May 2012 06:10 AM PDT

Bersih gerak kempen Jom Pantau PRU 13

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 16 Mei: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menggerakkan dua kempen penting iaitu keluar mengundi dan jom pantau bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adil dan bersih.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, selepas Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) gagal mereformasi pilihan raya walaupun ratusan ribu rakyat menuntut pilihan raya bersih pada Himpunan Bersih 3.0, rakyat perlu menjadikan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan.

"SPR tidak ada sedetik niat untuk memperbaiki pilihan raya, jauh sekali untuk memastikan perkara paling fundamental iaitu membersihkan senarai daftar pemilih.

"Jelas SPR tidak boleh dipercayai untuk menjalankan pilihan raya umum dengan adil dan bersih.

Justeru, kami menyeru semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, anak semua bangsa keluar mengundi bagi melawan penipuan ini.

"Kita keluar beramai-ramai dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia!" gesa Sasterawan Negara yang lebih dikenali Pak Samad pada sidang media hari ini.

Turut hadir, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin dan aktivis Hishamuddin Rais.

Pak Samad berkata, rakyat juga diseru memantau situasi pilihan raya untuk memastikan tidak berlaku penipuan.

"Kita memerhati dengan mata yang tajam pada masa berkempen dan pada hari membuang undi.

Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini!" gesa beliau lagi.

Menurut beliau, Bersih 2.0 akan bekerjasama dengan Tindak Malaysia dan Jom Pantau bagi melatih sukarelawan yang berperanan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi dan ejen pengundi pos.

Tindak Malaysia adalah NGO yang terlibat melatih sukarelawan pilihan raya dan Ejen Pengundi, Pengira Undi dan Ejen Barung (Pacaba). Mereka juga akan memastikan pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan.

Manakala Jom Pantau pula diketuai Komas yang bekerjasama dengan Malaysian Observes Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Iintegrity (NIEI).

Rakyat boleh mengambil bahagian dalam pemantau pilihan raya dengan cara membuat laporan kepada umum di www.pru13.info.

Sedap betoi artikel nih...

Posted: 17 May 2012 02:04 AM PDT

Menelanjangi pembohongan

Oleh Hishamuddin Rais

Dua minggu sesudah ibu segala demo berlangsung - pelbagai bentuk pembohongan ditaburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundamental. Berita, kisah dan kenyataan yang remeh lagi temeh dipanjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa agenda fundamental.

Agenda yang fundamental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Agenda inilah yang menjemput 300,000 warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300,000 anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia tidak lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan dijalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia - anak semua bangsa - yakin bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300,000 - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundamental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid - apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep: hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan 'menumbangkan kerajaan'. Perkataan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah peRkara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.

Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah perkara biasa. Bukan satu perkara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Aceh tumbang. Kerajaan Turki tumbang. Kerajaan Czar Rusia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru - kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai dakwaan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Tiga orang bekas pemimpin kanan polis aka polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jangan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah 'Three Stooges' - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk, Tan Seri dan Tun ini ada 'memiliki' kes jenayah yang amat besar. Seorang tauke judi pasti takut kasinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju - masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang 'tauke lendir' pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihempap ke mukanya. Justeru cakap-cakap 'tiga ekor lanun' ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Parti Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru - beberapa hari dahulu - di Perancis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.

Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mengatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan sahih. Saya terima hujah ini.

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan d isini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Perancis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Perancis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Perancis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memilih kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan antara pilihan raya di United Kingdom atau di Perancis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300,000 anak semua bangsa - tua dan muda - turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia tidak mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Perancis adalah pengundian sahih dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia di mana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation didakwa telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini 'warga asing' akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.

Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.

Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis di atas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah seperti yang sedang berlaku di Burma sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipilih - semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.

Kisah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara - bukan pilihan raya - untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipilih.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi di tangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisme kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.

Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus berkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham - saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 - maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir - sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.

Berita paling gempaq minggu nie... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 10:50 PM PDT

Umno takut kerana salah

Oleh Nan Binjai

KEBERANIAN bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tampil dalam ceramah Umno mengutuk kononnya beliau pembohong bersiri menjawab dakwaan itu.

Nampak sangat reaksi Hanafiah Man ketakutan kerana salah bila berdepan dengan Nizar. Ternyata dakwaannya mengatakan Nizar bohong tidak benar.

Malah ketua Umno bahagian nasihatkan Nizar beredar dari majlis Umno kerana mereka tidak seronok nak hentam sebab Nizar di sebelah.

Atau program bertajuk mendedahkan pembohongan bersiri Nizar sudah tak jadi dedah bohong Nizar sebab mereka takut kerana salah.

Takut berhujah bila berdepan dengan musuh yang didakwanya pembohong. Kalau benar sudah tentu mereka makin berani dan beri ruang kepada Nizar menjawab.

Ketua Bahagian Umno itu menambah kalau pemimpin Umno hadir dalam program Pas tentu orang Pas marah tetapi Nizar jawab; "Pas tak marah malah mengalu-alukan mereka datang ke majlis Pas."

Memang betul, Pas suka sangat kalau orang Umno mahu pergi tempat ceramah Pas. Pendengar Pas sekarang lebih minat dengar debat Umno dan Pas daripada dengar ceramah Pas kerana orang Pas sudah matang.

Orang Pas tak mahu dengar sehala sahaja. Asyik dengar hujah orang Pas sahaja tetapi orang Pas mahu juga dengar orang Umno tetapi mereka tidak mahu dengar ceramah Umno ditempat Umno kerana banyak sangat bohong dan fitnah macam program yang Nizar hadir itu.

Jadi amat baik kalau orang Umno datang dalam program ceramah Pas dan berdebat dengan Pas. Kalau susah sangat pun Umno boleh anjurkan program debat dengan Pas.

Namun Umno sampai sekarang tidak pernah berani. Kenapa? Apakah memang benar `Umno penakut kerana salah'

Berita berkaitan:

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

'Maafkan saya...' kata Presiden Senaman Punggung... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 08:24 PM PDT


'Maafkan saya...' kata Presiden Senaman Punggung @ Persatuan Veteran Tentera Melayu

Tajuk entry ini sebenarnya tiada kena mengena dengan insiden memalukan iaitu 'Senaman Punggung' oleh 15 orang tua yang tak ada akal yang mendakwa mereka dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).

Dan ianya bukanlah permohonan maaf dari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu kepada Ambiga mahupun kepada seluruh bekas tentera kerana melakukan perbuatan yang memalukan kebanyakkan bekas tentera dihadapan rumah Ambiga.

Tetapi ianya adalah satu laporan berita yang telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO @ Utusan yang kebelakangan ini menjadi sumber kewangan buat beberapa pemimpin politik (kena samanla..)

Permohonan maaf itu adalah dari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu kerana telah menggunakan gelaran 'Datuk' yang dibeli..

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom pernah dilaporkan membeli gelaran 'Datuk' dengan harga RM250,000 pada tahun 2006..

Baca keratan berita di bawah..



Dia kata dia dah insaf kerana beli gelaran 'Datuk' itu.. kerana berpendapat ianya boleh mendatangkan kemudaratan sosial dan ketuhanan pada masa depan..

Habis tu.. buat senaman punggung depan rumah Ambiga tu tak mendatangkan kemudaratan sosial kah?

Bagaimana kalau perbuatan kurang ajarnya itu menjadi ikutan generasi sekarang?

Info ni aku dapat dari Semut Malaysia

Senaman punggung kat London... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 06:15 PM PDT

Kahkahkah....
Persatuan parti tuperware ni nak kerajaan kenal pasti individu kat London tu nak buat hapa? Takkan nak anjurkan senaman punggung pulak kot kat London sana...
Kahkahkah...

JIKA ORANG TIDAK MENGHINA KITA, JANGANLAH KITA MENGHINA DIRI SENDIRI...



Kerajaan diminta kenal pasti individu cuba buat bising di London - Persatuan Bekas Polis


KUALA LUMPUR, 16 Mei — Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta Kementerian Luar dan Kementerian Pengajian Tinggi mengenal pasti individu yang cuba berbuat bising semasa majlis pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat Malaysia di London, semalam.

Ketua Penerangannya Mohd Zainan Yunus berkata tindakan itu memberi gambaran buruk kepada masyarakat luar sekaligus menjejaskan imej serta nama baik Malaysia.

"Tindakan yang dibuat oleh dua tiga orang individu itu sangat kurang ajar dan biadap...mereka yang menjerit sambil melaungkan perkataan 'Bersih' adalah tidak wajar malah tidak hormat kepada Perdana Menteri kita.

"Sekiranya didapati individu berkenaan adalah terdiri daripada golongan pelajar, tajaan pengajian mereka perlu ditarik balik dan pulang semula ke tanah air," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" semalam yang dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, dua tiga orang muncul pada majlis tersebut dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'.

Sementara itu, Mohd Zainan berkata persatuan itu juga terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang menghina dan mencaci anggota polis yang bertugas semasa perhimpunan di ibu negara pada 28 April lepas.

Katanya, pelbagai gelaran yang dilemparkan kepada anggota polis yang bertugas semasa perhimpunan itu seolah-olah anggota polis adalah musuh mereka.

"Jangan terus hina dan caci polis kerana kami mempunyai ahli keluarga. Kami hanya manusia biasa yang bertugas untuk menjaga keamanan negara. Polis juga adalah sahabat kepada masyarakat dan tiada niat untuk mencaci orang lain," katanya.

Mohd Zainan menjelaskan polis bertindak berdasarkan undang-undang negara dan prosedur standard operasi (SOP) dan mengikut arahan Ketua Polis Negara tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Katanya persatuan itu telah menghantar satu memorandum Bantahan Bersih 3.0 kepada Ketua Polis Negara Tan Seri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini yang meminta pihak-pihak tertentu menghentikan provokasi yang dibuat kepada pihak polis. — Bernama

Ayah saya wafat sebagai Muslim... Abdur Rahim Green

Posted: 16 May 2012 03:00 PM PDT

Setelah Menolak Islam Selama 23 Tahun Akhirnya Ayah Saya Wafat sebagai Muslim

Abdur Rahim Green seorang mualaf menjelaskan bagaimana hari-hari terakhir ayahnya di rumah sakit sebelum dia akhirnya meninggal dunia. Green adalah mantan Direktur Barclays Bank di Kairo, dan putranya Abdur Rahim Green menemukan Islam lebih dari 20 tahun yang lalu, dan saat ini menjadi tokoh terkenal di kalangan sarjana Muslim dan pengkhotbah di Inggris. Sebelumnya Abdur Rahim berpikir bahwa ayahnya tidak akan pernah menjadi muslim, namun kehendak Allah berkata lain, ayahnya Green akhirnya masuk Islam hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal.

Mengutip sebuah hadits Nabi yang berbunyi: "Semoga wajahnya digosok dalam debu (semoga dia menjadi terhina) serta masuk neraka orang yang salah satu orangtuanya sudah mencapai usia tua namun dia tidak melayani mereka."

Abdul Rahim Green kemudian mengatakan "Itulah mengapa saya memutuskan untuk meluangkan waktu saya di sini dengan ibu saya setelah kematian ayah saya.

Kematian ayah saya adalah sesuatu yang membuat saya sangat bahagia, dan merupakan kisah luar biasa tentang bagaimana hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal, ia diberkati untuk mengucapkan dua kalimat Syahadat.

Allah SWT hanya menyuruh kita untuk berdakwah dan kita tidak bisa mengubah siapa pun untuk berubah menjadi Islam kecuali dengan izin Allah. Tugas kita adalah untuk menyampaikan dakwah, untuk menjelaskan kepada orang dengan cara terbaik yang kita bisa, hidayah hanya ada di tangan Allah SWT.

Saya tidak pernah berpikir bahwa ayah saya mengucapkan kalimat Syahadah. Ayah saya adalah seorang ayah yang luar biasa, dia memiliki kepribadian yang luar biasa dan tidak ada yang bisa menggambarkan dia sebagai orang yang buruk.

Selama 23 tahun, sejak saya menjadi seorang Muslim, saya telah mengajak ayah saya untuk masuk Islam. Dan saya memutuskan untuk memberikan contoh terbaik saya yang mungkin bisa menggambarkan Islam sebenarnya, tentang bagaimana Islam memandang hidup, tentang bagaimana Islam mengajarkan saya untuk menghormati dia sebagai orangtua. Tapi saya berpikir bahwa ayah saya berpikiran sangat tertutup terhadap Islam, jadi saya tidak pernah berharap penuh bahwa ia akan menjadi seorang Muslim.

Ayah saya telah sakit selama beberapa tahun, dan ibu saya berpikir bahwa ia tidak akan sembuh dari sakitnya. Sebagaimana yang terjadi, beberapa minggu ketika saya kembali dari Inggris, saya tiba di rumah sakit dan langusng pergi menemui ayah saya. Saya menatapnya dan saya berpikir bahwa ia bisa mati malam ini. Jadi, saya berpikir, jika saya tidak mengatakan sesuatu tentang Islam, saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri.

Saya tahu bahwa saya mencoba mengajaknya masuk Islam melalui banyak cara. Tapi saya berpikir bahwa saya harus membuat upaya terakhir.

Saya telah menghabiskan waktu yang lama memikirkan apa yang bisa saya katakan. Bagaimana saya bisa mengatakannya? Apa cara yang tepat untuk mendekatinya? Dia sudah sangat sakit, jadi saya tidak ingin membuat dia kesusahan, saya tidak ingin membuat dia menjadi lebih marah.

Sejujurnya saya takut bahwa ia mungkin mengatakan "Tidak," dan menolak ajakan saya. Dan saya bahkan khawatir bahwa jika ia memang mengatakan Syahadat namun tidak masuk ke dalam Islam, kemudian ia sembuh dan pulang ke rumah dan menjadi lebih arogan tentang Islam, hal itu lebih menakutkan saya.

Ini benar-benar hal yang sulit. Setiap mualaf yang memiliki orang tua yang belum muslim, mereka pasti mengalami dilema ini seperti yang saya alami. Namun jangan pernah meremehkan kekuatan dari doa, karena itu maka ketika saya bingung, saya meminta Allah untuk membantu saya menemukan sesuatu untuk dikatakan kepada ayah saya.

Saat ia berbaring di tempat tidur, saya berkata kepadanya: "Ayah! Saya punya sesuatu yang sangat penting untuk saya beritahukan kepada ayah, apakah ayah mau mendengarkannya? Ayah saya tidak bisa benar-benar berbicara dengan baik, jadi dia mengangguk. Lalu saya berkata: Saya punya sesuatu untuk dikatakan, jika saya tidak mengatakannya, saya akan menyesalinya.

Dan kemudian saya mengatakan kepadanya bahwa "di hari kiamat, seorang pria akan datang di depan Allah dengan banyak perbuatan dosa serta kemaksiatan, dan Allah akan berkata kepadanya, Anda memiliki sesuatu yang melampaui semua itu. " Dan orang itu akan berkata, "Apa itu Tuhanku?" Allah berfirman 'Sebuah pernyataan tertulis yang bisa Anda buat: Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya."

Saya berkata, "Jadi ayah, ini adalah kunci surga, ini adalah kunci sukses dalam kehidupan yang akan datang, bagaimana menurut ayah?"

Dan ia menganggukkan kepalanya.

Saya berkata "Apakah itu berarti Anda ingin mengatakan kata-kata tersebut?"

Dan ayah saya berkata "Ya."

Dia menginkuti kata-kata yang saya ucapkan, "Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah."

Saya harus meninggalkan rumah sakit pada hari itu, karena rumah sakit memiliki beberapa aturan ketat. Saya mengunjunginya pada hari berikutnya, dan dia sudah tidak ingat apa-apa. Dia tidak mampu mengingat satu hal dari sehari ke hari yang lain, bahkan dari jam ke jam yang lain, tapi itu bukan akhir semua itu.

Tiga atau empat hari sebelum ia meninggal, ayah saya berkata: Tolong, tolong bantu saya.

Saya berkata, "Ayah apa yang kau ingin saya lakukan?"

Dia mengatakan "Saya tidak tahu!"

Lalu ia berkata, "Beri saya sesuatu yang mudah untuk dilakukan."

Saya teringat hadits Nabi: "Ada sesuatu yang ringan di lidah, namun berat di sisi timbangan" Jadi, saya berkata "Ayah jika saya adalah ayah, saya akan terus mengulangi kalimat syahadat berulang-ulang."

Dan dia berkata, "Ya, itulah yang ingin saya lakukan."

Dan kami menghabiskan setengah jam mengulang-ulang kalimat Syahadah itu.

Tidak beberapa lama kemudian, saya berangkat ke Inggris, dan di sana saya mendengar ayah saya telah meninggal dunia. Subhanallah.

Sumber

PERKASA ni makan upah rupanya... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 12:00 PM PDT

Perkasa diupah buat provokasi di rumah Guan Eng - KMPP


Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak mendakwa Perkasa dibayar untuk melakukan provokasi di kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Khamis lepas.

Maka katanya, aksi mengkalungkan bunga malai pada gambar Guan Eng serta mengadakan upacara pengebumian Setiausaha Agung DAP itu secara olok-olok bukanlah untuk mempertahan kepentingan Melayu, sebaliknya kerana upah semata-mata.

"Tindakan mereka semakin hari menjadi semakin ganas adalah disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu.

"Sesungguhnya agenda mereka adalah tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang melayu di negeri ini," ujar beliau semasa dihubungi PenangInsight.com.

Beliau turut mengecam perbuatan tidak bertamadun oleh pertubuhan pendesak Melayu berkenaan.

Aksi Rasuan memperolok agama Hindu kerana dendam dengan Guan Eng.Tuntas dari itu, beliau berkata perbuatan kumpulan liar berkenaan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Perkasa, Rasuan Azuddin itu lebih dilihat mencemar imej Melayu serta boleh terpesong dari akidah Islam yang sebenar.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man berkata aksi perkasa itu memperolok upacara ritual agama Hindu itu sebenarnya bersalahan dengan syariat Islam serta nas al-Quran.

Aksi Perkasa yang kian dipertikai itu diduga memberi imej buruk pada Barisan Nasional Pulau Pinang sungguhpun pertubuhan pendesak Melayu ini mungkin mempunyai niat murni untuk memperbaiki imej Umno pada pilihan raya umum ke-13 kelak. -END

Tiada ulasan: