Rabu, 16 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Apa agaknya yang mahai kat artis tu yerk? Kahkahkah....

Posted: 16 May 2012 08:28 AM PDT

'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'

Abdul Rahim Sabri

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga naib presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut.

Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Zahida dan tweet kepada Shafie bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, setakat berita ini dikemaskini, Malaysiakini masih belum menerima sebarang jawapan.

Ajak menteri ni sekali senaman punggung... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 07:20 AM PDT

Kalau dah berani, tampil saja ke depan dan tunjukkan bukti...
berjuta-juta bukannya peduli... TAPI...
Tang mana hang dapat duit sampai bergundi-gundi...
Bagi kat pompuan tu sebagai galang ganti...

Mai tengok gambaq Najib gigit jari... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 03:47 AM PDT

Jika kalah PRU, Najib akan didakwa di Perancis

KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paling takut menghadapi kekalahan dalam pilihan raya umum kerana jika itu berlaku, beliau akan diheret sebagai saksi perbicaraan Scorpene di Perancis, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Tian berkata, Najib pada masa ini masih mempunyai imuniti sebagai ketua negara yang boleh menghalang beliau sebagai saksi dalam kes itu.

Beliau merujuk kes sama yang terjadi ke atas diktator Chile, Agusto Pinochet yang ditangkap hanya selepas tidak lagi memegang kuasa.

"Najib paling takut kalau kalah pilihan raya umum ke-13. Bila menjadi orang biasa, dia boleh didakwa di Perancis sekiranya menjejakkan kaki di mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU)," jelas Tian.

Katanya, selaku ketua negara, Najib masih boleh membuat permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah apabila waran dikeluarkan untuk membantu siasatan kelak.

"Boleh jadi dalam masa terdekat, dia tiba-tiba muncul di Paris dan bersalaman dengan presiden baru Perancis, Francois Hollande. Kononnya 'bukti' dia berani ke Eropah dan tak didakwa. Sedangkan, ini kerana imuniti Najib sebagai ketua negara," jelas Tian.

Baru kena sikiiiiiiiitt saja... dah gelabah... kahkahkah...

Posted: 16 May 2012 02:43 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan 'Bersih' dalam satu pertemuan semalam.

Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap. Sorakan itu menyebabkan beliau 'malu besar' serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.

TERHOT: Gambaq punggung2 Umno... kahkahkah...

Posted: 15 May 2012 09:50 PM PDT

Gambar-gambar lembu tunjuk punggung

Oleh CuccXs

Lembu biasa digunakan kepada orang yang tidak menggunakan akal dalam sebarang tindakan kerana lembu disinonim dengan kebodohan. Kalau lembu cucuk hidung pula dibahasakan kepada manusia yang boleh diperbodohkan.

Rakyat sekarang dilembukan oleh UMNO dibawah kepimpinan Najib Razak.


Ini pula gambar lembu tunjuk pungung dalam pilihan raya baru-baru ini.


Ni lagi lembu tunjuk punggung semasa pru


Lembu betina juga tidak kurang hebatnya


Lembu juga kadang kala kencing merata-rata


Lembu terkini


Maaf ini bukan lembu TAPI CURI DUIT LEMBU dan kerjanya me"LEMBU"kan pemikiran wanita malaysia terutama WANITA UMNO

Sebijik macam lembu dok meragut... kahkahkah...

Posted: 15 May 2012 06:00 PM PDT

Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut

Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.

Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.

Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.- Harakahdaily

Anwar dah mula gempaq Najib... kahkahkah...

Posted: 15 May 2012 05:11 PM PDT

KEMENANGAN PRESIDEN BARU PERANCIS CEPATKAN SIASATAN SCORPENE – ANWAR

KUALA LUMPUR 15 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Presiden Perancis yang baru, Francois Hollande akan mempercepatkan siasatan terhadap skandal rasuah Scorpene membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

"Kemenangan presiden baru Perancis akan mempercepatkan siasatan kes rasuah kapal selam," kata Anwar dalam satu ceramah di Batu Caves, baru-baru ini.

Menurut Anwar, rakan karib Perdana Menteri yang juga pemilik Perimekar iaitu Abdul Razak Baginda dan Najib sendiri antara saksi yang akan dipanggil.

Katanya, Mahkamah Perancis bukan hanya menghadkan siasatan mereka terhadap pembelian Scorpene, tetapi juga akan mengheret siasatan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, apabila turut memanggil Dr Setev Shaariibu sebagai saksi perbicaraan.

"Kalau begitu, nama Malaysia akan terjejas. Proses keadilan sedang berjalan, apa keputusan saya tidak tahu.

"Tetapi yang saya tahu, ia tidak seperti badan kehakiman seperti Malaysia. Ia (Mahkamah Perancis) lebih bebas dan terbuka dan siasatan adalah berat kerana melibatkan kes rasuah yang besar.

"Kes ini ada kaitan dengan penjualan Submarine di Pakistan yang melibatkan 13 orang terbunuh dan penjualan submarine di Taiwan yang menyebabkan seorang terbunuh, dan di Malaysia mengakibatkan seorang terbunuh (Altantuya)," ujarnya.

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian Scorpene baru-baru ini menemui bukti bahawa Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faksimili menunjukkan Najib meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

7 Mei lalu, Francois Hallonde, menewaskan Nicholas Sarkozy untuk jawatan presiden.

PANIK: Berahim Ali dah kena terajang... kahkahkah...

Posted: 15 May 2012 12:00 PM PDT

UMNO Pulau Pinang tak setuju tindakan PERKASA ganggu Lim, keluarga

GEORGETOWN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Khamis lalu adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.


UMNO dan PERKASA adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan PERKASA adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang dipersetujui oleh BN.

Katanya tindakan PERKASA boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan.

Lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lalu bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA



DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang

GEORGE TOWN - DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.

Pada sidang media di sini hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota Perkasa itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota Perkasa berkenaan.

Semalam lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini. - Bernama (11 Mei 2012)

Tiada ulasan: