Ahad, 13 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Aku rasa Najib dah silap congak daa...

Posted: 13 May 2012 10:12 AM PDT

Membeli rakyat dengan kemewahan

Bolehkah himpunan di Bukit Jalil dijadikan kayu pengukur bahawa Umno mantap serba serbi menuju PRU 13?

PETALING JAYA: Umno bukan seperti parti-parti lain. Tidak ada parti lain yang boleh menandingi Umno – parti terbesar berusia 66 tahun itu. Sama ada dari jumlah ahli atau kemewahan, Umno adalah nombor satu.

Kehadiran puluhan ribu ahli Umno ke Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi kerana menyambut kelahiran parti itu bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Nyata sambutan itu mewah dan meriah.

Sambutan yang meriah itu memang sudah sinonim dengan Umno. Sebelum ke Bukit Jalil, ahli-ahlinya bermalam terlebih dahulu di hotel yang di tempah khas di sekitar Kuala Lumpur dan lokasi berdekatan.

Mereka menaiki bas yang disewa khas dan dijanjikan wang saku. Ini tradisi Umno bagi ahlinya yang tinggal di luar ibu kota bagi menghadiri program parti termasuk perhimpunan agung Umno di PWTC. Sesetengah mereka menaiki khas jabatan kerajaan kerana wakil rakyat mereka menjadi Exco kepada jabatan berkenaan.

Beberapa ahli Umno berkata, mereka sangat beruntung menjadi ahli parti itu terutama ketika menghadiri program parti di Kuala Lumpur.

Rosli Awang dari Kuala Terengganu berkata, "Saya datang ke Kuala Lumpur semuanya percuma."

"Saya tidur di Hotel Grand Seasons dan dijanjikan wang poket tetapi belum dapat lagi. Masa perhimpunan agung Umno pun begini juga."

Jadi anggaran kasar 100, 000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil bukan luar biasa dan mengejutkan.

Dengan kekayaan yang ada, Umno boleh membawa seberapa ramai yang mereka mahu. Jangan lupa ahli parti itu berjuta orang.

Namun menjelang pilihan raya umum 13 yang kini di depan mata, kemeriahan sambutan 66 tahun itu mungkin untuk seketika sahaja.

Percakapan di cawangan dan bahagian ialah Umno masih tidak dapat bersatu padu sepenuhnya.

Tolak calon parti

"Isu yang paling besar ialah masih tidak semua ahli akan setuju dengan calon yang dipilih parti. Ini yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya.

"Umno kalah kerana sikap pemimpin di cawangan dan bahagian berlaku tikam belakang menjelang pilihan raya. Kerana mereka tidak bersatu, kerana ada kepentingan sendiri, ahli akar umbi berpecah belah.

"Umno kalah kerana tidak bersatu. Mereka bermusuhan sesama sendiri," kata Rosli lagi.

Apa yang berlaku itu mungkin satu contoh sahaja. Barangkali perkara serupa timbul juga ditempat lain. Najib mungkin menyedarinya tetapi apa yang boleh dilakukannya?

Beliau cuma boleh merayu tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak semua suara presiden didengari.

Ini yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum 2008 yang menyebabkan BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Perbalahan sesama sendiri adalah musuh dalam parti. Adakah ahli Umno memberi sokongan sepenuh hati kepada Najib?

Adakah rakyat boleh menerima sepenuhnya pemerintahan Najib? Untuk menukurnya dari segi program turun padang atau bantuan kepada rakyat ia bukan jaminan BN secara automatik mendapat undi.

Pengundi sudah bijak. Mereka kini menilai antara kebaikan yang dibuat BN sejak 1957 dengan harapan baru yang diberikan Pakatan Rakyat.- FMT

Pakai Kencing tak lawas la Rosmah lepaih nie... hehe...

Posted: 13 May 2012 05:00 AM PDT

Aishah serah borang jadi ahli PAS

(Aishah menyerahkan borang sertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz malam tadi - gambar Telok Bakong Blog)

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".

Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.

Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS.- Harakahdaily

Macam ngan kenai ja mamat nih... kahkahkah...

Posted: 13 May 2012 12:00 AM PDT

WOoo.... patut macam besa tengok, ni lah rupanya wajah yang jadi ayam tambatan geng ketuanan Melayu nih.... kahkahkah...

Ni la jugak samseng yang tunjuk hero ngan budak-budak yang berkhemah kat Dataran ari tu yerk... GANGSTER JALAN KEBUN ni rupanya jadi belaan gerombolan ketuanan Melayu rupanya.... kat mana nak sorok lagi... kahkahkah... kan dah kantoi, Nah.. Baik punya melalak kat belakang.... kahkahkah...

Susah Ooo nak jaga Rosmah... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 09:00 PM PDT

Rosmah, rakyat yang memberi kamu makan: Bukan sebaliknya

Ia telah dilaporkan oleh media di seluruh Negara yang isteri kepada yang berhormat Perdana Menteri telah memberitahu pelajar di seluruh Negara bahawa mereka patut menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan.

Apakah ertinya ini? Datuk Seri Najib, bolehkah anda menerangkan kepada kami apa maknanya semua ini. Sepatutnya anda memberitahu pasangan anda yang dia mesti menjaga tepi kain sendiri sahaja.

Dan apabila anda mendapat jawapan anda, anda akan tahu kenapa para pembaca sangat sesitif akan apa yang telah dikatakan oleh Datin Seri Rosmah. Anda juga patut tahu bahawa di kalangan rakyat-rakyat biasa sedang bergosip tentangnya di kedai-kedai kopi.

Apabila anda sedang bekerja keras memberitahu rakyat akan usaha yang sedang dijalankan oleh BN untuk rakyat, pasangan anda telah memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan sesuatu yang telah menjadikan rakyat nampak seperti pengemis.

Adakah ini betul Perdana Menteri?

Siapa yang memberi makan siapa?

Bukan BN yang memberi makan rakyat. Ia sememangnya tidak boleh. Ia bukan seperti ini. 'Wanita pertama Malaysia' mesti tahu akan kebenaran ini.

Kerajaan mempunyai duti moral dan tanggungjawab untuk telus dan membina dan menguruskan peluang kepada rakyat untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka sendiri. Rakyat tidak perlu meminta dan mengemis untuk mencari sesuap nasi; sebaliknya, melalui peti undi, rakyat telah memilih anda untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya anda laksanakan.

Jadi, apakah semua "jangan menggigit tangan yang memberi makan anda?" ia langsung tidak menyokong apa yang telah BN war-warkan pada rakyat selama 5 dekad yang lalu.

Datin Seri Rosmah juga nampaknya telah memberi amaran kepada rakyat. Jadi, rakyat bertanya semula kepadanya, "jika ya pun kami sedang menggigit tangan itu, apakah yang anda akan lakukan?"

Harap-harap isteri PM tidak akan menjawab, "tunggu sahajalah nanti saya tunjukkan".

Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada isteri perdana menteri yang berani menuang minyak kebara api. Datuk Seri Najib mesti menangani ini kecuali anda langsung tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir dulu pernah menegur pasangan anda dihadapan semua.

Malaysia Chronicle

Najib PERASAN dia paling kacak... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 07:15 PM PDT

Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat!

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ucapan Ha Najib Razak sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat.

Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.


Najib berucap penuh semangat.

Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.

Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.

Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.

Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0.

Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.

Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak.

Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.

Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu. Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?

Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.

Najib atau admit media sosialnya (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.

Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.

Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.

Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.

Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.

Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.

Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.

Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500, baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.

Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.

Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib.

3 wartawan Indonesia ditangkap

Posted: 12 May 2012 03:00 PM PDT

3 wartawan Indonesia ditangkap siasat kes polis Malaysia tembak warga senegara

KUALA LUMPUR 10 Mei: Kompas.com melaporkan tiga wartawan Indonesia ditangkap polis Malaysia dari Port Dickson (PD), Negeri Sembilan dan disiasat selama enam jam sebelum pulang ke tanah air hari ini.

Mereka adalah Zen Teguh dari Sindo, Ilham Khoiri (Kompas) dan M Fauzi (Media Indonesia). Turut ditahan dua mahasiswa dari negara itu.

Mereka ditahan semalam semasa berada di lokasi dipercayai berlaku pembunuhan tiga warga Indonesia yang ditembak mati polis Malaysia pada 24 April lalu.

Mangsa tembakan polis itu adalah Herman, Abdul Kadir Jaelani dan Mat Noor.

Ketiga-tiga wartawan terbabit diminta memberi keterangan di Balai Polis Linggi dan kemudian dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah PD.

Mereka yang dibebaskan awal pagi tadi kemudian dibawa petugas Kedutaan Besar Rebublik Indonesia (KBRI) ke kedutaan itu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan setelah pegawai polis dari KBRI, Kombes Benny Iskandar datang ke IPD PD.

Mereka kemudian meninggalkan Malaysia tengah hari tadi.

Tolong la, jangan dok KUTUK ISRAEL... kahkahkah...

Posted: 12 May 2012 12:00 PM PDT

Berhentilah mengutuk keganasan Zionis

Kabus yang menutup wajah kelas tertindas semakin menghilang apabila cahaya mentari BERSIH berwarna kekuning-kuningan menjelma. Jurang yang merenggangkan hubungan antara kaum yang dibina oleh British dan UMNO lebih 70 tahun lalu tebingnya kini kian rebak. Prasangka buruk antara kaum yang ditanam penjajah dan kelas feudal UMNO supaya mereka dapat terus berkuasa telah berubah menjadi jambatan. Anak semua bangsa - Melayu, Tionghua dan India telah bersatu dengan semangat yang satu di dalam BERSIH siri ke 3 - menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Mereka adalah Angkatan Pemuda Insaf yang sedar tentang tanggungjawab untuk membina masa depan bersama yang lebih bermakna. Mereka telah sama-sama menyaksikan pesta keganasan zionis sebenar pada petang Sabtu 28 April yang lalu. Regim ini sudah terlanjur jauh dan tidak mungkin lagi untuk balik ke pangkal jalan. Berhentilah mengutuk keganasan Zionis di Gaza kerana pesta keganasan yang sama telah bergentayangan di depan mata semua malah Zionis di Gaza lebih berhemah terhadap wartawan dan media. Yang penting kita harus bertanya ke mana UMNO sedang membawa kita semua? Ke syurga atau neraka?

Petang itu sama-sama telah bermandi gas dari senjata kimia. Sama-sama rebah dan bangun mencari tempat berlindung. Membantu dan memapah antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Senjata kimia ini adalah percikan dialektika hukum sejarah. Pertentangan yang baik dengan yang jahat acapkali akan melahirkan sinar cahaya kehidupan yang lebih baik.

POLIS MEMPERTAHAN DATARAN - BUKAN RAKYAT

Apabila rakyat telah memandang jijik kepada anggota polis yang sebelumnya disandarkan harapan sebagai tempat mereka mendapat perlindungan keselamatan bermakna pemerintah juga telah tercabut akarnya dari ikatan massa rakyatnya. Polis telah berjuang mempertahankan dataran dan bukan lagi rakyat. Keganasan polis dalam BERSIH 3.0 sebenarnya suatu yang akan mempercepatkan kejatuhan kuasa Kelas Bangsawan. Orang hanya akan menjadi ganas apabila otaknya sudah tidak boleh berfikir.

Menjadi ganas kerana terlalu takut atau "fear aggression" biasa terjadi kepada kumpulan haiwan. Daripada tingkah laku yang terjadi di depan mata terlintas soalan di kepala apakah anggota polis kita adalah terdiri daripada anak-anak muda kita yang tercicir di bangku sekolah. Adakah mereka ini bekas kumpulan pelajar bermasalah disiplin di sekolah yang pernah jadi samseng, kaki pukul dan peras ugut sebelum mereka diambil berkhidmat sebagai anggota polis. Apakah mereka tidak dilatih dengan baik dan profesional supaya mereka menjadi orang yang boleh dihormati oleh masyarakat. Gelagat mereka pada petang BERSIH 3.0 sangat jelek dan buruk - seakan berdendam dan menunggu masa untuk membalasnya. Bagaimana institusi ini boleh dihormati sekiranya rakyat terus melemparkan pandangan yang jijik terhadapnya.

MENUTUP BANGKAI GAJAH

Kejadian yang terjadi petang sabtu itu sangat jelek dan keji. Ia seperti bangkai gajah yang berbau pekung - tidak dapat ditutup dengan sehelai dua kertas surat khabar dan berita TV arus terdesak. Bau pekung bangkai gajah ini akan terus merebak melalui media baru tweeter dan facebook di mana wartawannya adalah anak-anak muda itu sendiri. Di dalam media baru ini telah terakam kedurjanaan petang itu. Pemuda-pemuda yang lemah dan tidak melawan disepak seperti bola oleh 10 hingga 15 orang anggota polis. Terakam juga wanita yang disepak dan terajang. Bagaimana pula orang tua yang lemah tidak berdaya turut dibelasah di warong mamak ketika mereka sedang santai kerana sudah lama bersurai.

YANG BAIK AKAN MEWARISI BUMI

Tuhan bukan saja telah memberi kita mata malah kamera yang boleh merakamkan peristiwa yang boleh menjadi sejarah. Inilah percikan dialektika yang telah menjadi hukum perkembangan sejarah yang berfungsi menghidupkan atau memusnahkan. Pertembungan yang baik dengan yang jahat adalah hukum perkembangan sejarah masyarakat manusia. Lazimnya kebaikan (cahaya) akan mengatasi kejahatan (kegelapan) dan kebenaran mengatasi kepalsuan.

Dari pertembungan yang bersifat dialektis ini akan lahir sinar baru serta pemimpin yang lebih baik untuk membela yang lemah dan menegakkan keadilan.

al-Quran menggambarkan hasilnya menerusi surah al-Qasas ayat: 5
"Dan Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)".

Kepada pemimpin itu pula Allah berpesan:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan". Surah An-Nisa : 135.

PILIHANRAYA ADIL TUNJANG DEMOKRASI

Tuntutan lapan perkara dalam ketiga-tiga perhimpunan BERSIH semata-mata menuntut suatu pilihanraya yang adil dan bersih. Kini BERSIH seakan telah menjadi hantu jembalang. Rakyat di kampung kampung atau di Felda tidak perlu tahu tentang jembalang ini. Kerana terlalu takut akan hantu jembalang ini maka ulama' carma (rujuk surah yasin ayat 21) majlis fatwa juga telah dikerah agar rakyat menjauhi jembalang ini.

BERSIH 3.0 telah berjaya menghimpunkan lebih 300,000 peserta yang datang dengan susah payah sendiri dari seluruh pelusuk negara. Ramai juga yang terkandas kerana bas yang mereka tempah telah diugut oleh pihak berkuasa untuk membatalkan permitnya. Ada yang berjalan kaki sejauh 20 kilometer kerana sekatan jalan raya yang menghalang. Pun begitu semua wajah tetap ceria sambil mereka bercerita tentang susah payah untuk sampai ke situ. Ramai juga cerdik pandai dan professional telah turut serta. Adakah mereka ini semuanya buta dan telah menjadi kerbau-kerbau tenggala yang boleh dicucuk hidungnya? Mereka tidak datang kerana Anwar atau Nik Aziz tetapi kerana ingin menyampaikan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil kerana Pilihan raya yang adil dan bersih adalah tunjang negara demokrasi.

BERSIH 3.0 telah menghimpun anak-anak muda Melayu, Tiong Hua dan India yang selama ini dididik supaya berpersangka antara satu dengan lain oleh UMNO dan sekutunya kerana inilah modal untuk terus berkuasa. Namun pada petang itu mereka bersama-sama duduk bersila berkongsi pengalaman dan cerita. Masing-masing ceria dan bersemangat. Dalam keadaan bersesak-sesak inilah tiba-tiba mereka dihujani peluru senjata kimia. Ramai yang rebah kerana sesak nafas. Ibu-ibu tua yang lemah dan dipapah telah meraung-raung meratap sambil menyebut nama Allah. Di saat ini secara sepontan mereka saling membantu tanpa mengira bangsa. Ada yang menghulur tuala, air dan garam untuk membantu mangsa yang parah sambil memapah mencari tempat perlindungan di celah-celah bangunan. Keganasan yang berlaku sebenarnya adalah suatu yang sudah dirancang secara sistematik agar rakyat terus menjadi takut.

Hanya yang mengalami peristiwa ini dapat merasa peritnya gas kimia ini. Penderitaan yang mereka lalui bersama sebenarnya suatu rahmat. Di sini telah terjalin rasa kepercayaan yang luhur hubungan antara kaum yang tidak pernah terasa sebelum ini. Mereka juga semakin sedar siapakah musuh mereka yang sebenarnya dan apa yang patut dilakukan - menangani cabaran beralih dari politik ugutan kepada politik harapan.

Tiada ulasan: