Jumaat, 11 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


TERHOT: Lima artis lagi nak join PAS...

Posted: 11 May 2012 09:30 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau. Moderator majlis Dato' Tarmizi Mohd Jam.


Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai dan dijangka seramai 10,000 orang akan hadir.

Lima artis Malaysia bakal sertai PAS pada 13 Mei

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) mendakwa seramai lima artis akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad mendakwa, kelima-lima artis terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian PAS pada 13 Mei ini di Dewan Kohilal, Diamond Square, Kuala Lumpur.

"Penyerahan borang diadakan bersempena Muktamar Tahunan DPP Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung di lokasi yang sama.

"Lima artis ini akan turut hadir bagi menyerahkan borang keahlian sebagai tanda kebersamaan mereka dengan PAS," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. - KL Today

Ni dia, DURI dalam daging Umno... kahkahkah...

Posted: 11 May 2012 08:02 AM PDT

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pertikai perlantikan Hanif Omar sebagai Pengerusi Panel Bebas

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran Bersih 3.0 di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."

"Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi kerajaan memperbetulkan persepsi dan menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Dan, jika dijalankan dengan baik, menggunakan peluang ini dengan baik, saya rasa ia akan mendatangkan faedah kepada kerajaan," kata beliau.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Kata Saifuddin, beliau merasakan Sim boleh mengetuai panel tersebut.

Mengumumkan perkara itu semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel penasihat akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Katanya, mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya, beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.

Sinar Harian

Makcik Felda kena kencing hidup2, tengok apa kata Pakar...

Posted: 11 May 2012 05:39 AM PDT

Durian runtuh dari wang peneroka sendiri

Wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob berkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil dari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula.

Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.

"Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri," kata beliau dalam blognya hari ini.

Menurut beliau, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga RM4.65 se saham ketika Tawaran Awam Awal – TAA (Initial Public Offer – IPO).

"Ini bermakna, ia akan menjana sebanyak RM10.18 bilion," terang beliau.

Dari jumlah ini katanya, Felda akan mendapat RM5.62 bilion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda.

FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.

Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka.

Menurut beliau, baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun.

"Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan dua tahun sahaja. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB," katanya.

Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya.

"Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka," ujar beliau.

Rugi sebelum disenarai

Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%.

Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negara dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu diskaun 20.5%.

Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham.

Ketika itu katanya, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.

Kroni Umno untung besar

Dr Rosli mendedahkan bahawa pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), majoritinya kroni pemerintah dan penama Umno bakal mengaut untung besar.

Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumplan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 atau RM4.65 se saham.

"Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke

RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil," katanya.

Menurut beliau, pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli daripada mereka.

"Inilah dana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) untuk Umno," ujar beliau.

Beliau berkata, bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham.

"Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak.

"Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam," ujar beliau lagi.

Hilang dividen 15% setiap tahun

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyifatkan durian runtuh kepada warga Felda sebanyak RM15,000 untuk sebuah keluarga adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi hasil penyenaraian FGVHB nanti.

Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.

"Felda memberikan dividen yang tertinggi di negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.

"Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun," katanya pada sidang media di JKR 10 selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan, di Kota Baharu petang semalam.

Husam yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik FGVHB.

"Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVHB yang disenaraikan," ujarnya.

Semalam Najib mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion untuk 112,635 peneroka generasi pertama bersama keluarga di seluruh negara pada Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8, Pahang.

Mampuih hidup balik pun depa takkan paham... haha...

Posted: 11 May 2012 12:00 AM PDT

Bersih 4.0: Duduk ramai-ramai bantah, baca Yaasin...

Oleh DINSMAN

Bersih 3.0 atau Duduk Bantah pada 28 April sudah berlalu. Biarlah apa pun mereka nak kata, kita memang telah berjaya. 250 ribu atau 300 ribu yang hadir, yang pastinya rakyat telah bangkit. Rakyat tidak boleh diugut atau ditakut-takutkan lagi. Beberapa orang kawan yang baru pertama kali hadir telah tertanya-tanya bila pula akan ada Bersih 4.0?

Pengalaman menghidu gas pemedih mata yang memang pedih itu telah bertukar menjadi suatu nikmat yang dinanti-nantikan lagi. Pengalaman berjumpa kawan-kawan baru pula, memang menyeronokkan, terasa keikhlasannya sewaktu bercerita, tak terasa pun perbezaan kaum.

Hingga ada yang berkata: Eh, kalau tiap-tiap bulan buat begini, bagus 'kan? Sebulan sekali Kuala Lumpur menjadi bandar tempat rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan dan pelbagai golongan dan pelbagai peringkat bertemu dan bermesra. Aduhai! Pelancong pun mesti suka.

Inilah yang orang-orang di 'sebelah sana' itu tidak faham, dan tak akan faham. Mereka tak akan tergambarkan bagaimanakah perhimpunan yang tidak terjamin keselamatannya itu, ditembak gas dan disembur polis dan dibelasah dan sebagainya itu, menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang nikmat dan ditunggu-tunggu lagi. Mereka takkan faham.

Hanya orang-orang yang memahami betapa zalimnya kerajaan Umno-BN sekarang sahaja yang mungkin memahaminya. Betapa orang tidak sabar dan tak boleh tahan lagi melihat konco-konco bangsawan Umno-BN itu menipu dan merompak hak dan harta rakyat. Itulah yang membangkitkan rakyat. Dan dari semangat kebangkitan itulah lahirnya nikmat, walaupun dalam kepedihan.

Duduk di tengah-tengah terik matahari di atas jalan raya di depan menara Maybank dan persimpangan Pudu itu, peluh menitik dari dahi tak terasa pun panasnya. Bayangkan! Dan tiba-tiba ada orang memulakan Selawat Nabi. Yang lain pun mengikut beramai-ramai. Bergema. Padahal di kiri kanan itu ramai kawan-kawan Cina.

Kata sahabat saya. Waktu kita bertakbir, ada juga kawan Cina yang turut bertakbir sama. Aduhai. Apakah ini kalau bukan nikmat suatu kebangkitan!

Waktu itulah saya terfikir, kalaulah ada Bersih 4.0 nanti, dan kehadirannya makin bertambah ramailah tentunya -- cubalah bayangkan kalau kita semua yang muslim membawa surat Yasin dan kita duduk ramai-ramai membaca Yasin. Ya Allah! Bayangkanlah. Menggema surah Yasin dibaca. Dan dengan berkat ayat-ayat Allah itu kita memohon agar kemungkaran dikalahkan dan yang hak dimenangkan.

Kalaulah itu boleh dilakukan, barangkali perhimpunan itu akan menjadi lebih berkesan. Akan ada orang yang dengan sendirinya akan berasa gentar dengan kemungkinan kesannya sekiranya dia di pihak yang mungkar. Dan mungkin ... beberapa kemungkinan lagi, anda fikirkanlah.

Sejak petang 28 April itu saya menerima beberapa SMS yang mengemukakan cadangan begitu dan begini, supaya Bersih 4.0 diadakan pula, kerana mereka percaya pimpinan Najib-Rosmah tidak akan berlembut dan mendengar tuntutan Bersih 3.0 itu.

"Sementara rakyat menunjukkan tanda-tanda kebangkitan yang semakin ramai ini, kita mesti sambutnya dengan gerakan yang lebih tegas. Jangan biarkan Umno-BN menang dengan undi-undi dari pendatang asing itu. Kita mesti buat sesuatu yang berkesan. Rakyat sedang bangkit sekarang."

Dan macam-macam lagi cadangan mereka. Ada yang mencadangkan supaya duduk berkhemah beberapa hari, seperti yang dibuat oleh para mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut dihapuskan PTPTN itu.

Tak tahulah saya. Ada kemungkinankah itu boleh dilakukan? Berapa ramai yang sanggup duduk berkhemah dan bermalam hingga beberapa hari, dengan risiko akan ditangkap dan dibelasah oleh pihak polis?

"Mahasiswa itu boleh lakukan, kenapa orang dewasa tak boleh lakukan? Apakah semangat perjuangan mahasiswa itu lebih kental daripada semangat perjuangan orang dewasa?" Tanya seorang anak muda kepada saya.

Jawab saya, "Kenapa mahasiswa itu tidak mahu tampil memimpin? Kalau semangat perjuangan mereka lebih kental, tidak salah untuk mereka tampil mengambil teraju pimpinan."

Ya, apa pun, Bersih 3.0 sudah pun berlalu. Sejauh manakah tuntutannya akan didengar oleh pihak berkuasa, kita belum pasti. Atau sejauh manakah peristiwa 28 April itu akan memberi tekanan kepada pimpinan Najib-Rosmah, pun kita belum tahu.

Yang kita tahu, sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan Umno-BN akan terus mengekalkan kuasanya melalui undi-undi pendatang asing yang diberi IC itu, memang ada.

Makanya, bagaimana?

Saya bukan orang politik dan bukan aktivis politik. Saya lebih memahami seni-budaya daripada politik. Maka eloklah saya tak usah mencuba memberi pandangan terhadap strategi politik yang perlu dibuat.

Namun kalau pimpinan Ambiga dan A Samad Said nak buat Bersih 4.0 dalam waktu terdekat, saya fikir orang akan lebih ramai turun. Kuala Lumpur akan berpesta lagi. Dan kali ini kita akan gemakan surah Yasin pula.

Dan kalau ada kumpulan mahasiswa yang nak berkhemah pula untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil -- wah, itu memang hebat!

Tapi sementara itu saya seperti tak sabar nak baca puisi-puisi yang menyertai sayembara menulis puisi Bersih 3.0. Pasti banyak yang menarik!

(Eh, ada orang beritahu Najib tersasul-sasul tak dapat sebut wabillaahi tafiq walhidayah di akhir suatu ucapannya yang disiar langsung di televisyen. Apa hal tu? Betul ke?).

Mana hensem Najib ngan Mugabe... kahkahkah...

Posted: 10 May 2012 09:55 PM PDT

Tolak PBB bukti Umno tiru pemerintahan kuku besi Mugabe

Oleh Martin Kahar

KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.

"Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.

"Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain," katanya kepada Keadilan Daily hari ini.

Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.

Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas.

Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan.

"Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah," katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil.

Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah.

Ca tengok, TAK GILA punya kelentong ka? Kahkahkah...

Posted: 10 May 2012 07:41 PM PDT

Ca hampa tengok nie, tahun 2001 no keahlian umno Dr M adalah 00000001, tapi hari ni ulangtahun Amno ke-66 tahun, tak gila punya kelentong ka?

Kahkahkah....
Tu pun ada lagi Melayu yang kena tipu....
Kahkahkah...

Mai tengok pasai apa Sultan Johor murka nie...

Posted: 10 May 2012 03:00 PM PDT

Sultan Johor murka dengan kejadian di Pulau Rawa

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka, namun sudah pun memaafkan empat warga asing yang terbabit dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi rombongan diraja Johor di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa pada malam Jumaat minggu lalu.

"Saya marah, sepatutnya insiden ini tak berlaku. Mereka dalam keadaan mabuk dan membuat kacau mengganggu pengunjung lain di pulau tersebut," titah baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kejadian pergaduhan di Pulau Rawa minggu lepas yang membabitkan empat pelancong warga asing dengan pengawal peribadi rombongan Diraja Johor.

Baginda difahamkan empat pelancong asing yang bekerja di Singapura itu tiba di sebuah pusat peranginan pulau berkenaan kira-kira 11 malam sebelum mabuk dan mengganggu tetamu diraja yang mengadakan satu majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan.

Ada di antara pelancong terbabit turut bersikap biadap dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga dan tetamu diraja sehingga mencetuskan ketegangan sehingga terjadi pergaduhan.

Salah seorang daripada mereka juga dilaporkan telah berenang dan menceroboh bot milik Sultan Johor yang ketika itu sedang berlabuh di jeti sebelum bertindak agresif mencekik krew kapal yang cuba menghalang perbuatan itu.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa meminta tolong daripada pengawal Istana dan melihat keadaan itu, warga asing itu telah terjun ke laut dan terpijak batu karang menyebabkan dia cedera, titah baginda.
Dia kemudian dirawat oleh doktor peribadi baginda sendiri.

"Saya dimaklumkan kejadian itu kira-kira 7.30 pagi dan merasa sedih dengan kejadian seumpama itu....(tetapi) saya dah lupakan kisah ni, saya maafkan mereka.

"Saya maafkan mereka, tiada masalah, sila datang kembali sebagai tetamu saya," titah baginda.

Pada masa sama menurut Sultan Johor, beberapa pihak termasuk pemilik pusat peranginan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan baginda menyerahkan kes itu untuk disiasat polis.

"Biar polis menjalankan tugas mereka, saya tak boleh kata apa saya mungkin berat sebelah dan memihak kepada satu pihak. Jadi biar polis siasat apa yang terjadi," titah baginda.

Baginda juga menyifatkan kes itu diperbesar-besarkan oleh akhbar Singapura dengan mengeluarkan laporan yang tidak tepat.

"Jangan besar-besarkan cerita yang kecil, kalau saya nak besar-besarkan, orang tu dah kena tangkap hari itu sebab menceroboh dan memanjat bot saya dan berkasar dengan krew saya," titah baginda.

Pada masa sama baginda mengalu-alukan kehadiran pelancong di pulau-pulau peranginan di negeri ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

Namun nasihat baginda kepada pelancong asing ini "berseronoklah, relaks dan jaga kelakuan." - BERNAMA

Jom layan bideo terbaeekk nih...

Posted: 10 May 2012 12:00 PM PDT

Ubah sebelum parah...
Ubah demi menyelamatkan Malaysia...
Ubah demi masa depan anak cucu kita...

ABU...
Asal Bukan Umno...

Tiada ulasan: