shalehudin |
- Mampuih la Guan Eng kali nie... kahkahkah...
- Letupan di loji pemprosesan gas di Kertih
- Blogger Aspan Alias menghasut lagi... kahkahkah...
- TERHOT: Mampuih la Umno kali nih... kahkahkah...
- Apa la PKR nih, takkan bagi amaran ja? Kahkahkah...
- TERHOT: Jom kenali Mamat paling Brutal Bersih 3.0...
- HOT: Terlondeh la Shahrizat camnie... kahkahkah...
- TERHOT: Video "HARAM JADAH" Najib pada peneroka
- Lari tak cukup tanah, rasakan... haha...
- PANAS: Ulama Umno tibai Astro pulak... haha...
Mampuih la Guan Eng kali nie... kahkahkah... Posted: 10 May 2012 09:00 AM PDT ADUN Penaga buat laporan polis terhadap Guan Eng Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas. Azhar berkata kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara. "Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di George Town hari ini. Turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN Umno. Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: "Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam". Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam kawasan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini. Azhar berkata ayat "terancam" yang digunakan oleh Lim adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang Umno iaitu orang Melayu. "Walaupun kenyataan itu dibuat semasa Persidangan DUN dan Lim mempunyai imuniti, tetapi ia telah didengar secara langsung oleh orang ramai dan kenyataan berkenaan berbaur hasutan. "Perkara ini bukan boleh dimain-main kerana ia melibatkan hasutan dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung kenyataan Lim," katanya. - Bernama |
Letupan di loji pemprosesan gas di Kertih Posted: 10 May 2012 08:17 AM PDT Seorang maut dalam letupan di loji pemprosesan gas di Kertih KEMAMAN: Seorang maut, seorang parah dan 21 lagi mengalami kecederaan selepas letupan berlaku di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR, Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang tadi. Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui. Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan. Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun dan Kemaman. Mereka ialah kakitangan sebuah syarikat kontraktor Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang menjalankan kerja kimpalan di loji itu yang sedang dalam penyelenggaraan.- BH |
Blogger Aspan Alias menghasut lagi... kahkahkah... Posted: 10 May 2012 08:05 AM PDT Bunyi guruhnya kuat, hujannya renyai-renyai Aspan Alias Saya telah mendengar secara rasminya pengumuman PM Najib tentang 'durian runtuh' seperti yang heboh diperkatakan sejak hampir setahun yang lalu. Saya yang bukan peneroka ini pun tertunggu-tunggu pengumuman 'durian runtuh' ini kerana ia telah mendapat liputan media yang meluas kerana ia berkait rapat dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada bulan Jun yang akan datang ini. Dengan skala publisiti yang meluas ini saya beranggapan yang 'durian runtuh' yang diperkatakan oleh pucuk pimpinan kita itu akan melebihi RM100,000 (satu ratus ribu) seorang untuk diseimbangkan dengan publisiti yang teramat meluas sejak berbulan-bulan dahulu. Cara PM Najib bercerita tentang 'durian runtuh' itu, seolah-olah jumlah yang akan diterima oleh peneroka itu tidak boleh kurang dari RM100,000 dan dibayar serentak kepada setiap orang peneroka yang telah meneroka hutan belantara untuk dijadikan perladangan yang terbesar di dunia. Rupa-rupanya jumlahnya hanyalah RM15,000 (lima belas ribu) sahaja dan akan diberikan dalam tiga peringkat selama tiga bulan. Kalau dikomplain, nanti dikatannya peneroka tidak bersyukur. Kalau tak komplain pula, ia sangat tidak berbaloi dengan publisiti yang meluas berterusan sejak beberapa bulan yang lalu. Saya hanya berharap pemimpin kita tidak lagi membuat kenyataan menghina rakyat dengan menasihatkan mereka untuk berbelanja secara betul dan berhemah seperti mereka lakukan semasa memberi bantuan seratus ringgit untuk pelajar sekolah beberapa bulan yang lalu. Kita masih ingat bantuan RM100 untuk kanak-kanak sekolah yang lalu, pemimpin setinggi pangkat seperti Muhyiddin telah beberapa kali membuat kenyataan meleter supaya wang seratus ringgit itu dibelanjakan secara berhemah seolah-olah wang yang diberikan itu berjumlah setengah juta ringgit jumlahnya. Ada di antara yang saya kenal tidak mahu menerima bantuan itu kerana terasa hati dengan leteran Muhyiddin Yassin itu. Bantuan RM100 itu telah disiarkan berulang kali oleh media massa elektronik arus perdana berminggu-minggu lamanya dan menampakkan sangat pemimpin kita meminta penerima untuk berterima kasih kepada UMNO hingga ke liang lahat. Itu baru bantuan RM100. Tidak tahulah bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi kita akan mengungkit isu 'durian runtuh' untuk peneroka Felda ini pula. Mungkin mereka (pemimpin) mahukan peneroka untuk memberikan pesanan dan wasiat kepada anak-anak mereka sebelum mati untuk memberi undi kepada UMNO jika mereka (peneroka) sudah tiada lagi di dunia ini. Sejumlah apa sekali pun yang kita dapati, kita wajib bersyukur, tetapi apa yang saya persoalkan ialah pemimpin utama kita terminta-minta dan mengungkit-ungkit dan memaksa peneroka untuk menzahirkan perasaan terima kasih mereka (peneroka) kerana kepentingan politik kepartian dan peribadi. Peneroka tahu bahawa wang tersebut adalah wang yang datangnya daripada titik peluh mereka sejak puluhan tahun dahulu, bukannya wang saku pucuk pimpinan kita itu. Hanya pihak kerajaan cuba untuk menunjukkan bahawa pemberian ini seolah-olah datangnya dari kantung kerajaan untuk digunakan sebagai bahan ungkitan dalam masa menunggu PRU yang akan datang ini. Lain-lain perkataan, peneroka dituntut untuk berterima kasih walaupun apa yang mereka terima itu adalah wang mereka sendiri. Hanya mungkin peneroka belum lagi mengetahui bahawa kantung Felda telah kekeringan kerana disalahgunakan oleh pimpinan negara hari ini. Selepas setahun penyenaraian itu nanti, peneroka dan rakyat akan melihat hasil kerja yang tidak jujur ini. Kata perbilangan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. - |
TERHOT: Mampuih la Umno kali nih... kahkahkah... Posted: 10 May 2012 04:00 AM PDT Skandal Shafie-Zahida: Zuraida bawa saksi utama 15 Mei KUALA LUMPUR 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan. "Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan. "Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau," katanya kepada Keadilan Daily. Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah. "Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan," tegasnya. 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000) Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta. Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.- KD |
Apa la PKR nih, takkan bagi amaran ja? Kahkahkah... Posted: 10 May 2012 01:50 AM PDT PKR beri amaran: Hentikan ucapan menghasut dan perkauman PKR mendakwa seorang penjawat awam dan seorang pemimpin NGO mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ke atas orang bukan Melayu dalam dua kejadian berasingan di Perak. ADUN Teja, Chang Lih Kang mendakwa insiden pertama melibatkan penolong setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak) Abdul Rahim Abdul Karim dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan Gopeng. Chang mendakwa, Abdul Rahim menimbulkan kebencian ke atas orang bukan Melayu dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan pada 24 Mac lalu. Chang mendakwa Abdul Rahim mengatakan: "Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain api dan jangan mencabar." Chang yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, lima orang ibu bapa pelajar sekolah tersebut membuat laporan polis atas perkara tersebut. Jabatan pendidikan negeri juga dimaklumkan berhubung perkara itu namun tiada tindakan diambil setakat ini, katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Chang juga mendakwa, insiden kedua melibatkan seorang penceramah dalam program ceramah bertajuk "Ancaman Kepada Melayu – PRU 13" anjuran gabungan NGO Majlis Perunding Melayu pada 15 April. Beliau mendakwa penceramah berkenaan, Mohd Hilmi Ismail dalam ucapan di program itu menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menjemput Singapura menyertai Malaysia sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang. "(Mereka akan bentuk) 306 kawasan parlimen termasuk Singapura, orang Cina akan menguasai negara ini... Hancur kita yop. "Sampai kiamat takkan dapat balik tanah air, sebab depa banyak makan babi, meronyot keluarnya," katanya ketika membaca kenyataan yang didakwa dibuat Mohd Hilmi itu. Chang juga mendakwa, presiden Gagasan Melayu Perak itu turut menawarkan untuk membayar denda bagi individu memukul anggota DAP. "Kamu sepak dia, terajang dia, tumbuk dia (ahli DAP)... Aku akan bayar dia punya denda... Habis kuat RM250, sebab geram dema (mereka) kurang ajar. "Kalau masuk lokap, habis kuat sehari... Aku bayar RM500, dah boleh selesai," katanya lagi ketika membacakan semula kenyataan tersebut seperti yang didakwanya. |
TERHOT: Jom kenali Mamat paling Brutal Bersih 3.0... Posted: 09 May 2012 09:00 PM PDT Baru Gua Kenal..Mamat Brutal Nii... Seorang guru disambut sebagai seorang hero di sekolah ekoran tindakannya ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu yang mencetus sensasi di laman video Youtube dan laman sosial Facebook. Toh Chin Hong, 27, bagaimanapun tidak begitu menghiraukan populariti yang diraih. "Fokus pada 28 April tidak boleh hanya pada satu orang. Ia akan menjejaskan tujuan utama kita iaitu penambahbaikan pilihan raya. "Kita mesti ingat. Jika kita lupa, seluruh perhimpunan itu tidak bermakna," kata guru kimia itu dalam wawancara dengan Malaysiakini. Dalam perhimpunan itu, Toh dikejar oleh pasukan keselamatan yang bertindak ke atas kumpulan peserta perhimpunan di satu jalan di luar stesen LRT Masjid Jamek. Beliau yang kepenatan akibat dikejar polis FRU kemudian duduk bersila di jalan berkenaan, bertentangan dengan barisan pasukan tersebut. Tindakannya itu yang dirakam lensa kamera, mendapat sambutan liar di Internet apabila gambar beliau dalam keadaan diselubungi asap gas pemedih mata dikongsi lebih 1,500 pengguna Facebook, selain 160,000 tontonan video di YouTube. "Memandangkan mereka (polis) tidak membenarkan saya duduk di Dataran Merdeka, saya duduk di hadapan mereka," katanya yang digelar 'Lelaki Topi Jerami' oleh para peminatnya.- Karatijau |
HOT: Terlondeh la Shahrizat camnie... kahkahkah... Posted: 09 May 2012 08:51 PM PDT Kajian: Majoriti setuju keluarga Shahrizat bayar semula wang NFC KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti dari responden bersetuju agar keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan semula wang Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada kerajaan. Daripada 2,282 responden, 66 peratus adalah bersetuju agar wang pinjaman RM250 juta dikembalikan, 29 peratus tidak pasti dan hanya 5 peratus tidak bersetuju. Hasil kajian juga menunjukkan kesemua bangsa bersetuju bahawa isu skandal NFC telah menjejaskan imej Umno dan memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Kajian itu merekodkan Melayu 68 peratus bersetuju ianya memberi gambaran Umno mengamalkan rasuah, Cina 80 peratus dan India 45 peratus. Selain itu, 48 peratus pula bersetuju isu skandal NFC ini sukar diselesaikan kerana Shahrizat merupakan ketua wanita Umno, manakala 13 peratus tidak setuju dan 35 peratus tidak pasti. Kajian bagi melihat kecenderungan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 itu dibuat pada 13 Mac hingga 15 April di seluruh Malaysia. |
TERHOT: Video "HARAM JADAH" Najib pada peneroka Posted: 09 May 2012 05:00 PM PDT Para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? Ca tengok video kat bawah nie, aku upload... kalau ada tangan gatai memana yang hack youtube pun korang boleh tengok lagi kat sini.... Betapa hebatnya gaya Najib ketika meng"Haram Jadah"kan peneroka yang tak sebulu dengan dia... Huh... Macam duit mak bapak hang la pulak... |
Lari tak cukup tanah, rasakan... haha... Posted: 09 May 2012 03:00 PM PDT 5 suspek kes culik Nayati diberkas, 2 lari ke luar negeri Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 27 April lepas berjaya ditangkap manakala dua perancang utama kes itu dipercayai melarikan diri ke luar negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dalam sidang akhbar hari ini, berkata lima suspek berumur antara 18 hingga 40 tahun itu direman selama 14 hari bermula semalam. Hasil tangkapan itu, polis menemui semula sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada suspek, katanya. "Polis masih mengesan dua lagi suspek yang terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi perancang utama penculikan Nayati, dan daripada maklumat yang kami terima kedua-dua suspek telah melarikan diri ke luar negara bersama sebahagian daripada wang tebusan," katanya. Beliau berkata polis telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan dua suspek yang dipercayai melarikan diri ke Eropah itu. Bakri turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana banyak menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya lima suspek itu. "Kejayaan polis ini memberi keyakinan kepada warga asing bahawa negara kita selamat daripada anasir jenayah," katanya. Nayati, 12, diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara berhampiran rumahnya di ibunegara, dan kanak-kanak lelaki itu ditemui selamat di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan pada 7.55 pagi, 3 Mei lepas. - Bernama |
PANAS: Ulama Umno tibai Astro pulak... haha... Posted: 09 May 2012 12:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan